Friday, December 20, 2013

SERIUS! Justin Bieber Umum Persaraan Dari Dunia Muzik!

SERIUS! Justin Bieber Umum Persaraan Dari Dunia Muzik!

Penyanyi remaja sensasi dunia, Justin Bieber telah mengejutkan dunia muzik apabila mengumumkan persaraannya dari dunia muzik ketika ditemubual dalam sebuah rancangan radio baru-baru ini.

Justin+Bieber+Retired
Justin Bieber mahu bersara dari menyanyi?

Menurut Justin dalam temubual bersama stesen Power 106, dia mahu mengundurkan diri daripada dunia seni selepas album terbarunya "Journals" diriliskan pada minggu depan.

"Selepas album baru saya keluar, saya akan bersara. Serius!"

Pengumuman itu nyata mengejutkan penyampai radio Power 106, DJ Kurt Alexander.

Bagaimanapun, Justin turut mengakui dia masih belum memikirkan perkara itu masak-masak.

(Baca: Gambar Artis-artis Wanita Indonesia Yang Bertatu)

"Saya mahu berkembang sebagai artis dan perlu keluar sementara daripada bidang ini untuk membolehkan muzik saya menjadi lebih matang."

Dalam pada itu, Justin menafikan dirinya semakin sombong dan besar kepala apabila sering terpalit dengan kontroversi.

"Saya dituduh semakin angkuh, namun itu tidak benar. Saya sebenarnya sangat bertimbang rasa, tetapi biasalah, masih muda dan tak lari daripada membuat kesilapan.

"Apa yang penting, saya di sini hanya untuk peminat saya."

Sementara itu, satu sumber rapat dengan penyanyi kelahiran Kanada itu berkata, kenyataan itu hanya sekadar gurauan kerana Justin masih belum bersedia untuk mengundurkan diri daripada dunia muzik.

Sumber: Tupai.com.my

Wednesday, December 11, 2013

Justin Bieber Bakal Ganti Watak Paul Walker?

Justin Bieber Bakal Ganti Watak Paul Walker?

Apabila pelakon, Paul Walker maut dalam kemalangan jalanraya 30 November lepas, timbul tanda tanya apa akan jadi pada filem lakonannya, Fast and Furious 7 yang masih dalam pembikinan.

Justin Bieber Fast & Furious 7 Hero

Kini, timbul gosip di media sosial menyatakan tempat Walker akan diambil alih oleh penyanyi pop remaja paling popular, Justin Bieber.

Bagaimanapun kurang jelas sama ada gosip ini ada asasnya. Kemungkinan juga, Bieber akan muncul dalam filem ini tapi bukan sebagai pengganti watak Walker.

Sesetengah orang mungkin berasakan ini satu lawak tapi bagi salah seorang pelakon Fast and Furious yang juga penyanyi, Ludacris, dalam temu bual dengan Hollywoodlife mengalu-alukan jika Bieber turut terlibat dengan filem tersebut.

Mayat Walker Diserahkan Kepada Keluarganya

Justin Bieber Fast & Furious 7 Hero

Setelah 10 hari melalui proses bedah siasat dan autopsi untuk mengenal pasti punca kematiannya, akhirnya mayat mendiang pelakon Fast & Furious, Paul Walker telah dituntut oleh ahli keluarganya untuk urusan pengebumian, semalam.

Mayat mendiang dituntut daripada Pusat Koroner Los Angeles dan akan diuruskan oleh sebuah rumah mayat yang berdekatan dengan kediaman keluarganya.

Walau bagaimanapun ahli keluarga terdekat aktor itu masih belum mendedahkan bilakah mayatnya akan disemadikan.

Walker dan rakannya, Roger Rodas yang memandu kereta Porshe telah terkorban selepas kereta itu terbabas lalu melanggar tiang lampu dan kemudiannya kenderaan mewah itu terbakar akibat impak kemalangan itu pada 30 November lalu.

Pelakon itu dilaporkan meninggal serta-merta di tempat kejadian akibat impak rempuhan kemalangan tersebut.

Aktor berusia 40 tahun itu telah meninggalkan seorang anak perempuan, Meadow, 15, yang dikatakan akan dijaga oleh teman wanitanya, Jasmine Pilchard-Gosnell, 23.

Sumber: Autoevolution/Mynewshub

Tuesday, November 12, 2013

Justin Bieber Keracunan Makanan Ketika Konsert

Justin Bieber Keracunan Makanan Ketika Konsert

Penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber dikatakan mengalami keracunan makanan yang teruk sehingga memaksanya meninggalkan konsert jelajah yang sedang berlangsung pada ketika itu di Buenos Aires, Argentina.

Justin Bieber Keracunan Makanan

Tindakannya yang meninggalkan persembahannya itu mendapat kutukan dan kecaman daripada peminat yang melaungkan ‘booo’ di atas perbuatan penyanyi lagu Baby itu.

Pihak pengurusan konsert Bieber juga dilaporkan tidak membuat sebarang penggumuman mengenai perkara tersebut dan mencetuskan kemarahan peminat yang sudah membayar sebanyak USD320 (RM1,025) untuk melihat aksi Bieber di negara mereka.

Bieber walau bagaimanapun sempat berkata kepada peminatnya, “saya rasa tidak sihat dan kekurangan tenaga (untuk meneruskan persembahan)”.

Sejurus berkata demikian, Bieber terus memohon maaf serta melayangkan ciuman dan terus berjalan keluar pentas dengan kepalanya ditundukkan sepanjang masa.

Sumber: Mynewshub

Wednesday, November 06, 2013

Justin Bieber Kantoi 'Melawat' Rumah Pelacuran Terkenal Brazil

Justin Bieber Kantoi 'Melawat' Rumah Pelacuran Terkenal Brazil

Penyanyi popular Justin Bieber dilihat cuba menyelinap keluar dari ‘rumah pelacuran’ Centaurus di Brazil Jumaat lalu berselimutkan kain putih dengan bantuan pengawalnya yang membungkusnya.

Justin Bieber
Gambar hiasan.

Laporan mendakwa remaja berusia 19 tahun itu kemudian masuk ke tempat duduk belakang sebuah kereta yang menunggu bersama dua wanita dari kelab berkenaan.

Menurut sumber dalaman, Bieber menyangka dirinya tetamu di sebuah kelab peribadi.

Satu laman web melaporkan Centaurus disenaraikan sebagai rumah pelacuran ‘keempat terhebat’ di dunia sambil menambah ‘$210 boleh membeli 40 minit bersama mana-mana gadis pilihan anda’.

Justin Bieber
Bieber dibantu pengawalnya keluar dari rumah pelacur berkenaan.

Walaupun penyanyi kontroversi itu disorok dalam selimut, sebahagian daripada tatu pada pergelangan tangannya dapat dilihat dengan jelas.

Bieber yang kini berada di Brazil untuk beberapa persembahan juga dilaporkan dihalau dari hotel mewah Copacabana Palace di Rio Selatan.

Justin Bieber

Bagaimanapun, sumber mendakwa dia meninggalkan hotel itu secara sukarela untuk mengelak masalah keselamatan akibat peminatnya yang menyerbu bangunan terbabit.

Ini bukan kali pertama Bieber terbabit kontroversi. Dua minggu lalu dia dilihat menayangkan sejumlah wang yang banyak di sebuah kelab eksotik di Texas. -Agensi

Wednesday, October 23, 2013

Justin Bieber Berseronok Di Kelab Bogel Pula!

Justin Bieber Berseronok Di Kelab Bogel Pula!

Bintang remaja Justin Bieber dilaporkan telah berseronok di sebuah kelab bogel di Houston, Texas dan telah meninggalkan tempat tersebut bersama seorang penari di situ.

Justin Bieber

Menurut laporan contactmusic.com, penari itu yang dikenali sebagai DiamondsR4Ever menerusi akaun twitternya pada malam Sabtu lalu mendedahkan dia bermalam dengan penyanyi berusia 19 tahun itu.

“Saya pernah menghiburkan ramai selebriti sebelum ini dan Justin adalah orang pertama yang bertindak lebih daripada sepatutnya. Ia mengejutkan.

“Tetapi kini saya adalah peminat setianya,” tulis wanita berkenaan di laman Twitter.

Menurut gadis itu lagi, Justin tidak datang bersendirian sebaliknya ditemani rakannya yang juga peninju terkenal, Floyd Mayweather dan memberitahu kedua-dua lelaki itu sangat bermurah hati.

Justin sebelum ini telah mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan mengunjungi 21 kelab malam beberapa bulan lalu dan berkelakuan liar.

Bagaimanapun pengurus kelab berkenaan menafikan mereka ada menghidangkan alkohol kepada penyanyi remaja itu.

Sumber: Malaysian Digest

Tuesday, August 20, 2013

Panas! Download Video 3gp Justin Bieber Dan Selena Gomez!

Panas! Download Video 3gp Justin Bieber Dan Selena Gomez!

Siapa yang rasa nak tengok, cepat muat turun di sini, dan siapa yang tak nak tengok boleh abaikan, tak paksa pun.

Selena

So camana, OK?

KAH KAH KAH. Kalau korang klik nampaknya korang gagal dalam Ujian Video Seks.

TAIPEI, KOMPAS.com - Dua minggu lalu, lebih dari enam ribu pegawai kerajaan di pemerintah kota Taipei Baru menerima sebuah e-mail berjudul "Video seks Justin Bieber, cepat muat turun."

Rupanya e-mail itu tidak ada kaitan sama sekali dengan Justin Bieber. E-mail itu dikirim untuk menguji kerajinan para pegawai kerajaan, Taipei Times melaporkan, (16/9/2012).

Menurut akhbar itu, ramai juga pegawai kerajaan yang terjebak. Terdapat 996 orang pegawai membuka pautan (link) yang dicantumkan dalam surat elektronik itu.

Sebaik sahaja pautan itu dibuka, kandungannya memang bukan video seks yang menggemparkan, melainkan perintah untuk menghadap pihak atasan dan mengikuti kursus keselamatan data selama dua jam.

"Ini sebuah ujian, yang dirancang untuk menarik anda agar membuka e-mail," kata Wu Chao-ming, Pengarah Kajiselidik Bandar New Taipei.

"Sebagai seorang pegawai kerajaan, anda seharusnya tidak begitu saja membuka e-mail yang tidak berkaitan dengan pekerjaan ataupun dari pengirim yang tidak dikenali di komputer pejabat pada masa kerja," katanya.

Wu menjelaskan, ujian dalam bentuk e-mail itu merupakan sebahagian daripada projek kerajaan untuk mencegah serangan 'hacker' pada komputer pejabat melalui e-mail. Para pegawai kerajaan memberi reaksi berbeza mengenai ujian itu.

"Cukup memalukan kerana perlu mengikuti kursus itu, tapi saya tidak boleh menyalahkan orang lain kecuali diri sendiri.

"Saya tidak seharusnya membuka e-mail itu dan kini saya mendapat pengajaran," kata seorang pegawai kerajaan bernama Huang.

Sementara itu, pegawai kerajaan lain, Chang, yang tidak membuka e-mail itu, memuji ujian seperti itu. "Itu adalah idea yang baik kerana walaupun selalu mendengar tentang pentingnya keselamatan maklumat, kami merasakan perkara itu tidak ada kaitannya dengan kami pegawai negeri biasa," ujar Chang.

"Ujian itu membuatkan kami menyedari bahawa itu sememangnya sesuatu yang berkaitan dengan kami dan kami harus sentiasa berhati-hati," lanjutnya.

Sebaliknya, seorang pegawai kerajaan wanita yang membuka e-mail itu menyatakan tidak bersetuju ujian-ujian dengan cara itu.

"Sepatutnya ada cara lain untuk melakukannya (mengingatkan pegawai tentang keselamatan maklumat. Tidak selesa rasanya 'dikantoikan' oleh pihak atasan," ucapnya.

***

Rasa-rasanya kalau buat ujian macam ni kat Malaysia, jangan kata kakitangan awam, yang kerja swasta pun confirm 99% yang terima email macam tu akan kantoi klik link tu.

Dah sememangnya sifat manusia itu penuh dengan perasaan ingin tahu dan ingin mencuba. Tapi kalau link tu bertajuk "Video panduan solat dengan betul" atau "Video amanat PM kepada rakyat", mungkin tak sampai separuh pun yang akan klik.

*Berita lama serupa baru. Dan adakah anda lulus ujian ini? Hehe..

BACA INI JUGA: Sumpahan Bintang-bintang Terkenal Disney

Sumber: buasirotak

Friday, August 16, 2013

Justin Bieber Pemilik Baru Rumah Agam 'Neverland' Michael Jackson?

Justin Bieber Pemilik Baru Rumah Agam 'Neverland' Michael Jackson?

Apa sahaja yang dilakukan oleh artis ini selalu menjadi perhatian. Bermula dengan perangainya yang suka mencari masalah hingga ke kisah percintaan yang tidak kesampaian.


Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi yang sering dikatakan comel oleh peminatnya iaitu Justin Bieber.

Terbaru, Bieber sekali lagi menarik perhatian media dengan kenyataan yang dikeluarkan.

Dikhabarkan, Bieber kini ingin lari daripada kehidupan sibuk di Los Angeles, Amerika Syarikat dan ingin mencari kediaman yang lebih tenang dan mendamaikan.

Menurut portal hiburan Sunday People, Bieber dikatakan telah menghantar beberapa orang untuk melihat rumah mendiang Raja Pop dunia, Micheal Jackson di Neverland.

Menurut sumber daripada pihak pengurusan Bieber, penyanyi itu ada bertanyakan tentang perkara ini kepada mereka dan ia dipersetujui oleh pihak pengurusan.

“Kami setuju dengan idea Bieber untuk menyepi seketika apatah lagi sejak kebelakangan ini penyanyi itu banyak dikaitkan dengan gosip yang tidak menyenangkan bukan sahaja dirinya, tetapi juga kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

“Malah, ada gosip yang sebenarnya telah membuatkan Bieber sendiri tertekan seperti gosip menendang seorang model dan meludah kepada salah seorang peminatnya.

“Ada baiknya jika Bieber mengambil langkah untuk berehat seketika," jelas pihak pengurusan Bieber.

Selain rumah mendiang Jackson, Bieber juga dikatakan telah melakukan tinjauan di tiga buah rumah agam yang lain.

Namun, kemungkinan besar Bieber akan membeli Neverland kerana Jackson telah menjadi idolanya sejak daripada dahulu lagi. -Utusan

Saturday, July 13, 2013

Justin Bieber Minta Maaf Caci Gambar Bill Clinton

Justin Bieber Minta Maaf Caci Gambar Bill Clinton

Justin Bieber telah meminta maaf kepada Bill Clinton kerana mencaci bekas Presiden Amerika Syarikat itu dan menyembur gambarnya dengan cecair pembersih di dapur sebuah restoran di bandar raya New York, awal tahun ini.


Pejabat Clinton pada Khamis memberitahu, penyanyi terkenal itu menelefon dan "beliau meminta maaf dan telah menawarkan untuk membantu Yayasan Clinton."

Pejabat Clinton bagaimanapun enggan menyatakan keterangan terperinci permohonan maaf Bieber itu.

Satu video yang disiarkan oleh TMZ.com menunjukkan Bieber, 19, membuang air kecil di dalam baldi pengelap dan melalui dapur restoran itu.

Sebelum keluar, Bieber menyembur gambar Clinton dan mengeluarkan kata-kata lucah terhadap bekas presiden itu.

Bieber dalam Tweeternya, yang mempunyai 41 juta pengikut, pada Rabu malam telah mengucapkan terima kasih kepada Clinton "kerana meluangkan masa untuk bercakap." -AP

Friday, July 12, 2013

Justin Bieber Kencing Dalam Baldi Restoran

Justin Bieber Kencing Dalam Baldi Restoran

Imej Justin Bieber terus merudum ekoran tersebar klip video terbaru memaparkan dia kencing ke dalam bekas mop sebuah restoran.


Berdasarkan klip diperoleh laman sesawang TMZ, Bieber dilihat melakukan perbuatan tidak senonoh itu di sebuah restoran tidak dikenal pasti di New York awal minggu ini.

Berdasarkan reaksinya, Bieber dipercayai tidak menganggap tindakan itu boleh menjadi isu, malah dia ketawa sepanjang aksinya dirakam.

Di akhir klip itu, Bieber menyembur sekeping gambar bekas Presiden AS, Bill Clinton dengan cecair pembersih dan mencarut: “F**k Bill Clinton!”

Apabila dihubungi media, wakil Bieber enggan memberi komen terhadap aksi berkenaan.

Sejak akhir-akhir ini, penyanyi pop berusia 19 tahun itu jarang menjadi perhatian kerana karya muzik berbanding kerenah yang dilakukannya.

Antaranya, keterlanjuran menulis di Twitter, mengambil dadah dalam bas serta mencatat mesej tidak sensitif dalam buku tetamu di sebuah muzium.

Paling baru, Bieber dilarang menggunakan kemudahan sukan tertutup di Las Vegas selepas gagal membayar bil bernilai AS$1,600 (RM5,068) untuk diri sendiri dan rakannya.

Bieber cuba mempertahankan dirinya dengan menggunakan alasan kononnya dia masih muda dan sering melakukan kesilapan. Ibunya pula menganggap Bieber anak yang baik dan cuma perlukan sedikit perubahan.



-Agensi

Saturday, June 01, 2013

Gambar Wanita Yang Mendakwa Justin Bieber Adalah Bapa Kepada Bayinya

Gambar Wanita Yang Mendakwa Justin Bieber Adalah Bapa Kepada Bayinya

Isu memiliki seorang anak bersama wanita bernama Mariah Yeater, nampaknya masih belum berakhir. Siapa sangka, pelantun yang baru berusia 15 tahun ini terpaksa berdepan dengan isu sehebat ini.


Menerusi saman yang difailkan pada 31 Oktober tahun lalu, Yeater meminta Bieber membayar nafkah dan kos perbelanjaan bayi mereka.

Bagaimanapun, sehingga kini Justin Bieber enggan membayar nafkah yang diminta itu. Bagi Bieber itu adalah satu fitnah, namun berbeza pula bagi segelintir peminatnya.


"Sehingga kini, Bieber masih dikecam teruk kerana isu itu. Sekiranya dia memang bapa kepada bayi itu, maka dia harus segera bertanggungjawab," kata sumber.

-Sinarharian

Thursday, April 25, 2013

Justin Bieber Tak Peduli Datuk Hidup Merempat

Justin Bieber Tak Peduli Datuk Hidup Merempat

Datuk kepada bintang pop remaja, Justin Bieber membidas cucunya itu kerana tidak pernah menghulurkan wang kepadanya, lapor portal hiburan Entertainmentwise semalam.


Lelaki itu, George Bieber dikatakan menetap bersama isterinya, Kathy di sebuah kabin usang yang mempunyai dua bilik tidur di Mitchell, Kanada.

George berkata, penyanyi lagu Boyfriend itu menyedari tentang keuzurannya tetapi dia tidak menghulurkan pertolongan.

"Kekayaan Bieber mungkin bernilai £70 juta (RM325.2 juta) tetapi kami tidak pernah menikmati wangnya," dedah George seperti dipetik akhbar The Sun.

Menurut lelaki berusia 61 tahun itu, satu-satunya hadiah yang diterima daripada Bieber, 19, ialah sebuah televisyen.

Sementara itu, jurucakap Bieber enggan memberi sebarang komen terhadap dakwaan George.

Namun, satu sumber yang rapat dengan Bieber memberitahu akhbar dalam talian MailOnline dakwaan tersebut tidak benar dan berniat jahat.

-Agensi

Thursday, April 04, 2013

Justin Bieber Marah Ibu Gara-gara Tatu

Justin Bieber Marah Ibu Gara-gara Tatu

Penyanyi Justin Bieber bertengkar dengan ibunya, Pattie Mallette gara-gara remaja tersebut menambah lagi lakaran tatu pada badannya.


Seperti dipetik ShowbizSpy pada Rabu, selepas mengukir tatu berbentuk burung hantu, Justin menambah lagi koleksi tatu berbentuk huruf X di lengan kirinya.

Sebelum ini, Justin dilaporkan telah berjanji dengan ibunya untuk tidak menambah tatu di mana-mana bahagian badannya.

Ibunya menzahirkan perasaan kesal dalam salah satu program bual bicara sambil menunjukkan gambar terbaharu penyanyi tersebut.

Bagaimanapun, Justin kecewa dengan tindakan ibunya dan bertindak memarahi wanita tersebut.

“Tidak usah bercakap berkenaan tatu lagi, ini adalah tubuh saya,” ujar Justin.

-mStar

Monday, April 01, 2013

Justin Bieber Kecewa Monyet Dirampas Kastam

Justin Bieber Kecewa Monyet Dirampas Kastam

Bintang pop Justin Bieber dilapor kecewa selepas monyet peliharaannya dirampas pegawai kastam Jerman.


Penyanyi itu yang tingkah laku tidak senonohnya sejak kebelakangan ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pembantunya berkeras mahu membawa monyet itu, Mally menaiki jet peribadi untuk penerbangan jauh ke Jerman meskipun tidak mempunyai dokumen untuk menunjukkan kepada pegawai kastam di Munich.

Menurut sumber, Bieber, 19, yang berlepas dari Los Angeles ke bandar raya Jerman itu ditahan untuk seketika oleh pegawai kastam yang berang selepas dia gagal menunjukkan sijil kesihatan haiwan itu.

Mally dikuarantin dan bintang remaja itu berdepan tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa Jerman serta denda RM50,000.

“Bieber dan Mally begitu rapat. Mereka sentiasa bersama. Penyanyi itu pasti kecewa,” kata satu sumber.

Monyet berkenaan adalah hadiah yang diberikan kepada Bieber oleh produser muzik.

-DM

Friday, March 29, 2013

Justin Bieber Didakwa Serang Jiran Marah Ditegur

Justin Bieber Didakwa Serang Jiran Marah Ditegur

Penyanyi terkenal, Justin Bieber berlepas pulang dari Eropah ke kediamannya di sini kelmarin sebelum dia terlibat dalam pertengkaran dengan salah seorang jirannya.


Ia merupakan salah satu insiden terbaharu yang pelik berlaku dalam kehidupan penyanyi itu.

Jurucakap syerif di daerah Los Angeles, Steve Whitmore berkata, beberapa anggota pihak berkuasa telah dipanggil ke rumah Bieber yang berusia 19 tahun itu di Calabasas, California pada waktu pagi selepas seorang jirannya mendakwa dia diancam dan diserang oleh penyanyi berkenaan.

Menurutnya, satu laporan polis yang mendakwa Bieber melakukan ancaman dan serangan itu telah difailkan dan kini sedang disiasat.

Berdasarkan undang-undang negeri California, serangan itu dikategorikan sebagai melakukan sentuhan dan meludah.

Dakwaan tersebut dikemukakan selepas penyanyi lagu Boyfriend itu berlepas pulang dari Poland.

Bieber mengejutkan sekumpulan jurugambar dan pegawai di Lapangan Terbang Lodz Wladyslaw Reymont di Lodz, Poland dengan menanggalkan baju dalam cuaca yang sejuk semasa dia berjalan melalui pemeriksaan kesihatan untuk menuju ke jet peribadinya.

Sebelum ini dia lewat tiba untuk membuat persembahan di London dan memakai topeng gas semasa keluar pada waktu malam.

Satu sumber yang rapat dengan Bieber menyatakan, pertengkaran tersebut berlaku selepas jirannya itu datang untuk mengadu bunyi bising ekoran parti yang berlangsung di rumah penyanyi tersebut.

Menurut sumber, berlaku pertikaman lidah tetapi tiada sentuhan fizikal berlaku, kata sumber berkenaan.

Portal hiburan TMZ.com melaporkan, perbalahan itu berlaku ekoran Bieber melakukan provokasi kerana dia memandu kereta baharu Ferrari di jalan raya dengan laju pada waktu awal pagi Selasa lalu.

Bagaimanapun, sumber-sumber penyanyi itu menafikan dakwaan tersebut.

Setakat ini tiada tangkapan yang dibuat pihak berkuasa berhubung kejadian itu.

-Agensi

Wednesday, March 20, 2013

Justin Bieber Dituduh Cipta Publisiti Murahan

Justin Bieber Dituduh Cipta Publisiti Murahan

Lumrah bergelar selebriti pastinya tidak dapat lari dari kontroversi. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini penyanyi terkenal, Justin Bieber, dilihat semakin rancak meraih kontroversi.


Sikap Justin  dikatakan semakin teruk setelah berpisah dengan Selena Gomez. Malah media melaporkan Bieber sengaja mahu mencuri perhatian Gomez.

Bagaimanapun, Bieber menafikan perkara itu.

"Saya bukan sengaja menimbulkan kontroversi untuk mencuri perhatian sesiapa dan saya tidak mengharapkan perhatian sesiapa pun," kata Bieber.

-Sinarharian

Sunday, March 17, 2013

Justin Bieber Mohon Maaf Selepas Hina Lindsay Lohan

Justin Bieber Mohon Maaf Selepas Hina Lindsay Lohan

Pelbagai masalah yang dihadapi oleh Justin Bieber membuatkan ramai yang berfikir, penyanyi muda itu perlu dihantar ke pusat pemulihan. Dan kerana perkara itu, Justin terus menyelar dakwaan tersebut.

Justin meminta maaf atas kekasaran bahasanya yang 
membuat perbandingan dengan Lindsay Lohan.

Menurut laporan The Sun, penyanyi kelahiran Kanada itu bertegas dia tidak akan masuk ke pusat pemulihan dan menolak dakwaan bahawa kelakuannya yang bermasalah seperti Lindsay Lohan, aktres yang mempunyai pelbagai masalah sosial.

"Jika ada yang berfikir saya akan ke pusat pemulihan, itu adalah satu perkara yang bodoh. Saya berusia 19 tahun dan mempunyai lima album yang hit. Selama saya berkembang dalam muzik, orang hanya menonton dan kemudian mengkritik setiap hari.

"Tetapi bagi saya apa yang dilakukan adalah luar biasa dan bagi yang membandingkan diri saya dengan Lindsay, cuba lihat dahulu hutangnya pada tahun 2012," katanya menerusi laman Instagram miliknya.

Sebelum ini Lindsay pernah dilaporkan bankrap gara-gara pelbagai hutang yang tidak dapat dilangsaikan. Selain itu pelbagai masalah yang dilakukan juga kepada aktres tersebut.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian selepas memuatkan luahan perasaan di Instagram, Justin meminta maaf pula atas kekasaran bahasa yang ditulis itu.

-mStar