Monday, April 03, 2017

9 Tempat Menarik Pulau Labuan Untuk Dikunjungi

Pulau Labuan ini adalah tempat terbaik untuk memborong barangan import disebabkan kelebihan dagangannya yang bebas cukai ataupun duty-free.

Coklat jangan cakap, boleh over-budget apabila masuk dekat mana-mana supermarket di situ. Kebanyakan coklat yang ada memang tidak dijual dimana-mana tempat di Malaysia kerana ia barangan import, kecuali di Langkawi.

Rokok, minuman beralkohol, skincare dan perfume adalah antara barangan paling laris dibawa keluar oleh para pelancong kerana terdapat penjimatan berganda disitu.

Ramai travellers yang rugi sebab mereka sebenarnya boleh melawat kawasan pulau ini semasa transit feri ke Brunei. Masa senggang yang ada dalam 2 jam sebelum waktu feri berlepas ke Brunei.

Perkhidmatan kereta sewa ada disediakan di Terminal Feri Labuan, sewa lah satu dan vroom. Jelajah mana-mana 9 tempat menarik ini sebab lokasinya yang berdekatan antara satu dengan yang lain. Nampak tu!

Sedikit fakta menarik tentang Labuan yang harus anda tahu:

  • Dahulunya, Pulau Labuan merupakan sebahagian daripada Kesultanan Brunei.
  • Pulau Labuan merupakan sebahagian dari Sabah sebelum dijadikan Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1984.
  • Pulau Labuan berskala kecil dan anda hanya memerlukan 1 hari sahaja untuk melawat kebanyakkan tempat-tempat menarik disana!
  • Kebanyakkan penduduk adalah berbangsa Brunei namun terdapat perubahan jelas era ini dimana terdapat ramai bangsa yang menduduki pulau tersebut disebabkan peluang pekerjaan yang ada (terdiri daripada warga Malaysia dan warga asing).
  • Tidak menjadi satu kehairanan melihat pekerja pelantar minyak berpakaian kerja (overalls) di sekitar mall semasa waktu bila-bila masa.


Okay, di sini saya akan kongsikan 9 tempat-tempat menarik yang harus dilawati para travellers apabila berpeluang datang ke Pulau Labuan.

1. Labuan War Memorial Cemetary

Labuan War Memorial Cemetary

Penting untuk kita mengetahui sejarah. Cemetary ini merupakan salah satu daripada tiga tempat yang perlu dikunjungi di Borneo selain Kundasang War Memorial dan Sandakan War Memorial.

Kedatangan kami disapa kesunyian yang memberi ruang untuk kami melihat sekitar kawasan tersebut.

Dari satu ke satu tugu, terdapat ramai tentera yang terkorban pada umur yang terlalu muda. Sedih.

A way to reconsider the way we live our lives.

2. Pantai Layang-Layangan, The Peace Park (Taman Damai)

Pantai Layang-Layangan

Kedua-dua tempat ini, Pantai Layang-Layangan dan The Peace Park adalah sangat dekat. Selalunya pantai ini dijadikan tempat berkelah bersama keluarga dihujung minggu mahupun ketika lapang.

Sambil-sambil merenung ombak, bolehlah melawat Taman Damai yang hanya berjarak beberapa meter dari kawasan pantai.

3. The Surrender Point

The Surrender Point

Uniknya, The Surrender Point juga berada bersebelahan dengan Taman Damai dan berhadapan dengan Pantai Layang-Layangan.

Semasa melawat The Surrender Point ini, kami berkesempatan bertemu dengan tiga orang warga Australia yang juga datang untuk tujuan yang sama. Seorang daripada mereka bekerja di Labuan. Bolehlah test speaking sikit.

The Surrender Point ini adalah tempat dimana pihak penjajah Jepun akhirnya menyerah kalah dihadapan tentera Australia semasa Perang Dunia Kedua.

Tidak hairanlah kenapa kami terserempak dengan warga Australia hari itu.

4. Labuan Marine Museum

Labuan Marine Museum

Labuan Marine Museum ataupan Musium Marin ini cuma 5-7 minit jarak perjalanan dari Terminal Feri Labuan.

Sesuai untuk aktiviti keluarga terutama mereka yang memiliki anak-anak yang sedang bersekolah, bolehlah buat unofficial school field.

Nak tengok rangka ikan paus? Nak tengok saiz kuda laut yang sebenar? Datanglah sini.

5. Menara Jam (Clock Tower)

Menara Jam (Clock Tower)

Menara Jam ini berada di luar pekarangan Labuan Marine Museum. Menara sebenar jam tersebut telah musnah namun replikanya dibina semula untuk memperingati sejarah lalu.

6. The Chimney Museum

The Chimney Museum

The Chimney Museum! Apa yang peliknya ialah tujuan sebenar ia diwujudkan tidak diketahui.

Menurut sumber, Chimney yang sebenar tidak berjaya disiapkan namun kini dijadikan kawasan pelancongan dan bukannya untuk tujuan perlombongan arang batu.

7. The Bird Park Labuan

The Bird Park Labuan

Jarak The Chimney Museum dan The Bird Park ini tidak lebih dari 5 minit perjalanan. Sesuai untuk mereka yang menyukai burung dan ingin mengetahui jenis-jenis burung dengan lebih baik.

Anak-anak juga amat sesuai untuk dibawa bersama namun harus sentiasa dipantau takut ‘terpeluk’ burung pula.

Nak tengok rupa burung unta? Ada. Nak tengok dinasour sebenar? Eh.eh. Tengok movie ya.

8. Labuan Museum

Labuan Museum

Bagi mereka yang meminati sejarah, Musium Labuan amat sesuai untuk anda lawati. Tambah lagi, ia cuma 1-2 minit jarak pemanduan dari Terminal Feri. Dekat tu.

Staf juga amat mesra melayani kami walaupun bukanlah orang jauh (Sabahan) tapi tetap diberi muka. Satu sifat yang harus dicontohi.

Lama juga kami disana, walaupun waktu operasi sudah hampir tamat.

9. UK (Ujana Kewangan), Financial Park

UK (Ujana Kewangan), Financial Park

Lastly, kenalah bagi tau tempat paling banyak dilawati di Labuan, Ujana Kewangan ataupun nama singkatannya UK!

UK ini sebenarnya mall, Parkson, Giant semua disitu. Tapi ramai yang datang ni sebab satu sahaja, memborong coklat! Pergh.

Sky Park adalah salah satu mart untuk penggemar coklat dan perfume. Ladies beware kena ada sifat ketekalan yang jitu sini.

Okay, itu sahaja. Harap bermanfaat.

BACA INI JUGA: 10 Tempat Percutian Tanah Tinggi Paling Sejuk Terbaik Di Malaysia

sumber: thevocket

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon