May 10, 2015

Tahukah Anda Bagaimana Sejarah Kereta Ambulans Bermula?

Anda sedang memandu kereta, tiba-tiba kedengaran bunyi siren ambulans. Semua kenderaan akan mengelak dan memberikan laluan untuk kenderaan ambulans itu kan?

Ambulans

Ia adalah situasi yang biasa kita lalui. Tetapi tahukah anda bila dan bagaimana asal-usul kereta ambulans?

Semuanya bermula sejak kurun ke 11, ambulans pertama dipercayai diasaskan oleh Raja William I. Namun, ambulans ketika itu bukanlah seperti apa yang ada ketika ini.

Pada ketika itu, ambulans yang dimaksudkan merupakan sebuah tandu yang dipacu oleh kuda. Ambulans digunakan semata-mata untuk membawa askar yang cedera semasa perang untuk mendapatkan rawatan.

Ambulans yang lebih formal muncul sekitar kurun ke 15 apabila Isabella dan Ferdinand dari Sepanyol memperkenalkan ambulans atau hospital bergerak ini. Dalam bahasa Sepanyol ia dikenali dengan nama Ambulancias.

Konsep ambulans kemudian dikembangkan lagi oleh Dominique Jean Larry sekitar kurun ke 17. Dominique yang juga seorang doktor bedah mendapat idea ini sewaktu melihat kesakitan yang ditanggung oleh askar yang tercedera sewaktu peperangan.

Dominique kemudiannya mencipta sebuah gerabak yang lengkap dengan segala peralatan seperti katil untuk membawa pesakit.

Kereta itu pula ditarik oleh kuda, keldai dan juga unta untuk membawa pesakit ke tempat rawatan.

Semakin hari, ambulans yang dicipta mendapat penambahbaikan, menjadikan ia lebih mudah untuk dikendalikan.

Sekitar tahun 1860an, sebuah ambulans dengan lantai yang boleh ditarik keluar bagi memudahkan pesakit dipindahkan telah dibina. Beberapa peralatan seperti selimut dan kayu andal juga diletakkan dibawah kerusi pemandu.

Perkembangan dunia automotif memberikan nafas baru buat ambulans. Pada tahun 1899, sewaktu perang dunia yang pertama, kebanyakan ambulans merupakan ubahan daripada bas dan teksi.

Semenjak itu, seiring dengan perkembangan dunia, keadaan ambulans juga semakin maju. Kini pelbagai peralatan dan perkakas perubatan ada di dalam ambulans disediakan khas untuk memberi bantuan kepada pesakit sementara dalam perjalanan ke hospital.

Dan pembuat kereta ambulans tertua di dunia ialah syarikat Hess and Eisenhardt di Ohio, Amerika Syarikat.

BACA INI JUGA: Tugu Patung Ultraman Dan Asal-usul Kuasa Silang!

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

ada kes , ambulans lambat sampai... sebabnya? tidak dalam keadaan bersedia, minyak kosong , pemandu baru nak kacing baju , sikat rambut ,terhegeh hegeh nak pakai nametag dll... nak sampai ke tempat kejadian berjam-jam.....

Kalau sejarah permulaan dan penemuan sahaja mesti bermula di eropah... Jika betul2 dikaji, mesti ianya dah dimulakan oleh tamadun islam...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon