Jun 7, 2016

Daun Rerama, Daun Ajaib Penawar Penyakit Kronik!

Kanser, kencing manis, SLE dan banyak lagi penyakit berbahaya merupakan antara penyakit yang sukar diubati dan belum ada penawar yang berkesan untuk merawatnya.

Daun Rerama.jpg

Justeru itu, selain rawatan moden, ramai pesakit sentiasa mencari jalan alternatif untuk mendapatkan penawar tanpa bergantung sepenuhnya kepada ubatan klinikal.

Usaha berterusan para penyelidik mungkin akan dapat merintis jalan menemui ramuan atau ubat yang berkesan untuk menangani penyakit yang digeruni itu.

Kajian awal oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) terhadap tumbuhan yang dikenali sebagai ‘daun rerama’ mendapati ia menunjukkan ciri-ciri anti barah dan anti keradangan.

Khasiat+Daun+Rerama [2].jpg

Justeru, UPM akan menjalankan penyelidikan selanjutnya dengan menjalankan saringan dan ujian pra-klinikal peringkat kedua terhadap daun rerama.

Kini, orang ramai berpeluang untuk mencuba ikhtiar alternatif menggunakan sejenis tumbuhan herba dikenali sebagai Daun Rerama bagi merawat bukan sahaja penyakit-penyakit kronik tersebut, tetapi diyakini juga mampu merawat beberapa lagi jenis penyakit kronik lain.

Nama saintifik Daun Rerama ialah Mariposa Christia Vespertillonis dan berasal dari rantau Asia.

Daun Rerama Tidak Sesuai Untuk
  • Ibu mengandung
  • Pesakit Buah pinggang (dialisis)
  • Pesakit Paru-paru berair

Daun rerama dikatakan bukan sahaja berkesan merawat barah tetapi juga berupaya mengubati penyakit seperti;
  • Semua jenis Kanser
  • SLE
  • Tiroid
  • Leukimia
  • Darah tinggi
  • Kencing manis
  • Kolesterol/Asid Urik
  • Gout
  • Masalah berkaitan darah
  • Stroke
  • Senggugut
  • Asma
  • Migrain
  • Resdung
  • Demam campak
  • TB
  • Denggi
  • Masalah usus
  • Masalah sendi
  • HIV
  • Angin dalam badan

Pokok Daun Rerama boleh mencapai ketinggian 1.5 hingga 2 kaki dalam tempoh empat bulan bermula dari benih.

Terdapat dalam pelbagai spesis dan warna, tetapi hanya daun yang berwarna hijau sahaja digunakan untuk tujuan perubatan.

Daun yang sudah matang boleh dibuat ubat setelah mencapai tempoh empat bulan.

Daun Rerama Kering.jpg
Daun rerama yang sudah dikeringkan.

Dan jika pokok dibiarkan tidak dipotong selama setahun, pokok Daun Rerama boleh mencapai ketinggian sehingga 5-6 kaki.

Rebusan Daun Rerama dipercayai mampu mengubati pelbagai jenis penyakit khususnya Kanser dan SLE kerana mempunyai ciri-ciri anti kanser dan anti keradangan.

Cara Merebus Daun Rerama

Rebusan Daun Rerama.jpg

Rebusan air Daun Rerama mampu meningkatkan antibodi badan dan merawat penyakit berkaitan sel darah merah.
  • Ambil segenggam daun rerama (anggaran 50gm).
  • Basuh 2 ke 3 kali daun rerama sehingga bersih.
  • Campurkan dengan 3 liter air.
  • Jerang sehingga air mendidih.
  • Setelah air mendidih, rebus daun rerama selama 10 minit.
  • Selepas 10 minit, tutup api dapur.
  • Tunggu air sehingga suam.
  • Setelah air suam kelihatan, daun, batang dan akar telah tengelam dan air bertukar menjadi warna hijau.
  • Setelah suam bolehlah diminum.

Rasanya seperti teh hijau dan lazat diminum semasa suam. Air lebihan boleh dimasukan didalam botol dan simpan dalam peti sejuk.

Minum segelas diwaktu pagi sebelum sarapan dan segelas pada waktu malam sebelum tidur.

Jika serasi dengan badan boleh diminum air rebusan daun rerama ini menggantikan air kosong. -Khazanahpurba

BACA INI JUGA: Khasiat Buah Tunjuk Langit Sebagai Penawar Mujarab

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon