Thursday, November 19, 2015

False Flag, Kaedah Menghalalkan Keganasan, Perang dan Penipuan!


False flag bukanlah cerita teori konspirasi. Ia adalah strategi yang digunakan untuk mencapai objektif politik tertentu.

Dirty False Flag by american

Dalam peperangan di laut, istilah false flag merujuk kepada serangan yang dibuat oleh sesebuah kapal perang sambil mengibarkan bendera pihak yang lain.

Tujuannya untuk mengelirukan pihak musuh supaya mereka menyangka bahawa serangan tersebut datang dari pihak yang berbeza.

Tragedi serangan pengganas terhadap Amerika Syarikat yang telah mengorbankan hampir 3,000 nyawa manusia yang tidak berdosa. Namun jumlah korban akibat tragedi ini sebenarnya lebih besar lagi daripada itu.

Jangan kita lupa dengan ratusan ribu nyawa lagi yang turut terkorban akibat ‘Perang Menentang Keganasan’ yang tercetus rentetan dari peristiwa ini.

Menurut naratif rasmi, sekumpulan pengganas yang digelar sebagai Al-Qaeda dan dipimpin oleh pengganas nombor satu dunia ciptaan Amerika dan Zionis, Osama bin Laden adalah pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.

Bagi mereka yang benar-benar menggunakan akal fikiran, terlalu banyak persoalan dan perkara yang tidak masuk akal yang boleh menggoyahkan cerita rasmi tersebut.

Contohnya bagaimana bangunan WTC 7 yang tidak dirempuh oleh mana-mana pesawat boleh rebah ke bumi menjadi debu dalam masa beberapa minit sahaja hanya kerana kebakaran kecil?

Bangunan tersebut tidak boleh runtuh begitu sahaja melainkan dengan bahan letupan. Siapa pula yang mendapat akses dengan begitu mudah untuk memasang bahan letupan dalam kuantiti yang besar?

Mustahil ia boleh dilakukan tanpa penglibatan orang dalam dan tanpa disedari oleh agensi perisikan Amerika Syarikat.

Inilah antara ratusan persoalan dan keraguan yang dibangkitkan oleh pelbagai lapisan masyarakat di serata dunia.

Anda sendiri boleh mengkaji pelbagai lagi analisis dan dokumentasi di luar sana dan melihat sendiri bahawa tragedi ini adalah sebuah penipuan yang paling besar dalam sejarah manusia di abad ke-21.

Sebenarnya penipuan seperti ini bukanlah perkara yang asing dalam sejarah. Malah ia juga mempunyai istilahnya tersendiri yang dipanggil sebagai “False Flag”.

“False Flag” dan Sejarahnya

Di arena politik, strategi ini digunakan oleh pemerintah untuk mencapai sesuatu objektif seperti menjustifikasikan peperangan dengan negara lain.

Biasanya strategi seperti ini dilakukan oleh negara-negara imperialis untuk menyerang dan menakluk sesebuah negara.

Untuk mendapatkan sokongan rakyat, kerajaan imperialis tersebut perlu meyakinkan masyarakat bahawa negara mereka sedang diancam atau diserang oleh pihak luar.

Akhirnya objektif untuk mencetuskan peperangan dan menakluk sesebuah negara dapat dicapai atas alasan ‘mempertahankan negara’, ‘melawan rejim yang zalim’, ‘mengembalikan demokrasi dan keamanan’, dan sebagainya.

Dalam sejarah terdapat banyak contoh bagaimana false flag telah digunakan oleh penguasa-penguasa politik untuk memenuhi matlamat dan kepentingan mereka.

Di sekitar tahun 1780-an, populariti dan pengaruh Raja Sweden, Gustav ke-3 semakin merosot di mata masyarakat.

Untuk mengembalikan semula pengaruh politiknya, beliau merancang untuk berperang dengan Russia yang juga dilihat menyokong penentang-penentangnya.

Walaubagaimanapun, peperangan bukanlah tindakan yang popular dan mendapat tentangan daripada masyarakat.

Pada tahun 1788, beliau telah mengarahkan ketua tukang jahit dari Opera Diraja Sweden supaya menjahit pakaian seragam tentera Russia untuk dipakai oleh tentera Sweden.

Tentera Sweden yang menyamar sebagai tentera Russia ini diarahkan untuk menyerang kedudukan tentera Sweden sendiri di sempadan Sweden-Finland.

Operasi false flag ini telah berjaya memperdaya rakyat Sweden dan membangkitkan kemarahan mereka.

Akhirnya penipuan ini berjaya memberi sokongan dan justifikasi kepada Gustav ke-3 untuk melancarkan perang Sweden-Russia pada tahun 1788-1790.

Pada tahun 1931, Jepun mencari alasan untuk menyerang dan menakluk Manchuria. Di bulan September tahun yang sama, seorang anggota tentera Jepun berpangkat Leftenan telah meletupkan landasan keretapi milik Jepun di Mukden, sebuah bandar di Manchuria.

Pemberontak China telah dipersalahkan atas serangan tersebut dan alasan ini telah digunakan oleh Jepun untuk menjajah Manchuria enam bulan selepas itu.

Apabila pembohongan ini berjaya dibongkar kemudian, Jepun telah diarah supaya menarik diri daripada menyertai Liga Bangsa-Bangsa (pertubuhan antarabangsa yang dibuat sebelum digantikan dengan PBB).

Pada tahun 1939, Heinrich Himmler, pemimpin dan komander Nazi Jerman yang terkenal menjadi perancang kepada beberapa siri operasi false flag untuk menjustifikasikan penaklukan Jerman terhadap Poland.

Operasi yang digelar sebagai Operasi Himmler ini dibuat untuk menyalahkan Poland atas tindakan-tindakan sabotaj dan keganasan yang dilakukan oleh tentera Jerman sendiri.

Tentera Jerman yang memakai pakaian seragam tentera Poland menyerang beberapa pos tentera Jerman di sempadan dan juga stesen radio Jerman.

Mereka juga menakut-nakutkan penduduk tempatan Jerman, melakukan vandalisme, dan kemudian meninggalkan mayat-mayat tahanan yang telah dibunuh dan dipakaikan dengan pakaian seragam tentera Poland.

Pada 1 September 1939, Adolf Hitler di dalam ucapannya menjadikan insiden-insiden serangan ini sebagai justifikasi untuk menyerang Poland atas alasan ‘pertahanan’. Serangan Jerman ke atas Poland kemudian menjadi permulaan kepada Perang Dunia Kedua.

Pada tahun 1954, Israel telah mengupah beberapa ejen warganegara Mesir yang berbangsa Yahudi untuk memasang bahan letupan di tempat-tempat awam seperti di panggung wayang dan perpustakaan.

Serangan pengeboman ini kemudian akan dipersalahkan ke atas gerakan Ikhwan Muslimin, gerakan komunis, atau gerakan-gerakan nasionalis di Mesir.

Operasi false flag yang dinamakan Operasi Susannah ini bertujuan untuk mewujudkan huru-hara supaya British mengekalkan pendudukan tenteranya di Terusan Suez.

Walaubagaimanapun, operasi ini akhirnya menemui kegagalan dan ejen-ejen tersebut ditangkap. Peristiwa ini kemudian digelar sebagai Lavon Affair selepas Menteri Pertahanan Israel, Pinhas Lavon didesak meletakkan jawatan berikutan kegagalan dan pembongkaran misi ini.

Pada tahun 1962, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah merangka sebuah strategi false flag yang dinamakan Operation Northwoods untuk memberi justifikasi kepada Amerika untuk menyerang Cuba dan seterusnya menggulingkan Fidel Castro.

Antara strateginya ialah merampas atau menembak jatuh pesawat penumpang Amerika, menenggelamkan kapal-kapal Amerika di perairan Cuba, mencetuskan serangan pengganas di dalam wilayah Amerika, dan sebagainya.

Semua ini akan dipersalahkan ke atas Cuba dan kemudian dijadikan alasan oleh Amerika untuk menyerang dan menggulingkan kerajaan Cuba.

Walaubagaimanapun, operasi ini telah ditolak oleh Presiden John F. Kennedy pada waktu itu. Dokumen mengenai operasi ini ditemui sewaktu pencarian rekod-rekod berkaitan pembunuhan John F. Kennedy dibuat pada pertengahan tahun 1990-an.

Operation Northwoods
Petikan Daripada Dokumen Operation Northwoods.

Pada bulan Ogos 1964, kapal pemusnah milik Amerika Syarikat, USS Maddox yang sedang menjalankan rondaan di perairan Teluk Tonkin di Vietnam (Baca: Konspirasi Teluk Tonkin) telah mendakwa bahawa mereka telah diserang dengan bom torpedo yang dilancarkan oleh tentera laut Vietnam Utara.

Insiden ini telah menyebabkan sebuah resolusi dikeluarkan yang membenarkan Presiden Lyndon Johnson untuk memulakan kempen perang secara terbuka di Vietnam.

Dalam sebuah dokumentari pada tahun 2003, bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat sewaktu Perang Vietnam, Robert McNamara telah mengakui sendiri bahawa insiden serangan torpedo di Teluk Tonkin pada Ogos 1964 sebenarnya tidak pernah berlaku.

Pada tahun 2005 pula, beberapa dokumen sulit yang telah dibuka kepada umum telah mendedahkan bahawa Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) telah memanipulasi maklumat supaya insiden serangan tersebut dilihat seperti berlaku.[8]

Pada 5 hingga 10 Jun 1967, Israel terlibat dalam peperangan yang dipanggil sebagai Perang Enam Hari menentang Mesir, Jordan, dan Syria. Semasa peperangan ini, Amerika Syarikat mengambil sikap neutral dan tidak berpihak kepada sesiapa.

Israel kemudian bertindak melaksanakan operasi false flag untuk menjerumuskan Amerika Syarikat ke dalam perang tersebut dan seterusnya membantu Israel menentang Mesir.

Pada 8 haribulan Jun, jet pejuang Israel telah menyerang USS Liberty, sebuah kapal Tentera Laut Amerika Syarikat di perairan antarabangsa. Kapal tersebut diserang tanpa henti selama berjam-jam walaupun ia jelas mengibarkan bendera Amerika Syarikat.

Serangan tersebut dibuat oleh Israel dengan tujuan untuk menyalahkan tentera Mesir dan akhirnya mengheret Amerika Syarikat ke dalam kancah Perang Enam Hari.

Israel mendakwa bahawa mereka tidak tahu bahawa kapal tersebut milik Tentera Laut Amerika dan menyangka ia adalah kapal milik Tentera Laut Mesir.

Namun pendedahan pada tahun 2007 telah menunjukkan bahawa Israel sememangnya mengetahui bahawa kapal yang mereka serang adalah milik Amerika.

Tragedi serangan pengganas pada 11 September 2001 adalah contoh terbesar operasi false flag dalam sejarah dunia.

Serangan ini telah dipersalahkan ke atas Al-Qaeda (ciptaan CIA sendiri) dan dijadikan sebagai alasan untuk menyerang dan menakluk Afghanistan.

Beberapa bulan sebelum tragedi ini, Amerika telah memberi amaran kepada Taliban bahawa mereka mahukan hak di dalam projek pembinaan paip gas dan minyak di Afghanistan.

Amerika menyatakan bahawa mereka akan mendapatkannya samada melalui cara lembut ataupun cara yang keras (serangan ketenteraan).

Selain itu, Presiden Bush juga telah mengeluarkan sebuah perintah berkaitan keselamatan kebangsaan yang menggariskan pelan peperangan dan penaklukan Afghanistan 7 hari sebelum tragedi ini berlaku lagi.

Pelan tersebut akhirnya berjaya dilaksanakan pada bulan Oktober dengan menggunakan serangan 11 September sebagai justifikasi dan alasan.

Skrip Lama Sedang Dilakonkan Semula

Contoh-contoh yang telah dipaparkan ini hanyalah sebahagian daripada ratusan lagi operasi-operasi false flag yang pernah berlaku dalam sejarah.

Hari ini strategi klasik tersebut sedang digunakan sekali lagi dalam konflik terbaru di Syria. Seperti mana tuduhan ke atas Saddam Husin yang dikatakan memiliki senjata pemusnah besar-besaran dijadikan alasan untuk menyerang Iraq, kali ini kerajaan Syria pula sedang dituduh menggunakan senjata kimia oleh Amerika Syarikat untuk membolehkan campur tangan ke dalam konflik di Syria.

Kita tidak kata bahawa kerajaan Syria langsung tidak pernah melakukan kezaliman terhadap rakyatnya. Tapi apa yang perlu kita faham di sini ialah kezaliman pemerintah sesebuah negara seperti Saddam Hussin, Basyar Assad, dan sebagainya hanyalah alasan yang digunakan oleh kuasa-kuasa pengganas seperti Amerika Syarikat untuk menyerang dan menakluk sesebuah negara.

Bodohlah kita jika menganggap bahawa Amerika peduli dengan hak asasi manusia, demokrasi, keamanan, dan bermacam-macam retorik kosong lagi.

Sewaktu Amerika berdegar-degar bercakap tentang demokrasi dan hak rakyat Syria, dalam masa yang sama mereka berterusan membiayai dan menyokong rejim Zionis yang saban hari menindas dan menyembelih rakyat Palestin.

Malah Amerika juga memberi bantuan dan sokongan kepada diktator-diktator Arab seperti di Arab Saudi, Qatar, Bahrain, dan Kuwait. Tidak jelas lagikah betapa hipokritnya Amerika?

Isu senjata kimia ini tidak lain hanyalah strategi false flag dan pembohongan yang sekali lagi digunakan untuk menjustifikasikan serangan dan penaklukan terhadap Syria.

Rancangan untuk menyerang dan menakluk Syria sebenarnya telah lama dibuat sebelum konflik di Syria berlaku lagi.

Amerika hanya perlukan alasan untuk membolehkan serangan terhadap Syria dihalalkan seperti mana tragedi 11 September dan senjata pemusnah besar-besaran dijadikan alasan untuk menakluk Afghanistan dan Iraq.

Sehingga hari ini tiada bukti Taliban yang bertanggungjawab ke atas tragedi serangan 11 September.

Sehingga hari ini juga masih belum ditemui di mana senjata pemusnah besar-besaran yang dimiliki oleh Saddam Husin itu.

Penggunaan false flag terhadap Syria sangat diperlukan lebih-lebih lagi apabila majoriti rakyat Amerika dan masyarakat dunia sendiri menentang campur tangan ketenteraan di Syria.

PENGGANAS+KRISTIAN

Pada tahun 2007, bekas Jeneral dan komander NATO di Eropah, Jeneral Wesley Clark telah mendedahkan sendiri bahawa Amerika Syarikat telah pun merancang untuk menyerang 7 buah negara dalam masa 5 tahun sekurang-kurangnya sejak tragedi 11 September lagi.

Negara-negara tersebut ialah Iraq, Syria, Lubnan, Libya, Somalia, Sudan, dan akhir sekali Iran.

Apa yang berlaku hari ini? Iraq dan Libya telah pun diserang oleh pakatan Amerika dan NATO. Sudan telah dipecah-belahkan di mana Selatan Sudan kini sedang dijadikan boneka Amerika Syarikat.

Di Somalia pula Amerika membunuh rakyatnya dengan pesawat drone. Kini Syria pula berada di dalam kancah perang saudara dan Amerika sedang mengambil peluang untuk masuk campur.

Apa yang disebut oleh Jeneral Wesley Clark beberapa tahun lalu telah dan sedang pun berlaku di hadapan mata kita.

Jika dilihat semula kronologi tentang isu senjata kimia Syria, Amerikalah yang mula-mula sekali bersuara tentang isu ini. Ia bermula pada bulan Ogos 2012 semasa Presiden Obama berucap mengenai ancaman senjata pemusnah besar-besaran.

Obama memberi amaran bahawa Assad akan menanggung akibatnya jika senjata kimia digunakan di Syria. Sejak dari itu anjing-anjing yang menjadi sekutu Amerika seperti Britain, Perancis, dan Israel juga menyahut salakan Amerika tentang senjata kimia Syria.

Amaran dan ugutan untuk melakukan serangan ketenteraan diberikan kepada Assad jika senjata kimia digunakan.

Pelan Amerika dan Israel untuk menyerang dan menggulingkan pemerintah Syria seperti yang terdapat dalam pelbagai laporan dan pendedahan akhirnya akan tercapai dengan menjadikan isu ini sebagai justifikasi dan alasan.

Adakah kita tidak nampak lagi siapa yang akan untung dengan mempergunakan isu ini? Amerika dan Israel adalah hipokrit dan pengganas yang paling besar apabila bercakap tentang ancaman senjata pemusnah besar-besaran. Padahal merekalah yang memiliki dan menghancurkan negara-negara lain dengan senjata-senjata tersebut.

Sebelum ini, sewaktu pentadbiran Assad menjemput penyiasat senjata kimia PBB ke Syria, tiba-tiba sahaja berlaku serangan senjata kimia pada hari yang sama mereka tiba di sana.

Serangan tersebut juga tidak dilakukan ke atas penentang-penentang Assad, tetapi disasarkan ke atas orang awam dan berlaku tidak berapa jauh dari kedudukan penyiasat-penyiasat tersebut. Adakah ini masuk akal?

Mengapa Assad mahu ‘menembak kakinya sendiri’ dengan berbuat sedemikian di hadapan penyiasat-penyiasat PBB?

Ini tidak lain hanyalah satu usaha terdesak untuk membolehkan serangan terhadap Syria disegerakan walau dengan apa cara sekalipun.

Isunya di sini bukanlah hendak membela Assad, tetapi memahami pembohongan yang sering kali digunakan untuk menghalalkan peperangan.

Kesimpulan

Sun tzu, panglima tentera China yang terkenal menyebut bahawa peperangan itu berasaskan helah dan penipuan.

Jika kita sentiasa mengkaji dan melihat semula sejarah lampau, kebenaran kata-kata ini sangat jelas dan benar.

Malah apa yang berlaku hari ini juga tidak pernah berubah. Peperangan dan pembohongan adalah dua perkara yang tidak pernah berpisah.

Jangan sekali-kali kita melupakan sejarah. Ia akan sentiasa berulang dengan skrip dan jalan cerita yang hampir sama. Cuma watak dan para pelakonnya sahaja yang berbeza-beza.

BACA INI JUGA: Serangan Di Paris 'Dirancang' Untuk Menghancurkan Syria?!

Sumber: freedomthreesixty

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon