Friday, December 28, 2012

Top 5 Tablet Terbaik 2012


Nampaknya, kemunculan pc tablet dipasaran dunia semakin meningkat dari hari ke hari. Jika anda telah memasang niat untuk membeli produk ini, dibawah adalah senarai pc tablet terbaik 2012 yang sesuai dijadikan pilihan.

Microsoft Surface


Unik dengan reka bentuk logam menjadikan tablet Microsoft ini lain dari yang lain. Prestasinya juga pada tahap terbaik dengan paparan 10.6 inci Gorilla Glass dan teknologi ClearType. Memiliki dua versi, Windows RT dengan pemprosesan ARM dan satu lagi dengan CPU Intel Core dengan Windows 8.

Asus Padfone 2


Kolaborasi telefon pintar bersaiz 4.7 inci serta tablet bersaiz 10.1 inci dengan kemudahan untuk dick telefon pintar menjadikannya unik. Selain itu, ia turut dikuasakan oleh pemprosesan empat teras 1.5GHz Snapdragon S4.

Samsung Galaxy Tab 2 10.1


Memiliki paparan yang terang dan jelas, jangka hayat bateri yang menakjubkan serta kawalan jauh pintar membuatkannya sangat menarik dan berpatutan untuk dimiliki.

Google Nexus 7


Dibekalkan dengan Android 4.1 yang mesra pengguna dan fleksibel pada skrin tablet, ia turut meningkatkan prestasi permainan, memiliki reka bentuk selesa pada harga yang berpatutan.

iPad


Paparan retina yang sangat 'segar' dan pengenalan kepada pemprosesan baru yang lebih pantas serta iOS 6 yang memudahkan. Beberpa kemaskini mengekalkannya dipersada liga.

-SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon