Saturday, August 15, 2015

Tahukah Anda Sejarah Penciptaan Tali Pinggang?


Mengikut sejarah, tali pinggang sudah wujud sejak zaman dahulu lagi. Tujuan penggunaannya sama, untuk mengelakkan seluar daripada terlucut dari pinggang.

Tali Pinggang

Dan tahukah anda bagaimana boleh tercetusnya idea penciptaan tali pinggan ini?

Sekitar kurun ke 16, tali pinggang digunakan dengan meluas oleh anggota tentera untuk meletakkan senjata mereka.

Tidak seperti tali pinggang biasa, tali pinggang ini disertakan dengan poket kecil untuk menyimpan peluru dan peralatan lain.

Dibeberapa buah negara terutama di timur Eropah pula, askarnya mengenakan tali pinggang yang diikat ketat diluar pakaian seragam mereka.

Tujuannya? Untuk tampil kemas dan bagi mempamerkan badan yang lebih sasa.

Ketika itu, tali pinggang yang digunakan oleh askar dicipta agar mampu mencengkam dan memberikan efek lebih tegap.

Sekitar tahun 1850an, muncul trend tali pinggang untuk wanita yang dipadankan dengan pakaian. Pelbagai jenis rekaan mula dipasarkan untuk memudahkan golongan wanita memadankan tali pinggang tersebut dengan gaun mereka.

Sekitar tahun 1920an, seluar dengan lubang tali pinggang mula diperkenalkan. Sejak itu, tali pinggang mula digunakan secara meluas oleh semua orang baik lelaki mahupun wanita.

Ingat, tali pinggang bukan dicipta untuk melibas anak, isteri ataupun suami yang curang!

BACA INI JUGA: 10 OKU Yang Memberi Inspirasi Kepada Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon