Sunday, December 02, 2012

Tahukah Anda Burung Merpati Pandai Mengira


Tahukah Anda? Sejak dahulu lagi burung merpati dikenali sebagai haiwan yang cerdik dan pandai. Ini berdasarkan kebolehan yang dimilikinya untuk mencari destinasi yang ingin dituju.

Tahukah Anda Burung Merpati Pandai Mengira

Dipercayai, burung merpati telah berkhidmat sebagai penghantar surat sejak 2000 tahun dahulu. Burung merpati juga turut digunakan sebagai penyampai pesanan rahsia dalam perang dunia pertama dan kedua.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, penyelidikan terbaru mendapati haiwan jinak ini bukan sahaja mempunyai ingatan yang kuat tetapi turut pandai mengira.

Menurut pakar haiwan dari Universiti Otago, New Zealand, Dr. Damian Scarf, hasil kajiannya mendapati, burung merpati sebenarnya mampu membezakan beberapa nombor iaitu daripada nombor satu sehingga sembilan.

Apa yang mengagumkan, haiwan ini juga bijak menyusun nombor-nombor tersebut mengikut aturan yang betul.

Menurut Dr. Scarf lagi, sebelum ini hanya manusia dan beberapa spesies primer mamalia diketahui mampu mengira. Antaranya seperti primat daripada keluarga Ape iaitu monyet dan kera hutan.

Berdasarkan laporan jurnalnya di persidangan sains antarabangsa, Dr. Scarf menjelaskan, burung merpati bukan sahaja boleh mengira, tetapi turut menunjukkan kemampuan yang sama seperti monyet yang sememangnya diketahui boleh mengira dangan baik.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon