Monday, May 13, 2013

Tahukah Anda Isi Surat Paling Pendek Yang Sangat Terkenal?


Tahukah Anda? Surat paling pendek di dunia yang pernah diutuskan ialah pada 1862 - hasil ‘kreativiti’ penulis novel terkenal Victor Hugo ketika beliau pergi bercuti selepas berhempas-pulas menyiapkan karyanya, Les Miserables.


Oleh kerana tidak sabar hendak mengetahui sambutan yang diberikan kaki buku terutama peminatnya terhadap novel terbarunya itu, Hugo menulis surat kepada penerbitnya. Dia hanya menulis satu tanda di dalam surat berkenaan iaitu ‘?’

Penerbitnya juga mempunyai otak yang kreatif seperti Hugo dan dia juga merasakan perlunya mencipta surat balasan yang paling pendek di dunia. Justeru, dalam surat balasan, dia hanya menulis satu tanda iaitu ‘!’

Jawapan yang amat pendek dengan tanda seruan itu membuatkan Hugo berasa sangat gembira kerana mengetahui sambutan terhadap novel terbarunya itu sangat menggalakkan.


Apa yang lebih menarik, Hugo juga dikatakan menulis ayat yang paling panjang pernah diterbitkan dalam sesebuah novel iaitu Les Miserables. Ayat itu mengandungi 823 perkataan, 93 koma, 51 koma bertitik dan empat sengkang yang mengambil ruang sebanyak tiga muka surat ketika zaman berkenaan.

Sumber: Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon