Thursday, July 18, 2013

Tahukah Anda Orang Terakhir Berada Di Bulan?


Tahukah Anda? Bagi ramai orang didunia, sejarah tentang manusia pertama yang menjejaki bulan mungkin sudah sebati dengan diri kita dan kita tahu orangnya ialah Neil Armstrong namun siapa pula orang terakhir yang pernah berada di bulan?


Tidak ramai yang bertanyakan soalan tersebut berkemungkinan kerana kerana kita tahu pada bila-bila masa sahaja manusia sudah boleh pergi ke bulan.

Pada 14 disember 1972, 5.34 pagi, sebagai sebahagian daripada misi Apollo 17, orang terakhir yang meninggalkan jejak di bulan telah meninggalkan bulan dan tiada lagi manusia yang kesana sejak tarikh tersebut.

Insan yang dimaksudkan ialah Eugene Andrew Cernan.

Kita juga mengetahui bahawa Neil Armstrong pernah berkata 'one small step...', dan Eugene juga mempunyai kata-katanya yang tersendiri iaitu, 'as we leave the moon at Taurus-Littrow, we leave it as we came and god willing, we shall return with peace and hope for all manking'.

Terdapat 12 orang kesemuanya manusia yang pernah berada di bulan sepertimana senarai berikut:
  1. Neil Armstrong - 1969
  2. Edwin Aldrin - 1969
  3. Charles Conrad - 1969
  4. Alan Bean - 1969
  5. Alan Shepard - 1971
  6. Edgar Mitchell - 1971
  7. David Scott - 1971
  8. James Irwin - 1971
  9. John Young - 1972
  10. Charles Duke - 1972
  11. Harrison Schmitt - 1972
  12. Eugene Cernan - 1972

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon