Monday, December 31, 2012

Top 10 Jutawan Muda Hollywood 2012


Info Top 10. Berikut ialah 10 senarai bintang remaja Hollywood yang meraih kejayaan di usia muda dan diangkat sebagai bintang remaja paling kaya pada tahun 2012.

Justin Bieber
RM162.2 juta


Tidak pernah gagal meraih sokongan peminat yang menggila, kedudukan bintang sensasi Justin Bieber tidak pernah tergugat sebagai penyanyi remaja nombor satu dunia sehingga hari ini. Bieber dianggarkan memiliki harta kekayaan mencecah sebanyak AS$53 juta (RM 162.2 juta).

Miley Cyrus
RM146.9 juta


Pencapaiannya sebagai penyanyi, penulis lirik dan pelakon tidak pernah dipersoalkan kerana telah dibuktikan sejak dia berusia 8 tahun lagi. Cyrus yang menempa populariti menerusi sitkom bersiri Hannah Montana dilaporkan memiliki harta kekayaan sehingga AS$48 juta (RM146.9 juta).

Nick Jonas
RM38.2 juta


Seterusnya ialah anggota kumpulan The Jonas Brothers, Nick Jonas yang dilaporkan meraih pendapatan sehinga AS$12.5 juta (RM38.2 juta). Nick memiliki bakat yang hebat dalam bidang penulisan lirik, nyanyian dan pemuzik. Selain itu, Nick yang menubuhkan The Jonas Brothers bersama adik-beradiknya, Kevin dan Joe itu juga merupakan seorang pelakon.

Taylor Lautner
RM26 juta


Bintang yang menyinar menerusi francais filem popular Twilight itu dianggarkan memiliki kekayaan sehingga AS$8.5 juta (RM26 juta). Dia yang popular dengan watak Jacob Black itu mula menceburi bidang lakonan sejak berusia 11 tahun.

Jaden Smith
RM24.4 Juta

Jaden Smith adalah selebriti seterusnya yang dinobatkan sebagai selebriti remaja terkaya dunia. Anak lelaki pasangan pelakon Will Smith dan Jada Smith ini menjana pendapatan sebagai penyanyi rap yang jelas begitu dekat diwarisi oleh bapanya itu. Selain menyanyi, Jaden juga mula dikenali sebagai pelakon menerusi penglibatannya dalam filem Men in Black pada tahun 2002 selain The Karate Kid dan The Pursuit Of Happiness.

Angus T. Jones
RM23.8 juta


Mula berlakon sejak berusia 6 tahun, Jones yang berasal dari Texas itu dianggarkan memiliki harta kekayaan sehingga AS$7.8 juta (RM23.8 juta) hasil pendapatan lakonannya dalam drama bersiri berjudul Two and a Half Men.

Selena Gomez
RM16.8 juta


Selebriti muda yang menceburi dunia nyanyian pada tahun 2002. Gomez yang juga merupakan teman wanita Bieber dianggarkan memiliki pendapatan mencecah AS$5.5 juta (RM16.8 juta) hasil usahanya mencipta nama menerusi bidang nyanyian dan lakonan. Pelantun lagu Love You Like A Love Song ini mula menceburi dunia lakonan buat pertama kalinya menerusi program televisyen kanak-kanak, Barney and Friends.

Willow Smith
RM12.2 juta


Selain Jaden, Will dan Jada seharusnya berbangga kerana anak perempuan mereka, Willow turut dinobatkan dalam senarai jutawan muda dunia. Willow yang berusia 10 tahun mencapai kejayaan di kedudukan sekarang selepas mula membabitkan diri dalam bidang nyanyian ketika berusia tujuh tahun. Pendapatan Willow dianggarkan berjumlah AS$4 juta (RM12.2 juta).

Dakota Fanning
RM12.2 juta


Dakota Fanning dengan pendapatan berjumlah AS$4 juta (RM12.2 juta) sama seperti Willow. Dakota yang kini berusia 18 tahun mula menceburi dunia glamor pada tahun 1999. Namun popularitinya cuma diraih sekitar tahun 2002 ketika dia terlibat dalam filem I am Sam diikuti dengan Man of Fire dan Charlotte’s Web.

Ella Fanning
RM4.5 juta


Berusia 13 tahun kini, Ella mengusung populariti ketika terbabit dalam filem Super 8. Selain berlakon, Ella juga menyanyi. Ella meraih pendapatan sehingga AS$1.5 juta (RM4.5 juta) sekali gus meletakkan dirinya sebagai selebriti terakhir dalam senarai jutawan muda dunia untuk tahun 2012.

-Utusan

Edited by SP

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon