Oct 22, 2016

Buah Dan Daun Durian Belanda Sebagai Penawar Kanser?

Durian belanda mendapat perhatian di seluruh dunia kerana berita ‘keupayaan luar biasanya’ berbanding kemoterapi diuar-uarkan di internet terutama melalui media sosial.

Durian Belanda

Sebuah artikel berbahasa Inggeris diterjemah dan disalin tampal pengguna internet kerana menganggap mesej tersebut amat berguna dan perlu dihebahkan kepada orang ramai.

Mesej utama dalam artikel tersebut berbunyi, "Ekstrak daripada pokok durian belanda membunuh sel-sel malignan (kanser) pada 12 jenis kanser termasuk kanser kolon, payudara, prostat, paru-paru dan pankreas.

Sebatian-sebatian (kimia) dari pokok durian belanda terbukti 10,000 kali lebih berkuasa dalam memperlahankan sel-sel kanser berbanding Adriamycin iaitu ubatan kemoterapi yang biasa digunakan.

Tambahan pula, tidak seperti kemoterapi, sebatian yang diekstrak daripada pokok graviola membunuh sel-sel kanser secara selektif iaitu ia tidak memusnahkan sel-sel sihat."

Annonacin

Penulis mengetahui kajian sains yang menunjukkan sebatian acitogenin terutama annonacin daripada pokok durian belanda berupaya membunuh sel-sel kanser.

Setakat ini kajian tersebut hanya dijalankan secara tabung uji (vitro) dan pada tikus (vivo). Tiada sebarang ujian klinikal ke atas manusia dijalankan.

Menurut pengasas Raintree Nutrition Inc. yang mempromosi herba dari Amerika Selatan, Leslie Taylor dalam laman webnya Rain-Tree, golongan saintis berjaya mensintesiskan beberapa jenis acetogenin yang dipercayai aktif terhadap sel-sel kanser dalam makmal.

Langkah seterusnya ialah mengubah struktur kimia tanpa kehilangan keupayaan tindakan antitumor.

Tujuannya menghasilkan struktur terubahsuai agar ujian seterusnya termasuk ujian klinikal ke atas manusia dijalankan sebelum mendapat kelulusan FDA dan untuk dipatenkan.

Untuk pengetahuan pembaca, sebarang jenis sebatian kimia sintetik serupa dengan sebatian kimia semula jadi tidak boleh dipatenkan oleh sesiapa pun. Dalam kes ini ialah sebatian-sebatian acitogenin.

Menurut Taylor, usaha saintis mengubah stuktur acetogenin sintetik masih menemui jalan buntu.

Ia kerana setiap kali mereka mengubah struktur kimia acetogenin, keupayaan antitumor merosot!

Bagaimanapun, terdapat kemungkinan sebatian acetogenin tertentu misalnya annonacin sintetik tidak terubahsuai akan diberi perhatian oleh National Cancer Insitute dan National Institute of Health, Amerika Syarikat untuk mengintervensi.

Seperti berlaku kepada taxol iaitu sebatian kimia yang diekstrak daripada daun pokok yew, kedua-dua badan tersebut berkemungkinan besar akan mengarahkan ujian klinikal terhadap acetogenin sintetik tanpa pengubahsuaian struktur kimia.

Kajian sains ke atas sebatian acetogenin masih terus berlangsung. Antara yang terkini ialah kajian berjudul Selective growth inhibition of human breast cancer cells by graviola fruit extract in vitro and in vivo involving downregulation of EGFR expression terbit dalam jurnal Nutrition and Cancer (2011).

Ekstrak buah durian belanda merujuk kepada kesemua jenis sebatian acetogenin.

Jadi, pendapat penulis pertama yang menulis ‘laporan’ mengenai sifat antitumor durian belanda (biasa disebut graviola) yang 10,000 kali lebih berkuasa daripada kemoterapi iaitu pemilik laman web Health Sciences Institute (HSI) yang menyatakan FDA dan saintis memberhentikan kajian ke atas sebatian tertentu durian belanda atau menyembunyikan khasiat antitumornya kerana tidak dapat menjana wang daripada usaha tersebut adalah tidak benar.

Artikel pemilik HSI, Jenny Thompson yang berlatarbelakangkan sarjana muda jurnalisme harus diteliti dahulu sebelum isinya diguna pakai.

Menurut About Jenny Johnson di laman web HSI beliau pernah bekerja sebagai pegawai komunikasi bertugas mengumpul dan menjual data kesihatan.

Laman web HSI yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh beliau sejak 11 tahun lalu adalah bercorak perubatan alternatif.

Istilah institut yang beliau gunakan untuk membentuk panggilan HSI menggambarkan laman web tersebut seolah-olah dimiliki oleh pusat latihan/pendidikan yang berkredibiliti. Realitinya tidak begitu.

Selama 11 tahun Jenny dilihat sebagai sama ada tidak peka terhadap kritikan yang dilemparkan terhadap tulisan beliau atau sengaja buat tidak endah.

Beliau memaparkan forum 2004 yang menunjukkan dua contoh di mana dua penghidap kanser meneruskan hidup seperti orang lain selepas mengambil durian belanda.

Secara umum, Jenny mampu memberi kesedaran orang ramai seluruh dunia terhadap potensi durian belanda sebagai penawar kanser.

Namun, sebahagian isi dan kesimpulan dalam laporannya dilihat mengelirukan.

Sesiapa pernah mengalami kesan positif setelah mengambil semata-mata daun atau buah durian belanda untuk menghentikan, menyembuhkan atau memperlahankan (pertumbuhan) kanser, sila kongsi dengan media.

Kajian berjudul Five novel mono-tetrahydrofuran ring acetogenins from the seeds of Annona muricata terbit dalam Journal of Natural Products (1996) mendapati satu daripada lima acetogenin yang dikaji adalah 10,000 kali lebih berkuasa daripada ubatan kemoterapi adriamycin.

Sebatian acetogenin tersebut secara spesifik merujuk kepada cis-annonacis-10-one.

Kuasa tersebut mungkin berkurangan bila buah atau daun durian belanda digunakan secara keseluruhan.

Ia kerana pelbagai sebatian kimia dalam setiap bahagian pokok durian belanda dipercayai berupaya meneutralkan atau melemahkan kuasa acetogenin tersebut.

Fenomena ini berlaku pada banyak jenis tumbuh-tumbuhan di mana sebatian tertentu dikenal pasti bersifat antitumor berkuasa.

Penghidap kanser yang ingin menguji cuba (trial and error), ambil 2-3 gram serbuk daun durian belanda dibahagi kepada beberapa dos setiap sehari.

Biji dan akar durian belanda beracun

Sebanyak 3 gram serbuk dipercayai menyamai dari segi kuantiti sebatian acetogenin terdapat pada biji dan akar durian belanda.

Ambil dalam bentuk kapsul atau teh dengan bancuh serbuk dengan secawan air panas.

Perlu diketahui bahawa biji dan akar durian belanda amat toksik kerana kandungan acetogenin, alkaloid dan isoquinolone yang tinggi berbanding buah dan daun.

Acetogenin bersifat toksik kepada saraf termasuk otak. Terdapat kajian menunjukkan mereka yang kerap mengambil buah durian belanda atau teh pelbagai spesis graviola dikaitkan dengan Parkinsonism atipikal.

Daunnya yang diramas dan dipanaskan dengan minyak kelapa sawit dengan api kecil penulis guna untuk mengurut tubuh yang sengal.

BACA INI JUGA: Sayur Kobis Mampu Elak Barah

Sumber: SH

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon