Selasa, November 13, 2012

Lelaki Dibelasah Curi Kucing Parsi


Loading...

Akibat cuba mencuri seekor kucing Parsi, seorang lelaki dibelasah beramai-ramai oleh penduduk di Kampung Gersik sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, kelmarin.

Gambar hiasan.. Kucing Parsi

Kejadian berlaku pada jam 10 malam apabila tindakan suspek berusia 29 tahun untuk melarikan kucing Parsi peliharaan seorang penduduk disedari jiran.

Sumber berkata, suspek cuba melarikan diri, tetapi gagal kerana dikepung.

“Suspek ditangkap dan dibelasah beramai-ramai oleh penduduk sebelum orang ramai di tempat kejadian menghubungi polis.

“Sebuah kereta peronda kemudian tiba dan membawa suspek ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapat rawatan,” katanya.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan siasatan mendapati lelaki itu mempunyai rekod jenayah.

-Hmetro

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon