Tuesday, July 04, 2017

Apa Sebenarnya Beza United Kingdom, Great Britain Dan England?


Eh, ni nak panggil UK ke England? Great Britain ni apa pulak? Niall Horan ni dari UK ke Ireland? Pastinya ramai yang tertanya tanya tentang persoalan di atas.

Beza United Kingdom, Great Britain Dan England

Saya kongsikan sedikit pembacaan saya tentang perbezaan tersebut. Kita mulakan dengan United Kingdom atau singkatannya UK.

UK merupakan sebuah negara yang berdaulat yang merangkumi England, Wales, Scotland dan Utara Ireland. Mesti susah nak faham kan?

UK ditubuhkan pada tahun 1707 menerusi Act Of Union, namun nama UK diambil selepas tahun 1801 selepas kemasukan Ireland.

Great Britain pula kepulauan atau tanah besar yang didiami 3 negara iaitu England, Scotland dan Wales.

Nama Britain diambil dari perkataan Roman, iaitu Britannia. Terdapat 2 konflik yang menyebabkan terdapatnya perkataan “Great” di hadapan Britain.

Yang pertama ialah disebabkan mahu membezakan sebutan sebuah kawasan di Perancis iaitu Brittanny.

Kedua, ia disebabkan ego Raja James I yang mahu menyatakan bahawa beliau bukan sahaja raja kepada ‘Old Roman Britain’ tetapi raja kepada keseluruhan pulau, lalu menggelarkan beliau sebagai ‘King Of Great Britain’.

England merupakan sebuah negara seperti Wales dan Scotland. England merujuk kepada sebuah negara, tetapi ianya bukan sebuah negara yang berdaulat.

England merupakan sebuah negara terbesar di dalam UK dari segi keluasan mahupun populasi. England merupakan nadi kepada UK dan kota London merupakan ibu negara kepada UK.

Oleh sebab itu, England seringkali dianggap (walaupun salah) sebagai UK secara keseluruhannya.

Secara konklusinya, dapatlah kita rumuskan bahawa:

1. UK merupakan sebuah negara yang berdaulat yang terdiri daripada England, Scotland, Wales dan Utara Ireland.

2. Great Britain merupakan sebuah tempat/pulau yang menempatkan England, Scotland dan Wales.

3. England merupakan sebuah negara dibawah United Kingdom.

KENAPA FIFA WORLD CUP ATAU EURO TIDAK BERTANDING ATAS TIKET UNITED KINGDOM ?

Hal ini disebabkan pertubuhan bola sepak (FA) telah ditubuhkan dan ianya berkembang secara berasingan pada akhir tahun 18-an. FIFA telah ditubuhkan pada tahun 1904.

Secara ringkasnya, FIFA telah bersetuju untuk membenarkan negara dibawah UK bermain di perlawanan antarabangsa secara berasingan.

England seperti yang kita tahu negara yang paling sukses diantara negara UK yang lain diperingkat antarabangsa.

MACAM MANA PULA DENGAN SISTEM PEMERINTAHAN UK?

Secara ringkasnya, UK ditadbir oleh sistem berparlimen yang berpusat di London. UK juga merupakan sebuah negara yang berdasarkan Raja Berpelembagaan, sama seperti Malaysia.

Setiap negara dibawah UK akan ditadbir oleh Menteri yang dilantik dan berpusat di tempat masing masing. Lebih kurang macam Menteri Besar atau Ketua Menteri jika di Malaysia.

Cuma England tidak memiliki sistem pemerintahannya sendiri kerana ditadbir secara terus oleh kerajaan United Kingdom (lebih kurang seperti Wilayah Persekutuan jika di Malaysia)

MACAM MANA PULA DENGAN SISTEM PEMERINTAHAN UK?

Secara ringkasnya, UK ditadbir oleh sistem berparlimen yang berpusat di London. UK juga merupakan sebuah negara yang berdasarkan Raja Berpelembagaan. Sama seperti Malaysia.

Setiap negara dibawah UK akan ditadbir oleh Menteri yang dilantik dan berpusat di tempat masing masing. Lebih kurang macam Menteri Besar atau Ketua Menteri jika di Malaysia.

Cuma England tidak memiliki sistem pemerintahannya sendiri kerana ditadbir secara terus oleh kerajaan United Kingdom (lebih kurang seperti Wilayah Perseketuan jika di Malaysia).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Duncan Edwards, Pemain Bola Sepak Paling 'Sempurna' Di Britain

sumber: thepatriots

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon