Ahad, Oktober 13, 2013

Tahukah Anda Madu Pernah Di Jadikan Sebagai Mata Wang!


Loading...

Tahukah Anda? Sejak ribuan tahun lalu, manusia percaya bahawa madu lebah mempunyai banyak khasiat dan mejadi penawar untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Madu lebah

Dianggarkan, manusia mula mengenali madu lebah lebih dari 10,000 tahun lampau, ketika era pembentukan tamadun awal manusia.

Pada zaman Mesir kuno, madu menjadi barang keperluan harian yang sangat penting. Ia bukan sekadar menjadi manisan, tetapi juga dijadikan sebagai ukuran mata wang kerana nilainya yang sangat tinggi ketika itu.

Disebabkan nilai komersialnya yang meningkat, sejak tahun 2000 sebelum masihi lagi, masyarakat Mesir telahpun memelihara lebah dalam sarang buatan untuk mengumpul madu.

Selepas itu, industri madu terus berkembang ke seluruh pelosok dunia daripada semasa ke semasa.

Sehinggalah dalam era moden hari ini, madu lebah telah diiktiraf antara makanan terbaik di dunia kerana khasiatnya yang tidak ternilai kepada manusia sejagat.

BACA INI JUGA: Tips Menyimpan Madu Yang Ramai Tak Tahu

-Sentiasapanas.com

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon