Sunday, March 17, 2013

Hotel Mewah Nazi 10,000 Bilik Tapi Tidak Pernah Digunakan


Hotel ini mempunyai 10,000 bilik yang dapat memuatkan 20,000 penghuni dalam satu-satu masa. Ia terletak di sepanjang 3 batu di pulau Ruegen, Jerman dan merupakan hotel terbesar di dunia yang pernah dibina oleh Nazi!


Namun, setelah 70 tahun pembinaannya, hotel ini tidak pernah digunakan.

Hotel yang dikenali dengan nama Hotel Prora ini dibina pada 1936 dan siap pada 1939 dengan menggunakan lebih 9000 orang tenaga kerja.

Rancangan asal pihak Nazi ialah untuk membina hotel bagi pekerja Jerman untuk menyebarkan Propaganda Nazi.

Pihak Nazi ingin membina 4 resort di kawasan hotel ini yang dilengkapi dengan panggung wayang, kolam renang, dewan serbaguna dan jeti untuk kapal persiaran berlabuh.

Namun rancangan pihak Nazi gagal apabila perang bermula.

Lihat gambar-gambar di bawah ini.. Memang besar!


Tapi tak guna juga sebab ia tak pernah dibuka, malah membazir pula jadinya.

[Sumber]

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon