Jumaat, Julai 26, 2013

Tahukah Anda Nama-nama Cadangan Lain Xbox Yang Telah Ditolak?


Loading...

Tahukah Anda? Seamus Blackley, salah seorang dari ahli pasukan Xbox terawal telah mendedahkan beberapa nama yang gagal menjadi nama konsol pertama Microsoft.


"Pada mulanya kami gunakan nama kod iaitu WEP (Windows Entertainment Project) agar para eksekutif Microsoft berasa selesa dengannya.

Kemudian, kami tukar kepada Midway iaitu 'separuh perjalanan di antara PC dan konsol.

Selepas itu, ia dipanggil DirectX Box pula, di mana nama ini selalu disingkatkan kepada 'xbox' semasa kami berkomunikasi melalui emel".

Namun, kisah menamakan Xbox tidak berhenti di sini walaupun istilah 'xbox' telahpun muncul. Sebaliknya ia hanya satu permulaan.

Rakan Blackley, Kevin Brachus memberitahu pasukan itu bahawa bunyi 'xbox' tidak sedap didengar dan ia perlu ditukarkan.


Sebelum menggunakan nama-nama yang berdasarkan akronim, beberapa nama yang teruk (menurut Blackley) telah digunakan dan semuanya tidak dicatat dalam rekod.

"Fasa keempat bagaikan peperangan di antara pasukan pembangun dan mereka yang menamakan konsol ini. Sedangkan kami membuat keputusan untuk menggunakan nama Xbox, kerana sudah lama kami memanggilnya dengan nama ini, mereka mahu memanggilnya 11-X atau Elevan-X atas sebab-sebab yang tidak diketahui kami.

Akhirnya kami 'menang', tapi masih tak habis-habis dengan soal huruf besar dan kecil: X-Box, xBox, XboX, Xbox, X-box...".

Nama-nama akronim yang ditolak termasuklah MIND (Microsoft Interactive Network Device), FACE (Full Action Center), MOX (Microsoft Optimal Experience), VERV (Virtual Entertainment & Reality Venture), M-PAC (Microsoft Play and Action Center), R&R (Reality and Revolution) dan MARZ (MIcrosoft Active Reality Zone).

Begitulah cerita bagaimana konsol terhebat Microsoft ini mendapat namanya..

-Sentiasapanas.com

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

1 comments so far

sy tau main je xamek tau sal latar belakang die huhuh

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon