Isnin, Disember 30, 2013

5 Jenama Pakaian Paling Mahal Di Dunia


Loading...

Kali ini, kita akan melihat jenama pakaian mana yang paling mahal dan menjadi kegilaan ramai orang. Jadi, di bawah adalah senarai antara 5 jenama pakaian paling mahal di dunia.

Armani

Armani

Nama besar dalam dunia fesyen antarabangsa, Jenama Armani diasaskan oleh Girgio Armani dan Sergio Galeotti. Girgio Armani S.P.A mendapat tempat dikalangan peminat fesyen antarabangsa kerana kualiti dan bermutu tinggi.

Armani sememangnya sentiasa menyediakan pilihan fesyen yang banyak dan terkini juga bermutu merangkumi pakaian untuk wanita, lelaki dan juga kanak-kanak.

Marc Jacobs

Marc Jacobs

Koleksi pakain Marc Jacobs sentiasa menjadi impian kebanyakan wanita muda. Marc Jacobs yang berbangsa Perancis merupakan seorang pereka fesyen terkenal.

Marc pernah memenangi anugerah Ordre des Arts et des Lettres yang merupakan Anugerah paling berprestij bagi penggiat seni di Perancis.

Citarasa dan rekaan daripada Marc sentiasa menepati musim dan citarasa wanita moden.

Gucci

Gucci

Hanyalah seorang perantau yang bermastautin di Paris kemudian berhijrah ke London dan berkerja di hotel-hotel ekslusif, Guccio Gucci (1881–1953) amat terpesona dan kagum melihat barangan mewah yang dipakai oleh tetamu hotel.

Tidak lama kemudian, dia kembali ke tempat kelahirannya, Florence di Itali yang kaya dengan sumber-sumber berkualiti dan mula membina empayarnya sendiri.

Kini, Gucci merupakan jenama pakaian yang amat terkenal kerana kemewahannya dan terlibat dalam bidang kosmetik, artikel sukan, barangan kemas, cermin mata dan lain-lain pakaian yang sememangnya mahal tapi berkualiti tinggi.

Chanel

Chanel

Chanel S.A atau lebih dikenali sebagai Chanel merupakan sebuah jenama yang menjadi pujaan golongan elit.

Diasaskan oleh Gabrielle "Coco" Chanel, seorang rakyat Perancis yang mendapat jolokan nama Coco semasa menjadi penyanyi di Kelab.

Chanel amat terkenal dikalangan wanita muda kerana fesyennya yang tampak lebih muda dan ringkas disamping anggapan bahawa jenama Chanel merupakan lambang bagi golongan Elite.

Prada

Prada

Jenama terkenal Itali ini memperkenalkan pakaian yang bergaya untuk memenuhi pelbagai keperluan penggemar fesyen selain dikenali sebagai jenama pakaian terkenal.

Jenama Prada adalah produk yang terkenal dengan kesederhanaan, keselesaan dan keyakinan. Malah, ramai bintang-bintang Hollywood amat meminati pakaian rekaan Chanel.

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Matawang Paling Mahal Di Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon