Saturday, September 26, 2015

Tahukah Anda Google Diperbuat Daripada 2 Bilion Kod Arahan!


Mungkin ramai orang termasuk pakar ICT sendiri pun tidak tahu bahawa Google serta seluruh aplikasinya, seperti Docs, Sheets dan Slides, terdiri daripada kod pemprograman yang sangat banyak bilangannya.

Google command

Apabila dihitung satu-persatu, jumlah kod arahan tersebut sebenarnya mampu mencecah dua bilion teks. Itulah jumlahnya sejak diasaskan Larry Page dan Sergey Brin pada 4 September 1998 di California, Amerika Syarikat.

Barisan kod tersebut diperlukan untuk menjalankan segala perintah dan input muat masuk melalui aplikasi atau web. Semuanya pula perlu disusun dan disimpan dalam sebuah pangkalan data bersaiz ‘ibu’ segala gergasi.

Bayangkanlah akibat besarnya saiz itu, semuanya memerlukan ruang seluas 86 terabyte dalam cakera keras atau hard disk, dan Google pada masa sama pun harus memastikan kod-kod itu selamat tanpa gangguan dan bahaya.

Menurut portal hal ehwal teknologi maklumat yang popular luar negara, BGR; Pengurus Google Engineering, Rachel Potvin menjelaskan rahsia angka tersebut dalam satu persidangan bertaraf antarabangsa.

Beliau menambah, demi keselamatan semua kod yang menggerakkan seluruh aplikasi buatan Google itu, mereka menyimpannya dalam 10 pusat data dan lokasi berkenaan tersebar di seluruh dunia.

“Walaupun tidak boleh diperlihatkannya secara langsung, saya rasa ini adalah sebuah kumpulan kod terbesar yang aktif digunakan di serata dunia,” ujar Potvin kepada peserta persidangan berkenaan.

Dua bilion baris kod itu membuatkan juruteknik Google bebas mengambil dan mengkombinasikan kod dari pelbagai projek malah boleh mengubah kod dengan mudah, lalu mengirimkan ke seluruh sistem pelayan milik Google.

“Ketika anda memulakan sebuah projek baharu, anda sudah mempunyai sebuah perpustakaan yang amat lengkap. Hampir semua perkara di sana telah disediakan,” jelas Potvin.

Sebagai perbandingan, kod Linux Kernel hanya berisi 15 juta baris dan 40 ribu fail. Keseluruhan barisan kod itu berubah setiap minggu, seiring dengan kerja yang dilakukan pembangun sistem. —Agensi/Mynewshub.cc/HAA

BACA INI JUGA: 15 Ramalan Bill Gates Yang Kebenarannya Sangat 'Menakutkan'

3 comments

  1. nampak macam mudah tapi nak membina pada awal bukan calang2 pemikiran org yg boleh buat ni...

    ReplyDelete
  2. Sungguh kompleks dan ianya akan terus bertambah dari masa ke semasa

    ReplyDelete
  3. Fuhh!!SP Info Menarik ni hehe Thanks Ya!Nak Bercoding2 ni mau pitam di buatnya hehehe,.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon