Sunday, May 19, 2013

10 Negara Dengan Harga Petrol Paling Murah


INFO Top 10. Pada masa ini, ramai orang mempersoalkan harga petrol yang semakin meningkat. Lagi-lagi pada negara yang tidak mempunyai sumber bekalan minyak mentah seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara barat lain.

Harganya jauh lebih mahal daripada apa yang kita bayangkan, tapi dalam banyak-banyak negara, ada juga negara yang mempunyai harga petrol yang jauh lebih murah daripada apa yang kita sangkakan.

1. Venezuela
$0.05/liter atau RM0.16 sen seliter


Venezuela yang pernah dipimpin oleh Mendiang Presiden Hugo Chávez – cukup terkenal dikalangan pemimpin politik seluruh dunia kerana beliau seorang yang sosialis kerana beliau diakui ramai sering memikir cara bagaimana untuk membantu rakyatnya untuk memiliki taraf kehidupan yang lebih baik.

Tentunya dengan harga petrol yang murah, akan lebih mudah rakyat memilih beliau untuk kembali pada pilihanraya akan datang.

2. Turkmenistan
$0.08/liter atau RM 0.26sen seliter


Kita sendiri tidak menyangka yang Turkmenistan tergolong di antara negara yang memberikan harga petrol kedua termurah di dunia.

Negara ini boleh dikatakan dingin daripada sebarang isu dan berita kepada negara luar. Tetapi itulah hakikatnya.

3. Nigeria
$0.10/liter atau RM0.33sen seliter


Nigeria dikatakan antara 10 negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia. Yang pentingnya pemerintah di sana tidak ingin membuat rakyat mereka marah dengan mengenakan harga petrol yang tinggi.

4. Iran
$0.11/liter atau RM0.36 sen seliter


Dengan rezab simpanan minyak yang dimilki negara Iran sekarang, dijangka mereka akan kehabisan minyak dalam tempoh 74 tahun daripada sekarang.

5. Arab Saudi
$0.12/liter atau RM0.39 sen seliter


Sememangnya diakui dek kerana limpahan minyak yang dimiliki oleh Arab Saudi telah meletakkan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah sebagai raja terkaya di dunia.

Kebiasaannya apabila Raja Abdullah melakukan kunjungan ke luar negara, dia akan pergi bersama-sama dengan 6 pesawat yang mana 1 untuk dirinya dan anak-anaknya dan 5 untuk teman-teman terdekatnya.

Mungkin juga, seandainya mereka menurunkan sedikit lagi harga petrol, mereka akan mampu untuk membawa pesawat peribadi ke-7 iaitu Boeing 747.

6. Libya
$0.14/liter atau RM0.46sen seliter


Libya mempunyai rezab simpanan minyak terbesar di Afrika dan nombor 9 di dunia.

7. Kuwait
$0.21 /liter atau RM0.69 sen seliter


Kuwait adalah negara kelima terkaya di dunia, jadi sangat sesuai limpahan yang dimiliki oleh Kuwait “dikongsi” bersama dnegan rakyatnya dengan menawarkan harga petrol yang sangat murah.

8. Qatar
$0.22/liter atau RM0.72 sen seliter


Negara Qatar merupakan negara kedua terkaya di dunia dan dalam masa yang sama memberikan harga petrol yang murah kepada rakyatnya.

9. Bahrain
$0.27/liter atau RM0.89 sen seliter


Negara pulau kecil ini hanya memiliki keluasan wilayah hanya 266 mil² (665 km²). Kalau anda mempunyai kenderaan di sana, jarak yang hanya boleh dilalui di Bahrain ialah sejauh 100 batu atau bersamaan 161 kilometer sahaja.

Tetapi mengapa kerajaan Bahrain memberikan harga petrol pada kadar harga yang cukup murah? Berapa banyak petrol yang mereka perlu?

10. United Arab Emirates
$0.37/liter atau RM1.22sen seliter


Siapa yang tidak tahu kebangkitan United Arab Emirates sebagai satu “hentian” bagi pengunjung luar kerana berjaya menyediakan tempat tinggal yang menarik dek kerana limpahan minyak yang mereka miliki.

Selain memiliki salah satu negara yang menawarkan harga petrol termurah di dunia mereka merupakan negara keempat terkaya di dunia.

BACA INI JUGA: 7 Faktor Yang Mempengaruhi Harga Minyak Petrol Dan Diesel Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon