Wednesday, December 05, 2012

Tahukah Anda Bahan Mentah Yang Lebih Mahal Daripada Berlian?


Pada pasaran semasa, berlian bersaiz 0.5 carat bernilai hampir (RM6,000) sehinggalah 3 karat bernilai hampir RM350K. Carat adalah cara untuk mengira saiz berlian, (Carat untuk emas dan Carat untuk berlian adalah berbeza sama sekali).

Diamond Carat

Tetapi tahukah anda, sebenarnya ada bahan mentah yang jauh lebih mahal daripada berlian. Jom baca.

1. Francium

Francium

Half-life bagi elemen francium adalah 22 minit yang mana setiap kuantiti francium yang dapat dilihat akan lenyap dengan sangat cepat.

Namun diandaikan bahawa francium akan wujud sebagai logam yang sangat reaktif.

Jumlah francium yang paling banyak pernah dihasilkan di dalam makmal adalah lebih daripada 300,000 atom.

Harganya tidak dianggarkan namun jika anda mahu membeli, perlu sediakan wang beberapa bilion ringgit terlebih dahulu dan tidak ada sesiapa pun yang sanggup untuk membayar wang sebanyak itu untuk memperolehi benda yang hanya akan lenyap begitu sahaja dalam masa beberapa minit.

2. Californium

Californium

Pada tahun 1950, elemen ini pertama kali dihasilkan oleh University of California Radiation Laboratory dengan kaedah membedil kurium denga zarah alfa.

Semenjak itu, hanya beberapa gram sahaja californium dihasilkan.

Penghasilan californium secara global adalah hanya 0.5 gram setiap tahun dan dianggarkan nilai bagi 1 gram californium adalah sebanyak RM115 juta.

3. Karbon

Karbon

Elemen ini sangat mudah ditemui dalam kehidupan harian dan antara yang paling penting, namun jika atom karbon disusun dalam susunan tertentu ia boleh menjadi sangat mahal.

Dan dalam bentuk berlian, harga karbon boleh mencecah sehingga RM280,000 bagi 1 gram.

4. Plutonium

Plutonium

Anda pasti pernah mendengar nama elemen ini, plutonium. Kegunaan utama plutonium adalah untuk menghasilkan senjata nuklear dan reaktor nuklear.

Kedua-dua plutonium-239 dan juga plutonium-241 adalah fissile yang mana mereka mampu mengekalkan tindakbalas rantai nuklear. Plutonium adalah sangat berbahaya untuk dikendalikan kerana ia sangat radioaktif.

Jika anda ingin membeli plutoniom, sila siapka wang anda kerana harga untuk 1 gram plutonium adalah sekurang-kurangnya RM17,000.

5. Scandium

Scandium

Scandium adalah salah satu logam bumi yang sangat jarang ditemui yang mana mempunyai nilai wang yang sangat tinggi. Scandium dikenalpasti mempunyai kesan positif terhadap aloi aluminium pada tahun 1970-an dan sehingga kini penggunaannya hanya dalam aloi masih kekal sehingga hari ini.

Kos bagi scandium adalah sekurang-kurangnya RM1150 bagi 1 gram dan perdagangan global scandium oksida adalah sebanyak 10,000 kilogram setiap tahun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

2 comments

  1. DIAMONDS kan berlian.... ��������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Sebab dalam fikiran kita selama ini, Diamonds aka Berlian adalah yang paling mahal. Walhal ada yang lebih mahal..:)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon