Thursday, October 16, 2014

Tahukah Anda Asal Usul Domain Name?

Tahukah Anda Asal Usul Domain Name?

Nama domain (domain name) merupakan satu pengenalan yang menentukan autonomi pentadbiran, kuasa dan kawalan terhadap internet.

Asal Usul Domain Name

Nama domain dibentuk oleh undang-undang dan prosedur Domain Name System (DNS). Sebarang nama yang didaftarkan di dalam DNS ialah nama domain.

Mari kita baca sejarah domain name secara ringkas.

1. Nama domain pertama di dunia. Pada tahun 1985, Symbolics Inc telah mendaftarkan Symbolics.com. Symbolics.com berada di bawah pemilikan yang sama selama 25 tahun sehinggalah XF.com Investments membeli nama tersebut pada tahun 2009 dengan nilai yang tidak dinyatakan.

2. Akhir 1985, 6 nama domain didaftarkan diseluruh dunia.

3. Sebelum tahun 1995, sesiapa pun boleh mendaftar nama domain secara percuma. Syarikat perunding teknologi, Network Solutions telah diberikan kebenaran untuk mengenakan bayaran bagi pendaftaran nama domain. Harga pada masa itu bermula USD$100 untuk pendaftaran selama dua tahun.

3. Pada tahun 1998, kertas cadangan untuk penswastaan DNS dikemukakan, dikenali sebagai 'Green Paper'. Ia bertujuan untuk meningkatkan persaingan dalam pasaran dan menggalakkan penyertaan antarabangsa. Ia menerima kritikan orang awam yang membawa kepada usul 'White Paper' dan penubuhan ICANN.

4. Pada tahun 2003, Akta Kebenaran Dalam Nama Domain dicipta. Undang-undang boleh menghukum pencipta nama domain yang mengelirukan, yang menghubungkan pengguna ke laman web pornografi tanpa kebenaran mereka. Pesalah awal termasuklah 'Bobthebiulder.com' dan 'Teltubbies.com'.

5. Pada tahun 2007, nama domain VacationRentals.com merupakan nama domain paling mahal pernah dijual dengan harga USD$35 juta. Pembelinya, Ben Sharples membeli nama domain tersebut semata-mata untuk mengelakkannya daripada dibeli oleh pesaingnya, Expedia.

6. Pada tahun 2012, Mike Mann, spekulator domain telah mendaftarkan hampir 15 ribu nama domain dalam sehari dengan alasan 'mahu memiliki dunia'.

7. Pada tahun 2013, kesemua 456,976 kombinasi AAAA.com hingga ZZZZ.com telah habis digunakan. Internet kehabisan domain empat aksara dot com!

8. Dan pada tahun ini (2014), lebih 100 nama domain generik (gLTDs) diperkenalkan seperti .cars, .music disamping nama syarikat seperti .apple dan .hyundai.s

Selamat membaca..

BACA INI JUGA: 10 Syarikat Gergasi Yang Di Bina Oleh Remaja

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, October 15, 2014

Bonus Kakitangan Awam Tidak Akan Dibayar Tahun Ini

Bonus Kakitangan Awam Tidak Akan Dibayar Tahun Ini

Bonus Kakitangan Awam. Bonus yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2015 untuk kakitangan awam minggu lalu akan dibayar bersama gaji Januari 2015, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Bonus Kakitangan Awam 2015

Beliau berkata, bonus berkenaan tidak boleh diawalkan atau dibayar pada tahun ini atau tahun sebelumnya.

"Bonus ini diluluskan dalam Bajet 2015. Jadi kalau kita lihat dari segi peraturan kewangan ia sepatutnya bermula (dibayar) pada 1 Januari 2015.

"Bonus akan masuk dalam gaji bulan Januari," katanya kepada pemberita.

Ali berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada Isnin supaya kerajaan membuat pembayaran bonus kepada penjawat awam pada 15 Disember dan bukannya Januari depan.

Presiden CUEPACS, Azih Musa, berkata langkah itu bagi membolehkan penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak sekali gus meringankan beban kewangan mereka.

"Memandangkan musim baharu persekolahan bermula pada Januari, kita minta supaya bayaran bonus dibuat lebih awal iaitu pada 15 Disember untuk membantu ibu bapa menyediakan persiapan persekolahan anak-anak," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2015 pada Jumaat lalu, mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari.

Pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.-BERNAMA

#Hairan dengan statement diatas. Jadi, yang sebelum-sebelum ni terang-terangan la kerajaan buat kesalahan kan..

Selebriti Hollywood Yang Memiliki Pulau Sendiri

Selebriti Hollywood Yang Memiliki Pulau Sendiri

Di Malaysia, selebriti kita sememangnya mampu membeli rumah dan kereta mewah, berpakaian berjenama dan mendapatkan rawatan kecantikan termahal di dalam dan luar negara.

Tapi nampaknya masih belum ada yang mampu memiliki pulau sendiri seperti selebriti Hollywood.

Johnny Deep
Little Hall's Pond Cay, Bahamas

Johnny Deep - Little Hall's Pond Cay, Bahamas

Semasa melakukan penggambaran filem 'Pirates of the Carribean' di Bahamas, aktor terkenal ini merasa sangat tertawan dengan kepulauan tersebut.

Jadi pada tahun 2004, dia membeli Little Hall's Pond Cay dengan harga USD$3.6 juta yang terletak di Kepulauan Exuma, sebuah pulau yang terpisah dan tersorok daripada dunia glamornya dan yang penting dapat memisahkan dirinya daripada golongan paparazzi yang sentiasa memburu beliau.

Dia pernah menawarkan pulau ini untuk dipinjamkan kepada aktres bermasalah, Lindsay Lohan.

Leonardo diCaprio
Blackadore Cay, Belize

Leonardo diCaprio - Blackadore Cay, Belize

Pada tahun 2005, pelakon kacak yang juga seorang pejuang alam sekitar bersama-sama dengan seorang lagi rakannya telah membeli Blackadore Cay, sebuah pulau dengan keluasan 104 ekar yang terletak diantara tanah besar Belize dan juga Ambergris Caye yang sebenarnya terletak tidak jauh dari Terumbu Karang Barrier.

Harga untuk memiliki pulau tersebut ialah USD$1.75 juta. Dia pernah menyatakan hasrat untuk membina resort yang mesra alam disitu sebagai contoh pembangunan yang tidak merosakkan alam sekitar.

John Lennon
Pulau Dorinish, Ireland

John Lennon - Pulau Dorinish, Ireland

John Lennon telah membeli pulau berkeluasan 19 ekar ini dengan harga hanya USD$2,600 pada tahun 1967 dan mengikut cadangan asalnya, dia ingin menggunakan pulau tersebut sebagai kawasan percutian peribadi.

Namun, rancangannya tidak pernah menjadi kenyataan.

Apabila John Lennon meninggal dunia, balunya, Yoko Ono telah menjual pulau tersebut dan wang yang diperolehi telah didermakan kepada badan amal kanak-kanak di Ireland.

Namun, pada tahun 2012 yang lalu, Pulau Dorinish dikatakan sedia untuk dijual semula.

Mel Gibson
Pulau Mago, Fiji

Mel Gibson - Mago Island, Fiji

Pulau yang besar ini telah dibeli oleh aktor tersohor, Mel Gibson pada tahun 2005 dengan harga USD$9 juta.

Pulau ini memiliki keluasan 5,400 ekar. Uniknya, pulau ini adalah salah satu daripada pulau milik persendirian paling besar yang ada di Pasifik Selatan.

Menurut Mel Gibson, dia tidak berniat untuk membina rumah yang besar disitu kerana mahu memelihara alam semulajadi malah, tiada seorang pun penghuni yang menetap disitu.

Faith Hill dan Tim McGraw
Goat Cay, Bahamas

Faith Hill and Tim McGraw - Goat Cay, Bahamas

Pasangan penyanyi dalam genre country ini juga telah membeli pulau mereka sendiri. Walaupun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar pembelian, namun pulau yang berkeluasan 17 ekar itu akan dibina dengan rumah yang berkeluasan 15,000 kaki persegi siap dengan menara pemandangannya sendiri selain 3 buah rumah yang lebih kecil untuk pekerja dan pengurus mereka.

Ricky Martin
Pulau yang terletak di Angra dos Reis, Brazil

Ricky Martin Island

Walaupun pulau yang dibeli dengan harga USD$8 juta oleh Ricky Martin pada tahun 2008 ini tidak diketahui lokasinya, namun ia diberitakan adalah sebuah pulau dengan resort yang mewah dan terletak di Angra dos Reis di luar perairan Rio de Janeiro. Lokasi itu sememangnya terkenal sebagai kawasan golongan elit.

Eddie Murphy
Roaster Cay, Bahamas

Eddie Murphy - Roaster Cay, Bahamas

Eddie Murphy pernah digelar sebagai pelakon Hollywood yang mendapat bayaran berlebih-lebihan dan tidak setanding dengan lakonannya.

Namun, pada tahun 2007, dia telah membeli sebuah pulau berdekatan Nassau yang berharga USD$15 juta.

Pulau ini seluas 15.4 ekar namun tidak dapat dipastikan sama ada Eddie akan menggunakannya untuk tujuan peribadi ataupun mahu membina resort di pulau tersebut.

David Copperfield
Musha Cay, Bahamas

David Copperfield  Musha Cay, Bahamas

Jika selebriti lain memilih untuk membeli sebuah pulau, David Copperfield pula membeli segugusan 11 pulau yang membentuk Kepulauan Musha dengan harga USD$50 juta.

Dengan menambah sebanyak USD$30 juta lagi, David telah membina sebuah resort seluas 700 ekar disitu untuk kegunaannya sendiri dan turut disewakan.

Kos menyewa bagi tempoh seminggu dikatakan mencecah USD$265,000!

Celline Dion
Ile Gagnon, Quebec

Celline Dion  Ile Gagnon, Quebec

Celline Dion turut memiliki sebuah pulau berdekatan Montreal di Sungai Mille Iles. Namun, pada tahun 2012, Celline Dion telah meletakkan pulau tersebut bersama-sama rumah yang dibina disitu untuk dijual dengan harga USD$29.3 juta.

Harga tersebut termasuklah segala barangan yang ada didalam rumah tersebut.

BACA INI JUGA: 10 Bentuk Tasik Paling Unik Di Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, October 14, 2014

Ibadah HAJI Untuk Beramal Bukan ‘Berselfie’

Ibadah HAJI Untuk Beramal Bukan ‘Berselfie’

Seorang ulama terkenal Saudi semalam menggesa umat Islam yang menunaikan umrah atau haji supaya tidak taksub melakukan 'selfie'.

HAJI BERSELFIE [2]

Menurutnya, fenomena itu hanya mengganggu dan akan menjejaskan mereka daripada melakukan ibadah yang sepatutnya mereka lakukan ketika berada di Tanah Suci.

"Orang ramai biasanya melakukan untuk menunjuk-nunjuk. Ini bukan saja merosakkan seluruh ibadah mereka dan menjejaskan pahala yang mereka inginkan untuk datang ke sini," kata anggota jawatankuasa kesedaran haji dan juga pensyarah di Universiti Majmaah, Ali bin Abdul Aziz Al-Shibal.

"Mengambil gambar untuk memberitahu orang lain di mana anda atau untuk menunjukkan anda melakukan sesuatu yang baik akan menjejaskan niat anda dan sekaligus melanggar tujuan sebenar matlamat anda.

"Lebih-lebih lagi jika ada jemaah lain yang turut muncul dalam gambar anda. Ia mencabuli privasi dan hak mereka," katanya.

Menurut Ali, Islam melarang umatnya meniru gaya, budaya dan tradisi orang bukan Islam.

"Orang Islam perlu bangga dengan budaya mereka sendiri," katanya.

Ulama itu juga memetik hadis Nabi Muhammad (SAW) yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah yang berbunyi: "Barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka".

HAJI BERSELFIE

Beberapa ulama bersetuju fotografi digital dilarang kecuali untuk tujuan mustahak seperti merakam acara penting, mendedahkan penjenayah, mengeluarkan kad pengenalan, mengajar dan mencetak program berguna.

Ditanya sama ada pihak berkuasa akan melancarkan kempen menentang selfie pada musim umrah dan haji akan datang, Ali berkata: "Kempen kami bertujuan mendidik jemaah dan umat Islam lain daripada menjauhi amalan tidak Islamik."

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/1608

Restoran Al-Ehsan Buat Laporan Polis, Nafi Hidang Daging Babi!!

Restoran Al-Ehsan Buat Laporan Polis, Nafi Hidang Daging Babi!!

Semalam, tersebar dakwaan Restoran Al-Ehsan menggunakan daging babi di dalam hidangan Chicken Chop mereka.

Restoran Al-Ehsan

Dakwaan yang dibuat oleh akaun Facebook bernama Syam Iz itu telah menjadi viral dan isu ini turut tersebar secara meluas di blog-blog dan laman sosial.

(Baca: PANAS! Restoran Mamak Kantoi Guna Daging BABI?!)

Hari ini, wakil Al-Ehsan telah menjawab pertuduhan tersebut dan telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan dan menuntut Syam Iz memadamkan status berkenaan dari Facebooknya.

Restoran Al-Ehsan - Laporan Polis

Memetik jawapan Sulthan Alehsan melalui Facebook, dia menyatakan Al-Ehsan menggunakan 'bacon beef' atau daging lembu dan membuat jaminan mereka menyediakan produk 100% halal.

Restoran Al-Ehsan - Beef Bacon

"Kami adalah Muslim dan mengamalkan Agama Islam Syariah dalam kehidupan seharian kami. Memohon maaf untuk gangguan yang dialami. Harap disebarkan. Terima kasih." memetik jawapan berkenaan.

Restoran Al-Ehsan - Penafian

Diharap kedua-dua pihak boleh menyelesaikan perkara ini dengan baik kerana dari apa yang kita lihat, ini mungkin hanyalah isu salah faham.

Sumber:
http://www.kitabantai.info/2014/10/rungkai-isu-restoran-al-ehsan-guna.html

Pemburu Duit Syiling Di India

Pemburu Duit Syiling Di India

Kita selalu merungut, gaji besar pun selalu tidak cukup. Masalahnya mungkin kita tidak pernah belajar untuk berkata cukup.

Coin Divers of Yamuna River

Di India, sebilangan kecil pemuda-pemudanya tetap tersenyum puas dengan pendapatan yang tidak seberapa hasil pekerjaan menyelam untuk mencari duit syiling dalam Sungai Yamuna yang hitam dan tercemar.

Kebanyakan wang syiling yang ada di dalam Sungai Yamuna adalah daripada upacara persembahan Dewi Sungai. Sama seperti Ganges, Yamuna dianggap sebagai salah satu tempat yang paling suci dan terlalu dimuliakan oleh penduduk tempatan. Tambahan pula, Yamuna merupakan anak sungai utama Sungai Gangga.

Sungai ini disembah kerana ia dikaitkan dengan Yami, kakak kembar Tuhan Kematian yang dipercayai kekal dalam air. Sebagai menghormati Dewi Sungai, penduduk India yang melalui kawasan ini sama ada dengan menaiki kereta api atau berjalan kaki, akan melempar duit syiling ke dalam Sungai Yamuna.

Tidak ramai yang tahu, rupanya ritual tersebut dimanfaatkan oleh sebahagian pemuda sebagai sumber mencari rezeki. Anak muda yang memilih profesion ini digelar sebagai penyelam syiling. Mereka akan bekerja, menyelam dan mencari syiling sepanjang tahun tanpa mengira keadaan cuaca.

Penyelam syiling biasanya memulakan kerja seawal jam 7 hingga 8 pagi dan akan berhenti rehat untuk makan tengah hari. Setiap sesi menyelam pula berlangsung kira-kira 20 hingga 30 minit, sebelum kembali ke permukaan dan mencuba lagi di tempat yang berbeza.

Menurut Sartaj Ahmed, 22, beliau mula menyelam sejak kecil lagi. Namun, ketika berusia 18 tahun, barulah ada keberanian untuk berjinak-jinak dalam kerjaya memburu syiling.

Katanya, selama menceburi profesion itu, tentangan paling hebat ialah air sungai yang terlalu sejuk sampai ke tulang. Ini kerana aliran air Sungai Yamuna berpunca dari Pergunungan Himalaya.

Namun, sejuk macam mana sekalipun, wang tetap perlu dicari. Tiada istilah terlalu manja atau memilih kerja walaupun terpaksa berendam dalam air dingin, kotor dan tercemar. Mereka tiada pilihan lain kerana keadaan benar-benar memaksa untuk berbuat begitu.

Berdasarkan data dari Bank Dunia, sebanyak 32.7 peratus daripada rakyat India berada di bawah garis kemiskinan antarabangsa. Dengan kata lain, hampir satu pertiga daripada golongan miskin di seluruh dunia hidup di India. Inilah alasan kenapa mereka terdesak menyelam ke dasar sungai demi kelangsungan hidup.

Sartaj Ahmed

Soal lumayan atau tidak, Sajad Ahmed, 34, yang sudah 20 tahun bergelar penyelam syiling, berkata jumlah wang yang boleh dikumpulkan dalam tempoh beberapa hari hanyalah antara 100 hingga 200 rupee (RM5.29 hingga RM10.58). Jika bernasib baik, dia akan menjumpai barang perhiasan kecil seperti cincin emas.

Biasanya, mereka tidak melakukan pekerjaan itu secara rawak kerana para penyelam sudah tahu di mana untuk mencari duit syiling.

Selalunya, mereka akan menyelam betul-betul diantara tiang bernombor lapan dan sembilan. Tempat ini sangat strategik memandangkan penumpang kereta api selalu membuang syiling di sini semasa menyeberang jambatan Sungai Yamuna.

Selepas syiling dilambungkan ke dalam air, anak muda yang sejak awal lagi menunggu di tebing sungai akan bergegas menyelam untuk mendapatkannya.

Teknik selaman yang digunakan juga cukup unik. Mereka akan memejamkan mata sepanjang berada dalam sungai. Tujuannya adalah untuk menjaga penglihatan daripada air sungai yang tercemar. Tambah pula jika mereka membuka mata, tiada apa-apa yang dapat dilihat kerana sungai berkeadaan kotor.

Dalam hal ini, tangan memainkan peranan utama dan maenjadi 'mata' untuk mencari syiling. Dengan hanya menggunakan tangan, mereka akan meraba-raba dalam dasar sungai yang gelap dan berkeladak.

Sekiranya air terlalu sejuk pula, penyelam akan mencari alternatif lain dengan cara memancing duit.

Teknik memancing yang digunakan sama seperti mengail ikan, cuma bezanya joran tersebut ialah buatan sendiri, menggunakan magnet besar yang kemudiannya diikat kuat dengan tali.

Sambil duduk di atas pelampung, magnet akan dibuang ke dalam sungai dan menarik segala bahan logam dari dalam sungai, termasuklah syiling dan bahan-bahan berharga lain.

Kadang-kadang, kemahiran para pemburu syiling ini juga sering dimanfaatkan oleh polis New Delhi, terutamanya dalam kerja-kerja menarik mayat yang dibuang ke dalam sungai.

Dengan kata lain, mereka bukan sembarangan penyelam kerana ada diantara mereka memiliki kad penyelam rasmi.

Saksikan videonya di YouTube,  http://www.youtube.com/watch?v=gjV0azKvlfc

BACA INI JUGA: Sukarnya Melahirkan Anak Di India!

-Sentiasapanas.com

Monday, October 13, 2014

PANAS! Restoran Mamak Kantoi Guna Daging BABI?!

PANAS! Restoran Mamak Kantoi Guna Daging BABI?!

Satu status menggemparkan ramai peminat makanan di Restoran Mamak apabila mendedahkan sebuah restoran di Wangsa Maju didakwa menggunakan Daging Babi (Bacon) di dalam masakan mereka.

PANAS! Restoran Mamak Kantoi Guna Daging BABI!

Seorang pengguna Facebook, Syam Iz, telah memuatnaik beberapa keping gambar pekerja restoran itu yang ditemuinya di NSK Seri Rampai yang sedang mencari barangan yang dipesan oleh bosnya.

Dia terkejut apabila di dalam senarai barangan itu jelas tertulis perkataan Bacon.

Baca lagi pendedahan lanjut beliau.

PANAS! Restoran Mamak Kantoi Guna Daging BABI! [2]

Siasatan lanjut perlu dilakukan oleh pihak berkuasa kerana jika benar restoran itu menggunakan daging babi seperti didakwa, ia adalah satu penganiayaan yang besar kepada umat Islam di Malaysia.

PANAS! Restoran Mamak Kantoi Guna Daging BABI! [4]
PANAS! Restoran Mamak Kantoi Guna Daging BABI! [4]

Sehingga perkara ini mendapat pencerahan sama ada daripada pihak berkuasa ataupun dari restoran itu sendiri, adalah lebih baik kita elakkan pergi ke restoran tersebut buat masa sekarang.

Sumber:
http://www.vvip.my/2014/10/restoran-mamak-guna-bacon-dalam-masakan.html

Glace Ice, Ais Paling Mahal Di Dunia!

Glace Ice, Ais Paling Mahal Di Dunia!

Informasi Dunia. Menikmati minuman kegemaran tanpa gangguan rasa pada waktu stres memang menenangkan. Apalagi jika ia minuman sejuk yang mahal. Malangnya, jika dibiarkan beberapa lama, ia pasti cair, sekaligus merubah rasa.

Glace Ice

Baru-baru ini, syarikat Glace Luxury Ice Co. dari California mencipta satu teknologi ais baharu iaitu ais tahan cair.

Bahkan, ia juga dikatakan diperbuat daripada sumber air mineral semula jadi yang menyihatkan. Istimewanya, setiap kiub adalah buatan tangan yang dihasilkan dari bongkah ais seberat 136.078 kilogram.

Cara pembuatannya agak rumit. Sumber air semula jadi yang dipilih akan dirawat terlebih dahulu supaya benar-benar bersih sebelum diproses.

Kemudian, air tersebut akan dimasukkan ke dalam acuan berukuran 8,000 kubik inci. Air akan dikacau perlahan-lahan ditengah-tengahnya supaya gas terbebas sehinggalah hampir beku.

Kemudian, ais separa beku itu akan dibekukan dengan menggunakan ais kering dan disembur sesuatu supaya kelihatan bersinar seperti kaca. Akhirnya, ais akan diukir membentuk sfera atau kiub.

Ais yang sudah siap akan dipeket ke dalam beg kedap udara yang boleh ditutup semula. Ia bertujuan bagi mengelak ais terdedah kepada udara kotor.

Menurut laman web Glace Luxury Ice Co., proses pembuatannya yang rumit menjadikan Glace Ice benar-benar bersifat sifar rasa berbeza dengan ais biasa. Glace Ice membolehkan pengguna memaksimumkan pengalaman menikmati minuman mereka. Rekaannya yang unik membuatkan ia tahan cair dengan penyejukan maksimum.

Ais biasa secara umumnya diperbuat dari air paip tempatan dan mengandungi lebih 150 kotoran dan karsinogen yang boleh mendatangkan penyakit kepada pengguna. Kotoran-kotoran itu juga menyebabkan ais memiliki rasa sendiri. Tanpa disedari, ais akan mempengaruhi rasa sebenar minuman, lalu merubah rasanya.

Bagaimanapun, harganya tidaklah semurah harga ais biasa yang mudah dibeli dikedai-kedai 24 jam. Malah, harganya jauh lebih mahal, mencecah ribuan ringgit. Biasanya ia dijual dengan harga USD$325 (RM1028) untuk satu beg ais yang mengandungi 50 biji.

Dengan erti kata lain, seketul ais berharga sekitar RM20. Namun, ais mewah ini tidak dijual seketul-seketul. Sebaliknya didatangkan dalam pek yang sudah siap.

Roberto Sequeira - Glace Ice
Roberto Sequeira.

Walaupun sangat mahal, dari satu sudut lain, ia sangat berbaloi untuk anda miliki, apalagi jika dipadankan dengan minuman yang mahal dan mewah.

Saiz ais juga agak besar yang mampu mencecah 2.5 inci. Hanya seketul untuk satu cawan air berukuran 250 ml. Berkualiti dan berbaloi.

Lagipun, ais berbentuk kiub atau G3 (G-Cubed) ini mampu bertahan selama 15 hingga 40 minit tanpa cair di dalam air. Manakala ais berbentuk sfera atau Mariko Sfera pula boleh bertahan selama 15 hingga 30 minit sahaja kerana saiznya yang lebih kecil. Jika ais biasa sudah tentu berubah menjadi air dalam tempoh tersebut.

Glace Ice sebenarnya diasaskan oleh Roberto Sequeira. Dia merupakan pensyarah fakulti perniagaan di salah sebuah universiti di California.

Dia banyak menghabiskan masa memerhati dunia perniagaan sehinggalah berjaya mengeluarkan produk ais mewah miliknya sendiri.

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, October 12, 2014

Anneliese, Maut Selepas Dirasuk Entiti Misteri!

Anneliese, Maut Selepas Dirasuk Entiti Misteri!

Dilahirkan pada 21 September 1952 di Jerman, Anneliese Michel menjalani kehidupan normal sama seperti gadis seusianya.

Anneliese Michel

Anak kepada pasangan Josef dan Anna Michel ini dibesarkan dalam pegangan Katolik yang kuat.

Gadis ini dikenali sebagai seorang yang periang dan disukai ramai. Namun, itu semua sebelum Anneliese ditimpa penyakit misteri yang bermula pada tahun 1968.

Pada mulanya, doktor mengatakan gadis ini sekadar menghidap penyakit batuk kering. Dia diberikan rawatan di Hospital Mittelberg, Jerman. Setelah sembuh, Anneliese dibenarkan pulang semula ke rumah.

Seperti biasa, Anneliese memulakan persekolahan di sekolah menengah Aschefenburg. Semuanya bermula dengan lancar sehinggalah Anneliese tiba-tiba diserang penyakit misteri. Anneliese menghadapi kesukaran untuk bertutur.

Dia juga sukar berjalan dan sering berpaut pada meja, kerusi atau apa-apa sahaja yang berada dalam capaiannya untuk berdiri.

Pada tahun 1973, Anneliese mula ditimpa kemurungan yang serius. Perubahannya mendadak dan disedari oleh orang-orang disekelilignya.

Keadaan itu berlanjutan agak lama sehinggalah dia mengadu melihat bayangan misteri yang menyeramkan dan sering menghantui dirinya.

Anneliese sering menggambarkan bahawa dia melihat raut misteri wajah syaitan pada dinding rumahnya. Anneliese menyatakan bahawa syaitan itu mempunyai tujuh tanduk dan mahkota.

Bukan itu saja, ahli keluarga juga pernah beberapa kali melihat Anneliese dalam keadaan tercampak, seperti dibaling ke tanah.

Anneliese Michel dirasuk
Keadaan Anneliese sewaktu dirasuk.

Yang misterinya, tidak kelihatan sesiapa pun yang memperlakukan gadis itu sedemikian rupa.

Pernah suatu hari, sewaktu mereka sekeluarga sedang menikmati makan malam, kedua-dua tangan Anneliese secara misteri membengkak secara mendadak sebelum dia terlambung ke belakang daripada kerusi yang didudukinya. Gadis itu hanya mampu menjerit meminta pertolongan.

Josef dan Anna tahu ada benda misteri berlaku dan menggangu Anneliese. Apatah lagi keadaan gadis itu semakin buruk setiap hari. Dia mula mengamuk dan melakukan perkara pelik dan misteri termasuklah menjilat air kencingnya sendiri.

Anneliese memakan lalat, labah-labah dan juga pernah menelan kepala burung yang sudah mati. Pada ketika yang lain, gadis itu akan merangkak masuk ke bawah meja dan menyalak seperti anjing selama dua hari.

Menjerit dan mengoyakkan bajunya sudah menjadi aktiviti misteri yang dilakukannya setiap hari.

Tidak sanggup melihat anak gadis mereka terseksa, pasangan suami isteri itu bertindak menghubungi paderi, dengan harapan paderi akan menggunakan cara alternatif untuk memulihkan keadaan misteri yang dialami Anneliese.

Ritual mengusir syaitan

Sebelum bersetuju memberikan khidmat exorcism kepada Anneliese, Paderi Arnold pernah membawa gadis itu bertemu ramai doktor untuk merawat penyakit misteri itu namun buntu.

Menurut doktor, Anneliese menghidap sejenis sawan dan hanya diberikan pil bagi membantu menenangkan dirinya.

Anneliese Michel fighting devil
Anneliese melawan penunggu misteri selama 8 tahun.

Dua orang paderi yang mulanya tidak percaya Anneliese dirasuk terdiam apabila mereka menyaksikan sendiri bagaimana gadis itu dilambung dan dihempas secara misteri ke lantai tanpa ada sesiapa yang mengangkat atau mencampakkannya.

Melihatkan keadaan misteri yang mengganggu gadis itu, pada tahun 1975, ketua paderi dikawasan tersebut telah memberi kebenaran kepada Paderi Arnold Renz dan Paderi Ernst Alt untuk menjalankan ritual exorcism (pengusiran syaitan) terhadap Anneliese.

Rawatan berlangsung selama 10 bulan untuk merawat penyakit misteri tersebut. Dalam tempoh itu, sebanyak 67 kali ritual tersebut dijalankan.

Setiap minggu, beberapa kali gadis itu menjalani kaedah spiritual yang menyeksakan. Kesemua ritual untuk menghalau gangguan misteri itu turut dirakamkan dalam bentuk audio.

Anneliese turut menghadapi kecederaan lutut yang serius sepanjang menjalani proses exorcism. Gadis ini perlu melutut lebih daripada 600 kali setiap kali ritual yang memakan masa berjam-jam lamanya.

Hasil daripada ritual untuk menghalau gangguan misteri tersebut, kedua-dua paderi mendakwa dapat mengesan enam jenis syaitan yang telah merasuk Anneliese iaitu Judas, Lucifer, Hitler, Nero, Fallen Priest dan Cain.

Sekalipun telah berpuluh-puluh ritual dijalankan untuk menghalau syaitan misteri yang dikatakan merasuk tubuh gadis itu, semuanya gagal.

Anneliese terus hidup terseksa dan akhirnya meninggal dunia pada 1 Julai 1976, selepas lapan tahun bertarung dengan 'penunggu misteri' yang menguasai dirinya.

Anneliese Michel RIP
Tempat persemadian akhir Anneliese Michel.

Hasil bedah siasat mendapati kematian misteri Anneliese Michel disebabkan kekurangan air dan zat makanan. Dia juga menghidapi demam panas dan Pneumonia ketika itu. Berat badan Anneliese sewaktu kematiannya hanyalah lebih kurang 30 kilogram.

Dua tahun selepas peristiwa misteri itu, mahkamah memutuskan kedua-dua ibu bapa Anneliese beserta dua paderi yang merawatnya didapati bersalah atau tuduhan menyebabkan kematian Anneliese. Kesemua mereka dipenjarakan selama enam bulan.

Selepas lebih 30 tahun kematian Anneliese yang begitu misteri, banyak pihak yang semakin meragui dia benar-benar dirasuk. Mereka mempersoalkan ubat-ubatan yang diberikan kepadanya.

Ramai yang bersetuju bahawa Anneliese mungkin menderita kerana penyakit schizophrenia atau sejenis gangguan mental. Jika diberikan rawatan yang betul, mungkin Anneliese masih boleh diselamatkan.

Namun, dari sudut lain pula, tiada siapa mampu menerangkan kejadian misteri bagaimana gadis itu dilambung dan dihempas ke tanah.

Begitu juga dengan rakaman audio yang memperdengarkan suara misteri yang pelik Anneliese yang dikatakan berbicara dalam bahasa kuno lama yang sudah tidak digunakan lagi ketika itu.

Horror Picture
Kisahnya difilemkan.

Sehingga kini, persoalan misteri apa sebenarnya yang membunuh Anneliese masih menjadi tanda tanya. Tiada jawapan tepat yang dapat diberikan.

Malah, kisah misteri yang menimpa Anneliese turut diangkat ke layar perak menerusi filem seram, The Exorcism of Emily Rose yang ditayangkan pada tahun 2005.

BACA INI JUGA: Menjadi Lagenda Blues Dengan Bantuan Syaitan?!

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, October 11, 2014

Tahukah Anda?

Tahukah Anda?

Tahukah anda, di dunia ini banyak peristiwa, maklumat dan informasi yang masih belum kita ketahui!?

Ruangan Tahukah Anda? di blog sentiasapanas memaparkan kepada para pembaca semua beberapa fakta yang difikirkan menarik untuk dikongsikan bersama.

Did you know

Jadi, jom kita selongkar beberapa informasi menarik Tahukah Anda? yang ada di dunia kita. Selamat membaca..

INFO TAHUKAH ANDA? UPDATE: 1/DIS/2022

  1. Tahukah Anda Siapa Pencipta Lif?
  2. Spokojan, Lingkaran Pembunuh Nyamuk Ciptaan UM
  3. Tahukah Anda Sejarah Penciptaan Kanta Lekap?
  4. Tahukah Anda Siapa Pencipta Alat 'Mendengar' Stetoskop?
  5. Tahukah Anda Tulisan Bergambar Tertua Dunia Terletak Di Malaysia?
  6. Tahukah Anda Bagaimana Sejarah Papan Hitam Bermula?
  7. Tahukah Anda Google Diperbuat Daripada 2 Bilion Kod Arahan!
  8. Rakyat Paling Tidak Gembira Di Dunia 2015
  9. Tahukah Anda Siapa Pencipta Pin Baju @ Baby Pin?
  10. Tahukah Anda Ikan Puyu Mampu Bernafas Di Darat!
  11. Tahukah Anda Sejarah Penciptaan Tali Pinggang?
  12. Tahukah Anda Siapa Pencipta Sikat Rambut?
  13. Tahukah Anda Kucing Tiada Deria Rasa!
  14. Tahukah Anda Siapa Yang Mencipta Tuala Wanita?
  15. Tahukah Anda Makanan Manusia Yang Beracun Bagi Kucing?
  16. Tahukah Anda Kepanasan Badan Hilang Melalui Kepala?
  17. Tahukah Anda Bagaimana Sejarah Kereta Ambulans Bermula?
  18. Tahukah Anda Siapa Pencipta Gari?
  19. Tahukah Anda Siapa Pencipta Mesin Rumput?
  20. Tahukah Anda Bahawa Kecantikan Bermula Dengan 'Percaya'!
  21. Tahukah Anda Siapa Orang Pertama Menemui Kopi?
  22. Masa Bumi Bertambah 1 Saat Pada 30 Jun 2015
  23. Fakta Yang Anda Tidak Tahu Tentang Garam!
  24. Tahukah Anda Ulat Paling Bahaya Di Dunia?
  25. Billionaire Jack Ma Pernah Ditolak 30 Permohonan Kerja Termasuk KFC
  26. Tsar Bomba, Letupan Nuklear Paling Kuat!
  27. Tahukah Anda Asal-usul Penciptaan Payung?
  28. Sejarah Palestin Yang Anda Tidak Tahu
  29. Ketakutan Yang Pelik, Jenis Dan Kategori Fobia
  30. Tahukah Anda Asal Usul Domain Name?
  31. Krubera, Gua Paling Dalam Di Dunia!
  32. Siapa Pencipta Pertama Senjata Penembak Tepat?
  33. Tahukah Anda Asal-usul Topeng Revolusi Inggeris?
  34. Tahukah Anda Air Laut Mengandungi Emas!
  35. Tahukah Anda Kenapa Kucing Menggeselkan Badan?
  36. Gergaji Tertua Di Dunia Dan Pisang Pertama
  37. Rahsia Yang Anda Tidak Tahu Ketika Dalam Pesawat
  38. VIP Black, Aplikasi iPhone Paling Mahal Di Dunia!
  39. Tahukah Anda Golongan GAY Adalah Penghidap Pertama Penyakit HIV/AIDS
  40. Tahukah Anda Ketuhar Microwave Tercipta Secara Kebetulan?
  41. Tahukah Anda Siapa Pencipta ZIP Velcro?
  42. Tahukah Anda Berapa Gaji Pertama Diterima Selebriti Terkenal Bollywood?
  43. Tahukah Anda Siapa Pencipta Jam Yang Pertama?
  44. Tahukah Anda Di Mana Terletaknya Jambatan Tertua Di Dunia?
  45. Tahukah Anda Anak Boleh Diasuh Menjadi Seorang Genius?
  46. Tahukah Anda Madu Pernah Di Jadikan Sebagai Mata Wang!
  47. Tahukah Anda Asal-usul Maskot Hijau Android?
  48. Tahukah Anda Jenis-jenis Pedang Samurai Jepun?
  49. Tahukah Anda Siapa Pencipta Mesin Wang ATM?
  50. Tahukah Anda Pulau-pulau Buatan Manusia Yang Sangat Menakjubkan?
  51. Tahukah Anda 'Password' Boleh Digodam Dalam Tempoh 10 Minit Sahaja!
  52. Tahukah Anda Siapa Pramugari Pertama Di Dunia?
  53. Tahukah Anda Asal-usul Kasnova, Gelaran Buat Lelaki Buaya Darat?
  54. Tahukah Anda Bila Penerbangan Pesawat Concorde Yang Terakhir?
  55. Tahukah Anda Kenapa Trafik Light Berwarna Merah, Kuning Dan Hijau?
  56. Tahukah Anda Rahsia Kehebatan Pasukan Bola Sepak Barcelona?
  57. Tahukah Anda Bila Konsert Beatles Yang Terakhir?
  58. Tahukah Anda Nama-nama Cadangan Lain Xbox Yang Telah Ditolak?
  59. Tahukah Anda Bila Pertandingan Gladiator Yang Terakhir?
  60. Tahukah Anda Penumpang Kapal Titanic Terakhir Diselamatkan?
  61. Tahukah Anda Orang Terakhir Berada Di Bulan?
  62. Tahukah Anda Bagaimana Skrin Sentuh Hand Phone Anda Berfungsi?
  63. Tahukah Anda Hukuman Mati Terakhir Di Menara London?
  64. Tahukah Anda Kopi Yang Mengandungi Kafein Paling Tinggi Di Dunia?
  65. Tahukah Anda Rumahtangga Yang Paling Sadis Di Dunia?
  66. Tahukah Anda Kota London Pernah Di Serang Asap Kuning Yang Ganjil?
  67. Tahukah Anda Jalan Raya Paling Lebar Di Dunia?
  68. Tahukah Anda Watak Superman Di Cipta Sebagai Penyelamat Kaum Yahudi
  69. Tahukah Anda 20 Syarikat Paling Kaya Di Dunia?
  70. Tahukah Anda Asal Usul Penggunaan Simbol @ Pada Email?
  71. Tahukah Anda Isi Surat Paling Pendek Yang Sangat Terkenal?
  72. Tahukah Anda Jam Yang Paling Tepat di Dunia?
  73. Tahukah Anda Negara Yang Pengemisnya Kaya-raya?
  74. Tahukah Anda Negara-negara Yang Tidak Memiliki Tentera?
  75. Tahukah Anda Blackberry Hampir Dinamakan Strawberry
  76. Tahukah Anda Senjata Rahsia Yang Tidak Pernah Di Siapkan?
  77. Tahukah Anda Kenapa Manusia Mengigau?
  78. Tahukah Anda Kenapa Wanita Mudah Merajuk?
  79. Tahukah Anda Perkataan Bahasa Inggeris Yang Paling Panjang?
  80. Tahukah Anda Kenapa Lalat Sangat Sukar Dipukul?
  81. Tahukah Anda Binatang Yang Paling Mahal?
  82. Tahukah Anda Bahaya Minuman Pek 3 in 1?
  83. Tahukah Anda 1.1 Bilion Penduduk Bumi Adalah Perokok!
  84. Tahukah Anda Kenapa Manusia Tersedu?
  85. Tahukah Anda Jenis-jenis Petir Yang Sangat Merbahaya
  86. Tahukah Anda Shisha Lebih Bahaya Daripada Rokok!
  87. Tahukah Anda Bahaya Memakan Marjerin
  88. Tahukah Anda Kenapa Kucing Makan Rumput?
  89. Tahukah Anda Mi Segera Berasal Dari Makanan Kegemaran Naruto
  90. Tahukah Anda Betapa Pentingnya Protein Untuk Kesihatan Kita
  91. Tahukah Anda Sejarah Tiang Warna Berputar Di Salon-salon Rambut?
  92. Tahukah Anda Negara Yang Mempunyai Kelajuan Internet Paling Laju?
  93. Tahukah Anda Betapa Luasnya Alam Semesta Kita!
  94. Tahukah Anda Apa Itu Pencetak 3D Dan Kelebihannya?
  95. Tahukah Anda Negara Yang Paling Kecil Di Dunia?
  96. Tahukah Anda Barangan Pelik Yang Cuba Di Jual Di Ebay?
  97. Tahukah Anda Bunga Yang Paling Mahal Di Dunia?
  98. Tahukah Anda Bahan Mentah Yang Lebih Mahal Daripada Berlian?
  99. Tahukah Anda Bagaimana Lipstik Di Uji?
  100. Tahukah Anda Betapa Berharganya Sebutir Nasi
  101. Tahukah Anda Burung Merpati Pandai Mengira
  102. Tahukah Anda Bom Atom Pertama Bernilai USD20 Billion!
  103. Tahukah Anda Siapa Pencipta Pertama Roket?
  104. Tahukah Anda Kenapa Orang 'Gila' Tidak Pernah Sakit?
  105. Tahukah Anda Kenapa Badan Kita Selalu Letih
  106. Tahukah Anda Kenapa Ikan Tidak Memiliki Lidah?
  107. Tahukah Anda Fungsi 'I'm Feeling Lucky' Pada Laman Web Google?
  108. Tahukah Anda Kenapa Laman Utama Google Sangat Ringkas?
  109. Tahukah Anda Pakaian Mewah Guna Kimia Berbahaya
  110. Tahukah Anda Betapa Ajaibnya Tulang Manusia
  111. Tahukah Anda Apa Wanita Bincangkan Ketika Berada Ditandas!
  112. Tahukah Anda Trafik Jem Terpanjang Didunia ialah Sejauh 260km!
  113. Tahukah Anda Cili Yang Paling Pedas Di Dunia?
  114. Tahukah Anda Gambar Pertama di Muat Naik ke Internet?
  115. Tahukah Anda Kenapa Huruf Keyboard Komputer Tidak Tersusun?
  116. Tahukah Anda Website Tiruan Yang Dicipta Oleh China!
  117. Tahukah Anda Betapa Bahayanya Menahan Bersin!
  118. Tahukah Anda Burung Unta Cekap Berenang?