Thursday, January 03, 2013

Gambar Puteri Diana Ketika Remaja Akan Di Lelong


Gambar Puteri Diana ketika remaja yang tidak disiarkan oleh akhbar tabloid di London yang sememangnya menjadi buruan mereka, bakal dilelong di Amerika Syarikat (AS), hujung bulan ini.

Aksi Puteri Diana ketika lawatan beliau ke Footscray Park, Melbourne pada 27 Januari 1988. Gambar Diana ketika remaja yang tidak pernah disiarkan oleh akhbar tabloid di London bakal menjadi buruan apabila dilelong di Amerika Syarikat, hujung bulan ini.

Gambar hitam putih sekitar tahun 1980-an itu menunjukkan Diana yang berada di sebuah chalet peranginan ski, sedang tersenyum ke arah kamera bersama seorang lelaki muda yang membaca buku, namun tidak dikenali indentitinya.

Di satu sudut tingkap chalet berkenaan kelihatan satu botol wiski Johnnie Walker, namun apa yang lebih menonjol adalah perkataan yang tertera: “not to be published” (bukan untuk disiarkan) yang melintang pada gambar.

Tulisan berkenaan menggunakan pensil gris yang digunakan oleh editor foto akhbar pada masa itu.

Di sebelah belakang gambar berkenaan tertera tarikh iaitu 26 Februari 1981, iaitu dua hari selepas Istana Buckingham mengumumkan mengenai pertunangan Putera Charles dengan wanita pilihannya yang kemudian dikenali sebagai Diana Spencer.

Pelelong, Bobby Livingstone dari syarikat RR Auctions of Amherst, di New Hampshire berkata, gambar berkenaan didapati daripada simpanan peribadi arkib, Caren Archive.

Beliau membeli gambar berkenaan tujuh tahun lalu daripada perpustakaan akhbar Daily Mirror di Britain.

Livingstone berkata, gambar berukuran 8x10 inci (20x25 sentimeter) itu biasanya mampu dijual sehingga AS$1,000, namun perkataan "bukan untuk disiarkan" menjadikan harganya lebih tinggi.

“Ia (gambar) merakam satu peristiwa apabila gambar diambil sebelum dua hari pengumuman pertunangannya dan ia menjadi buruan akhbar kepada Diana. Namun Daily Mirror tidak dapat menyiarkan gambar itu kerana ia membabitkan Putara Chales," katanya.

Diana meninggal dunia dalam satu kemalangan kereta di Paris pada Ogos 1997, setahun selepas beliau berpisah dengan Charles. Ketika itu Diana berumur 36 tahun.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon