Thursday, August 31, 2017

Memahami Urut Zahir Dan Batin Suami Isteri

Ramai dikalangan mereka yang telah mendirikan rumahtangga tidak memahami kesempurnaan urutan batin iaitu ransangan urutan diantara anggota jimak lelaki dan isteri unyuk memperolehi nafkah batin.

Urut Zahir Batin

Selain untuk memperolehi zuriat, jimak atau bersenggama diantara suami isteri adalah untuk membina kesihatan dan mencegah penyakit.

Oleh itu pasangan suami isteri akan terus bersenggama walau pun isteri telah mengandung. Pada pasangan yang subur untuk mengandungkan (bunting) isteri cukup hanya sekali bersenggama.

Pasangan suami isteri yang tidak puas dengan kesempurnaan urutan batin pasangan masing masing sering mencari perkhidmatan urutan batin dari pelacur wanita atau lelaki yang di sebut gigolo.

Kehebatan urutan batin pelacur profesional dengan ransangan urutan jilatan api asmara, belaian selembut sutera, gosokan yang mengilu rasa, cengkaman yang menusuk kalbu serta ayunan yang menggelora jiwa adalah sukar ditandingi urutan batin pasangan suami isteri yang amatur kerana tidak mempelajari dan memiliki pengetahuan seni urut batin.

Jika kesempurnaan urutan zahir yang pertama adalah meransang urat saraf, kedua mencuci darah daging, ketiga melega pernafasan dan keempat mengimbang tubuh badan, seperti mana yang wajib dilakukan dengan sempurna ketika mandi wajib.

Kesempurnaan urutan batin pula adalah, yang pertama mengawan, kedua bersetubuh, ketiga persenyawaan dan keempat bersatu diantara pasangan suami isteri ketika jimak.

Persoalannya, sejauh manakah kita telah menyempurnakan urutan zahir dan batin yang dituntut oleh agama untuk membina kesihatan dan mencegah segala penyakit zahir dan batin?

Maksud mengawan dari perkataan kawan, kawan adalah kerana benda, maka kawin pun kerana benda, oleh itu pengetahuan memilih pasangan yang baik benda atau barangnya sebelum dikahwini sangat penting untuk memperolehi kepuasan nafkah batin.

Sejauh manakah pasangan suami isteri telah bersedia menentukan kesempurnaan kekuatan 'senjata' masing-masing sebelum mendirikan rumahtangga untuk melakukan urutan batin (bersenggama).

Maksud bersetubuh pula bersatu tubuh, oleh itu pasangan yang 'cocok' perlu dipilih agar boleh disetubuhi atau secocok.

Kesempurnaan tenaga dan kesihatan tubuh badan juga perlu untuk persetubuhan yang sempurna.

Penyakit dan kesihatan pasangan akan berpindah kepada kita ketika bersetubuh. Bersetubuh memerlukan kekuatan urat saraf, kelancaran darah, kesegaran pernafasan dan kecergasan tenaga tubuh.

Persenyawaan hanya berlaku setelah pasangan suami isteri bersetubuh hingga separuh nyawa. Jika masing masing tinggal separuh nyawa barulah mereka boleh berkongsi satu nyawa.

Oleh itu, persenyawaan memerlukan nafas yang panjang agar tidak mudah mengalami kelemasan atau karam dalam gelombang lautan asmara.

Kesempurnaan jimak diantara suami isteri hanya mengalami kesempurnaan dan beroleh kesejahteraan setelah mereka bersatu benda, besatu tubuh dan bersatu nyawa.

Hanya pasangan yang berjaya bersatu benda, tubuh dan nyawa sahaja dapat mengecapi nikmat senggama atau jimak yang sempurna yang tidak terucap kerana tiada kata seindah bahasa untuk menyatakannya.

Pasangan suami isteri yang tidak berjaya bersatu ketika bersenggama cumalah sekadar beradu, kesannya mereka akan menggalami sakit tuan dan puan bermula dengan penyakit lemah tenaga batin, seperti masalah patah tandan bagi kaum lelaki dan keputihan atau 'kekeringan' yang dialami wanita.

Lebih malang lagi bila mereka menggunakan pelbagai ubat dan alat rangsangan seks untuk beradu.

Peraduan yang sedemikian bukan sahaja boleh meruntuhkan katil malah rumahtangga.

BACA INI JUGA:

sumber: sifuliterapi

Hujan Pelik Hanya Turun Pada Sebuah Rumah Di Jakarta

Kejadian pelik hujan turun hanya pada sebuah rumah yang berlaku di Jakarta pada Sabtu (26 Ogos 2017) lalu adalah satu fenomena alam jarang berlaku di dunia.

Hujan Pelik

Kejadian hujan pelik yang berlaku di Jalan Tebet Barat Dalam 1 itu telah menarik perhatian penduduk setempat sehingga ada yang bermandi-manda serta menadah air hujan tersebut.

Memetik kenyataan dari Ketua Pusat Informasi Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BKMG), Mulyono Prabowo, fenomena alam itu sememangnya sukar untuk terjadi.

Rakaman video kejadian tersebut tular di media sosial di Indonesia kerana kejadian berlaku ketika cuaca di kawasan tersebut panas dan kering malah rumah di sekelilingnya tidak ditimpa walau setitik hujan pun.

Mulyono berkata, ketinggian awan pada musim kemarau menjadikan hujan seperti di Tebet itu sangat sukar berlaku dan hasil kajian pihaknya mendapati ketinggian awan ketika itu sekitar 700 meter hingga 1 kilometer.

Pemilik rumah itu yang dikenali sebagai Muzakir berkata, ketika kejadian berlaku semasa dia bermain catur dengan seorang jiran pada 6.30 petang.

Hujan Pelik

Mereka pada mulanya menyangka hujan turun di seluruh kawasan itu.

Bagaimanapun, mereka terkejut apabila terlihat kanak-kanak bermain hujan dan menjerit kegembiraan kerana hujan hanya berlaku di rumahnya.

Setelah melihat sekeliling, dia mendapati sememangnya hujan hanya turun di rumahnya dan berterusan hingga tengah malam.

Pelik kan?

BACA INI JUGA: Ritual Pelik Panggil Hujan, Kahwinkan Katak

sumber: gigitankerengga

Onani Boleh Menyebabkan Batang Zakar Patah

“Salam doktor, saya berumur 23 tahun. Saya mengalami masalah ketagihan untuk beronani walaupun saya sedang cuba untuk menghindarkannya.

Zakar Patah

Ketika ini amalan onani saya saya agak pelik iaitu ketika onani, saya akan membengkokkan zakar saya sedikit untuk menambah keseronokan.

Saya dapati selepas ejakulasi, saya akan merasa sakit pada zakar.

Jika saya tidak membengkokkan zakar ketika masturbasi, saya tidak akan berasa sakit selepas ejakulasi. Apa yang saya tahu, lelaki boleh melakukan banyak posisi dan gaya ketika melakukan masturbasi atau hubungan seks.

Saya risau tidak boleh memberi kepuasan kepada isteri pada masa depan kerana saya tidak boleh beraksi seperti membengkok di sana-sini.

Adakah kesakitan ini memudaratkan dan tindakan membengkokkan zakar boleh menyebabkan ia lembik? Mohon pencerahan doktor. Terima kasih”

JAWAPAN

Wa Alaikum Salam

Beronani adalah suatu amalan yang memudaratkan. Ini kerana ia tidak normal dan ia boleh menyebabkan rasa tidak puas ketika melakukan hubungan seksual bersama isteri.

Ini kerana rasa seronok akibat genggaman tangan tidak sama dengan rasa kontraksi otot-otot faraj.

Genggaman tangan lebih kasar dan merosakkan saraf-saraf di permukaan kulit zakar dan saraf di dalam batang zakar, dan tidak berlaku pada genggaman otot-otot faraj.

Membengkokkan zakar ketika onani akan menambahkan kerosakan saraf. Ia akan mencederakan pada batang zakar dengan lebih serius.

Ini kerana kerosakan yang berlaku bukan setakat kerosakan saraf di permukaan dan di dalam batang zakar, tetapi mencederakan saluran darah dalam batang zakar yang bertanggungjawab ketika zakar menegang.

Struktur dalam batang zakar biasanya ketika zakar menegang, darah akan memenuhi ruang dalam tisu corpora cavernosa iaitu dua struktur yang berbentuk tiub yang menjadi struktur utama dalam batang zakar.

Darah akan kekal dalam kedua-dua struktur ini untuk membolehkan batang zakar menjadi keras.

Dalam keadaan zakar yang tegang, enggaman yang kuat semasa beronani dengan membengkokkan batang zakar boleh menyebabkan saluran darah ini koyak dan darah akan mengalir keluar.

Batang zakar juga tidak akan menjadi tegang lagi dan keadaan ini dikenali sebagai ‘patah’ batang zakar atau Fracture Penis dan akan menyebabkan mati pucuk yang sangat sukar dirawat.

Wallahu a’lam

BACA INI JUGA:

sumber: drzubaidi

Tahukah Anda Maksud Logo NIKE?

Tahukah anda asal-usul dan maksud logo atau jenama sukan terkenal NIKE yang dijadikan sebagai lambang, diambil daripada nama Dewi Greek yang bermaksud 'kemenangan' yang mewakili kejayaan pada zaman kuno Greek dalam mitos Yunani.

NIKE

Dewi Greek ini juga dikenali sebagai Wingede Goddess of Victory, anak perempuan Titan Pallas dan dewi Styx, kakak Kratos (kuasa), Bia (Pasukan) dan Zelus (semangat).

Swoosh di lambang Nike adalah merupakan lambang kepada sayap dewi tersebut.

Dr. Abdullah Al-Faqih juga telah memberikan fatwa bahawa haramnya memakai produk Nike, berdasarkan hadis, "Jika kamu meniru sesuatu kaum itu, maka kamu salah satu darinya."

NIKE

Petikan daripada forum Islamweb.com

Question

Is it permissble to wear clothing bearing the Nike motif, as I learned recently that Nike got their name from the greek goddess of Victory?

Answer

Praise be to Allah, the Lord of the Worlds; and blessings and peace be upon our Prophet Muhammad and upon all his Family and Companions.

Wearing a garment with the logo of Kufr is prohibited in Islam since Islam prohibits imitating non-Muslims.

The Prophet said, "Whoever imitates some people, he is one of them". In another narration he will be resurrected with them".

The above Hadith gives a severe threat to those people who imitate Kuffars in their style or manners of talking, acting, wearing, worshipping, or in their feasts or in any other matters which are not legislated for us and are not approved by us.

Note that the Prophet disavowed any connection with the Muslim who lives among Kuffars and does not distinguish himself from the Kuffars in his manners, deeds and practices, let alone a person who carries a logo of Kufr with him?

Imam Abu Dawood narrated in his Sunan that the Prophet said, "I am exempt from any Muslim who lives among polytheists".

When they asked the Prophet he said, "Fire of Muslims should not be seen with the fire of Mushrikeen".

The sign of "Nike", on the garments which many Muslims wear, is a sign of a goddess of victory, daughter of the giant Pulas, as the Greeks believed.

So, every Muslim is obliged to avoid a sign of Kufr and he should not take with him such a sign even though the sign is no longer used as the logo of Kufr.

How can one use a sign and name of a goddess of Greece? The evidence for this rule is the Prophet's question to the person who has vowed to slaughter a camel at "Buwanah" he said, "Did the place contain any idol worshipped in pre-Islamic times?" [Related from Abudawood].

If there was an idol in pre-Islamic times then slaughtering in that place would be forbidden even though the idol/idols had been removed.

Then how could it be permissible to use those things which used to indicate Kufr?

Allah knows best.

***

Jadi, adakah umat Islam ditegah daripada memakai pakaian dan perhiasan yang mengandungi lambang NIKE?

Bagaimana mungkin anda sanggup memakai tanda dan nama dewi Greece yang dianggap salah satu Tuhan mereka?

BACA INI JUGA:

sumber: tenteraislam

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (31 Ogos)

Tarikh 31 Ogos merupakan hari ke 243 (hari ke 244 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 122 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari Kemerdekaan Malaysia

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Malaysia (1957), Trinidad dan Tobago (1962) dan Kyrgyzstan (1991).

Peristiwa

1056 - Maharani Byzantine Theodora jatuh gering, beberapa hari kemudian mangkat tiba-tiba, tanpa meninggalkan anakanda untuk mewarisi takhta, maka tamatnya dinasti Makedonia.

1142 - Dengan bantuan Hiawatha dan Deganawidah, puak-puak Iroquois menubuhkan Gabungan Haudenosaunee.

1422 - Henry VI menjadi Raja England pada usia sembilan bulan.

1803 - Lewis dan Clark memulakan ekspedisi mereka ke barat dengan meninggalkan bandar Pittsburgh, Pennsylvania pada pukul 11 pagi.

1864 - Perang Saudara Amerika: Angkatan Kesatuan pimpinan Jeneral William T. Sherman melancarkan serangan di Atlanta, Georgia.

1876 - Abdul Hamid II menjadi Sultan Empayar Uthmaniyyah apabila abangnya Murad V digulingkan.

1886 - Sebuah gempa bumi meragut 100 nyawa di Charleston, Carolina Selatan.

1888 - Mayat Mary Ann Nichols ditemui di London Victoria, kononnya mangsa pembunuh bersiri Jack the Ripper yang pertama.

1897 - Thomas Edison mempatenkan projektor wayang terulung bernama Kinetoscope.

1907 - Count Alexander Izvolsky dan Sir Arthur Nicolson menandatangani Konvensyen St. Petersburg yang melahirkan perikatan Pakatan Bertiga.

1914 - Ecuador menandatangani perjanjian hak cipta Buenos Aires.

1915 - Brazil menandatangani perjanjian hak cipta Buenos Aires.

1920 - Dipimpin pasukan berkudanya, Angkatan Tentera Poland mengalahkan Tentera Merah Bolshevik dalam Pertempuran Komarów.

1920 - Rancangan berita radio pertama disiarkan oleh stesen 8MK di Detroit, Michigan.

1939 - Jerman Nazi memperhebatkan serangan palsu terhadap stesen radio Peristiwa Gleiwitz, untuk mencari alasan menyerang Poland pada hari berikutnya, maka tercetusnya Perang Dunia II di Eropah.

1942 - Di Ternopil, Ukraine barat, pada 4.30 pagi, pihak SS Jerman menjalankan pengusiran Yahudi pertama dari ghetto Ternopil ke kem maut di Belzec, melibatkan seramai 5,000 orang Yahudi. Ketika Jerman menawan Ternopil, bandar tersebut diduduki kira-kira 18,000 orang Yahudi.

1943 - Kapal USS Harmon, kapal Tentera Laut Amerika Syarikat pertama yang dinamakan sempena orang berkulit hitam, ditauliahkan.

1945 - Parti Liberal Australia diasaskan oleh Robert Menzies.

1948 - Pelakon Robert Mitchum ditahan dalam serbuan dadah di Hollywood. Tidak lama kemudian dia didapati bersalah atas konspirasi jenayah memiliki ganja lalu dihukum penjara selama 60 hari.

1957 - Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama, manakala Ketua Menteri Malaya Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama.

1962 - Trinidad dan Tobago merdeka.

1965 - Pesawat Aero Spacelines Super Guppy terbang buat julung kalinya.

1968 - Garfield Sobers menjadi ahli kriket pertama yang melakukan enam six dalam satu over.

1978 - William dan Emily Harris, pengasas-pengasas Symbionese Liberation Army, mengaku bersalah kerana menculik pewaris syarikat akhbar Patricia Hearst pada tahun 1974.

1980 - Perjanjian Gdańsk ditandatangani.

1986 - Pesawat Aeroméxico Flight 498 terlanggar pesawat Piper PA-28 di atas Cerritos, California, mengorbankan 67 orang di udara dan 15 lagi di tanah.

1986 - Selepas berlanggar dengan sebuah kapal kargo, kapal samudera Kesatuan Soviet Admiral Nakhimov tenggelam ke dalam Laut Hitam dalam masa 7 minit, mengorbankan lebih 400 penumpang.

1991 - Kyrgyzstan mengisytiharkan kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet.

1992 - Pascal Lissouba dilantik sebagai Presiden Republik Congo selepas satu pilihan raya parti berbilang sekaligus mengakhiri pemerintahan satu parti penyokong Marxisme.

1993 - Kapal HMS Mercury dihentikan setelah bertauliah selama 52 tahun.

1994 - Tentera Republik Ireland Sementara mengisytiharkan gencatan senjata.

1997 - Diana, Puteri Wales dan temannya Dodi Al-Fayed terbunuh dalam satu kemalangan kelajuan tinggi di terowong jalan Pont de l'Alma di Paris.

1998 - Korea Utara dilaporkan melancarkan satelit buatan pertamanya bernama Kwangmyongsong.

1999 - Letupan Pangsapuri Rusia pertama berlaku di Moscow, membunuh satu orang dan mencederakan 40 lagi.

2005 - Kejadian merempuh-rempuh di Jambatan Al-Aaimmah di Baghdad membunuh 1,199 orang.

2006 - Hasil seni lukis The Scream karya Edvard Munch yang dicuri pada 22 Ogos 2004, dijumpai semula dalam satu serbuan oleh polis Norway. Lukisan terbabit dikatakan lebih baik keadaannya berbanding dahulu.

2007 - Taliban membebaskan saki-baki tebusan Korea Selatan sebaik sahaja Korea Selatan bersetuju untuk mengundurkan 200 anggota tenteranya dalam masa setahun dan menggantung tugas mubaligh di Afghanistan.

2009 - Parti Demokratik Jepun pimpinan Yukio Hatoyama memenangi pilihan raya umum Jepun, mengakhiri pemerintahan berterusan hampir setengah abad oleh LDP.

Kelahiran

1807 - John Young, Baron Lisgar Pertama, Gabenor Jeneral Kanada Ke-2.

1907 - Ramon Magsaysay, Presiden Filipina ke-7.

Kematian

1867 - Charles Baudelaire, penyair Perancis.

1997 - Diana, Puteri Wales.

2002 - Wong Pow Nee, Ketua Menteri Pulau Pinang pertama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Ogos)

sumber: wikipedia

Wednesday, August 30, 2017

Tragedi Penghapusan Etnik Bosnia Kini Berulang Di Rakhine

Dalam sejarah moden selepas Perang Dunia Kedua 1941-1945, kali pertama perkataan Penghapusan Etnik digunakan ialah dalam Tragedi Pembunuhan di Srebrenica, Bosnia.

Rakhine

Tragedi ini dianggap pembunuhan massa paling besar, satu daripada ratusan insiden pembunuhan dalam Perang Bosnia bermula 1 Mac 1992 hingga 14 Disember 1995.

Perang selama 3 tahun 8 bulan 2 minggu dan 1 hari itu mengorbankan lebih 100 ribu nyawa umat Islam di Balkan.

Puncanya, selepas perpecahan Yugoslavia berikutan jatuhnya Kerajaan Komunis Soviet, (Revolusi Bolshevik Rusia 1917-1987) Bosnia mengisytiharkan kemerdekaan, menjadikan ia negara majoriti Muslim.

Perkara ini membangkitkan krisis bersenjata apabila pemberontak Serb dan penganut Kristian Ortodoks yang disokong Kerajaan Serbia dan Rusia, bertindak membunuh orang Islam.

Dalam perang itu, tragedi pembunuhan paling tragik terhadap umat Islam di Sebrenica pada 11 hingga 13 Julai 1995, hanya dalam tempoh tiga hari, Tentera Serb membunuh lebih 8 ribu lelaki dan remaja Muslim.

Jenayah ngeri yang dikenang dunia sebagai paling dahsyat di Eropah, selepas tragedi Nazi dan Adolf Hitler membunuh 6 juta bangsa Yahudi di Jerman sepanjang empat tahun Perang Dunia Kedua.

Siapa Serb? Mereka penganut Kristian Ortodok yang mahukan negara Bosnia dijadikan negara bangsa Kristian Serb. Kemerdekaan Bosnia yang majoriti Muslim mencetuskan kemarahan kaum Serb.

Disokong Kerajaan Serbia, pemberontak Serb melancarkan perang penghapusan etnik Muslim Bosnia.

Penghapusan etnik di Bosnia diselamatkan Pakatan NATO yang memutuskan untuk menyerang Serbia setelah terdapat bukti jelas wujudnya jenayah perang terhadap umat Islam.

Serangan NATO pada 24 Mac 1999 mengakhiri Perang Bosnia dan lahirlah negara Islam Bosnia di Eropah pada yang diiktiraf merdeka sejak 1992.

Jadi, apa yang berlaku di Rakhine juga bukan isu baharu dalam era permusuhan agama pasca moden.

Rakhine

Pembunuhan demi pembunuhan pengganas Buddha yang disokong Junta Tentera Myanmar sejak 2012, sah satu jenayah penghapusan etnik.

Penyisihan Muslim Rohingya bukan sekadar isu Perlembagaan Myanmar yang menganggap 1.1 juta penduduk Islam itu sebagai pendatang Bangladesh, tetapi ia agenda Junta Tentera dan penganut Buddha Myanmar yang mahu menghapuskan Islam dari Wilayah Rakhine.

Junta Tentera Myanmar boleh menyatakan apa sahaja alasan mengenai matlamat operasi ketenteraan itu, tetapi dunia jangan lupa, Ia satu jenayah penghapusan etnik yang mengulangi tragedi Sebrenica.

Pemimpin negara Islam pula tidak perlu terpinga-pinga. Ini bukan isu baharu. Kita sudah melihat lebih 100 ribu nyawa umat Islam disembelih di Bosnia.

Atau kita memang sengaja mahu melupakannya? Mustahil mengharapkan NATO menyelesaikan isu Rohingya!

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Apa Sebenarnya Maksud Liberal?

Apa sebenarnya makna liberal? Adakah liberal itu ertinya sifat hedonis iaitu sifat suka buat apa saja sesuka hati? Inilah yang biasa difahami rakyat umum.

Liberal

Pemahaman rakyat umum tidak boleh dijadikan takrif kepada makna liberal. Kalau rakyat umum memahami Islam sebagai agama teroris, adakah ini juga dianggap benar?

Untuk memahami makna liberal, kita perlu memahami sejarah perkembangan falsafah di Barat. Kita perlu belajar falsafah dan sejarah supaya tidak nampak jahil dan tidak ilmiah.

Di sini, saya ingin ringkas dan mudahkan penjelasan makna liberal supaya ramai yang tidak salah gunakannya. Mungkin mudah untuk memahami makna liberal bila kita kaitkan dengan gerakan hak asasi kemanusiaan.

Kristian Dan Liberal

Gerakan hak asasi kemanusiaan adalah hasil pengalaman Barat dalam membebaskan diri daripada kepimpinan agamawan Katolik Kristian.

Bebas maknanya bebas daripada genggaman agamawan. Bahkan perkataan liberal sebenarnya bermakna bebas.

Semasa pemerintahan agamawan, rakyat disatukan oleh gereja atas nama hak Tuhan atas hak manusia.

Gereja melaksanakan hak Tuhan. Hak Tuhan mesti diutamakan atas hak manusia. Suara Agamawan yang mewakili suara Tuhan sentiasa veto suara dan hak rakyat.

Mindset liberal adalah hasil fobia yang mendalam terhadap suara agamawan katolik kerana baginya, suara agamawan tidak telus. Agamawan tidak perlu hujah rasional untuk menghukum.

Ketidaktelusan merupakan fobia utama liberalis. Bagaimana pengurusan fatwa agamawan mampu telus jika segala hukum dibuat atas alasan ia adalah suara Tuhan yang tidak boleh dipersoalkan?

Liberalis melihat bahawa agamawan tidak mengutamakan suara rakyat dalam berfatwa. Suara Tuhan adalah segala-galanya kerana Tuhan Maha Mengetahui. Agamawan Katolik adalah wakil suara Tuhan yang mutlak ini.

Bila Islamis berkempen politik agama, adakah ini bermakna taat buta kepada kepimpinan politik majlis syura ulama? Liberalis sangat fobia kepada budaya taat buta atau blind faith.

Kalau inilah maknanya, maka wacana Islamik ini sudah tentu dilihat menyamai mindset Katolik Kristian iaitu menganggap ulama sebagai wakil suara Tuhan, bukan suara rakyat.

Suara ulama akan sentiasa veto suara rakyat kerana ulama adalah wakil Tuhan. Kalau suara ulama itu dipertikaikan, ia seolah-olah mempertikaikan suara Tuhan.

Liberal Di Malaysia?

Sebagai perbandingan di Malaysia, Parti AMANAH adalah dianggap liberal kerana dipimpin oleh bukan ulama, manakala Pas adalah Islamik kerana dipimpin oleh ulama.

Ini adalah umpama berkata gereja adalah beragama kerana dipimpin oleh paderi tetapi restoran McD adalah liberal kerana dipimpin oleh ahli dunia, bukan alim ulama.

Seorang pendakwah Islam perlu memahami fobia mindset liberal. Islamis mempunyai fobia terhadap isu anjing dan babi. Liberalis mempunyai fobia terhadap isu hak asasi manusia.

Agamawan Katolik mengutamakan suara Tuhan atas suara rakyat. Bila agamawan berjuang melaksanakan fatwa mufti atau ulama, adakah ini suara rakyat atau suara Tuhan? Adakah fatwa boleh dipersoalkan oleh rakyat umum?

Undang-undang sivil boleh dipersoalkan oleh semua rakyat. Bahkan boleh diubah dengan keputusan majoriti Parlimen bila melanggar hak asasi manusia.

Adakah fatwa negara boleh diubah bila bercanggah dengan hak asasi kemanusiaan?

Parlimen adalah suara rakyat tetapi gereja adalah suara Tuhan. Adakah majlis syura yang membentuk fatwa itu wakil suara Tuhan?

Di mana letaknya ketelusan jika ulama berfungsi sebagai wakil Tuhan?

BACA INI JUGA: Apa Itu Pluralisme Dan Bahayanya Kepada Akidah Umat Islam

sumber: sinarharian

Tahukah Anda Siapa Pereka Pingat Sukan SEA 2017?

Bercerita tentang pingat dalam Sukan SEA, item yang sering menjadi buruan atlet Asia Tenggara dalam setiap temasya sukan itu sememangnya menyimpan rahsia tersendiri.

Sukan Sea

Namun, pernahkah anda terfikir siapakah yang mereka atau mencipta pingat untuk Sukan Sea KL2017 kali ini?

Faktanya, pingat-pingat itu dihasilkan menerusi kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan dan pakar pembuatan barangan logam, Royal Selangor.

Jadi, Royal Selangor menjadi Rakan Pingat Rasmi untuk KL2017!

Kami kongsikan 9 info dan fakta menarik tentang pingat rasmi Sukan Sea KL2017.

1. Royal Selangor

Royal Selangor telah mereka bentuk pelbagai trofi dan pingat untuk pelbagai kejohanan besar antaranya F1 Malaysia, LPGA Malaysia, Sukan Komanwel 1998 dan Sukan Sea 2001.

2. Bahan

Pingat-pingat Sukan Sea 2017 direka menggunakan bahan timah dan kayu kempas.

3. Kualiti Terbaik

Rekaan pingat itu menjadi tanggungjawab sepenuh nya Royal Selangor demi memastikan kualiti terbaik.

4. Rekaan Melengkung

Pingat yang direka pula mempunyai permukaan melengkung yang disaluti badan kayu manakala bahagian tepi pingat diperbuat daripada pewter yang disadur emas atau tembaga mengikut warna pingat.

5. Baton Sukan SEA 2017

Royal Selangor juga mereka obor rasmi dan replika baton KL2017.

6. Obor Sukan SEA 2017

Obor

Obor berbentuk segitiga yang direka melambangkan kekuatan dan perpaduan.

7. Kualiti

Bahagian kayu pula diawet dengan minyak bagi mengekalkan warna asal dan menjaga kualiti kayu.

8. Spesifikasi

Setiap pingat mempunyai diameter 80mm x 11mm dengan berat setiap satunya 140 gram.

9. Pingat Peringatan

Peringatan

Menariknya, anda tidak perlu menjadi atlet untuk memiliki pingat KL2017 kerana Royal Selangor mengeluarkan pingat peringatan sebagai kenang-kenangan. Begitu juga replika obor.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Pemenang Sukan SEA 2017 Di Hadiahkan Anak Pokok?

sumber: astroawani

32 Panglima Perang Paling Hebat Yang Tidak Pernah Kalah Dalam Peperangan

Mereka bukan sahaja jeneral perang, tetapi pemimpin negara yang hebat dan ahli politik disegani dengan taktik dan strategi perang yang digunakan dalam peperangan sehinggakan masih lagi dikaji sehingga hari ini.

Panglima Perang Paling Hebat

Kisah mereka berjaya memberi inspirasi kepada bangsa, negara, empayar dan pemerintah serta jeneral perang selepasnya.

Kejayaan dalam peperangan berjaya membentuk sebuah kerajaan baru atau menghalang kerajaan lain menaklukinya.

Ciri-ciri yang diambil untuk menghasilkan senarai ini, mereka tidak pernah dikalahkan dalam peperangan.

Berikut adalah senarai 32 panglima perang terhebat dalam sejarah dunia yang tidak pernah dikalahkan dalam peperangan.

1. Sun Tzu (544 – 496 SM) – Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh

Tidak keterlaluan kalau saya meletakkan beliau sebagai Bapa Peperangan! Karya beliau, The Art Of The War digunakan oleh pelbagai jeneral dan segala taktikal yang direncanakan dalam buku ini kemudiannya diulang pakai dan sehingga ke hari ini, bukunya masih dibaca kerana semua yang dituliskannya bukan sahaja diamalkan dalam peperangan, tetapi di dalam bidang perniagaan.

Pernah memimpin 50,000 orang askar Wu melawan 200,000 orang Askar Chu dan memenangi peperangan itu.

2. Alexander The Great (356-323 SM). Empayar Macedonia

Menawan empayar Parsi dan Utara India. Empayarnya melebar dari timur ke barat. Salah satu calon Zulkarnain yang diceritakan dalam Al-Quran.

Antara pertempuran terhebat yang pernah dihadapi oleh Alexander The Great ialah ketika dalam Pertempuran Gilgamesh.

Dikatakan bahawa Alexander The Great memimpin 47,000 askar Macedonia melawan 250,000 sehingga 1 juta askar Parsi di bawah pimpinan Raja Darius daripada Parsi.

Beliau tidak pernah kalah dalam mana-mana peperangan.

3. Khalid Al-Walid (588-642 Masihi) – Khulafa Ar-Rasydin

Menghancurkan pasukan Rom dan Parsi dalam tempoh 13 bulan sahaja! Khalid tidak pernah tewas dalam 100 pertempuran.

Memimpin 24,000 – 40,000 orang askar Islam melawan ratusan ribu askar Rom dalam Pertempuran Yarmuk dan memenangi peperangan itu.

Bila Rasulullah S.A.W meletakkan panggilan Pedang ALLAH kepada Khalid Al-Walid, sesungguhnya dia ditakdirkan untuk tidak KALAH dalam peperangan.

Masakan kalau dia kalah, itu bermaksud pedang ALLAH telah pun patah.

4. Genghis Khan (1162-1227 Masihi ) – Empayar Mongol

Berjaya menewaskan China, Parsi, Russia, Eropah, Korea dan Jepun untuk membentuk antara empayar terluas yang pernah dunia lihat.

Mimpi ngeri pada setiap kerajaan-kerajaan yang wujdu pada ketika hidup Genghis Khan. Askar Mongol di bawah pimpinan beliau seumpama ombak yang menyapu pantai.

Angkatan berkuda yang sangat pantas dan kehebatan bangsa Mongol yang menunggang sambil memanah dengan efisyen membantu penaklukan beliau.

5. Paul von Lettow-Vorbeck (20 March 1870 – 9 March 1964 Masihi) – German Empire dan Weimar Republic

Salah seorang daripada jeneral perang yang tidak pernah kalah dalam sejarah. Pernah memimpin 11,000 askar Jerman-Afrika melawan 300,000 orang askar British, Belgium dan Portugis dan berjaya memenangi peperangan itu.

Dilabelkan oleh Edwin Palmer Hoyt, seorang sejarawan Amerika sebagai “jeneral perang paling hebat dalam perang gerila dan selepas beliau, tidak wujud sebarang jeneral perang seperti beliau.

6. Alexander Suvorov ( 24 November 1730 – 18 May 1800) – Empayar Russia

Salah satu daripada jeneral perang yang tidak pernah kalah dalam peperangan, Alexander Suvorov dicatatkan telah menang lebih daripada 60 buah pertempuran sepanjang hidupnya.

Terkenal dengan bukunya yang bertajuk The Science of Victory.

Kata-kata hikmah daripada beliau berbunyi seperti berikut:
  • “Apa yang sukar dalam latihan akan menjadi mudah dalam pertempuran ”
  • “Peluru adalah satu perkara yang gila; hanya bayonet yang tahu tentangnya.”
  • “Binasalah diri dalam peperangan dan selamatkan kawan anda!”

7. The Duke Of Welinggton (1 May 1769 – 14 September 1852 Masihi) – British Empire

Pengasas kepada Empayar British yang hebat itu dan empayar ini kemudiannya menjadi empayar paling luas di dunia, mengatasi Empayar Mongol yang dibina oleh Genghis Khan.

Dilabelkan salah seorang daripada jeneral perang yang terhebat dalam taktikal bertahan.

Mengalahkan Perancis, Moghul Sepanyol dan banyak kuasa besar dunia dan langsung tidak pernah tewas dalam sebarang peperangan dan pertempuran.

Berjaya membebaskan Iberia dan Portugis daripada Empayar Perancis yang dipimpin oleh Napoleon serta berjaya mengalahkan Napoleon dalam Pertempuran Waterloo.

Pertempuran Assaye di India ialah pertempuran pertama beliau apabila berjaya mengalahkan lebih 50,000 orang tentera Maratha yang mempunyai lebih 100 meriam.

Ketika itu, askar di bawah pimpinannya hanya berjumlah 10,000 orang dan mempunyai 17 meriam sahaja.

8. George Washington (1732–1799 Masihi) – Amerika Syarikat

Beliau merupakan presiden Amerika yang pertama dan antara jeneral perang yang tidak pernah tewas dalam peperangan.

Ketika Revolusi Amerika, George Washington telah berjaya memenangi peperangan ke atas British yang merupakan kuasa dunia terkuat ketika itu.

Tanpa George Washington, Amerika Syarikat tidak mungkin akan wujud pada hari ini. Revolusi Amerika berlaku selama 7 tahun, 11 bulan 3 minggu and 2 hari.

9. Horatio Nelson (29 September 1758 – 21 October 1805) – Empayar British

Horatio Nelson ialah watak utama di sebalik penaklukan dan perluasan kuasa Empayar British sehingga menjadi salah satu daripada empayar terhebat dalam sejarah.

Dinobatkan sebagai laksamana terhebat British dalam sejarah, antara pertempuran terhebat yang dihadapi oleh Horatio ialah dalam Pertempuran Trafalgar di mana kuasa maritim terhebat pada waktu itu iaitu Empayar Perancis dan Sepanyol dikalahkannya.

Ketika itu, 33 kapal British terpaksa berhadapan dengan 41 buah kapal dari kedua-dua pihak ini.

Malangnya ketika Pertempuran Trafalgar ini, Horatio telah terbunuh.

10. Sultan Muhammad Al-Fatih (1432 -1481 Masihi) Turki Uthamaniyah

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq:

“…Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Menjadi raja yang dimaksudkan dalam hadis nabi apabila berjaya menawan Kota Konstatinapole ketika hanya berusia 21 tahun sahaja!

Taktikal Muhammad Al-Fatih masih diingati sehingga hari ini apabila membawa 70 kapal merentas daratan.

11. Julius Caesar (100-44 SM) – Empayar Rom

Maharaja Rom ini merupakan antara jeneral perang Rom terhebat yang pernah dilihat dalam sejarah. Rom ketika di bawah pemerintahan beliau berjaya menawan 1/3 Eropah.

Perancis, Belgium, England, Belanda dan England hari ini semuanya berada di bawah pemerintahannya.

Selepas selamat dalam perang saudara di Rom, Julius Caesar telah memulakan kempen menakluk seluruh Eropah.

Antara kejayaan dalam meneruskan kempen itu adalah berjaya membunuh lebih daripada 500,000 orang tentera Gaul.

Pertempuran Alissia adalah kejayaan terhebatnya apabila dengan hanya 60,000 orang askar Roman, dia berjaya mengalahkan 330,000 orang tentera Gaul.

12. Aurangzeb (31 July 1658 – 3 March 1707) Empayar Mughal

Baginda merupakan antara maharaja teragung dalam sejarah India yang berjaya membina sebuah empayar yang sangat luas.

Pada zaman pemerintahan baginda hampir seluruh India tunduk di kaki Mughal.

Yang paling mengagumkan mengenai baginda ialah keutuhannya membersihkan semula empayar Mughal daripada amalan pluralisme yang diamalkan oleh maharaja-maharaja sebelum baginda.

Namun sayang, selepas kemangkatan baginda, zaman kejatuhan Mughal pun bermula dek kerana pewaris takhtanya yang tidak sehebat baginda.

13. Shi Huang Ti (7 May 247 – 220 SM), Dinasti Qin

China sejak ribuan tahun sebelum pemerintahan Shi Huang Ti terdiri daripada kerajaan-kerajaan kecil yang saling berperang antara satu sama lain.

Namun, bangsa yang sering bertelagah ini akhirnya disatukan dibawah pemerintahan seorang maharaja kuku besi yang telah menamatkan perang saudara yang berlangsung selama ribuan tahun.

Bukan itu saja, baginda juga telah membina tembok besar yang terawal dalam sejarah China, membina terusan purba antara paling panjang dalam sejarah, juga tidak ketinggalan membina sebuah makam yang dikenali dunia sebagai Makam Terracotta.

14. Napoleon Bonaprate (15 August 1769 – 5 May 1821) – Empayar Perancis

Bila bercakap mengenai jeneral perang terhebat dalam sejarah, agak sukar untuk meletakkan nama beliau ke tepi kerana Napoleon ialah seorang jeneral perang yang hebat.

Sepanjang kariernya sebagai jeneral perang, Napoleon telah memenangi hampir kesemua pertempuran yang disertainya sebelum akhirnya tewas pada 1815.

Empayar Perancis berada di zaman kemuncak pada tahun 1811, merentang dari Sepanyol sehingga ke barat Russia.

Ketika zamannya memimpin Perancis dalam Perang Napleon, dia berjaya menawan hampir seluruh Eropah, namun tidak bernasib baik apabila seluruh Eropah sendiri menjadi musuhnya.

Seorang pemimpin dan jeneral perang yang hanya boleh ditundukkan apabila semua kuasa dunia ketika itu bergabung. Yang paling penting, Napoleon cukup meminati junjungan besar Rasulullah S.A.W.

15. Han Xin (Mati Pada Tahun 196 Masihi) – Dinasti Han

Salah satu daripada Empayar Terhebat China Purba tidak akan wujud kalau tidak kerana sumbangan jeneral perang yang boleh dinobatkan antara yang terlicik dan terbijak dalam sejarah China dan dunia.

Berjaya menewaskan panglima perang China yang digelar sebagai panglima perang terhebat dalam sejarah China menggunakan kebijaksanaan akal.

Antara pertempuran yang diingati melibatkan Han Xin ialah di mana beliau telah memerintahkan askar-askar Han untuk kononnya membina jalan yang sudah runtuh sementara beliau mengerahkan askar Han yang lain melalui jalan dan laluan rahsia menentang negeri berhampiran dengan Han.

3 Raja yang memerintah negeri itu langsung tidak menaruh syak wasangka pada negeri Han di bawah Liu Bang ketika itu.

Mereka menyangka askar Han sedang sibuk membina jalan yang telah runtuh dari negeri tempat Liu Bang memerintah. Askar Han kemudian muncul menyerang mereka yang langsung tidak bersedia.

Akhirnya, berkat kebijaksanaan akal Han Xin dalam Pertempuran Gaixia, Xiangyu berjaya dikalahkan dan Dinasti Han berjaya ditubuhkan dengan Liu Bang sebagai maharajanya.

Kalau tidak kerana Han Xin, mungkin Dinasti Han tidak akan pernah wujud dalam sejarah China.

16. Joseph Stalin (1878 – 1953 Masihi) – Kesatuan Republik-Republik Sosialis Soviet

Mustahil untuk berbincang tentang Kesatuan Soviet tanpa memasukkan Joseph Stalin dalam perbicaraan.

Beliau berjaya menerajui ekonomi Soviet daripada pertanian kearah kegemilangan perindustrian, sebuah usaha panjang yang diteruskan penggantinya namun, usaha ini tergendala dan terjejas buat seketika.

Selepas menguasai Poland, Adolf Hitler telah mengkhianati perjanjiannya bersama Kesatuan Soviet tentang mengelak peperangan.

Jerman melaksanakan peperangan keatas Kesatuan Soviet dengan penuh keefektifan, menyekat Leningrad (kini Saint Petersburg) selama dua tahun yang mengakibatkan kematian lebih daripada sejuta rakyat dan juga menghampiri Moscow dalam lingkungan beberapa kilometer sahaja.

Tetapi, Joseph Stalin berjaya merancakkan serangan balas Tentera Merah, menolak kemaraan Jerman keluar dari Rusia, memecahkan kesatuan Jerman di Seelow dan akhirnya menawan Berlin, sebuah perjuangan yang meragut 25 juta nyawa.

17. Ramses II (1303 -1213 SM) – Mesir Purba

Mesir Purba berada di zaman kemuncak kegemilangan pada masa pemerintahan Ramses II sehinggakan firaun yang menaiki takhta selepasnya menamakan Ramses II sebagai nenek moyang yang hebat atau “The Great Ancestor.”

Antara kejayaan Ramses II sepanjang pemerintahannya ialah mengembalikan semula kegemilangan Mesir.

Segala ancaman seperti lanun yang berleluasa di perairan Mesir berjaya dihapuskan, menundukkan musuh seperti Empayar Hiiti yang berada di utara Mesir, dalam wilayah Turki dan Greece pada hari ini, dan meluaskan empayar Mesir sehingga memasuki Tanah Kanaan, iaitu Palestine hari ini.

Sumbangan Ramses II dalam bidang ketentaraan Mesir juga adalah berjaya menumpaskan Libya dalam peperangan, yang berjiran dengan Mesir Purba.

Bukan itu saja, sepanjang pemerintahan Ramses II ini juga, didapati bahawa Ramses II melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh pemerintah Mesir sebelum baginda.

Dari delta Sungai Nil sehinggalah ke Nubia hari ini, terdapat banyak binaan-binaan hebat yang dipahat atas nama Ramsess II. Merupakan calon firaun dalam Al-Quran.

18. Cyrus The Great (576-530 SM) Empayar Parsi

Antara calon Zulkarnain dalam Al-Quran menurut para ulama selain daripada Alexander The Great. Seorang jeneral perang yang berjaya menundukkan tiga buah empayar terhebat di zamannya!

Walaupun beliau telah berjaya menundukkan ratusan kota, belasan negara dan 3 empayar, namun dia bukanlah seorang yang kejam, sebaliknya dia membenarkan segala amalan dan adat agama yang pernah diamalkan sebelum ini diteruskan.

19. Peter The Great (1672-1725 Masihi) – Empayar Russia

Negara Russia yang luas hari ini harus berterima kasih kepadanya kerana Peter telah berjaya meluaskan Russia kepada sebuah empayar dan menjadi kuasa besar Eropah ketika itu.

Selain berjaya dalam bidang ketenteraan, Peter juga berjaya memimbing Rusia kepada sebuah revolusi di mana segala amalan lama zaman pertengahan digantikan dengan amalan baru yang lebih membawa kepada kemajuan!

20. David IV of Georgia (1073 – 24 January 1125 Masihi) – Dinasti Bagrationi, Georgia

Raja yang terkenal kerana berjaya memenangi pertempuran yang dinobatkan sebagai antara keajaiban hebat dalam sejaran.

Pertempuran Didgori menyaksikan bagaimana hanya 55, 600 orang askar Georgia berjaya menang ke atas lebih 600,000 orang askar Seljuk.

Apa yang menariknya dalam pertempuran ini, di mana hampir 70 peratus seluruh askar Seljuk dibunuh oleh askar Georgia di bawah pimpinan David IV.

21. Hannibal (247 – 183 SM) – Carthage

Antara jeneral perang terhebat dalam sejarah dunia. Menyaksikan bagaimana Rom hampir ditundukkan oleh kebijaksanaan beliau dalam peperangan dan hampir kalah dalam peperangan kalau tidak kerana kebijaksanaan seorang jeneral perang mereka.

Hannibal terkenal kerana telah membawa askar dengan cara yang langsung tidak dapat dibayangkan ketika itu.

Dia telah memilih laluan maut untuk membawa askarnya yang berjumlah 90,000 askar pejalan kaki, 12,000 tentera berkuda dan 37 gajah perang melintasi Pergunungan Alps.

22. Maharaja Dharanindra (775 – 800 Masihi). Dinasti Sailendra, Empayar Melayu Srivijaya.

Walau bagaimanapun dan sesiapa pun yang cuba diletakkan dalam senarai ini, namanya perlu ada dalam senarai ini.

Malah, tidak keterlaluan boleh dinobatkan sebagai raja teragung dan terbaik dalam sejarah ketenteraan bangsa Melayu.

Dipercayai bahawa Empayar Melayu Srivijaya mealui Dinasti Sailendra berada di kemuncaknya ketika di bawah pemerintahan baginda walaupun baginda tidak memerintah dengan lama.

Tarumanegara, dan Sunda di Pulau Jawa, Po-Ni di Borneo beserta Kedah Tua dan Chaiya di Semenanjung Tanah Melayu, Champa serta Empayar Chenla di Indo-China ditundukkan oleh baginda.

Bahkan Candi Borubudur, monumen Buddha yang terhebat itu dimulakan pembinaannya oleh baginda.

Tidak hairanlah baginda terkenal dengan jolokan Wairiwarawiramardana atau bermaksud “penunduk para musuh.”

23. Maharaja Asoka (273-232 SM) – Empayar Maurya

Asoka juga dikenali sebagai Ashoka dan Asoka Agung, ialah maharaja dari Dinasti Maurya di India yang memerintah hampir seluruh subbenua India.

Salah seorang maharaja India teragung, baginda memerintah hampir seluruh wilayah India kini selepas sebilangan kejayaan ketenteraan.

Empayarnya terbentang dari Pakistan kini dan Afghanistan di barat sehingga Assam di timur, dan Kerala utara serta Andhra di selatan.

Asoka juga menewaskan kerajaan Kalinga yang tidak pernah ditewaskan oleh mana-mana maharaja dinastinya, mulai dari zaman Chandragupta Maurya.

24. Laksamana Yi Sun-sin ( 1545 – 1598) – Dinasti Joseon Korea

Seorang laksamana perang yang telah berjaya memimpin armada perang laut Korea menentang penaklukan Jepun ke atas tanah Korea.

Dalam Pertempuran Myeongnyang, Laksamana Yi Sun-sin yang hanya berbekalkan 12 buah panokseon, iaitu sebuah kapal perang Korea.

Manakala Jepun pula hadir dengan 133 buah kapal, itupun berserta dengan 200 kapal logistik. Sepanjang hidupnya, dia telah berjaya memenangi lebih daripada 23 pertempuran laut!

25. Salahudin Al-Ayubi (1137/1138 – 1193 Masihi) – Dinasti Ayyubi

Berjaya menawan Palestin dan Baitulmaqdis daripada tangan tentera Salib. Membuatkan King Richard dan King Guy kelihatan seperti kanak-kanak yang baru belajar berperang.

Dalam Pertempuran Hittin menyaksikan kehebatan Salahuddin Al-Ayyubi sebagai salah seorang jeneral perang hebat dalam sejarah Islam.

26. Tariq Bin Ziyad (670- 720 Masihi) – Dinasti Umaiiyah

Beliau ialah orang yang memimpin 7,000 orang askar menakluk Sepanyol. Ketika memasuki wilayah Sepanyol, beliau harus berdepan dengan lebih daripada 25,000 orang tentera Visigoth.

Masih mekar sebuah lagenda yang mengatakan bahawa Tariq telah membakar seluruh kapal tentera Muslim yang membawa mereka melintasi laut untuk sampai ke Sepanyol.

Maka kata Tariq, di hadapan kalian ialah syahid di belakang ialah laut, maka pilihlah antara dua.

Kejayaan Tariq ini membuka penguasaan Islam di Sepanyol selama ratusan tahun.

27. Eulji Mundeok (Abad Ke-6 – 629 Masihi) – Kerajaan Goguryeo

Menjadi duri dalam daging kepada Dinasti Sui yang cuba menyerang Korea di bawah pemerintahan Kerajaan Goguryeo.

Dalam pertempuran di Sungai Salsu, di mana dia terlah berjaya membawa askar Korea yang hanya berjumlah 10,000 orang menang pertempuran ke atas Dinasti Sui yang berjumlah lebih daripada 300,000 orang dengan hanya menggunakan sebuah empangan.

Ketika Askar Sui mengharungi sebuah sungai Salsu, dia telah melepaskan air bah dari empangan itu sekaligus menyapu seluruh askar Dinasti Sui. Lebih daripada 90 peratus askar Sui ditenggelamkan oleh air bah itu.

28. Thutmose III (1481 – 1425 SM) Mesir Purba

Thutmose III telah menghancurkan pemberontak-pemberontak dalam kalangan Kadesh, Megiddo dan puak Mesopotamia.

Sebelum menyerang Megiddo, ucapannya yang meletakkan dirinya sebagai raja dikasihi Dewa Ra’ telah menaikkan semangat tentera-tenteranya untuk mengikuti jalan yang sukar ketika nasihat jeneralnya untuk mengikuti jalan yang mudah diabaikan.

Tetapi, Thutmose III tetap berjaya dalam ketiga-tiga peperangan itu, termasuk kesemua 16 kempen ketenteraan yang dilaksanakannya di Palestin, Syria dan Nubia.

Hampir 350 bandar ditawani Thutmose III.

Mudah kata, Mesir Purba berdiri teguh sebagai kuasa besar dengan ketenteraan yang luar biasa.

29. Tran Hung Dao (1228-1300 Masihi) – Dai Viet

Tran Hung Dao ialah watak utama di sebalik kekalahan tiga kali Mongol di tangan Dai Viet.

Ketika itu Mongol merupakan bala tentera terkuat yang pernah dunia lihat dan Mongol tewas di tangannya.

Dinasti Yuan di bawah Kublai Khan dibantai teruk terutama dalam dua pertempuran utama melawan Tran Hung Dao iaitu pada 1285 dan 1287.

30. Scipio Africanus (236–183 Masihi) – Empayar Rom

Kalau tidak kerana beliau, pastinya kita tidak akan dapat menyaksikan pada hari ini, mungkin empayar yang menaungi seluruh Eropah adalah Empayar Chartage.

Kemaraan Hannibal yang pada awalnya seperti tidak dapat dibendung akhirnya tewas juga di tangan jeneral perang ini.

Pertempuran Zuma adalah antara pertempuran yang memahat nama Scipio Africanus dalam sejarah di mana ketika itu, askar perang yang digunakan oleh Hannibal yang pada awalnya seperti tidak dapat dikalahkan akhirnya tewas pada bunyi bising seperti hon yang dihasilkan oleh beliau untuk menakutkan gajah perang tersebut.

31. Miltiades (550 – 489 SM) Athens

Panglima perang daripada Athens ini diingati dunia dalam Pertempuran Marathon apabila berjaya mengekang serangan Parsi yang dipimpin oleh King Xerxes.

Strategi beliau ketika Pertempuran Maratahon masih lagi dipelajari sehingga hari ini.

32. Tun Perak (1456 – 1498 Masihi) Empayar Melayu Melaka

Siapa yang tidak kenal watak penting disebalik berkembangnya empayar Melayu Melaka.

Individu yang bertanggungjawab mengekang kemaraan Siam di Batu Pahat dengan taktik hebatnya yang menyuruh dipasangkan unggun api pada setiap pokok bakau pada waktu malam dengan menggambarkan seolah-olah seperti tentera Melaka memiliki ketumbukan tentera yang terlalu banyak.

Itu belum lagi dikisahkan bagaimana kejayaan memimpin angkatan tentera Melaka menakluk Pahang dengan jayanya dari Siam dan bagaimana Tun Perak menjadi perancang disebalik zaman kegemilangan Melaka.

Ketika Tun Perak menjawat jawatan Bendahara, beliau telah menakluk negeri-negeri di pantai Selat Melaka seperti Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri di pulau Sumatera serta Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak yang menjadikan semua negeri ini sebagai jajahan takluk Melaka manakala Kedah pula menjadi negeri naungan Melaka sekaligus menjadikan Melaka antara Empayar Maritim terkuat di Asia Tenggara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

'Jika Anda Menghidap Kanser, Jangan Menderita Sendirian'

"Jika anda menghidap kanser, jangan berahsia dan jangan menderita sendirian," kata pesakit kanser Ahmad Zaki Mohd Suhaimi.

Kanser

Sebagai seorang juruterbang, beliau aktif sepanjang masa dengan bermain skuasy, berenang, menyertai triathlon dan larian adalah antara aktiviti kegemarannya, malah tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa suatu hari nanti beliau akan mendengar tiga patah perkataan yang paling menyakitkan iaitu 'anda menghidap kanser' daripada doktornya pada Mac 2015.

Ahmad Zaki, 45, berkongsi kisah perjalanan hidupnya sejak didiagnos menghidap kanser kolorektal dan betapa pentingnya untuk menjalani pengesanan dan pemeriksaan awal.

"Gejala awal bermula dengan sembelit dan pendarahan rektum pada Disember 2014 tetapi saya tidak menghiraukannya untuk seketika kerana sibuk dengan penerbangan, berlari dan berbasikal.

"Kemudian apabila kembali ke Kuala Lumpur, saya mula berasa tidak selesa, menjangka bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan kesihatan, saya segera membuat temu janji dengan doktor di Seremban.

"Dia memeriksa dan memberitahu bahawa 'ada sesuatu', dan saya perlu menjalani kolonoskopi. Prosesnya tidak menyakitkan tetapi sedikit tidak selesa.

"Kemudian doktor beritahu bahawa saya mungkin mempunyai masalah yang serius. Ia mungkin kanser," kata juruterbang Etihad Airways itu ketika ditemui.

Ahmad Zaki teringat bagaimana doktor melakukan pelbagai ujian lanjutan dan menjelaskan secara mendalam tentang penyakit yang dihadapinya sebelum mengesahkan diagnosis.

Menurut American Cancer Society, kanser kolorektal adalah kanser yang bermula pada kolon atau rektum. Kanser itu dinamakan kanser kolon atau kanser rektum, bergantung di mana ia bermula.

Kebanyakan kanser kolorektal bermula sebagai satu tumbuhan yang dipanggil polip pada lapisan dalam kolon atau rektum. Sesetengah jenis polip boleh bertukar menjadi kanser setelah beberapa tahun tetapi tidak semua demikian.

Ahmad Zaki memberitahu bahawa beliau langsung tidak menyangka bagaimana boleh menghidap kanser sedangkan beliau sentiasa aktif dan tidak ada sejarah penyakit kanser dalam keluarganya.

"Tetapi, perkara ini (kanser) tidak memilih sama ada anda sesuai atau tidak, dan ia tidak berlaku semalaman.

"Saya telah melalui tiga pembedahan sejak itu dan menjalani kehidupan dengan beg kolostomi dan air kencing pada tubuh selama enam bulan," katanya yang menghidapi kanser tahap ketiga.

Bapa kepada empat anak itu menyangka dirinya telah benar-benar 'bebas' daripada kanser sehingga doktor mendapati masih terdapat sel-sel kanser yang aktif berhampiran hati dan paru-parunya selepas pemeriksaan tomografi emisi positron (PET) yang dilakukan pada awal bulan Februari 2017.

Ahmad Zaki tetap positif dan tabah. Beliau perlu menghadiri lima lagi sesi kemoterapi dan sementara itu beliau sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan menikmati pelbagai makanan kegemarannya.

"Terima kasih kepada keluarga dan kawan-kawan yang sangat menyokong saya selama ini. Ada yang kata 'kesian', tetapi bukan 'kesian' yang mereka mahu, hanya bercakap dengan mereka sudah cukup, maksud saya jangan biarkan mereka sendirian," kata Ahmad Zaki.

Pakar Bedah Am dan Kolorektal di Hospital Pantai Kuala Lumpur Datuk Dr Meheshinder Singh berkata walaupun kanser kolorektal menjadi kebimbangan utama orang ramai namun ia boleh dicegah dan dapat dirawat sekiranya dikesan pada peringkat awal.

"Malang sekali kerana kebanyakan kes kanser kolorektal hanya dirujuk kepada kami ketika tahap akhir, ia adalah kanser kedua yang paling biasa di Malaysia pada masa kini yang juga kanser nombor satu dihidapi kaum lelaki dan kedua dalam kalangan wanita.

"Amat menyedihkan keadaan ini berlaku dalam sebuah negara yang mempunyai akses penjagaan kesihatan yang baik namun pesakit hanya mendapatkan rawatan ketika tahap akhir, oleh itu perlu ada teknik saringan pengesanan awal yang betul," katanya.

Sehubungan itu, Dr Meheshinder menasihati orang ramai untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian darah dalam najis, ujian makmal yang digunakan untuk memeriksa sampel najis bagi mengesan tanda-tanda awal kanser kolorektal.

Malang sekali, walaupun seseorang seperti Ahmad Zaki yang telah menjalani gaya hidup sihat masih menghidapi kanser, namun amalan gaya hidup yang sihat tetap penting.

Dietitian Kanan di Hospital Pantai Kuala Lumpur Ong Min Ying berkata gaya hidup sihat mampu mengubah kehidupan seseorang.

"Pastikan berat badan sentiasa dalam lingkungan yang sesuai dan sihat, kerana obesiti meningkatkan risiko kanser dan sasaran untuk Indeks Jisim Badan Malaysia yang sesuai adalah antara 18.5 hingga 22.9.

"Selain itu, pastikan ukuran lingkar pinggang anda lebih rendah daripada 90cm untuk lelaki dan 80cm untuk wanita," katanya.

Ong menegaskan akan keperluan untuk pengambilan makanan berserat tinggi, mengehadkan pengambilan alkohol, aktif secara fizikal, hadkan makan daging merah dan hindari daging yang diproses untuk mengurangkan risiko kanser.

"Cuba gunakan kaedah memasak dengan suhu rendah, bakar atau stim makanan anda dan elakkan kaedah memanggang atau menggoreng," katanya.

Ong juga menyarankan agar setiap orang mengamalkan minum tujuh hingga lapan gelas air kosong setiap hari untuk kekal sihat.

BACA INI JUGA: Panduan Pengambilan B17 Aprikot Untuk Rawatan Kanser

sumber: astroawani

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Ogos)

Tarikh 30 Ogos merupakan hari ke 242 (hari ke 243 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 123 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Gunung Sinabung
Gunung Sinabung.

Hari ini merupakan sambutan Hari St. Rose dari Lima di Peru, Hari Kemenangan di Turki dan Hari Perlembagaan di Kazakhstan (1995).

Peristiwa

1800 - Gabriel Prosser cuba melancarkan pemberontakan hamba di Virginia, Amerika Syarikat.

1813 - Perang Napoleon: Angkatan Gabungan Keenam Fil Marsyal Michael Andreas Barclay de Tolly menawan Jeneral Perancis Dominique Vandamme dan ribuan askarnya.

1835 - Peneroka Eropah yang mendarat di tebing utara Sungai Yarra di tenggara Australia mengasaskan bandar Melbourne.

1862 - Perang Saudara Amerika: James Longstreet dan Stonewall Jackson memimpin askar Gabungan kepada kemenangan muktamad dalam Pertempuran Bull Run Kedua.

1915 - Perang Dunia Pertama: Berdasarkan tuntutan Amerika Syarikat, kapal selam Jerman menghentikan menenggelamkan kapal tanpa amaran.

1942 - Perang Dunia Kedua: Erwin Rommel melancarkan serangan besar terakhir Paksi dalam Kempen Gurun Barat, menyerang kedudukan British di Al Alamain, Mesir.

1959 - Gelaran Pahlawan Nasional Indonesia dianugerahkan buat kali pertama, kepada penulis-juga-ahli politik Abdul Muis.

1984 - Space Shuttle Discovery dilancarkan bagi penerbangan sulungnya.

1992 - Michael Schumacher memenangi perlumbaan Formula Satu pertamanya, di Grand Prix Belgium.

1999 - Penduduk Timor Leste mengundi untuk merdeka daripada Indonesia dalam satu pungutan suara.

2010 - Gunung Sinabung di Sumatera, Indonesia meletus buat kali pertama sejak 1600, menyebabkan lebih 18,000 penduduk melarikan diri.

2011 - Taufan Nanmadol mengorbankan 36 orang di Filipina, Taiwan dan Fujian, China.

2012 - Di Mexico, Institut Pilihan Raya Persekutuan mengisytiharkan Enrique Peña Nieto sebagai presiden baharu.

2013 - Sebuah ngarai yang baru ditemui di bawah lembar ais Greenland didapati merupakan yang terpanjang di dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (29 Ogos)

sumber: wikipedia

Tuesday, August 29, 2017

Warkah Terakhir Pesakit Kanser, Nasihat Dan Jenaka Yang Sangat Mengharukan

Ketika Heather McManamy disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2013 lalu, beliau bertekad untuk terus tabah dan kekal sebagai wanita yang gemar berjenaka walau di ambang ajal, lapor Mashable.

Heather McManamy

Heather telah mencipta koleksi kad ucapan untuk anak perempuan beliau, Brianna, bermula dari hari pertama persekolahan sehinggalah ke hari perkahwinan.

Kesemua kad ini telah dikumpul dan diterbitkan dalam bentuk buku berjudul Cards for Brianna yang diterbitkan oleh Sourcebooks.

Apabila Heather meninggal dunia pada 15 Disember 2015 pada usia 36 tahun, dia masih mahu menenangkan hati ahli keluarga dan rakan terdekat agar tidak bersedih dengan pemergian beliau.

Heather sebenarnya telah meminta suami beliau, Jeff, untuk menyiarkan ‘warkah terakhir’ beliau di Facebook sesudah beliau meninggal dunia.

Surat yang disiarkan di status Facebook Heather serta-merta mendapat perhatian pengguna Facebook kerana mesej yang disampaikan penuh mendalam, mengharukan, sambil diselang-seli dengan unsur jenaka yang membuat para pembaca tersenyum sambil mengesat air mata.

Cards for Brianna

“Jadi, saya ada beberapa berita baik dan berita buruk,” surat Heather bermula.

“Berita buruk, nampaknya saya sudah meninggal dunia.

"Berita baik, kalau anda sedang membaca (surat) ini, berkemungkinan besar anda masih belum meninggal (kecuali memang ada wifi di alam barzakh).”

Heather menyambung surat dengan menyatakan beliau sudah tidak akan bersama lagi dengan orang yang tersayang dan berpesan kepada mereka semua agar berkongsi memori indah bersama anak beliau, Brianna, dan tidak kekal meratap kesedihan.

“Jangan sesekali katakan saya dikalahkan kanser,” tulis beliau.

“Mungkin kanser sudah merampas hampir segala-galanya dari hidup saya, tetapi kanser tidak pernah merampas cinta dan harapan dan kebahagiaan saya.

“Ini bukan peperangan, ini cuma hidup yang memang selalunya rambang dan tidak adil, kadangkala itulah yang berlaku.

"Saya tidak kalah. Saya rasa cara saya hidup bertahun-tahun dengan kanser satu kejayaan. Ingat itu.”

Heather McManamy

Heather mengakhiri nota tersebut dengan mengingatkan rakan dan ahli keluarga untuk menikmati hidup sepenuhnya dan menghargai setiap hari.

“Raikan keindahan hidup dengan parti yang hebat sebab kamu semua tahu itu yang saya mahukan dan saya percaya saya akan hadir juga ke sana (kamu tahu saya tak suka terlepas semua keriangan itu).

"Saya sangat berharap dapat menghantui kamu semua, jadi ini bukan ucapan selamat tinggal.”

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Sejarah Dan Evolusi e-Dagang

Beraneka tafsiran diberikan masyarakat berkaitan istilah E-dagang mengikut kefahaman dan pengetahuan masing-masing.

Sejarah e-Dagang

E-dagang bermula di awal tahun 1970an yang mana pada masa itu penggunaan aplikasi masih terbatas mengikut perusahaan kecil sahaja.

Terlalu banyak persoalan berkaitan e-dagang diajukan kepada pihak berkaitan, namun masih belum difahami.

Mengikut Chaffey et.al, (2000) mengatakan bahawa e-Dagang merupakan satu proses jual beli menerusi internet yang lebih dikenali sebagai World Wide Web (WWW).

Walau demikian, masih terdapat pengertian berbeza mengenai sejarah e-dagang ini.

Menurut pandangan Kalakota dan Whinston (1997), dalam buku M. Suyanto (2003) menjelaskan, e-dagang adalah satu perspektif komunikasi, perspektif perkhidmatan atau servis dan juga proses perniagaan atas talian yang dipanggil online.

Dapat dilihat pelbagai pandangan dan takrifan mengenai sejarah e-dagang dalam dunia global masa ini.

Mengikut sejarah, pada tahun 1997, e-dagang dibangunkan oleh Syarikat International Business Machines (IBM) yang menjadikan penggunaan e-dagang popular sehingga masa kini (Chaffey, 2007).

E-dagang ini dikenali sebagai transformasi proses perniagaan melalui penggunaan medium teknologi maklumat (IT).

Hal ini menerangkan bahawa penggunaan IT dalam perniagaan hari ini berupaya membezakannya dengan perniagaan secara tradisional.

Ia juga menjadi sebuah platform ruang perniagaan yang luas bagi mempercepakan dan memudahkan proses kitaran perniagaan khususnya melibatkan urusan penempahan barangan dan perkhidmatan daripada pengguna mahupun urusan jual beli.

Secara terperinci e-dagang meliputi pelbagai jenis perniagaan, daripada pengguna laman berasaskan runcit, melalui laman web lelongan atau muzik, barang-barang perniagaan perdagangan bursa dan perkhidmatan antara syarikat.

Pada masa ini, e-dagang menjadi aliran utama bagi pelancaran sesuatu perniagaan untuk urusan jual beli dan perkhidmatan kepada pengguna secara global (Reynold, 2004).

E-dagang bukan sahaja kaedah pengedaran barang atau perkhidmatan menerusi elektronik, tetapi juga sebagai hubungan antara pelanggan dengan organisasi yang mana bukan hanya untuk berkomunikasi menerusi laman sesawang, tetapi juga untuk proses pembelian sesuatu barangan yang ditawarkan pelbagai organisasi.

Menurut Hanson, (2000) perniagaan dan transaksi pembelian barangan dan perkhidmatan dalam internet melonjak tinggi akibat peningkatan penggunaan internet masa kini.

E-dagang sememangnya banyak menonjolkan aktiviti seperti pertukaran dengan perniagaan yang lain khususnya digunakan sesebuah syarikat dalam menyokong urusan pembelian, penjualan dan aktiviti yang melibatkan penggunaan laman sesawang.

Dalam pada itu, terdapat pelbagai maksud dan istilah berkaitan konsep ini.

Sebagai contohnya e-dagang, e-perniagaan atau e-commerce merangkumi maksud transaksi elektronik yang sama seperti Perniagaan kepada Perniagaan (B2B), Perniagaan kepada Pengguna (B2C), Pengguna kepada Penggunan (C2C), mobile commerce(m-c) dan lain-lain lagi.

Terlalu banyak pentafsiran berkaitan e-dagang dan e-perniagaan ini dan sekiranya dilihat iamya adalah sama dan membezakannya hanyalah istilah sahaja.

Konsep berkaitan e-dagang ini bergantung kepada pandangan seseorang itu.

Walau bagaimanapun, ia meliputi segala aspek urusan perdagangan dan kewangan yang bukan hanya bergantung kepada urusan jual beli semata-mata.

Ia juga sebagai peranan bagi meluaskan hubungan perdagangan ke seantero dunia menerusi penggunaan teknologi masa kini yang tidak terbatas.

Tambahan lagi, skop e-dagang ini meliputi pelbagai pihak antaranya penjual, pelanggan, pembeli, orang awam dan juga organisasi.

Perlu dikethaui juga, perkembangan e-dagang ini bermula daripada internet. Hal ini membuktikan penggunaan internet merevolusikan aktiviti perdagangan menjadi aktiviti terpenting dalam mengutamakan perkembangan ekonomi yang pesat dan maju.

Kewujudan e-dagang juga berupaya melicinkan perjalanan aktiviti perniagaan dan transaksi kewangan tidak mengira had dan sempadan.

Segala perhubungan dan penyebaran informasi perdagangan mencorakkan titik penting dalam pengusaha mengembangkan dan memperluaskan penggunaan e-dagang secara global.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hafizmustafar123

Pumice Rock Batu Pelik Yang Terapung Atas Air!

Untung sabut timbul untung batu tenggelam mungkin ungkapa lama yang tidak lagi boleh diguna pakai pada zaman ini.

Pumice Rock

Tahukah anda ada sejenis batu yang dinamakan Pumice Rock, akan timbul dan bukannya tenggelam apabila diletakkan dalam air! Pelik kan.

Batu pelik ini secara fizikalnya berwarna terang, berliang dan ringan berbanding batu-batu lain.

Pumice Rock terbentuk bersama mineraloid, sejenis unsur keras berwarna jernih seperti kaca, selepas letusan gunung berapi ketika lava keluar daripada kawah gunung.

Berdasarkan kajian geologi, Pumice Rock bersifat vesikel (memiliki banyak ruang udara) dan memiliki tiga komposisi utama iaitu riolit, basalt dan andesit.

Walau bagaimanapun, proses apungan di dalam air hanya berlaku dalam tempoh tertentu mengikut saiz batu.

Lebih besar saiz batu, lebih lama Pumice Rock akan terapung dipermukaan air kerana mengandungi lebih banyak gelembung udara sebelum tenggelam.

Permintaan Tinggi Dipasaran

Pumice Rock

Selain pelik, Pumice Rock juga mendapat permintaan tinggi dipasaran.

Dalam industri kosmetik, Pumice Rock banyak digunakan untuk menghasilkan produk pengilat kuku, skrub muka dan kaki, gel mandi dan banyak lagi.

Dalam industri pembinaan, Pumice Rock digunakan untuk menghasilkan blok batu-bata untuk pembinaan rumah, bangunan, hortikultur, hiasan landskap, parit dan sebagainya.

Pumice Rock selain ringan, mampu menyerap udara dan secara tidak langsung berfungsi sebagai penebat haba yang sangat baik.

Turut dikenali sebagai batu terapung, Pumice Rock satu-satunya batu yang boleh terapung di dalam air.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Ibu Tunggal Menderita Kanser Paru-paru Tahap Empat Perlu Bantuan Orang Ramai

Seorang ibu tunggal yang menderita kanser paru-paru tahap empat, peringkat paling serius penyakit itu, memerlukan bantuan orang ramai bagi menampung kos perubatannya yang dianggarkan mencecah RM1 juta bagi tempoh dua tahun.

Sharizan Mohd Saleh Kanser

Sharizan Mohd Saleh, 33, dari Klang, berkata sesi rawatan imunoterapi yang dijalaninya memerlukan perbelanjaan RM30,000 untuk setiap tiga minggu di institusi perubatan swasta berikutan hospital kerajaan tidak menyediakan rawatan itu.

“Saya kini dalam senarai menunggu untuk sesi kimoterapi di hospital kerajaan tetapi tempoh dan waktu sebenar tidak dinyatakan.

"Saya boleh membuat rawatan kimoterapi di Institut Kanser Negara tetapi saya tidak berkemampuan.

"Saya perlu menjalani sesi imunoterapi sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun bagi membolehkan saya sembuh dengan izin Allah dan menjalani kehidupan lebih baik ” katanya.

Wanita itu yang mempunyai seorang anak lelaki, Muhammad Aniq Nabawi, 4, berkata perlindungan insurans peribadinya digunakan sejak beliau dikesan menghidap kanser tahap 3 pada April 2016 selain rawatan pembedahan paru-paru kanan dan membuang nodus limpanya.

Namun, kanser itu dikesan kembali pada Mei lepas dan disyorkan segera menjalani rawatan imunoterapi iaitu rawatan menggunakan sistem imun diri untuk melawan kanser pada Jun lepas, namun kos tinggi menghalang beliau menjalani terapi itu, katanya.

“Lagi lama rawatan ditangguhkan, keadaan kesihatan saya akan terus merosot dan sukar untuk sembuh dan kembali normal,” katanya.

Rakyat Malaysia khususnya, di alu-alukan untuk menderma dengan melayari https://give.asia/story/help_sha_kicks_cancer atau menyumbang terus ke akaun Maybank bernombor 512044534207 atas nama Sharizan binti Mohd Saleh.

Jom hulurkan bantuan.

BACA INI JUGA: Daun Magik Herba Rerama Pakcik Khamarul Sembuhkan Kanser, AIDS, SLE?

sumber: astroawani

Jasad Michael Jackson Tiada Dalam Kubur!

Selepas hampir sepuluh tahun disemadikan, kubur raja pop dunia, Michael Jackson yang terletak di tanah perkuburan Forest Lawn di Los Angeles dilaporkan kosong.

Michael Jackson

Menurut beberapa laporan media antarabangsa, pihak keluarga Michael Jackson memang sengaja merahsiakan lokasi makam penyanyi lagu hit Beat It itu.

Ibunya, Katherine Jackson, mendedahkan mayat Michael Jackson tidak ada di dalam keranda saat dimakamkan pada tahun 2009.

Menurut sumber yang memberitahu Radar Online, ramai menyangka jasad Michael Jackson dikebumikan di Forest Lawn, namun sebenarnya tidak.

“Semua orang menyangka Michael Jackson ditanam di Forest Lawn, tapi sebenarnya tidak.

“Keluarga Micheal Jackson merahsiakan lokasi sebenar kubur atas alasan keselamatan selain untuk mengabulkan permintaan Michael.

“Bagaimanapun, Katherine sudah mendedahkan rahsia ini kepada beberapa teman rapatnya,” kata sumber tersebut.

Menurut sumber yang sama, tindakan Katherine itu adalah disebabkan kebimbangannya jika mayat Michael Jackson dicuri.

“Keluarga Micheal Jackson bertengkar selama berbulan-bulan kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan.

“Katherine sangat paranoid dan ketakutan kalau ada orang akan mencuri jasad Michael,” katanya lagi.

Terdengar ura-ura mendakwa mayat Micheal Jackson telah dibakar manakala abunya dipercayai ditanam di bawah pohon buah pear, yang dikenali sebagai Giving Tree di kediamannya di California.

Namun sehingga kini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak keluarga mengenai berita ini.

Michael Jackson disemadikan pada 7 Julai 2009 selepas ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia akibat masalah kegagalan jantung.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub