Wednesday, April 24, 2013

Tahukah Anda Negara-negara Yang Tidak Memiliki Tentera?


Tahukah Anda? Macam yang kita tahu, tentera@askar merupakan aset penting dalam pertahanan sesebuah negara yang berdaulat.

Kalau tak ada tentera, habis la negara jika diceroboh atau diserang negara lain. Cuba kita bayangkan, negara yang ada askar pun boleh kena serang, ini kan pula yang tiada tentera langsung.


Kita patut bersyukur, walaupun kuasa ketenteraan negara kita tak sehebat U.S, Singapura atau pun Jepun, kita tetap ada perajurit yang sedia menawarkan diri untuk mempertahankan negara, betul tak?

Namun begitu, ada juga negara-negara yang tidak ada seorang pun tentera. Mesti ada keistimewaan yang tersendiri sampai tak perlu ada kuasa tentera dalam negara tersebut.

Kalau anda nak tahu negara apa, boleh layan kat bawah ni.

Palau


Negara kecil ni mempunyai 328 buah pulau yang terletak di Lautan Pasifik. Populasi penduduk yang menetap kat negara ni dianggarkan berjumlah 20,900 orang. Negara Palau ni mendapat perlindungan pertahanan daripada U.S.A.

Nauru Republic


Merupakan sebuah pulau terumbu karang yang mempunyai populasi penduduk yang dianggarkan sebanyak 14, 000 orang. Mendapat kemerdekaan pada tahun 1968.

Vatican


Merupakan sebuah negara yang terletak di dalam negara (dalam negara ada negara). Mendapat perlindungan pertahanan daripada U.S.A.

Grenada


Grenada terletak di selatan-pantai timur Laut Caribbean. Mendapat perlindungan pertahanan daripada U.S.A.

Andorra


Merupakan sebuah negara kecil yang terletak di antara Spain dan Perancis. Mendapat perlindungan pertahanan daripada Spain, Perancis dan Nato.

BACA INI JUGA: False Flag, Kaedah Menghalalkan Keganasan, Perang dan Penipuan!

Sumber: Drysheet

1 comment

  1. USA memang polis dunia..banyak negara bergantung kepada mereka..

    fareastfaiz.blogspot.com

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon