Thursday, August 31, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (31 Ogos)


Tarikh 31 Ogos merupakan hari ke 243 (hari ke 244 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 122 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hari Kemerdekaan Malaysia

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Malaysia (1957), Trinidad dan Tobago (1962) dan Kyrgyzstan (1991).

Peristiwa

1056 - Maharani Byzantine Theodora jatuh gering, beberapa hari kemudian mangkat tiba-tiba, tanpa meninggalkan anakanda untuk mewarisi takhta, maka tamatnya dinasti Makedonia.

1142 - Dengan bantuan Hiawatha dan Deganawidah, puak-puak Iroquois menubuhkan Gabungan Haudenosaunee.

1422 - Henry VI menjadi Raja England pada usia sembilan bulan.

1803 - Lewis dan Clark memulakan ekspedisi mereka ke barat dengan meninggalkan bandar Pittsburgh, Pennsylvania pada pukul 11 pagi.

1864 - Perang Saudara Amerika: Angkatan Kesatuan pimpinan Jeneral William T. Sherman melancarkan serangan di Atlanta, Georgia.

1876 - Abdul Hamid II menjadi Sultan Empayar Uthmaniyyah apabila abangnya Murad V digulingkan.

1886 - Sebuah gempa bumi meragut 100 nyawa di Charleston, Carolina Selatan.

1888 - Mayat Mary Ann Nichols ditemui di London Victoria, kononnya mangsa pembunuh bersiri Jack the Ripper yang pertama.

1897 - Thomas Edison mempatenkan projektor wayang terulung bernama Kinetoscope.

1907 - Count Alexander Izvolsky dan Sir Arthur Nicolson menandatangani Konvensyen St. Petersburg yang melahirkan perikatan Pakatan Bertiga.

1914 - Ecuador menandatangani perjanjian hak cipta Buenos Aires.

1915 - Brazil menandatangani perjanjian hak cipta Buenos Aires.

1920 - Dipimpin pasukan berkudanya, Angkatan Tentera Poland mengalahkan Tentera Merah Bolshevik dalam Pertempuran Komarów.

1920 - Rancangan berita radio pertama disiarkan oleh stesen 8MK di Detroit, Michigan.

1939 - Jerman Nazi memperhebatkan serangan palsu terhadap stesen radio Peristiwa Gleiwitz, untuk mencari alasan menyerang Poland pada hari berikutnya, maka tercetusnya Perang Dunia II di Eropah.

1942 - Di Ternopil, Ukraine barat, pada 4.30 pagi, pihak SS Jerman menjalankan pengusiran Yahudi pertama dari ghetto Ternopil ke kem maut di Belzec, melibatkan seramai 5,000 orang Yahudi. Ketika Jerman menawan Ternopil, bandar tersebut diduduki kira-kira 18,000 orang Yahudi.

1943 - Kapal USS Harmon, kapal Tentera Laut Amerika Syarikat pertama yang dinamakan sempena orang berkulit hitam, ditauliahkan.

1945 - Parti Liberal Australia diasaskan oleh Robert Menzies.

1948 - Pelakon Robert Mitchum ditahan dalam serbuan dadah di Hollywood. Tidak lama kemudian dia didapati bersalah atas konspirasi jenayah memiliki ganja lalu dihukum penjara selama 60 hari.

1957 - Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama, manakala Ketua Menteri Malaya Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama.

1962 - Trinidad dan Tobago merdeka.

1965 - Pesawat Aero Spacelines Super Guppy terbang buat julung kalinya.

1968 - Garfield Sobers menjadi ahli kriket pertama yang melakukan enam six dalam satu over.

1978 - William dan Emily Harris, pengasas-pengasas Symbionese Liberation Army, mengaku bersalah kerana menculik pewaris syarikat akhbar Patricia Hearst pada tahun 1974.

1980 - Perjanjian Gdańsk ditandatangani.

1986 - Pesawat Aeroméxico Flight 498 terlanggar pesawat Piper PA-28 di atas Cerritos, California, mengorbankan 67 orang di udara dan 15 lagi di tanah.

1986 - Selepas berlanggar dengan sebuah kapal kargo, kapal samudera Kesatuan Soviet Admiral Nakhimov tenggelam ke dalam Laut Hitam dalam masa 7 minit, mengorbankan lebih 400 penumpang.

1991 - Kyrgyzstan mengisytiharkan kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet.

1992 - Pascal Lissouba dilantik sebagai Presiden Republik Congo selepas satu pilihan raya parti berbilang sekaligus mengakhiri pemerintahan satu parti penyokong Marxisme.

1993 - Kapal HMS Mercury dihentikan setelah bertauliah selama 52 tahun.

1994 - Tentera Republik Ireland Sementara mengisytiharkan gencatan senjata.

1997 - Diana, Puteri Wales dan temannya Dodi Al-Fayed terbunuh dalam satu kemalangan kelajuan tinggi di terowong jalan Pont de l'Alma di Paris.

1998 - Korea Utara dilaporkan melancarkan satelit buatan pertamanya bernama Kwangmyongsong.

1999 - Letupan Pangsapuri Rusia pertama berlaku di Moscow, membunuh satu orang dan mencederakan 40 lagi.

2005 - Kejadian merempuh-rempuh di Jambatan Al-Aaimmah di Baghdad membunuh 1,199 orang.

2006 - Hasil seni lukis The Scream karya Edvard Munch yang dicuri pada 22 Ogos 2004, dijumpai semula dalam satu serbuan oleh polis Norway. Lukisan terbabit dikatakan lebih baik keadaannya berbanding dahulu.

2007 - Taliban membebaskan saki-baki tebusan Korea Selatan sebaik sahaja Korea Selatan bersetuju untuk mengundurkan 200 anggota tenteranya dalam masa setahun dan menggantung tugas mubaligh di Afghanistan.

2009 - Parti Demokratik Jepun pimpinan Yukio Hatoyama memenangi pilihan raya umum Jepun, mengakhiri pemerintahan berterusan hampir setengah abad oleh LDP.

Kelahiran

1807 - John Young, Baron Lisgar Pertama, Gabenor Jeneral Kanada Ke-2.

1907 - Ramon Magsaysay, Presiden Filipina ke-7.

Kematian

1867 - Charles Baudelaire, penyair Perancis.

1997 - Diana, Puteri Wales.

2002 - Wong Pow Nee, Ketua Menteri Pulau Pinang pertama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (30 Ogos)

sumber: wikipedia

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon