Friday, November 22, 2013

Tahukah Anda Siapa Pencipta Jam Yang Pertama?


Tahukah Anda? Di zaman era millenium, sekarang kita sudah boleh mengetahui waktu, tanpa melihat matahari, walaupun didalam rumah, keretapi, hari yang gelap kerana hujan, mahupun pada lewat malam kerana satu alat dinamakan jam telah dicipta. Namun, adakah anda tahu siapa yang mencipta jam?

Peter Henlein
Peter Henlein.

Jam sudah lama ada ketika zaman batu lagi, mereka hanya bersandarkan kepada Matahari, meletakkan kayu pengukur di tengah padang atau tempat yang lapang atau menggunakan gerak intiusi (huh, bukan senang tuh!).

Jam dicipta pada tahun 1504. Peter Henlein telah mencipta jam mudah alih (jam yang boleh dibawa ke mana-mana). Ia mudah digunakan, untuk si pemakai mengetahui keberkesanan jam bagi mengetahui masa yang tepat.

Philippe telah mendedikasikan ciptaan pertama seutas jam tangan pada lewat abad ke-19. Dia mereka seutas jam tangan hasil dari idea dengan memerhatikan satu aksesori yang wanita selalu gunakan seumpama rantai ditangan. Louie Cartier kemudiannya mencipta seutas jam tangan untuk lelaki pada awal abad ke-20.

Pada mulanya, dia mereka jam bagi membantu juruterbang-juruterbang yang sukar untuk melihat waktu semasa penerbangan. Terpaksa meraba-raba mencari seutas jam ketika sedang terbang dalam sebuah pesawat.

Sama juga, ketika perang dunia pertama (WWI), memerlukan satu kaedah masa untuk mengukur waktu ketika dalam pertempuran.

Peter Henlein
Monument Peter Henlein di Hefnersplatz, Nuremberg.

Menjadi aliran utama dalam budaya, jam tangan menjadi agak mudah untuk digunakan. Jam tangan automatik, direka oleh Abraham-Louis Perrelet pada tahun 1770 dan disempurnakan pada tahun 1923 oleh John Harwood, memastikan yang jam itu mempunyai masa yang tepat tanpa si pemakai perlu mengunci jam itu, untuk mengekalkan masa jam itu berjalan seperti biasa.

Namun, hari ini, jam-jam sudah ada bateri yang boleh bertahan dalam jangka yang lama, jadi mekanisme automatik sudah ada didalam jam itu.

Jam pertama saiznya berukuran lebih kurang 4-5 inci lebar dan kira-kira 3 inci tebal. Berbeza dengan jam sekarang ini, macam-macam jenis dan bentuk. Sekecil 3 inci pun ada. Jam handphone pun ada juga.

Hari ini pengguna-pengguna jam bukan sahaja boleh menggayakan jam sebagai jam sahaja, malah dijadikan satu fesyen dan trend masa kini.

Pelbagai jenama yang mahal-mahal, malah sekarang, macam-macam fungsi. Ada yang kalis air, dan menggunakan kuasa tenaga matahari sebagai sumber tenaga.

Sumber: eHow.com

2 comments

  1. Permisi. Tidak sengaja saya bisa ke blog ini, seteah saya baca-baca ternyata kontennya sangat informatif dan banyak postingan yang banyak manfaatnya untuk saya.
    Numpang izin membookmark dan sharring beberapa artikel ke socmed saya ya sekalian biar blog ini tambah banyak visitornya.

    Harapan saya agar di tambah tulisan baru terus yaa blognya.Salam Hangat

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon