Wednesday, May 22, 2013

10 Mi Segera Terbaik Dunia 2013


Mi segera atau “instant mee” adalah antara makanan segera paling popular di seluruh dunia walaupun sering kali terkait dengan pelbagai kontroversi. Apa sekalipun pendedahan buruk mengenainya, masih tidak mengganggu peminat tegar mee segera.

Ini dia 'Top Ten Instant Noodles of All Time-2013 Edition' versi The Ramen Rater.

1. Prima Taste Singapore Laksa La Mian
Singapura

Prima Taste Singapore Laksa La Mian

Mi segera inimengandungi mentahan mi yang sudah direbus (bukan digoreng seperti mi segera pada umumnya), lengkap dengan perisa laksa dan serbuk kelapa yang banyak.

Bahan mi berkualiti tinggi dengan gabungan pati mewah dan rasa ringan membuat mie ini terasa sangat lazat.

2. Prima Taste Singapore Curry La Mian
Singapura

Sama seperti Prima Taste Singapore Laksa La Mian, mi segera ini hadir dengan kualiti mi yang sangat baik.

Anda akan mencari serbuk kelapa dan pasta kari di dalam bungkusan. Cita rasa mi ini begitu sederhana, namun sangat sempurna

3. Indomie Mi Instan Mi Goreng Rendang
Indonesia

Rasa kari yang kental dan rasa pedas yang membuat mi segera ini begitu lazat. Tekstur mi sangat bagus dan konsisten. Dengan tambahan telur dan sedikit daun salad, mi ini makin nikmat dimakan.

4. Nongshim Jinjja Jinjja Flamin Hot and Nutty Noodle Soup
Amerika Syarikat

Kualiti mi segera ini sangat baik dengan paduan rasa daging babi yang unik. Terdapat pula tambahan bijan hitam, sehingga mi ini sangat terkenal di Korea Selatan dan juga di Amerika.

5. Indomie Curly Noodle with Grilled Chicken Flavour Special Quality Instant Noodles
Indonesia

Tidak salah jika Indomie mengeluar mi ini dalam edisi spesial, kerana tekstur mi terasa sangat lazat. Perisanya manis, pedas, dan sempurna.

6. Myojo Ippei-chan Yakisoba Japanese Style Noodles
Jepun

Yakisoba hadir dalam kemasan mangkuk yang juga berfungsi untuk merebus mie dengan air panas. Campuran sayuran kering, sayuran hijau, dan mayones dalam bungkusan menambah kelezatan mie ini.

7. Sapporo Ichiban Chow Mein
Amerika Syarikat

Mie ini selalu masuk dalam Top Ten Instant Noodles versi The Ramen Rater. Tekstur mie ini sangat lazat dan perisanya beraroma menggoda. Mie ini juga menyertakan serbuk rumput laut dalam bungkusannya.

8. Nongshim Shin Ramyun Black Premium Noodle Soup
Amerika Syarikat

Mie ini terasa sangat pedas dengan potongan cendawan kering dan daging lembu dalam bungkusan. Ramyun ini dibuat di Amerika dan rasanya amat sedap.

9. Paldo Kokomen Spicy Chicken Flavor 
Korea Selatan

Kokomen merupakan ramyun instant dengan sup putih buatan Korea Selatan. Dalam bungkusannya, terdapat perisa chicken jalapeno yang membuat mi ini semakin sedap.

10. Mama Shrimp Creamy Tom Yum Flavour Oriental Style Instant Noodles 
Thailand

Menurut The Ramen Rater, mi ini merupakan mi terbaik di Thailand. Rasa oren segar khas tom yum menambah kenikmatan me ini.

Tekstur mi sangat nipis dan mudah dikunyah. Warna krem dalam kuah berasal dari rebusan udang

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: detik

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon