Aug 11, 2015

Tahukah Anda Siapa Pencipta Sikat Rambut?

Sikat rambut, satu keperluan yang kita gunakan hampir setiap hari. Tapi tahukah anda sejak bila manusia menggunakan sikat untuk menyisir rambut?

Menyikat rambut

Agak sukar untuk mengesan siapa sebenarnya pencipta asal sikat rambut ini. Namun, berdasarkan bukti-bukti peninggalan yang ada, sikat rambut dianggarkan sudah wujud sekitar 3,000 tahun sebelum masihi.

Pada mulanya, sikat dipercayai digunakan untuk upacara keagamaan. Ia berdasarkan kepada ukiran-ukiran haiwan seperti gajah dan ular yang terdapat pada badan sikat.

Haiwan-haiwan ini sering dikaitkan dengan penciptaan alam semesta dalam kepercayaan Afrika kuno.

Di China, sikat pada mulanya dicipta untuk memudahkan kerja membuang kutu rambut yang terdapat diatas kepala.

Ia digunakan tanpa tanpa mengira darjat, miskin mahupun kaya. Antara sikat lama yang pernah ditemui diperbuat daripada material, seperti kayu dan juga gading gajah.

Masa berlalu, pembaharuan yang dilakukan pada sikat menjadikannya semakin cantik dan dekoratif, seperti apa yang boleh dilihat di Jepun diawal penciptaan sikat.

Penggunaan sikat dikembangkan pula sebagai aksesori rambut wanita. Masih terdapat kepercayaan agama yang menggunakan sikat ketika acara rasmi seperti majlis perkahwinan dan sebagainya.

Sikat terus menjadi hiasan rambut wanita sehingga kini, walaupun adil jika dikatakan sikat kini diperlukan oleh hampir semua orang tanpa mengira jantina.

Buktinya, kini terdapat pelbagai jenis sikat yang boleh dipadankan dengan kesesuaian penggunanya. Ada yang dikhaskan untuk menyikat rambut keriting, rambut lurus dan lain-lain.

Satu lagi fakta, bagi kaum lelaki, membawa sikat juga adalah amalan dan sunnah Rasulullah SAW, yang sering membawa sikat ke mana sahaja untuk merapikan rambut baginda.

Baiklah, sekarang cuba lihat pada cermin. Rambut anda masih tersisir rapi ataupun sudah kusut masai?

BACA INI JUGA: Unik! Gunting Rambut Dengan Api

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

sentiasa bwk sikat kalau pergi outstation....brg keperluan hihih

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon