Oct 31, 2015

Tahukah Anda Siapa Pencipta Alat 'Mendengar' Stetoskop?

Melihat doktor, selalu anda lihat sejenis alat yang tergantung pada lehernya kan. Itulah Stetoskop, alat yang digunakan untuk memeriksa denyutan jantung pesakit.

Stetoskop
Gambar hiasan.

Dikatakan konsep analisis penyakit melalui kadar degupan jantung telah digunakan sejak zaman Mesir purba lagi.

Namun, menurut catatan sejarah, Stetoskop mula dikembangkan pada abad ke 17 di Perancis oleh seorang doktor bernama Rene Theophile Hycinthe Laennec.

Dia mendapat idea untuk mencipta Stetoskop sewaktu bekerja di Hospital Necker.

Doktor Rene terdetik untuk mencipta Stetoskop sewaktu sedang memeriksa seorang pesakit wanita.

Rene merasa malu untuk meletakkan telinganya di dada pesakit wanita yang merupakan kaedah digunakan oleh doktor pada masa itu.

Doktor Rene kemudian teringat satu permainan yang sering dilakukannya sewaktu kecil.

Dia menggulung 24 helaian kertas. Hujung kertas tersebut diletakkan pada telinganya manakala hujung sebelah lagi diletakkan di dada pesakit wanita tersebut.

Doktor Rene merasa puas hati kerana kertas yang berbentuk kon itu dapat mendengar denyutan jantung pesakit dengan cukup jelas.

Doktor Rene menamakan peralatan ini sebagai Le Cylindre yang kemudiannya diubah kepada Stetoskop, yang diambil daripada bahasa Yunani yang membawa maksud, 'Saya lihat' dan 'dada'.

Doktor Rene kemudiannya mencipta Stetoskop yang diperbuat daripada sepotong kayu yang mana salah satu hujungnya mempunyai lubang untuk diletakkan ditelinga dan hujung yang satu lagi berbentuk cekung.

Doktor Rene kemudiannya menerbitkan ciptaannya itu di dalam risalah klasik pada tahun 1819 dimana dia menerangkan tentang kegunaan Stetoskopnya beserta dengan lukisan reka bentuknya.

Edisi kedua Stetoskop ciptaan Doktor Rene diterbitkan pada tahun 1826 setelah beliau meninggal dunia akibat penyakit TBC.

Pada ketika itu, Stetoskop direka sepanjang 12 inci dengan diameter 0.38 inci. Harga jualan Stetoskop ketika itu hanyalah sebanyak 2 franc.

Seiring dengan perkembangan masa, bentuk dan kegunaan Stetoskop juga berkembang.

Kini terdapat banyak jenis Stetoskop yang dicipta digunakan untuk mendengar bunyi yang dipancarkan oleh beberapa organ termasuklah jantung, usus, perut dan sistem peredaran darah.

BACA INI JUGA: Siapa Manusia Hebat Itu Yang Mencipta Tulisan Braille?

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Menarik sejarah terciptanya stetoskop..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon