Thursday, June 13, 2013

Tahukah Anda Kota London Pernah Di Serang Asap Kuning Yang Ganjil?


Tahukah Anda? Pada 4 Disember 1952, kota raya London pernah diserang sejenis asap kuning ganjil yang memedihkan mata.


Fenomena ini dikenali sebagai Great Smog. Kejadian Great Smog merupakan tragedi yang kekal dalam lipatan sejarah masyarakat Inggeris sebagai satu tragedi yang menyedihkan.

Mengikut beberapa laporan akhbar, jerebu yang sangat tebal telah menyebabkan orang ramai mengalami sesak nafas dan mengorbankan 400 nyawa.

Akibat daripada kejadian itu, kerajaan British telah menggubal undang-undang udara bersih.


Sebenarnya, undang-undang ini di wujudkan hasil keputusan siasatan yang dilakukan terhadap kejadian itu menunjukkan aktiviti pembakaran dandang oleh industri telah menyebabkan jerebu teruk hingga mengorbankan nyawa.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon