Aug 22, 2014

7 Keajaiban Sebenar Dunia Yang Kita Lupakan

Suatu hari di sebuah kelas, sekumpulan pelajar kelas geografi sedang mempelajari “Tujuh Kejaiban Dunia”. Mereka disuruh untuk menyenaraikan tujuh keajaiban dunia yang mereka ketahui.

Machu Picchu, Peru
Machu Picchu, Peru.

Secara kasar, mereka menulis dan menyenaraikan tujuh kejaiban dunia tersebut:
  1. The Great Wall of China
  2. Taj Mahal, India
  3. Colosseum, Itali
  4. Ancient City of Petra, Jordan
  5. Machu Picchu, Peru
  6. El Castillo di Chichen Itza, Mexico
  7. Christ the Redeemer, Rio de Janeiro

Ketika mengumpulkan senarai tujuh kejaiban dunia dari para pelajar, pensyarah memerhatikan seorang pelajar, seorang gadis kecil yang pendiam, namun belum menyiapkan tugasnya, lalu guru bertanya adakah dia bermasalah dengan tugasnya.

Gadis pendiam itu menjawab:

“Ya, saya tidak boleh memilih kerana sangat banyak.”

Lalu gurunya berkata lagi:

“Baik, katakan pada kami apa yang kamu telah pilih, dan mungkin kami boleh membantu memilihnya.”

Gadis kecil itu berfikir sejenak, kemudian berkata, “Saya fikir ”Tujuh Keajaiban Dunia“ adalah:
  1. boleh Mendengar
  2. boleh Melihat
  3. boleh Menyentuh
  4. boleh Menyayangi
  5. boleh Merasakan
  6. boleh Ketawa
  7. boleh Mencintai

Ruang kelas sunyi seketika, alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”.

Sementara kita melihat apa yang dikurniakan Allah, kita lebih suka melihatnya sebagai perkara yang “Biasa”.

Semoga hari ini kita dapat merenung semula mengenai semua perkara yang betul-betul ajaib dalam kehidupan kita.

BACA INI JUGA: 7 Keajaiban Baru Alam Semulajadi Dunia

[Sumber]

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

4 comments

Benar! Itulah keajaiban yg jarang sekali dihargai melainkan apabila ianya diambil kembali. Allahuakbar...tiada ciptaan yg lebih sempurna dan ajaib selain ciptaan Allah SWT!

subhanallah... benar belaka...

Adakalanya kita terlalu memuja yang kelihatan hebat sehingga terlupa bersyukur nikmat depan mata kan..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon