Wednesday, August 30, 2017

Tahukah Anda Siapa Pereka Pingat Sukan SEA 2017?


Bercerita tentang pingat dalam Sukan SEA, item yang sering menjadi buruan atlet Asia Tenggara dalam setiap temasya sukan itu sememangnya menyimpan rahsia tersendiri.

Sukan Sea

Namun, pernahkah anda terfikir siapakah yang mereka atau mencipta pingat untuk Sukan Sea KL2017 kali ini?

Faktanya, pingat-pingat itu dihasilkan menerusi kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan dan pakar pembuatan barangan logam, Royal Selangor.

Jadi, Royal Selangor menjadi Rakan Pingat Rasmi untuk KL2017!

Kami kongsikan 9 info dan fakta menarik tentang pingat rasmi Sukan Sea KL2017.

1. Royal Selangor

Royal Selangor telah mereka bentuk pelbagai trofi dan pingat untuk pelbagai kejohanan besar antaranya F1 Malaysia, LPGA Malaysia, Sukan Komanwel 1998 dan Sukan Sea 2001.

2. Bahan

Pingat-pingat Sukan Sea 2017 direka menggunakan bahan timah dan kayu kempas.

3. Kualiti Terbaik

Rekaan pingat itu menjadi tanggungjawab sepenuh nya Royal Selangor demi memastikan kualiti terbaik.

4. Rekaan Melengkung

Pingat yang direka pula mempunyai permukaan melengkung yang disaluti badan kayu manakala bahagian tepi pingat diperbuat daripada pewter yang disadur emas atau tembaga mengikut warna pingat.

5. Baton Sukan SEA 2017

Royal Selangor juga mereka obor rasmi dan replika baton KL2017.

6. Obor Sukan SEA 2017

Obor

Obor berbentuk segitiga yang direka melambangkan kekuatan dan perpaduan.

7. Kualiti

Bahagian kayu pula diawet dengan minyak bagi mengekalkan warna asal dan menjaga kualiti kayu.

8. Spesifikasi

Setiap pingat mempunyai diameter 80mm x 11mm dengan berat setiap satunya 140 gram.

9. Pingat Peringatan

Peringatan

Menariknya, anda tidak perlu menjadi atlet untuk memiliki pingat KL2017 kerana Royal Selangor mengeluarkan pingat peringatan sebagai kenang-kenangan. Begitu juga replika obor.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Pemenang Sukan SEA 2017 Di Hadiahkan Anak Pokok?

sumber: astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon