Sunday, April 09, 2017

7 Lokasi Pelik Di Korea Selatan Yang Menarik Untuk Dikunjungi


Di sebalik tempat-tempat menarik untuk dilawati di Korea Selatan, terdapat juga tempat-tempat yang pelik untuk dikunjungi yang kurang dikunjungi pengembara Malaysia kerana isu sensitiviti dan sebagainya.

Kali ini kami mahu kongsikan dengan anda tempat-tempat pelik di Korea Selatan yang menjadi tarikan pelancongan.

Di antaranya ialah:

1. Panmunjeom atau Joint Security Area, Gyeonggi-do, Korea Selatan

Panmunjeom

Kebiasaannya kita akan lihat bangunan Joint Security Area di dalam filem atau drama yang melibatkan peperangan atau politik antara Korea Selatan dan Korea Utara.

Joint Security Area ini merupakan sebahagian daripada Korean Demilitarized Zone (DMZ). Walaupun agak leceh untuk melawat tempat ini kerana perlu menandatangani dokumen dan kemungkinan pemeriksaan latar belakang, kira-kira 100,000 pelancong telah melawat tempat ini setiap tahun melalui beberapa syarikat pelancongan.

Ia merupakan tempat di mana kedua-dua pihak Korea dapat bersua muka dan berunding tentang isu-isu berbangkit berkaitan dua negara tersebut.

Ia juga tempat perundingan ketenteraan antara Korea Utara dan United Nations Command. Oleh kerana itu, ia turut digelar sebagai “Truce Village” atau Kampung Gencatan Senjata.

2. Haesindang Park, Samcheok, Korea Selatan

Haesindang Park

Taman tema ini dibina berhadapan pantai yang cantik kerana satu legenda yang melibatkan seorang anak dara muda yang bakal berkahwin telah lemas di pantai.

Selepas kejadian itu, penduduk kampung telah menyediakan ini semua agar hasil tangkapan ikan di pantai itu tidak terjejas.

Pelbagai patung, arca dan simbolik kegembiraan, semangat sehinggalah seksualiti dibina oleh ahli seni Korea bagi tontonan pelancong dan “hantu” ini terletak di kawasan pedalaman di sebelah selatan bandar Samcheok, Gangwon-do. Disitu juga terdapat teater akuarium terbesar di Korea.

3. Toilet Theme Park, Suwon, Korea Selatan

Toilet Theme Park

Taman tema tandas yang pertama di dunia ini dibuka secara rasmi pada 4 Julai 2012 sebagai satu tarikan baru bagi bandar di luar Seoul iaitu Suwon.

Pembukaan taman tema ini didedikasikan buat bekas datuk bandar Suwon, Sim Jae Duck yang dikenali sebagai “Mr. Toilet.”

Keseluruhan taman sesak dengan pelbagai budaya tandas dari seluruh dunia dan juga mempunyai taman arca dengan bentuk mencangkung. Tiada bayaran dikenakan untuk melawat Taman Tema Tandas Suwon ini.

4. Trickeye Museum, Seoul, Korea Selatan

Trickeye Museum

Muzium ini dibuka pada 15 Disember 2010. Lawatan disini akan merangkumi 4 tempat iaitu Trickeye Museum, Ice Museum, Gallery Santorini Seoul dan Greek Mythology Gallery.

Ia mempunyai galeri seni dengan lukisan-lukisan teknik ‘trompe l’oeil’ yang akan mewujudkan ilusi 3 dimensi daripada hasil seni 2 dimensi.

Galeri seni ini akan membangkitkan rasa seronok kepada pelawat kerana mereka berpeluang menjadi sebahagian daripada hasil seni disitu. Trickeye Museum ini turut ada di Jeju dan Busan.

5. Love Land, Jeju, Korea Selatan

Love Land

Syarat pertama untuk pelawat masuk ke taman ini mestilah berumur 20 tahun ke atas kerana ia amat tidak sesuai untuk budak bawah umur kerana ia sebuah taman tema berasaskan seksualiti dan erotisme.

Ia dibuka sejak November 2004 di Pulau Jeju dan merupakan tempat pelik yang pertama sedemikian rupa di Korea pada waktu itu.

Tempat ini turut dikenali sebagai pusat pendidikan seks dan sesuai dikunjungi oleh mereka yang baru berkahwin.

Selain mempunyai lebih 140 bentuk ukiran, Love Land ini juga mempunyai restoran, kafe, kedai seni dan pelbagai aktiviti juga disediakan buat pelawat.

6. Seodaemun Prison Museum, Seoul, Korea Selatan

Seodaemun Prison Museum

Muzium ini asalnya sebuah penjara yang dibina pada 1907 dan mula digunakan sebagai penjara pada 21 Oktober 1908.

Ia dibuka sebagai sebuah muzium bagi memperingati jasa patriot Korea semasa menentang Jepun dan sejarah Penjara Seodaemun ini berakhir pada tahun 1987 setelah digunakan oleh beberapa pemerintah Korea.

Di sini pelawat akan menjumpai 7 sel penjara, dewan pameran sejarah, bilik hukuman, bilik seksaan, penjara bawah tanah, menara pemerhati dan lain-lain lagi.

7. Sang Sang Gil, Changwon, South Korea

Sang Sang Gil

Ini tarikan terbaru pelancongan di Korea Selatan. Ia baru saja dirasmikan pada 16 September 2015 di bandar yang terkenal dengan kesenian dan kebudayaan Korea Selatan iaitu di Changwon.

Sang Sang Gil bermaksud Jalan Imaginasi di dalam bahasa Korea.

Nama-nama artis terkenal di Korea Selatan telah dipahatkan di jalan ini dan ia sebenarnya diinspirasikan daripada Walk of Fame di Hollywood, USA.

BACA INI JUGA: 9 Tempat Menarik Pulau Labuan Untuk Dikunjungi

sumber: thevocket

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon