Oct 14, 2014

Restoran Al-Ehsan Buat Laporan Polis, Nafi Hidang Daging Babi!!

Semalam, tersebar dakwaan Restoran Al-Ehsan menggunakan daging babi di dalam hidangan Chicken Chop mereka.

Restoran Al-Ehsan

Dakwaan yang dibuat oleh akaun Facebook bernama Syam Iz itu telah menjadi viral dan isu ini turut tersebar secara meluas di blog-blog dan laman sosial.

(Baca: PANAS! Restoran Mamak Kantoi Guna Daging BABI?!)

Hari ini, wakil Al-Ehsan telah menjawab pertuduhan tersebut dan telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan dan menuntut Syam Iz memadamkan status berkenaan dari Facebooknya.

Restoran Al-Ehsan - Laporan Polis

Memetik jawapan Sulthan Alehsan melalui Facebook, dia menyatakan Al-Ehsan menggunakan 'bacon beef' atau daging lembu dan membuat jaminan mereka menyediakan produk 100% halal.

Restoran Al-Ehsan - Beef Bacon

"Kami adalah Muslim dan mengamalkan Agama Islam Syariah dalam kehidupan seharian kami. Memohon maaf untuk gangguan yang dialami. Harap disebarkan. Terima kasih." memetik jawapan berkenaan.

Restoran Al-Ehsan - Penafian

Diharap kedua-dua pihak boleh menyelesaikan perkara ini dengan baik kerana dari apa yang kita lihat, ini mungkin hanyalah isu salah faham.

Sumber:
http://www.kitabantai.info/2014/10/rungkai-isu-restoran-al-ehsan-guna.html

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

6 comments

Assalammualaikum... sentiasapanas,

kesian restoran nie andai itu adalah finah nak jatuhkan .. kena report polis

mselim3

Waalaikumsalam mSelim. Sewajarnya disiasat pihak berkuasa. Kita tidak mahu menganiaya tapi siapa tau kan..

Harap lepas ni ada tindakan yang di ambail. Takut nak makan kat kedai mamak.

Betul tu. Kena siasat macam ni kan. Bahaya.

Org tu pun klu tak tahu jngnlah mcm pandai sgt.. bacon mmg lah babi tapi kalau beef bacon tu dah jadi lain maksud & lain barangnya.. Dia tak pernah jumpa beef bacon tu rasanya...

sedih orang kita ni suka sangat sampaikan berita palsu... hurm....

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon