Sep 25, 2015

Rakyat Paling Tidak Gembira Di Dunia 2015

Tahukah Anda, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ada membuat kajian mengenai tahap kegembiraan masyarakat di dunia.

Togo childs

Untuk tahun 2015, rakyat negara Togo didapati menjadi orang yang paling tidak gembira di dunia.

Kajian yang dijalankan itu menunjukkan, rata-rata penduduk Togo meletakkan tahap kegembiraan mereka pada angka 2.8 daripada penarafan 0 hingga 10.

Menurut unjuran Pertubuhan Bank Dunia, tahap ketidakgembiraan ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya tahap rasuah, kebebasan dan jangka hayat kehidupan.

Meskipun begitu, saintis dalam bidang sains sosial melihat secara empirikal keadaan itu disokong oleh ketidaktentuan harapan dalam kelangsungan hidup.

Rata-rata rakyat Togo resah dan gelisah apabila hidup mereka tertekan dari sudut kebebasan membuat pilihan, bimbang keselamatan nyawa, harta benda dan masa depan, kemurahan hati dan persepsi rasuah yang mendominasi kelangsungan hidup seharian.

Anda bagaimana pula?

BACA INI JUGA: Bunuh Diri Kerana Sekeping Gambar Menyedihkan!

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

jika kita berada di tempat mereka.
mungkin ya :)

kesian ..apapun moga nanti di akhirat kita bersama gembira dengan rahmatNya SP

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon