Mar 18, 2015

Tahukah Anda Ulat Paling Bahaya Di Dunia?

Jangan tertipu dengan warna-warna cantik dan menarik pada badan haiwan ini. Walaupun mempunyai saiz yang agak kecil, tetapi sebenarnya mempunyai satu kemampuan diluar jangkaan manusia.

Lonomia Obliquo

Ulat bulu kebanyakannya hanya boleh menyebabkan gatal-gatal dan sememangnya tiada siapa menggemari haiwan berbulu itu kecuali apabila ia sudah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.

Sungguhpun begitu, ulat bulu merupakan antara spesis haiwan yang sebenarnya kurang diketahui boleh mengakibatkan kematian.

Soalnya, dengan cara apa ia boleh menjadi begitu berbahaya pada manusia tetapi juga pada haiwan lain?

Ulat bulu atau juga disebut beluncas merupakan spesis haiwan daripada keluarga bentuk larva yang dikenali sebagai serangga yang mengandungi rama-rama atau kupu-kupu.

Salah satu spesis beluncas yang amat berbahaya ialah Lonomia Obliquo. Sekali imbas, daripada segi saiz dan warna, ia sama seperti ulat biasa yang terdapat diserata dunia. Namun, siapa sangka gigitannya mampu membuatkan seseorang itu mati.

Berdasarkan laporan perubatan, serangga ini dipercayai telah menyebabkan beberapa kes kematian setiap tahun.

Bagaimanapun, spesis ini hanya boleh ditemui di kawasan Amerika Selatan dan Brazil.

Di dua buah negara itu, serangga ini dikenali sebagai The Killer Caterpillar oleh Discovery Channel Brazil kerana menjadi antara haiwan yang berbahaya di negara tersebut.

Ulat ini biasanya dijumpai pada ranting pokok, daun-daun kering dan disebalik kulit pokok.

Berdasarkan kajian kes yang ditemui, ulat bulu ini pernah mendapat perhatian meluas para pengkaji zoologi kerana racunnya mampu mengakibatkan banyak kematian.

Pada tahun 1989 sahaja, sebanyak 500 kematian dicatatkan akibat gigitan ulat bulu ini.

Ulat berkenaan kebiasaannya berwarna hijau keperang-perangan dan panjang badannya sekitar lima sentimeter.

Ia mempunyai tulang belakang yang dipenuhi dengan racun berbahaya.

Ditambah pula, rerambut pada badannya yang seakan duri memudahkan ia tertusuk kekulit manusia lalu melepaskan toksin kedalam tubuh mangsa.

Sementara itu, menurut pakar haiwan Brazil, Pinto Antonio, ulat bulu jenis Lonomia Obliqua memiliki sejenis racun yang agak unik.

Penyebarab racun kedalam tubuh manusia mampu menyebabkan anti-pembekuan pada arteri lalu pembuluh darah manusia akan pecah.

Genus Lonomia sebenarnya mempunyai spesis lebih kurang 26 jenis diseluruh dunia. Bagaimanapun, hanya jenis Lonomia Obliquo dan Achelous Lonomia sahaja yang diketahui mampu menyebabkan sindrom berdarah hingga membawa kepada kemalangan jiwa.

Kebiasaannya, mereka yang terkena bisa ulat bulu ini akan mengalami gangguan pendarahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian.

Namun, sebelum itu, pesakit akan merasa sakit kepala, demam, muntah-muntah dan mungkin juga mengalami radang kulit seperti gatal-gatal.

BACA INI JUGA: Gigitan Semut Paling Menyakitkan Di Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Ulat pembunuh senyap opss bukan ulat pembunuh perlahan haha

Assalammualaikum... SP,

bahaya tu... ulat nie.. boleh menyebabkan. Bahaya tak boleh pegang ulat nie...

mselim3

pls; tgk ulat nie pun dah seram... macam ada antena... pulak

pernah jumpa ulat sebangsa dgn ni masa bebudak dulu dan kami tau ianya beracun ...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon