Thursday, July 16, 2015

Ritual Pelik Panggil Hujan, Kahwinkan Katak


Kemarau panjang dan hujan tidak turun, penduduk kampung di wilayah India mengadakan upacara perkahwinan khas untuk sepasang katak. Ritual itu diadakan di kampung Dibrugarh, Assam, India.

Frog Wedding Ceremony

Dengan ritual ini, penduduk kampung berharap agar dewa hujan lembut hati dan akan menurunkan hujan.

Seperti dilaporkan portal Dailymail, Ranjan Das, salah seorang ketua kampung yang menghadiri upacara perkahwinan sepasang katak tersebut mengatakan bahawa wilayahnya tidak mendapat banyak simbahan hujan tahun ini.

"Kami mengadakan perkahwinan sepasang katak untuk melembutkan hati dewa hujan," katanya.

Ritual ini bermula dengan menangkap katak jantan dan betina dari dua kampung yang berbeza.

"Kami perlu memastikan bahawa katak ini berasal dari dua kampung yang berbeza.

"Hanya dengan cara tersebut, dewa hujan akan mengabulkan permohonan kami.

Frog Wedding Ceremony [2]

"Selepas itu, kami melangsungkan ritual dan mengadakan majlis perkahwinan seperti perkahwinan manusia biasa," kata Ranjan Das.

Mereka dari sekitar empat kampung yang dianggarkan seramai ribuan orang, menghadiri majlis perkahwinan yang berlangsung selama enam jam.

Sepasang katak yang terpilih itu disolek seperti pengantin sebenar dan dihias dengan warna-warna tradisional. Malah, penduduk kampung memberikan seutas rantai emas untuk katak betina.

Salah seorang penduduk yang menyertai upacara ini, Paromita Gogoi, mendedahkan bahawa doa-doa khas dibacakan oleh pemimpin agama yang memimpin upacara berkenaan. Dan menurutnya, ritual ini sangat unik dan menyeronokkan.

Selepas upacara selesai, sepasang katak tersebut dibawa ke sebuah kolam kecil berhampiran dan dilepaskan. Namun, ia belum lagi selesai.

Frog Wedding Ceremony [3]

Selepas dilepaskan ke dalam kolam, para penduduk menikmati makan malam dan ada lebih dari 900 hidangan makanan yang dihidangkan.

"Kami melepaskan sepasang katak tersebut agar mereka boleh menjalani kehidupan dan menyampaikan mesej kami kepada dewa hujan.

"Ritual ini dilangsungkan sebagai usaha terakhir dan syukurlah, permohonan kami terkabul," kata Paromita.

Hujan turun disekitar Dibrugarh keesokan paginya.

BACA INI JUGA: 5 Tradisi Perkahwinan Paling Mengarut Di Seluruh Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon