Wednesday, August 14, 2013

Top 10 Bencana Terburuk Sepanjang Zaman


Malapetaka atau bencana sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia di muka bumi. Sejak dari zaman awal manusia diciptakan hingga ke hari ini. Bumi sudah sebati dengan bencana alam.

Semua ini adalah dugaan daripada Allah untuk kita agar ingat dan sedar akan kekuasaan Yang Maha Pencipta.

Namun begitu adakalanya manusia itu sendiri yang menempah bencana, inilah yang dikatakan golongan yang merosakkan muka bumi.

London’s Killer Fog


Semenjak wujudnya industri, penduduk London telah terbiasa dengan udara berkabus, ruang udara yang sarat dengan pencemaran. Pada tahun 1952, pencemaran udara ini menjadi tragedi. Pada musim sejuk itu, dalam cuaca sejuk penduduk menbakar lebih arang batu untuk memanaskan badan. Asap telah bercampur dengan sulfur dioksida, nitrogen oksida dan jelaga. Keadaan itu telah menyebabkan London diselubungi awan hitam gelap dan telah menbunuh lebih kurang 12,000 orang.

The Al-Mishraq Fire


Pada 24 jun 2003, satu kebakaran telah berlaku di sebuah kilang sulfur di Iraq. Kebakaran ini berlaku selama sebulan dan telah melepaskan sulfur dioksida ke atmosfera. Sulfur dioksida boleh membunuh manusia dengan menyebabkan masalah pernafasan dan juga mewujudkan hujan asid.

The Nuclear Power Plant Explosion in Chernobyl, Russia


Pada 26 April 1986, Loji Chernobyl di Ukraine telah menyebabkan pembebasan bahan radioaktif ke atmosfera empat ratus kali ganda daripada Hiroshima. Akibat kemalangan ini, ada kanak-kanak dilahirkan cacat, meningkatnya penghidap penyakit kanser dan masalah-masalah kesihatan lain. Anggaran mangsa bencana ini hampir 100,000 orang. Dan kawasan ini di isytihar tidak selamat untuk sebarang aktiviti kehidupan sehingga 200 tahun.

The Kuwait Oil Fires


Semasa Perang Teluk telah berlaku tumpahan minyak yang terbesar dalam sejarah. Pada tahun 1991, berikutan serangan ke atas Kuwait, Saddam Hussein telah menghantar seorang lelaki untuk meletupkan telaga minyak Kuwait.

The Destruction of the Aral Sea


Laut Aral merupakan salah satu daripada empat tasik yang terbesar. Pada tahun 1960-an Kesatuan Soviet telah mengalihkan aliran air sungai yang menuju ke tasik kepada projek pengairan. Aras Laut Aral merosot sebanyak 90% dan garam serta ribut pasir telah memusnahkan tumbuhan dan hidupan di sekitar kawasan itu.

The Exxon Valdez Oil Spill


Pada 24 Mac 1989, sebuah kapal tangki minyak Amerika, Exxon Valdez telah bertembung dengan Bligh Reef. Akibatnya tumpahan minyak berlaku hingga ke Prince William Sound di Alaska. Lebih kurang 11 juta gelen minyak telah tumpah dan telah mencemarkan sepanjang 500 batu pantai.

Dioxin Pollution


Pada 10 Julai 1976 di Meda, Itali, sebuah reaktor di syarikat kimia ICMESA telah meletup. Akibatnya awan toksik dioksin dilepaskan ke atmosfera. Dioksin adalah salah satu bahan kimia yang paling toksik. Walaupun tiada kemalangan jiwa, namun ramai kanak-kanak telah terkena penyakit kulit yang serius.

The Love Canal


Pada 1940-an, bau pelik telah menyelubungi sekitar Love Canal, Niagara Falls. Penduduk mula sedar adanya resapan bahan ganjil dan orang ramai mula jatuh sakit. Malah ramai wanita mengalami keguguran dan melahirkan bayi yang cacat. Selepas pemeriksaan, didapati lebih kurang 21,000 tan sisa toksik telah ditanam oleh sebuah syarikat tempatan di bawah permukaan bandar.

The Union Carbide Gas Leak


Pada 2 Disember 1984, Kesatuan Carbide kilang racun di Bhopal, India mengalami kebocoran gas metil isosianat dan lain-lain toksin beracun. Lebih kurang 500,000 orang terdedah dan sehingga 15,000 kematian dilaporkan. Selain itu lebih kurang 20,000 orang telah meninggal dunia sejak kemalangan itu dan mengakibatkan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan keracunan gas.

The Three Mile Island Nuclear Explosion


Pada 28 Mac 1979 di Harrisburg, kemalangan telah menimpa reaktor nuklear Three Mile Island. Walaupun kadar sinaran yang sedikit telah dibebaskan. Namun kemalangan ini telah menjadi kebimbangan mengenai industri nuklear. Kematian, bayi lahir pra-matang, bayi dilahirkan cacat telah dikaitkan dengan isu nuklear.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon