Khamis, Mac 21, 2013

Sejarah Dan Kehebatan Senjata AK-47


Loading...

Senjata api AK-47 (untuk Avtomat Kalashnikova model 1947 g.) adalah raifal yang direka pada tahun 1947 oleh Mikhail Kalashnikov, dihasilkan oleh pembuat senjata Russia Izhmash atau dikenali sebagai [IZH] dan digunakan oleh banyak negara semasa Perang Dingin.

Avtomat Kalashnikova model 1947 g.

Berbanding dengan raifal yang digunakan semasa Perang Dunia II, AK-47 mempunyai rekabentuk yang lebih ringan (7.62 x 39 mm M43) serta padat, jarak pendek dan kadar tembakan lebih tinggi (termasuk pilihan automatik penuh), menjadikannya sebagai raifal penyerang (assault rifle) pertama.

Kalashnikov yang bermula sebagai pereka secara bersendirian berkembang sehingga menduduki jawatan utama sebagai Pereka Am (General Designer) senjata ringan bagi Tentera Soviet.

Dalam jabatan kejuruteraannya, Hugo Schmeisser dan Dr. Gruner (MG 42), pelopor dalam bidang teknologi terap kepingan logam (sheet metal embossing), berkhidmat sehingga 1950-an.

Selain itu, beberapa pekerja Jerman diambil bekerja atau dipaksa di USSR sebagai perekabentuk teknikal.

AK-47 juga mempunyai reputasi lagenda sebagai tahan lasak, boleh diharap dan mudah baikpulih di lapangan (field maintenance).

Disebabkan rekod ini dan kas penghasilan yang rendah, AK-47 merupakan senjata yang paling banyak dihasilkan: dianggarkan antara 55 sehingga 100 juta telah dihasilkan.

Walaupun secara rasmi ia diketepikan oleh tentera Russia, senjata ini dan seumpamanya masih dihasilkan dan digunakan secara meluas, terutamanya dikebanyakan Negara Ketiga.

Senjata Lagenda

Senapang ciptaan Kalashnikov memang bukan sekadar senjata. Tetapi sudah menjadi lagenda. Tambang emas, lambang kebebasan dan kekerasan, bahkan lambang kematian yang membabi buta. Senjata itu juga telah mengubah cara berperang tentera Soviet.

Harga senjata jenis AK-47 juga sangat murah. Mungkin sama nilainya dengan harga sebotol brandi bermutu tinggi. Senjata ini boleh digunakan bila-bila dan dimana saja, dipadang pasir malah didalam hutan  yang basah dan dipenuhi lumpur.

Ada berbagai cerita mengenai kehebatan senjata ini. Walaupun sudah terkubur atau terendam dalam lumpur, namun tetap masih berfungsi dan digunakan semula.

Ada cerita mengenai bagaimana AK-47 boleh 'dihidupkan' semula hanya dengan memasukkan beberapa batu kerikil ke dalam larasnya menggunakan batang pembersih.

Siapa pun boleh belajar menggunakan sepucuk AK-47 dalam waktu dua atau tiga minit sahaja. Tidak berlebihan kalau menyebut AK-47 adalah senjata yang cukup sempurna, baik bagi pasukan amatur mahupun tentera profesional.

Malah, disepanjang Perang Vietnam berjalan, tentera Amerika mengambil senapang Kalashnikov AK-47 dari tentera Vietnam yang mati dan membuang senapang M-16 milik mereka sendiri kerana mudah rosak.

Pada tahun 1994 di Hong kong, sebuah geng perompak mengacung-acungkan senjata AK-47 buatan Cina di Nathan Road yang sesak dengan orang ramai, menembak mati seorang wanita pejalan kaki dan mencederakan  seorang polis.

Di Amerika Syarikat, para samseng merusuh di kota-kota besar dengan dilengkapi AK-47. Kemudian setelah debat di kongres yang cukup hangat, import senjata itu dilarang dan juga 18 jenis senjata pembunuh yang lain.

Orang Finland membuat versi AK-47 mereka sendiri, seperti juga Israel. Bahkan senjata Chekoslovakia, model 58, walaupun prinsipnya sangat berbeza, dibuat mirip AK-47, supaya laku!

Kelahiran senjata lagenda

Sejarah penciptaan AK-47 bermula pada tahun 1941. Pada akhir september 1941 tentera Jerman memasuki bandar Bryansk, Rusia dan menghancurkan hampir 80% infrastruktur kota serta membunuh tidak kurang dari 80,000 orang.

Seorang perajurit tempatan bernama Mikhail Kalashnikov yang ketika itu berusia 21 tahun telah dirawat di rumah sakit kerana kereta kebalnya terkena tembakan artileri pasukan Jerman.

Semasa dirawat di rumah sakit, Mikhail Kalashnikov sangat obses untuk membuat sebuah senjata yang mampu mengusir tentera Jerman dari kampung halamannya.

Akhirnya, pada tahun 1947, pengeluaran Avtomat Kalashnikov (AK-47) secara besar-besaran telah dibenarkan.

Walaupun AK-47 datang agak lambat untuk terlibat dalam aksi perang dunia kedua, namun Soviet Union meramalkan bahawa AK-47 akan menjadi senjata paling penting di dunia moden dan mencuba sedaya-upaya mereka untuk merahsiakan kewujudan AK-47 dari dunia barat.

Tentera Soviet membawa AK-47 mereka dengan ditutupi tas khusus untuk menyembunyikan senjata baru mereka.

Pada akhir tahun 50-an, Soviet Union mula menggunakan AK-47 ketika menyebarkan pengaruh komunis ke seluruh dunia. Dibandingkan dengan senjata buatan Amerika M-15, M-14 dan M16, AK-47 terbukti lebih hebat.

AK-47 terbukti lebih tahan ketika digunakan dan mampu bekerja dengan baik hampir dalam semua keadaan.

Perkara ini sangat menguntungkan bagi daerah-daerah yang tidak memiliki kemudahan pembaikan senjata. Soviet Union memberikan lesen kepada negara-negara Komunis seperti Bulgaria, China, Jerman Timur, Hungry, Korea Utara, Poland dan Yugoslavia.

Para waktu itu, pakar-pakar senjata Amerika tidak melihat keunggulan AK-47 dan terus menggunakan senjata seperti M-1 dimana senjata ini memiliki peranan yang begitu besar terhadap kemenangan sekutu semasa perang dunia kedua.

Tapi M-1 terlalu berat dan hanya memiliki lapan putaran pada magazinenya serta bukan senjata automatik.

Reputasi AK-47

Baru di perang Vietnam, tentera Amerika berhadapan dengan AK-47 di medan perang. Pasukan Amerika terpaksa membayar harga yang sangat mahal akibat kegagalan ketua tentera mereka menyedari kekuatan dan kehebatan senjata Avtomat Kalashnikov.

Disebalik segala keunggulan fasiliti tempur yang dimiliki pasukan Amerika, mereka memiliki satu kelemahan iaitu mereka tidak memiliki sebuah senjata infantri yang mampu menandingi keunggulan AK-47.

Perang Vietnam merupakan perang infantri sejati yang menyaksikan pertempuran satu lawan satu di kedua belah pihak. Lawan yang mampu mengeluarkan jumlah peluru lebih banyak dan lebih cepat adalah pemenang.

Setelah beberapa tahun perdebatan berlangsung, Tentera Amerika akhirnya mengeluarkan senjata automatiknya yang cukup terkenal dan canggih, M-16.

Pada musim panas 1966 lebih dari 100,000 pucuk M-16 dipesan dan segera dikirim ke medan perang di Asia.

Namun pada bulan oktober pada tahun yang sama, satu demi satu laporan mengenai kelemahan senjata baru ini. M-16 dilaporkan “jamming” atau tidak lancar dalam mengeluarkan peluru.

Ramai tentera Amerika yang ditemui mati dengan senjata mereka dalam keadaan tidak berfungsi. Moral pasukan Amerika juga turun kerana mereka tidak percaya dengan senjata yang mereka miliki.

Bahkan, ironisnya tentera Amerika akan mengambil AK-47 dari tentera Vietnam yang mati ditembak untuk menggantikan senjata M-16 mereka.

Apabila perang Vietnam memberikan reputasi tertinggi kepada AK-47, maka pada perang Afghanistan di pertengahan tahun ‘80-an menjadi permulaan kepada penyebaran AK-47 ke seluruh dunia ketika kerajaan Soviet Union mula jatuh.

Secara strategiknya, pencerobohan Soviet Union di Afghanistan kelihatan berjaya. Kurang dari 70 tentera Soviet terkorban dan kebanyakan dari mereka bukan terkorban dari pertempuran secara langsung.

Namun, kejayaan ini hanya berlangsung kurang dari 3 tahun. Pejuang Afghanistan sebenarnya tidak dilengkapi senjata moden. Tapi itu semua berubah ketika Amerika melalui CIA mula membantu secara agresif pejuang Afghanistan melalui Pakistan. Dan ironisnya, CIA menyalurkan ratusan ribu senjata AK-47 yang kebanyakan datang dari China kepada pejuang Afghanistan.

Alasan CIA menyalurkan AK-47 dan bukan senjata buatan Amerika adalah kerana AK-47 mudah dikendalikan, harga yang murah dan sangat mudah dibeli. Strategi ini juga adalah supaya bukti penglibatan Amerika tidak akan disedari kerana senjata yang disalurkan bukan milik Amerika.

Bertahun-tahun kemudian pada sebuah testimoni di depan kongres, CIA mengakui bahawa pada tahun 1984, mereka mengakui AK-47 bernilai $200 juta telah dikirimkan ke Afghanistan dan hingga 1988 jumlah tersebut mencapai $2 billion.

Setelah kehancuran Soviet Union, penyebaran AK-47 tidak lagi mampu dikawal. Di beberapa pelusuk dunia seperti Afghanistan, Pakistan, Liberia, Rwanda, AK-47 menjadi semacam simbol kebudayaan.

Di negara-negara yang sangat miskin di benua Afrika dimana perang antara suku sering terjadi. Senjata AK-47 dianggap sebagai alasan konflik-konflik yang terjadi di Afrika menjadi lebih lama dimana sepatutnya konflik tersebut mampu diselesaikan lebih cepat.

Malah, AK-47 telah menjadi perkara yang tidak lagi mampu dipisahkan  dari kehidupan seharian masyarakan Afrika.

Di beberapa lokasi, AK-47 dinamakan sebagai “African credit card” dimana “You could not leave home without it.”

Di Amerika Latin, AK-47 berada di tangan para pengedar dadah dan pemberontak yang anti kepada kerajaan.

Sebagaimana CIA mengirimkan AK-47 ke Afghanistan, CIA juga melakukan perkara yang sama di Nicaragua pada awal tahun 1980-an untuk melawan pemberontak Sandinistas yang disokong oleh  Soviet Union.

Malah, Hugo Chavez pernah mengumumkan bahawa pihak tentera akan membeli 100,000 AK-47 dari Rusia dan merancang untuk membangunkan pembuatan senjata tersebut.

Apabila itu berlaku, Venezuela telah menjadi negara di atmosphere dunia barat yang mengeluarkan AK-47.

Cara pengoperasian

Gambarajah menunjukan rekabentuk AKM. 
Termasuk arahan untuk menyelenggara senjata.

Untuk menembak, masukan kelopak peluru berisi, pusing tuil pilihan (selector lever) kekanan pada bahagian kanan kedudukan bawah, dan tarik kebelakang dan lepaskan tuil pengunci ( cocking lever ) pada bahagian atas. Acu dan petik picu.

Tuil pilihan adalah tuil besar pada bahagian kanan, senang dikendali walaupun dengan sarung tangan dibawah keadaan artik.

Tuil pilihan melindungi bolt dan pemegang pengunci (cocking handle) apabila ia berada dalam keadaan "selamat", oleh itu raifal AK-47 hanya boleh diisi peluru dengan keselamatan ditutup.

Kalashnikov memutuskan reka bentuk ini kerana apabila tuil keselamatan berada dalam keadaan keatas, ia melindungi bukaan pada sebelah penerima di belakang pemegang pengunci (cocking handle), dengan itu menghalang pasir dan kotoran memasuki mekanisma.

Tuil pilihan menghasilkan bunyi KA-CHUNK! yang kuat dan jelas berlainan apabila beralih dari satu kedudukan kepada kedudukan yang lain..

Kedudukan tertinggi tuil pilihan adalah kedudukan selamat. Kedudukan selamat menghalang pergerakan picu dan pengunci dan tuil pilihan melindungi bukaan dibelakang pemegang pengunci cocking handle agar dapat menghalang pasir dan habuk dari masuk.

Dalam kebanyakan model, kedudukan ini tidak ditanda. Senjata antarabangsa mungkin mempunyai tanda "0" pada kedudukan ini.

Playboy

Pada tahun 2004 majalah Playboy memasukkan AK-47 sebagai salah satu dari 50 produk yang mengubah dunia di bawah Laptop Apple, pil KB dan Video Betamax dari Sony. Sementara penyanyi rap seperti Ice Cube dan Eminem menyebutkan AK 47 dalam lirik lagu mereka.

Penyesalan

Pada usianya yang ke-94, Mikhail Kalashnikov, yang sudah hampir tuli serta kehilangan kawalan terhadap tangan kanannya, sering dihantui oleh mesin pembunuh ciptaannya sendiri. Di Iraq, Sierra Leone, Sudan dan tempat-tempat lain di dunia, sering terjadi perang dan konflik dimana para pemberontak berhadapan dengan pasukan yang lebih terlatih.

Tapi senjata yang lebih canggih dan mahal masih belum mampu untuk mengalahkan pemberontak yang hanya bersenjatakan AK-47 malahan mereka tidak memerlukan sebarang latihan khusus seperti tentera rasmi.


Walaupun bertanggungjawab mencipta AK-47, Mikhail Kalashnikov tidak memperoleh satu sen pun.

Ketika ditemuramah oleh majalah Guardian, Mikhail Kalashnikov berkata, “Saya mencipta AK-47 hanya untuk melindungi tanah kelahiran saya. Saya tidak menyesal dan tidak bertanggung jawab atas apa yang telah dilakukan oleh ahli politik.”

“Saya cuma berharap bahawa sayalah manusia pertama yang mencipta mesin pemotong rumput.” -Wikipedia

BACA INI JUGA: Damascus, Pedang Lagenda Paling Tajam Di Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon