Dec 10, 2014

7 Keajaiban Baru Alam Semulajadi Dunia

Sebelum ini, pada 11 November 2011 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), The New7Wonder Foundation ini telah mengumumkan 7 keajaiban baru dunia bagi kategori alam semulajadi. (Worlds of New7Wonders of Nature)

Terima kasih diatas info ini yang dikongsikan oleh rakan blogger, Bin Muhammad (relakssminda.blogspot.com).

Mari kita lihat apakah 7 keajaiban alam semulajadi dunia yang menjadi pilihan daripada 440 lokasi pencalonan awal diseluruh dunia.

1. Amazon

New7Wonders - Amazon

Hutan hujan Amazon adalah hutan merangkumi sebahagian besar lembangan Amazon di Amerika Selatan. Lembangan ini merangkumi 7,000,000 kilometer persegi (2,700,000 batu persegi) di mana 5,500,000 kilometer persegi (2,100,000 batu persegi) diliputi oleh hutan hujan.

Kawasan ini meliputi sembilan buah negara. Sebanyak 60% kawasan ini terletak di dalam negara Brazil, diikuti oleh Peru dengan 13%, Colombia dengan 10%, dan dengan jumlah yang kecil di Venezuela, Ecuador, Bolivia, Guyana, Suriname dan French Guiana.

Amazon merupakan yang terbesar dan paling kaya dengan kepelbagaian biologi hutan hujan tropika di dunia dengan anggaran terdapat 390 bilion pokok daripada 16,000 spesis.

Amazon juga mewakili lebih separuh daripada jumlah hutan hujan dunia dan menjadi jantung bumi ini sebagai pembekal oksigen yang terpenting, mengawal kestabilan suhu, iklim dan cuaca dunia.

2. Halong Bay

New7Wonders - Halong Bay

Halong Bay merupakan destinasi pelancongan yang terkenal di Quang Ninh Province, Vietnam. Ianya merupakan sebuah teluk yang dipenuhi ribuan karsts batu kapur dan pulau dalam pelbagai saiz dan bentuk.

Teluk Ha Long mempunyai keluasan kira-kira 1,553 km persegi termasuk 1,960-2,000 pulau kecil yang sebahagian besar adalah batu kapur yang telah melalui 500 juta tahun pembentukan dalam keadaan dan persekitaran yang berbeza.

Bentuk geologi serta kepelbagaian alam sekitar di kawasan ini telah mewujudkan kepelbagaian biologi, termasuk biosistem malar hijau tropika, lautan dan pantai.

3. Air Terjun Iguazu

New7Wonders - Iguazu Falls

Iguazu Falls merupakan air terjun separuh bulatan dengan kira-kira 80 meter tinggi dan 2,700 meter diameter lebar ini terletak pada garis sempadan antara Argentina dan Brazil. Terdiri daripada banyak lata air terjun yang menghasilkan percikan air yang besar. Ia merupakan salah satu air terjun paling hebat dan mengagumkan di dunia.

4. Pulau Jeju

New7Wonders - Jeju Island

Pulau Jeju, juga dikenali sebagai "Island of the Gods" merupakan lokasi percutian popular bagi penduduk Korea dan pelancong asing. Ia dianggap sebagai salah satu destinasi bulan madu terbaik di dunia.

Pulau ini wujud dari aktiviti gunung berapi aktif lalu membentuk satu permukaan geografi yang unik dan menarik umpama kepulauan Hawaii di Amerika Syarikat.

Pulau Jeju mempunyai iklim yang sederhana dan walaupun di musim sejuk dimana suhunya jarang jatuh di bawah takat beku.

5. Komodo

New7Wonders - Komodo

Komodo adalah salah satu daripada 17,508 buah pulau yang membentuk negara Republik Indonesia. Pulau ini sangat dikenali melalui habitat utamanya iaitu Komodo Naga (Komodo Dragon), sejenis cicak yang terbesar di dunia dan hanya wujud di pulau ini.

Pulau Komodo mempunyai kawasan permukaan 390 kilometer persegi dengan jumlah penduduk lebih daripada dua ribu orang.

Komodo adalah sebahagian daripada rantaian kepulauan Sunda dan termasuk dalam Taman Negara Komodo.

6. Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa

New7Wonders - Puerto Princesa

Puerto Princesa Underground River terletak kira-kira 80 kilometer (50 batu) di utara pusat bandar Puerto Princesa, Pulau Palawan, Filipina. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara sejak tahun 1992.

Taman ini mempunyai landskap batu kapur manakala sungai bawah tanah ini pula panjangnya melebihi daripada 24 km (15 batu) dan termasuk daripadanya sepanjang 8.2 km (5.1 batu) seksyen bawah tanah Sungai Cabayugan. Kejernihan air sungai dan keindahan bentuk gua batu kapur di sini sangat menakjubkan.

7. Table Mountain

New7Wonders - Table Mountain

Table Mountain adalah gunung yang rata menjadi mercu tanda yang terkemuka menghadap bandar Cape Town di Afrika Selatan. Ciri utama Table Mountain atau Gunung Rata ini adalah puncaknya yang tinggi dan rata kira-kira 3 kilometer (2 batu) dari sisi ke sisi.

Dataran tinggi ini diapit oleh Devil's Peak disebelah Timur dan Lion's Head disebelah Barat lalu membentuk pemandangan latar belakang yang sungguh mempersonakan bagi bandaraya Cape Town. Table Mountain ini berketinggian 1,086 meter (3,563 kaki) dari paras laut.

Semoga informasi ringkas ini memberi sedikit ilmu pengetahuan tentang alam semulajadi unik dan mempersonakan yang wujud di muka bumi ini.

BACA INI JUGA: Pakar Matematik Terkedu Selepas Cabar Al-Qur'an

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

8 comments

As'salam ..subahanallah..di amazin tu banyak haiwan ganas kan..kalau ke sana ..mesti hati2..walhala kemana mana pun jauh dekat kita kena hati2. terbaik entry..

Semua tempat tu mengkagumkan....

Jemput ke blog saya :)
www.whitebarley.blogspot.com

Waalaikumsalam. Cantik tapi penuh onak, duri dan binatan berbisa..

Komodo yang boleh makan orang tu ek? Cicak kecik pun dah geli, cicak besar camtu tak tawla nak cakap haha eeee

Amazon tu nampak cantik tetapi klu tak ada ilmu masuk hutan mmg merbahaya... saya tengok dokumentari ttg tu. segala bapak binatang ada kat situ kan...

Patut le mcm pernah tengok jer...hehe. Terima kasih SP :)

Rancangan Survivor pernah buat situ.. memanh survivor sungguh laa

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon