Friday, December 14, 2012

Tahukah Anda Negara Yang Paling Kecil Di Dunia?


Negara apakah yang paling kecil di dunia? Mungkin ramai yang mengatakan Vatikan atau San Marino. Tapi jawapan itu salah, sebenarnya adalah Sealand. Terletak di laut lepas sekitar 13 kilometer dari Suffolk, Inggeris. Luasnya hanya 4 km persegi.

Sealand

Sealand bukanlah sebuah pulau, melainkan struktur bangunan di tengah laut yang didirikan diatas dua menara besar. Strukturnya seperti pelantar minyak.

Struktur ini dibangunkan oleh Angkatan Laut Inggeris. Namun pada tahun 1968 mahkamah telah memutuskan bahawa struktur tersebut berada di wilayah perairan antarabangsa dan di luar pentadbiran Inggeris.

Kemudian datanglah sekelompok orang dari Belanda yang ingin mengambil alih Sealand. Seorang lelaki bernama Michael Bates telah 'menyerang' dengan menggunakan helikopter. Bates menang, dan dia telah menobatkan dirinya sebagai Raja Sealand.

Yang menariknya, Sealand mempunyai logo, lagu kebangsaan, matawang dan bendera kebangsaan. Ironisnya, kewujudan Sealand telah menjadi polemik bagi dunia antarabangsa.

Sealand

Negara ini tidak menjadi anggota PBB dan pada tahun 1987 Inggeris telah memperluaskan teritori perairannya dan mendakwa Sealand termasuk dalam pemerintahan Inggeris.

Walaupun begitu, Bates tetap melawan dan mengajukan dokumen dan mendakwa Sealand sah menjadi negara yang berdaulat. Alasannya, Sealand tidak termasuk dalam wilayah mana-mana negara ketika dibangunkan.

Lagipun, penduduk Belanda yang telah kalah melawan Bates ditahan dalam penjara dan banyak negara yang menyeru agar Bates membebaskan mereka.

Ini bererti, kalau Sealand bukan sebuah negara, mereka tidak akan meminta dia membebaskan tahanan-tahanan tersebut.

Sealand

Menurut wikipedia, jumlah populasi di Sealand pada 2004 seramai 27 orang. Namun, kini hanya ada 4 orang sahaja.

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Matawang Paling Mahal Di Dunia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon