Monday, March 02, 2020

Khasiat Luar Biasa Nanas Untuk Kesihatan

Khasiat Luar Biasa Nanas Untuk Kesihatan

Orang Eropah telah menemui nanas di kepulauan Caribbean pada tahun 1493 dan berusaha menanamnya, namun gagal kerana cuaca yang tidak sesuai, lalu diperkenalkan kepada orang Asia, Afrika dan penduduk Selatan Pasifik.

Manfaat Nanas

Kerana sukar didapati selain memerlukan tempoh 2-3 tahun untuk matang, nanas dianggap makanan mewah suatu ketika dulu malah, ia turut menjadi simbol ketinggian darjat dan kelas sosial.

Nanas sangat popular kerana selain rasanya yang manis, ia juga mempunyai banyak khasiat yang ramai di antara kita masih tidak sedar mengenainya.

Nanas juga mengandungi 10 nutrisi, dan ketika memakan buah nanas, maka keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh akan terpenuhi.

Nutritional value per 100 g (3.5 oz):
  • Energy: 209 kJ (50 kcal)
  • Carbohydrates: 13.12 g
  • Sugars: 9.85 g
  • Dietary fiber: 1.4 g
  • Fat: 0.12 g
  • Protein: 0.54 g
  • Vitamins:
    • Thiamine (B1): 0.079 mg
    • Riboflavin (B2): 0.032 mg
    • Niacin (B3): 0.5 mg
    • Pantothenic acid (B5): 0.213 mg
    • Vitamin B6: 0.112 mg
    • Folate (B9): 18 μg
    • Choline: 5.5 mg
    • Vitamin C: 47.8 mg
  • Minerals:
    • Calcium: 13 mg
    • Iron: 0.29 mg
    • Magnesium: 12 mg
    • Manganese: 0.927 mg
    • Phosphorus: 8 mg
    • Potassium: 109 mg
    • Sodium: 1 mg
    • Zinc: 0.12 mg
  • Other constituents Quantity:
    • Water 86.00 g

KHASIAT NANAS

Berikut adalah beberapa khasiat dan manfaat nanas yang sangat penting untuk mengekalkan kesihatan kita.

Vitamin C

Buah Nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping membantu penyerapan zat besi ke dalam saluran darah.

Hasil kajian juga menunjukkan pengambilan vitamin C penting untuk mengelakkan katarak.

Vitamin B

Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat.

Potassium

Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia.

Bromelin

Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin di mana ianya digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal pembengkakan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah.

Sumber Karbohidrat

Nanas adalah sumber karbohidrat yang diperolehi daripada gula seperti fruktosa, sukrosa, dan glukosa di dalamnya.

Satu cawan potongan nanas mengandungi 82 kalori, juga bebas lemak dan bebas kolesterol selain rendah kandungan sodium. Kandungan gula di dalam nanas ialah 16g secawan.

MANFAAT NANAS

Gigi Dan Gusi

Dikatakan juga memakan nanas mampu menguatkan gusi sekali gus memastikan gigi anda sihat dan kuat.

Penglihatan

Buah nanas mengandungi beta karoten yang amat baik untuk penglihatan.

Arthritis

Sifat anti keradangan nanas juga mampu mengurangkan sakit artritis dan pada masa yang sama memperbaiki keadaannya dengan cara menguatkan tulang.

Gout

Nanas juga mampu memperbaiki masalah kesihatan lain seperti sindrom carpal tunnel dan gout.

Kulit Kering

Jus nanas bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat mengatasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan muka.

Kencing

Amalan minum jus nanas juga berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas.

Jantung Sihat

Enzim yang terdapat pada nanas dikatakan mampu meredakan bengkak-bengkak, menguatkan daya tahan badan serta menghapuskan fibrin yang boleh membawa kepada serangan jantung dan strok.

Haid

Buah nanas juga mampu melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, kecacingan dan kelesuan tubuh badan.

Antioksidan

Nanas mengandungi mangan yang penting untuk pertahanan antioksidan. Nanas yang mengandungi banyak vitamin C boleh meningkatkan daya tahan.

Kandungan antioksidan membolehkan tubuh sentiasa berjaga-jaga terhadap serangan bakteria, kulat dan virus.

Untuk Tulang

Nanas juga baik bagi membentuk tulang yang kuat. Gabungan mangan dan beberapa mineral yang lain dikatakan dapat mengelakkan osteoporosis. Ia juga melawan penuaan dan penyakit dengan melindungi sel-sel tubuh.

Perkembangan tulang dalam tubuh orang muda dan menguatkan tulang orang tua dapat dikesan melalui pemakanan nanas.

Usus Sihat

Serat yang tinggi di dalam nanas memastikan usus yang sihat.

Kesuburan

Kandungan vitamin dan mineral nanas dikatakan bagus untuk kesuburan lelaki dan wanita.

Meredakan Batuk

Jika batuk berkahak dan berhingus, dicadangkan untuk anda makan nanas.

Melawan radikal bebas

Rasa manis, masam dan segar dengan kandungan vitamin C sangat baik untuk mencegah radikal bebas dari memasuki badan dan boleh menyebabkan banyak gangguan pada kulit atau organ dalaman.

Bagi mendapat manfaatnya, menikmati nanas secara berkala sama ada dalam bentuk jus, yogurt atau dimakan secara langsung.

Mengekalkan kesihatan jantung

Kandungan kalium yang ada pada buah nanas dapat mengimbangi kandungan air dalam badan dan mengurangkan risiko hipertensi.

Selain itu, kandungan vitamin C yang ada pada buah nanas dapat mencegah gangguan pada saluran darah akibat ketebalan kolesterol yang tidak baik.

Membantu mengurangkan lemak

Buah nanas mengandungi gula semula jadi yang cukup baik untuk tubuh dan mencetuskan pembakar lemak dalam badan untuk berjalan lancar. Jadikan nanas sebagai snek harian anda.

RESEPI JUS NANAS

Khasiat nanas di dalam tin adalah kurang berbanding nanas segar oleh itu, untuk mendapatkan khasiat sebenar, nanas segar adalah lebih baik.

Bahan-bahan:
  • Nenas.
  • Gula.
  • Air.
  • Ais batu.
*Mengikut kesesuaian dan citarasa sendiri

Caranya:
  • Masukkan kesemua dalam blender.
  • Kisar sehingga hancur.
  • Tapis untuk membuang hampas.
  • Masukkan ais batu dan sedia diminum sejuk-sejuk.

Minum jus nanas yang dikisar sendiri lebih baik daripada membeli jus yang dijual di kedai dan pasaraya.

Ini kerana dikhuatiri kandungan gula dan air yang dicampurkan menghilangkan nilai khasiat sebenar nanas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Bahaya Makan Daging Berlebihan, Lelaki Menderita Plasma Darah Bertukar Putih!

Bahaya Makan Daging Berlebihan, Lelaki Menderita Plasma Darah Bertukar Putih!

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Zhao, 40, dimasukkan ke hospital di China, pada bulan Januari 2020 lalu selepas mengadu sakit perut dan belakang, terkejut mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih akibat terlalu banyak makan daging.

Bahaya Makan Daging

Dr memberitahu, pemeriksaan mendapati pankreas Zhao bengkak dan ujian darah yang dilakukan untuk mengesan puncanya mendapati, plasma darah lelaki itu yang sepatutnya berwarna kuning cerah bertukar menjadi putih seperti susu.

Plasma adalah komponen penting dalam darah yang membawa sel darah dan platelet ke tubuh badan.

Warna putih pada plasma darah itu menunjukkan kandungan lemak badan yang berlebihan.

"Kandungan lemak pada plasma darah pesakit ini adalah 25 kali lebih tinggi berbanding kadar normal.

Kadar yang tinggi ini menjejaskan pankreas pesakit dan menyebabkan organ itu bengkak.

Untuk merawatnya, pihak hospital telah membuat pemindahan plasma darah yang sihat bagi menggantikan plasma darah pesakit itu.

Sementara itu, Zhao memberitahu, dia menjalankan perniagaan makanan dan memakan daging dalam jumlah yang banyak sejak beberapa tahun lalu.

Saya hanya makan dan tidak pernah terfikir ia akan menjejaskan kesihatan saya, katanya.

KEBAIKAN MAKAN DAGING

Tahukah anda bahawa dengan mengambil daging di dalam hidangan harian akan menyebabkan beberapa faktor seperti berikut:

1. Meningkatkan Kekuatan Otot

Pengambilan protein yang cukup dapat membantu menguatkan otot. Protein yang dimasukkan ke dalam badan juga membantu untuk saraf-saraf pada otot berkembang dengan baik.

2. Sumber Protein Dan Tenaga

Di dalam badan kita terdapat berjuta-juta sel yang diperbuat daripada protein. Selain menjadi sumber protein yang baik, daging juga penting sebagai sumber vitamin B12, merupakan vitamin yang sukar ditemui pada tumbuhan.

3. Sumber Mineral

Daging mengandungi sejumlah mineral terutamanya zat besi. Badan kita juga memerlukan zat besi yang diperlukan untuk mengepam oksigen dari paru-paru ke bahagian tubuh selain turut meningkatkan tahap metabolisme.

KEBURUKAN MAKAN DAGING

Selain memberi kebaikan kepada tubuh, tahukah anda bahawa dengan pengambilan daging yang berlebihan akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti berikut:

1. Masalah Pencernaan

Kerap makan daging merah bakal menyebabkan masalah gangguan sistem pencernaan. Daging merah khususnya mengandungi bakteria seperti Eschericia dan akan menyebabkan masalah seperti sukar untuk dihadam.

2. Berisiko Penyakit Jantung

Tahukah anda bahawa sekiranya daging sering dipilih sebagai hidangan, risiko untuk mengalami masalah jantung adalah amat tinggi.

Hal ini kerana kandungan lemak yang tinggi dalam daging akan terkumpul dalam badan seterusnya mengganggu sistem saluran darah.

3. Berisiko Kanser Usus

Pengambilan daging yang berlebihan juga akan menyebabkan Nitrosamine ataupun racun terkumpul dalam badan yang akan memberi kesan buruk kepada usus besar badan kita.

4. Tahap Kolestrol Tinggi

Daging merah mengandungi jumlah kolestrol yang paling tinggi berbanding makanan lain. Kadar kolestrol yang tinggi dalam badan pula akan menyebabkan masalah kesihatan yang kronik seperti komplikasi jantung.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Thursday, February 27, 2020

Apa Itu Kemurungan, Bahaya, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Apa Itu Kemurungan, Bahaya, Punca, Simptom Dan Rawatannya

Kemurungan atau Depression, adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu.

Tanda-Kemurungan

Berbanding penyakit membunuh lain, gangguan neurologi atau psikiatri sering dianggap sebagai masalah kesihatan mental yang remeh dan tidak membahayakan.

Ini kerana, simptom masalah fizikal mudah kelihatan dan lebih ketara berbanding gangguan yang membabitkan kesihatan mental.

Namun, masih ramai yang tidak mengetahui masalah kesihatan mental boleh 'membunuh' semangat seseorang itu dalam senyap dan kebiasaannya pesakit dikatakan mengalami kesengsaraan emosi yang tiada penghujungnya.

Kemurungan boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa dan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Beberapa kes kematian membunuh diri berprofil tinggi antaranya, Chris Cornell, Chester Bennington, Chris Benoit dan Robbin William yang didakwa turut dikaitkan dengan penyakit kemurungan

Penyakit Kemurungan Major (Major Depressive Disorder, MDD)

Penyakit Kemurungan Major mempunyai beberapa kriteria yang khusus, antaranya kemurungan secara berterusan sekurang-kurangnya 2 minggu.

Penghidap akan berada dalam keadaan lemah semangat, tidak bermaya, tidak berselera untuk makan sukar tidur atau terlebih tidur. Tidak ada lagi keseronokan dalam menjalani kehidupan.

Perkara-perkara yang sebelum ini digemarinya, kian menjadi hambar. Mereka mengasingkan diri dari kelompok ramai. Fikiran mereka bercelaru, tidak ada keyakinan dalam diri, masa depan semakin kelam tanpa sebarang tanda kebahagiaan akan muncul.

Sesetengah akan mengalami halusinasi seperti mendengar suara yang berbisik untuk melakukan sesuatu yang extreme seperti mencederakan diri atau membunuh diri.

Halusinasi adalah sesuatu yang kompleks, kerana penghidap seolah-olah terpukau, tanpa menyedari ia adalah salah.

Kriteria utama kemurungan major ialah semua simptom ini mestilah mengganggu fungsi harian penghidap, termasuk mengancam nyawa mereka.

"Saya stress kena marah dengan bos di tempat kerja. Saya ada kemurungan!"

Seperti ayat di atas, kemurungan major akan menjejaskan fungsi minda penghidap. Apabila dimarahi dengan ketua, mood akan spoiled sekejap. Kemudian, boleh menjalankan tugas seperti biasa pada esok hari.

Ada beberapa diagnosis lain yang kelihatan seakan akan MDD:

1. Adjustments disorder

Tekanan akibat berlaku perubahan dalam hidup. Seperti berpindah tempat kerja, jatuh muflis, perceraian dan sebagainya, namun pesakit tiada kecenderungan membunuh diri. Kemurungan juga akan hilang bila pesakit sudah dapat menyesuaikan diri dengan situasi baru.

2. Dysthymia

Kemurungan minor tetapi berterusan selama bertahun-tahun. Tidak menjejaskan aktiviti harian. Tiada perubahan dalam selera makan, jadual tidur dan pemikiran.

3. Acute stress reaction

Berpunca apabila pesakit mengalami kejadian besar yang menakutkan dalam hidup. Sebagai contoh rogol, cubaan bunuh, perang, kemalangan jalan raya. Simptom seakan-akan kemurungan major, tapi akan hilang dalam tempoh sebulan dari kejadian berlaku.

4. PTSD

Apabila nombor 3 berterusan dalam jangka melebihi sebulan, diagnosis akan bertukar dari acute stress reaction kepada post traumatic stress disorder.

Perbezaan antara kemurungan major dan 4 penyakit diatas adalah, kemurungan major tiada sebab khusus, namun jika 4 penyakit diatas tidak ditangani dengan betul, ia boleh menyumbang kepada kemurungan major.

Kemurungan major juga dikaitkan dengan faktor genetik, psychosial hidup, penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, kanser ataupun penyalahgunaan dadah dan alkohol.

Dalam beberapa kes bedah siasat melibatkan bunuh diri, didapati kemurungan adalah nyata dan membahayakan.

Suicide in depression tidak sama seperti cubaan membunuh diri akibat kantoi boyfriend ada akaun Facebook palsu.

Penyebab Dan Punca Kemurungan:
  • Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine).
  • Baka keturunan: seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya.
  • Persekitaran: Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial.
  • Ubat-ubatan: Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan.Walaubagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan.
  • Penyakit-penyakit lain: Seseorang dengan penyakit lain seperti gangguan fungsi tiroid.
  • Corak pemikiran: Terdapat corak tertentu dalam pemikiran yang boleh mencetus kemurungan. Ini termasuklah bagaimana persepsi kita kepada diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya.
  • Stressor: Stressor (punca stres) juga berupaya mencetuskan episod kemurungan sekiranya tidak dikawal.
  • Peristiwa lain yang boleh mencetuskan kemurungan termasuklah penyalahgunaan dadah atau ketagihan arak, menghidapi penyakit serius/tinggal dengan orang yang menghidap penyakit tersebut.
  • Kehilangan orang yang disayangi.
  • Baru melahirkan anak.

Tanda-tanda dan gejala kemurungan:
  • Kesedihan atau "kekosongan" perasaan yang berpanjangan.
  • Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.
  • Cepat rasa letih dan tidak bertenaga.
  • Perasaan pesimistik dan mudah putus asa.
  • Perasaan bersalah.
  • Rasa diri tidak berguna.
  • Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
  • Hilang selera makan dan penurunan berat badan.
  • "Rasa lebih baik mati", kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri.
  • Rasa tidak tenteram dan mudah marah.
  • Kurang daya tumpuan dan ingatan.
  • Sukar membuat keputusan.
  • Simptom fisiologi seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan
  • gangguan penghadaman.
  • Kurang nafsu seksual.
  • Pergerakan menjadi terhad/kaku atau menjadi resah gelisah.
  • Mudah cemas atau fobia.

Siapa yang berisiko?
  • Pernah mengalami kemurungan pada masa lepas.
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kemurungan.
  • Menghidap penyakit kronik (Kanser, Diabetes, Hipertensi, Sakit Buah Pinggang, Strok, Sakit Jantung atau kesakitan berpanjangan).
  • Hilang anggota tubuh badan secara tiba-tiba.
  • Kematian orang yang disayangi secara tiba-tiba.
  • Perceraian.
  • Masalah rumahtangga.
  • Masalah keluarga.
  • Penyalahgunaan dadah dan arak.
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu.
  • Mangsa penderaan.
  • Tekanan di tempat kerja.
  • Pernah mengalami penderaan semasa kanak-kanak.
  • Kecenderungan mudah risau atau bimbang.
  • Perasaan sedih semasa dalam pantang (selepas bersalin).
  • Krisis ekonomi.

Kesan sampingan:
  • Mulut kering: minum air yang banyak,
  • kunyah gula-gula getah yang kurang gula,
  • bersihkan gigi setiap hari.
  • Sembelit: makan bijirin, buah prune,
  • buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Masalah pundi kencing.
  • Masalah seksual.
  • Penglihatan yang kabur.
  • Pening.

Pencegahan:
  • Ketahui penyakit anda.
  • Patuh kepada ubat-ubatan dan rawatan susulan.
  • Bertenang dan sentiasa bersikap positif.
  • Rancang kewangan anda.
  • Amalkan gaya hidup sihat.
  • Menyertai aktiviti yang akan membuat kita rasa gembira. Contohnya bersenam, menonton wayang, menyertai aktiviti keagamaan atau sosial.
  • Pecahkan tugasan yang besar kepada yang kecil dan beri keutamaan.

Apa yang perlu dibuat jika anda mengalami kemurungan?
  • Berjumpa dengan doktor di Hospital/Klinik Kesihatan yang terdekat.
  • Berjumpa dengan kaunselor.
  • Buat sesuatu yang boleh membuat anda ketawa.
  • Rehatkan diri dari perkara rutin.
  • Elakkan membuat keputusan yang besar dan berisiko.
  • Pecahkan tugasan yang besar kepada yang kecil dan beri keutamaan.
  • Dekatkan diri kepada tuhan.

Salah faham tentang kemurungan:
  • Ianya tidak boleh dirawat.
  • Ianya tidak perlu dirawat dan boleh hilang dengan sendirinya.
  • Ianya sesuatu yang memalukan.
  • Ianya petunjuk seorang yang mempunyai karektor yang lemah.

Rawatan:
  • Penyakit kemurungan boleh dirawat, lebih 80% daripada pesakit dapat disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan yang teratur dan intensif.
  • Penggunaan ubat ‘Anti-depressant’.
  • Terapi elektrokonvulsif (ECT).
  • Psikoterapi.
  • Kaunseling.

Hilang Upaya Berfikir

Cara bunuh diri di kalangan pesakit kemurungan major sangat berkesan! Gantung diri, tembak diri, terjun bangunan. Bukannya telan klorok suku camca, kelar kulit tangan guna pisau tumpul ataupun hidu racun serangga.

Mereka bukan acah-acah attention seeking. Mereka buat di kawasan yang sunyi dan disengajakan supaya tidak ada orang akan mengganggu mereka.

Mereka melakukannya bukan kerana tekanan, mental koyak, hati tisu atau merajuk! Mereka tidak takut mati. Dan ini adalah tidak normal dan memerlukan bantuan pakar.

Membunuh diri akibat kemurungan major bukan pengecut. Mereka tidak sedar apa yang mereka fikir dan lakukan.

Semoga tuhan mengampunkan kesalahan mereka.

BACA INI JUGA:

sumber: kemurungan

5 Kecederaan Ketika Bersetubuh Yang Biasa Terjadi

5 Kecederaan Ketika Bersetubuh Yang Biasa Terjadi

Hubungan intim dalam rumah tangga boleh merapatkan suami isteri. Ia juga menjadi salah satu cara untuk menunjukkan rasa cinta dan ghairah pada pasangan tapi, aktiviti yang menyeronokkan ini juga boleh menyebabkan cedera ketika seks dan kesannya sangat menyakitkan!

Cedera  Ketika Bersetubuh

Donnica Moore seorang pakar ginekologi dari New Jersey mengatakan, cedera ketika seks adalah hal yang biasa terjadi.

Namun, tiada data yang pasti kerana ramai yang tidak mahu mengaku mereka dapat kecederaan dari hubungan seks.

5 kecederaan ketika seks yang boleh terjadi.

1. Zakar patah

Zakar tidak patah seperti kayu terpatah 2 kerana zakar tidak memiliki tulang. Tapi, di dalam zakar ada pembuluh darah berongga.

Apabila zakar patah, rongga berisi pembuluh darah keluar melalui laluan yang tidak sepatutnya. Ia boleh terjadi apabila zakar mengeras dalam keadaan bengkok secara tiba-tiba.

Keadaan ini disebabkan oleh gerakan seksual yang terlalu bersemangat semasa di dalam posisi woman on top atau doggy style.

Jika anda mendengar bunyi retakan atau suami menunjukkan rasa sakit semasa melakukan hubungan seks, hentikan aktiviti anda dan tekan zakar suami dengan ais untuk mengurangkan bengkak dan sakit.

Jika sakit tidak berkurangan, segera berjumpa doktor.

2. Faraj terkoyak

Faraj terkoyak ketika melakukan seks menyebabkan rasa sakit dan pendarahan yang boleh berlakunya jangkitan.

Faraj terkoyak terjadi akibat faraj tidak mengeluarkan pelincir yang cukup dan tidak menggunakan pelincir seks.

Untuk mencegah faraj terkoyak, pastikan anda mengeluarkan pelincir yang cukup sebelum suami memasukkan zakarnya.

Jika faraj terlalu kering dan tidak boleh mengeluarkan pelincir yang cukup, anda boleh menggunakan pelincir yang dijual di pasaran.

3. Serviks lebam

Punca serviks lebam selepas hubungan intim adalah kerana penetrasi yang terlalu dalam akibat seks yang terlalu kuat dan bersemangat. Risiko terjadinya sekviks lebam adalah bergantung kepada anatomi tubuh suami dan isteri.

Jika zakar suami besar dan saluran faraj anda sempit, maka serviks lebam boleh terjadi. Kesannya sangat menyakitkan.

Jika sakit yang anda alami tidak reda, anda perlu segera rujuk kepada doktor.

4. Kekejangan

Hubungan seksual menggunakan tenaga yang banyak jadi, tidak hairan jika anda merasa kejang di bahagian peha atau betis semasa atau selepas melakukan seks. Jika dianggap remeh, kejang ini boleh menyebabkan sakit yang luar biasa.

Untuk mengelakkan kekejangan, cuba tukar posisi seks sebanyak yang mungkin supaya badan anda tidak berada dalam posisi yang sama terlalu lama.

5. Sakit di bahagian faraj

Antara cedera seks yang biasa adalah sakit di bahagian faraj selepas melakukan hubungan intim. Tapi rasa sakit ini boleh sembuh dengan sendiri.

Jika terasa sakit di bahagian faraj, aktiviti seks perlu dihentikan untuk meredakan sakit dengan cepat.

Makan ubat tahan sakit juga dapat membantu meredakan sakit tersebut. Selain itu anda boleh cuba mandi air suam dan menekan kain yang dicelup air suam ke faraj.

Mencegah Cedera Ketika Seks

Kunci untuk mencegah cedera ketika seks adalah berhati-hati. Pastikan faraj anda basah dengan baik sebelum penetrasi.

Melakukan hubungan seks secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru juga boleh mengurangkan risiko cedera ketika seks.

Pastikan anda relax dan dalam keadaan tenang semasa melakukan hubungan intim supaya anda dan pasangan dapat menikmati momen tersebut.

Jika anda selalu sakit semasa melakukan seks, bincang dengan doktor anda supaya anda dapat mengatasi masalah ini.

Seks seharusnya menjadi aktiviti yang menyenangkan bagi kedua belah pihak, jika salah seorang dari anda tidak merasa selesa, beritahu pasangan anda.

Jika anda simpan sendiri, ia boleh menjadi masalah pada masa hadapan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: theasianparent

Bahaya Penyakit Skizofrenia, Gangguan Mental Yang Kronik Namun Boleh Disembuhkan

Bahaya Penyakit Skizofrenia, Gangguan Mental Yang Kronik Namun Boleh Disembuhkan

Penyakit skizofrenia (Schizophrenia) dikategorikan sebagai gangguan mental kronik yang menyebabkan perubahan dalam tingkah laku, pemikiran, ingatan, pertuturan, pemikiran dan juga pergerakan, berbeza dengan anxiety dan kemurungan.

Penyakit Skizofrenia
Gambar hiasan.

Penyakit ini menyebabkan perubahan ketara dalam keupayaan individu untuk berfungsi dengan baik dalam hubungan sosial dan pekerjaan.

Gejala

Pesakit sering mendengar suara halus dan fikiran tidak mampu berfikir secara waras apabila sering mencederakan diri dan cuba membunuh diri.

Ia bermula apabila sering mengalami kemurungan, rasa tidak yakin pada diri sendiri dan mula mengasingkan diri daripada keluarga serta masyarakat.

1. Gangguan Pemikiran (Delusi)

Satu kepercayaan yang kuat tetapi palsu yang tidak dapat digugat oleh pendapat yang waras.

Contohnya percaya bahawa orang lain berpakat untuk berbuat jahat kepadanya, percaya bahawa fikiran dan kelakuannya dikawal oleh makhluk luar seperti jin, hantu atau keramat, percaya bahawa ia mempunyai kuasa yang istimewa dan luar biasa.

Sukar untuk menumpukan, membentuk dan mengekalkan arus pemikiran. Pertuturan sukar difahami dan tidak berkaitan dengan soalan

2. Gangguan persepsi (Halusinasi)

Persepsi yang salah. Contoh: Mendengar bisikan halus, suara-suara ghaib bercakap kepadanya atau bercakap sesama sendiri atau membuat ulasan terhadap apa yang dilakukannya sedangkan suara itu tidak didengari oleh orang lain.

3. Gangguan tingkah laku

Perangai yang pelik dan sering berubah-ubah. Kurang berupaya untuk melakukan aktiviti harian dengan baik. Menjauhkan diri dari berinteraksi dengan masyarakat (suka menyendiri).

Komplikasi

Ia menjejaskan seluruh kehidupan pesakit daripada hubungan dengan keluarga dan rakan hinggalah pekerjaannya.

Malangnya, penyakit ini biasanya bermula pada lewat remaja dan awal dewasa iaitu semasa fasa yang paling kritikal dalam kitaran hidup seseorang individu.

Ini adalah fasa apabila individu menamatkan pendidikan menengah atau tinggi mereka, mendapatkan pekerjaan, membentuk hubungan, berkahwin dan memulakan keluarga.

Oleh itu, skizofrenia menyebabkan kerugian terkumpul yang besar kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Kemurungan

Gejala kemurungan dikenal pasti wujud bersama skizofrenia. Kelaziman kemurungan dalam kalangan pesakit skizofrenia dilaporkan berbeza-beza antara 60 peratus pada pesakit yang baru dikenal pasti dan 50 peratus dalam pesakit lebih kronik.

Individu biasanya melalui 'fasa prodromal' penyakit sebelum episod pertama skiozofrenia berlaku.

Semasa fasa prodromal ini, individu mengalami rasa rendah diri, rasa diri terganggu, imej diri terganggu dan mula mengalami halusinasi fana dan wasangka.

Kemurungan dan kebimbangan bermula pada fasa ini, yang diburukkan lagi oleh rasa rendah diri dan imej diri terganggu, mungkin membawa kepada pemikiran dan cubaan membunuh diri.

Gejala kebimbangan sering menunjukkan kebimbangan sosial yang memburukkan pengasingan sosial mereka.

Gejala ini sudah bermula sebelum fasa akut sebenar penyakit bermula. Mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan, pesakit mula menyalahgunakan dadah sebagai cara menangani pelbagai gejala.

Semasa fasa akut skizofrenia, halusinasi dan khayalan merosakkan individu. Dengan persepsi, deria dan rasa realiti mereka diambil alih oleh penyakit ini, pesakit keliru, takut dan kehilangan keupayaan untuk sebab atau memahami apa yang berlaku kepada mereka.

Gejala kemurungan hadir dan halusinasi mengarahkan individu untuk mencederakan dirinya sendiri.

Semasa fasa ini yang kebanyakan keluarga berjaya membawa individu ke hospital dan proses penyiasatan dan diagnostik bermula.

Selepas rawatan biasanya berjaya dengan ubat antipsikotik, individu dibenarkan pulang untuk pulih.

Semasa fasa pasca-pelepasan, individu mempunyai risiko paling tinggi untuk membunuh diri. Ini kerana, selepas diberitahu mengalami skizofrenia, mereka mengalami tekanan dan kemusnahan diri.

Dengan pelbagai maklumat salah mengenai penyakit, individu dan ahli keluarga boleh memilih jalan salah dengan memberhentikan ubatan dan rawatan susulan sebelum waktunya. Kunjungan ke pengamal perubatan alternatif, jika tidak berlaku, akan terjadi.

Terapi alternatif didapati dapat membantu dalam kebanyakan masyarakat, namun ubat dan rawatan susulan yang telah disediakan pihak hospital tetap perlu dipatuhi.

Pengamal perubatan alternatif sering memberi 'model boleh diterima' mengenai penyakit itu. Oleh itu, lebih mudah untuk pesakit dan ahli keluarga menerima model budaya penyakit mental, contohnya jika ia disebabkan oleh jin atau ilmu hitam.

Banyak pengamal perubatan tradisional di Malaysia sebenarnya menggalakkan individu untuk meneruskan ubat anti-psikotik mereka.

Bagaimanapun, terdapat segelintir daripadanya yang tidak bertanggungjawab memanipulasi dari segi kewangan keluarga pesakit yang sedia terdesak.

Semasa fasa kronik penyakit, pesakit skizofrenia mula menunjukkan gejala negatif penyakit antaranya kehilangan motivasi, pengabaian diri daripada sikap acuh tak acuh, pemikiran kosong dan terus mengasingkan diri.

Mereka perlu berdepan stigma yang mana mereka berasa dipulaukan oleh masyarakat. Mereka juga tidak dapat bekerja dan mendapat gaji yang memburukkan lagi perasaan rendah diri.

Pengasingan sosial memburukkan stigma. Kemurungan semasa fasa kronik sering tidak dikenal pasti atau dijelaskan sebagai 'tanda kronik' daripada skizofrenia. Cubaan bunuh diri boleh berlaku dalam tempoh ini.

Bagaimana skizofrenia dapat dirawat?

Rawatan adalah pelbagai dimensi. Penilaian psikososial dilakukan dan ubatan anti-psikotik yang ditetapkan jika skizofrenia disahkan.

Ubatan ini, jika diambil sebagaimana yang ditetapkan, bukan saja berkesan tetapi penting untuk membuang semua halusinasi auditori dan menyelesaikan psikosis.

Terapi psikososial dan pekerjaan akan diperlukan untuk membantu pesakit menjadi berfungsi semula.

Aktiviti seharian yang mudah dipantau untuk memastikan bahawa penjagaan diri tidak diabaikan.

Gejala seperti kurang motivasi dan pengasingan sosial adalah lebih sukar dirawat. Pesakit dengan kemurungan teruk yang diberi ubat antidepresan untuk membantu mereka mengawalnya.

Jika kemurungan tidak dirawat, kecenderungan membunuh diri pasti mencetuskan kebimbangan.

Adakah pesakit skizofrenia boleh menikmati hidup normal semula?

Skizofrenia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan berterusan dan sokongan diperlukan.

Secara umumnya, statistik menunjukkan bahawa kira-kira 20 ke 30 peratus pesakit boleh kembali bekerja dalam persekitaran yang terlindung yang mana majikan menyedari kecacatan mereka dan memberi elaun untuk keperluan mereka seperti kemasukan hospital.

Ramai rakyat Malaysia yang penyayang dan mengambil mereka bekerja. Begitu juga, banyak sekolah dan universiti begitu menyokong dalam memberikan kaunseling dan galakan untuk membantu pelajar menghadapi kemurungan dan rawatan mereka.

Pelajar dibenarkan untuk melengkapkan kursus mengikut kemampuan atau untuk memilih kursus yang mempunyai beban kerja yang lebih ringan.

Apa yang boleh ahli keluarga lakukan untuk membantu?

Amat penting ahli keluarga belajar melakukannya dengan cara yang betul. Pakar psikiatri dan pakar terapi psiko boleh memberi nasihat kepada ahli keluarga cara mereka boleh membantu pesakit berdepan kehidupan seharian mereka.

Pesakit cenderung untuk berasa tertekan, oleh itu, pembabitan dan perlindungan berlebihan mungkin membuat mereka tertekan. Sebaliknya, jangan abaikan pesakit dan cari cara yang seimbang untuk membantu dan mengambil berat.

Banyak hospital utama mempunyai kumpulan sokongan untuk ahli keluarga kerana terdapat pembelajaran dalam menangani penyakit ini.

Pencegahan

Orang yang mempunyai sejarah keluarga skizofrenia, serta penyakit mental lain disyorkan untuk mengambil langkah mengurangkan risiko mereka dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan mempunyai pandangan yang positif terhadap kehidupan.

Kurangkan tekanan mental dengan mengoptimumkan diet, senaman yang betul, berdisiplin dan mengelak daripada mengambil bahan terlarang.

Kekalkan keluarga yang sihat dan mempunyai hubungan baik dengan ahli keluarga yang mana sesiapa sahaja boleh menyatakan perasaan mereka, berkongsi masalah peribadi, dan mencari penyelesaian.

Meditasi, yoga dan teknik mengurangkan tekanan lain sering digambarkan sebagai penemuan baru tetapi ia sebenarnya kaedah kuno masyarakat Timur yang membantu seseorang menghadapi tekanan.

Bagi mereka yang disahkan menghidap skizofrenia, dengan rawatan yang betul dan sokongan yang berterusan, mereka boleh kembali kepada fungsi normal, tetapi dalam persekitaran yang terlindung. Terdapat banyak jenis bantuan disediakan termasuk latihan pekerjaan.

Penjagaan dan kasih sayang orang sekeliling pasti boleh menggalakkan pesakit skizofrenia untuk menjadi berfungsi sebagai ahli masyarakat.

Sentiasa mendengar dan mempunyai empati untuk mereka supaya mereka tahu bahawa hidup mereka masih bernilai.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Tealive: Jenama Bubble Tea Dari Malaysia

Tealive: Jenama Bubble Tea Dari Malaysia

Tealive adalah salah satu jenama bubble tea paling terkenal di Malaysia dengan tawaran keahlian dan pelbagai menu baharu yang menarik untuk dicuba, menjadikan jenama ini sebagai pilihan ramai rakyat Malaysia, walaupun pakar ada menyatakan bahawa, peminat bubblea tea ada masalah keyakinan diri.

Tealive malaysia

Tahukah anda semua bahawa Tealive, yang pada mulanya menjual bubble tea dari jenama Chatime, ditubuhkan selepas diarahkan untuk menutup operasi oleh mahkamah Malaysia!

Dan mungkin ramai tidak tahu bahawa, Chatime tidak pernah bertukar nama kepada Tealive, sebaliknya dua jenama ini adalah entiti berbeza dan tidak mempu­nyai kaitan.

Chatime sudah memasuki Malaysia sejak tahun 2011, manakala Tealive diperkenalkan pada Februari 2017, susulan kontrak sebagai pemegang francais di Malaysia ditamatkan oleh pemilik jenama Chatime.

Chatime di Malaysia

Pada tahun 2010 yang lalu, francais pertama Chatime telah dibuka yang terletak di Pavilion, dan Loob Holding telah menandatangani perjanjian jangka panjang dengan La Kaffa, syarikat pemegang hakcipta jenama ini untuk membuka cawangan di Malaysia.

Beberapa tahun kemudian, konsep minuman bubble tea yang dibawa oleh Chatime semakin mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia, dan pada tahun 2016 sahaja, terdapat kira-kira 145 cawangan Chatime diseluruh negara.

Loob Holding Ditamatkan Kontrak

Pada Januari 2017, La Kaffa sebagai pemilik jenama Chatime telah membuat pengumuman tentang penamatan Loob Holding sebagai pemegang lesen francais utama di Malaysia.

Perkara ini semestinya telah mengejutkan Loob Holding, memandangkan mereka masih mempunyai kontrak yang berbaki 20 tahun.

Apabila penamatan kontrak ini diumumkan, maka bermulalah beberapa siri tuduh menuduh antara kedua pihak, yang diketahui umum melalui pengumuman yang dibuat.

Pembukaan Tealive

Setelah penamatan kontrak sebagai pemegang lesen francais utama Chatime, Loob Holding telah membuka perniagaan mirip Chatime yang diberi nama Tealive pada bulan Februari 2017.

Tealive juga bertindak agresif dengan membuat pelaburan besar bagi menjenamakan semula 161 cawangan Chatime kepada Tealive.

Walau bagaimanapun, pembukaan Tealive ini dikatakan melanggar perjanjian kerana jenis dan produk yang hampir sama.

Ini kerana terdapat satu perenggan yang menyatakan Loob Holding tidak boleh membuka perniagaan yang mirip atau menjadi pesaing kepada Chatime dalam tempoh masa tertentu selepas kontrak mereka tamat.

La Kaffa juga menuduh Loob Holding menggunakan segala aset dan dokumen Chatime kerana penjenamaan semula hampir kesemua cawangan Chatime kepada Tealive dilakukan dalam masa yang begitu singkat.

Pertikaian antara Loob Holding dan La Kaffa kemudiannya bermula pada awal Disember 2016, dengan beberapa siri pendakwaan telah dijalankan dan pada 27 Jun 2018, Mahkamah Rayuan telah mengeluarkan arahan penutupan kesemua cawangan Tealive di Malaysia, namun kemudiannya dibenarkan untuk beroperasi sehingga kes selesai.

Chatime vs Tealive

Tealive vs Chatime

Pada bulan Ogos 2018, Loob Holding dan La Kaffa, akhirnya mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan pertikaian mengenai 'Chatime' di luar mahkamah.

Dalam satu perjanjian penyelesaian yang dibuat, kedua-dua pihak bersetuju untuk menarik balik semua prosiding mahkamah dan timbang tara di Singapura.

Dalam kenyataan bersama, penyelesaian itu tidak dianggap oleh mana-mana pihak sebagai pengakuan sebarang tuduhan dan liabiliti.

Semua pihak telah mencapai persetujuan dalam menyelesaikan sebarang pertikaian, yang mana keputusan itu dibuat bagi menghentikan semua prosiding mahkamah atau tindakan penguatkuasaan lain terhadap satu sama lain.

Kedua-dua pihak juga bersetuju bahawa semua terma lain akan kekal sebagai peribadi dan sulit.

Senarai minuman Tealive yang perlu dicuba:

1. Bang Bang Coffee

Bagi anda yang menggemari minuman dengan rasa kopi yang agak kuat, anda patut mencuba Bang Bang Coffee.

Sama seperti minuman lain, Bang Bang Coffee boleh didapati dalam 2 saiz iaitu Regular dan Large.

Akan tetapi, harus diingatkan bahawa jenis pemanis dan topping rangkaian minuman Bang Bang adalah ditetapkan dan tidak boleh ditambah topping yang lain.

2. Signature Milk Tea

Tidak sah rasanya jika tidak mencuba minuman signature untuk semua jenama minuman bubble tea.

Di Tealive, salah satu menu yang sangat direkomendasikan ialah Signature Milk Tea. Tambah topping black diamond untuk rasa yang lebih sedap.

3. Cocoa Mocha

Minuman ini menjadi salah satu minuman yang boleh dinikmati secara panas untuk menikmati lebih rasa kopi yang dibru, koko dan susu segar yang menambahkan lagi keenakan minuman ini.

4. Bang Bang Milk Tea

Sama seperti syarat Bang Bang Coffee paras kemanisan brown sugar, ais dan topping tidak boleh diubah.

Sangat direkomendasikan bagi anda yang ingin mencuba variasi minuman Bang Bang.

5. Bang Bang Fresh Milk

Menjadi salah satu minuman kegemaran ramai, Bang Bang Fresh Milk menjanjikan rasa kombinasi brown sugar, susu dan pearls yang pasti membuatkan anda terpikat. Sangat direkomendasikan buat anda yang gemar akan rasa susu.

6. Strawberry Pudding Smoothie

Bagi anda yang menginginkan sedikit perbezaan, anda boleh mencuba Strawberry Pudding Smoothie.

Bagi anda yang kurang gemar dengan minuman manis, ini antara minuman yang patut anda cuba kerana ia akan menggunakan ukuran gula paling minimum untuk saiz Large.

7. Hazelnut Latte

Jika anda tidak terlalu suka rasa manis gula seperti minuman lain, anda boleh mencuba Hazelnut Latte. Rasa manis untuk minuman ini datang daripada rasa hazelnut itu sendiri.

8. Mango Passion Smoothie

Apa kata sekali sekala anda cuba pula rangkaian smoothie yang ditawarkan di Tealive. Mango Passion Smoothie ialah antara minuman yang paling direkomendasikan. Untuk topping pula, terpulang kepada anda untuk memilih mengikut kesesuaian selera masing-masing.

Mana satu minuman kegemaran anda?

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2 | 3

Wednesday, February 26, 2020

Misteri Meriam Keramat Segamat

Misteri Meriam Keramat Segamat

Bunyi dentuman kuat yang mengejutkan dan mencetuskan tanda tanya dikalangan penduduk terutamanya kawasan perkampungan di Segamat, terus kekal misteri dan ada yang mendakwa ia adalah petanda banjir besar akan berlaku.

Meriam Segamat

Seorang penduduk Kampung Jawa, Segamat berkata, ketika berada di rumahnya sekitar 9.30 malam, dia terdengar dentuman kuat yang tidak diketahui puncanya.

Bunyi berturutan didengari itu seolah-olah letupan meriam, tetapi sudah pasti bukan letupan dari kuari kerana kedudukan kuari jauh dari situ.

Tidak mungkin bunyi letupan itu daripada aktiviti meletup batu kerana ia hanya dibenarkan pada waktu siang sahaja.

Cuaca pada masa itu juga baik dan mustahil untuk mengaitkannya dengan dentuman guruh atau petir.

Meriam Misteri

Kisah meriam misteri di daerah Segamat yang dikatakan akan meletup sendiri sebelum banjir melanda turut dikaitkan dan diceritakan sejak turun temurun.

Orang lama Segamat tentunya arif dengan kisah bunyi letupan meriam misteri itu dan sekiranya meriam itu meletup, mereka bersiap sedia kerana ia petanda banjir bakal melanda dan kebetulan ia berlaku pada 2006.

Kisah bunyi letupan meriam sebagai petanda awal banjir adalah berdasarkan cerita mulut ke mulut oleh generasi waris keluarga terdahulu.

Mitos Meriam Lama

Meriam Bendahara Tepuk
Meriam dipercayai milik Bendahara Tepuk ditemui pada bulan Disember 1981.

Cerita mengenai Bendahara Tepok atau juga dikenali sebagai Bendahara Lubok Batu tidak asing lagi bagi warga Segamat namun misteri cerita dan mitos sentiasa menjadi bualan sehingga kini.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa meriam yang dijumpai pada tahun 80an di bawah tapak Masjid Makam Lubok Batu kini dijaga dan disimpan rapi oleh pihak Muzium Melaka.

Apabila kita menceritakan tentang meriam keramat tersebut secara tidak langsung hal ini berkaitan tentang sejarah Masjid Makam Lubok Batu dan kisah sejarah Bendahara Tepok.

Masjid Makam Lubok Batu ini asalnya adalah pondok singgah untuk berteduh dan berehat bagi penziarah makam tersebut.

Penduduk kampung mempercayai pondok itu didirikan oleh pengikut-pengikut Bendahara Tepok.

Sebelum tahun 1918, orang-orang luar yang menyusur atau memudik sungai Segamat akan bersolat di Masjid Tebing Sungai di Pengkalan Esah.

Sebagaimana yang diceritakan oleh Allahyarham Tuan Haji Yahya Bin Kubu, Ahli Pakar Sejarah Tempatan, bahawa Tuan Haji Ibrahim Bin Kindang, Imam Masjid Teluk Belanga telah balik sementara ke Kampung Lubok Batu lalu mencadangkan supaya dibina sebuah surau untuk penduduk Kampung Lubok Batu.

Dengan terbinanya surau itu, Tuan Haji Dasil bin Mahmud telah dilantik menjadi imamnya, manakala bilal disandang oleh A. Bakar Bin Sudin.

Sekitar tahun 20an, Sungai Segamat masih menjadi laluan penting bagi orang-orang luar datang ke Segamat.

Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti perniagaan telah bertambah pesat kerana wujudnya "Pasar Tepi Sungai" di Pengkalan Lubok Batu.

Kemudian, surau itu diserahkan sebagai wakaf oleh Sultan Ibrahim dan tiada sesiapa yang berani merobohkan surau tersebut kerana surau itu dijaga oleh Istana Johor.

Pada tahun 1928, atas usaha Mohd Tap, Pegawai Daerah Segamat ketika itu, sebuah surau baru dari binaan batu yang pelan tapak dan reka bentuknya diambil dari Kota Tinggi telah dibina setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Ibrahim Al-Marhum Sultan Johor.

Semasa pengubahsuaian surau tersebut, jemaah surau telah menemui sebuah meriam lama yang diperbuat daripada batu berukuran empat kaki panjang yang tertanam dibawah mimbar masjid serta peluru-peluru diperbuat daripada batu (buat masa ini penulis masih tidak ketahui dimana simpannya meriam yang dijumpai pada tahun 1930).

Hal ini menyebabkan wujudnya mitos meriam keramat tersebut oleh orang-orang kampung.

Bah Merah

Sebelum meriam itu dijumpai, cerita-cerita mengenai meriam keramat tersebut sudah lama menjadi bualan cerita rakyat daerah Segamat khususnya penduduk Kampung Lubok Batu.

Ini kerana pada tahun 1926, banjir besar telah melanda daerah Segamat yang dikenali sebagai Bah Merah 1926.

Banjir itu telah menyebabkan harta benda dan nyawa terkorban, menyebabkan sungai Segamat menjadi lengang dan tidak berfungsi lagi sebagai laluan orang-orang luar datang ke sana.

Menurut orang-orang tua, terdapat beberapa petanda sebelum berlakunya banjir besar itu, antaranya orang-orang kampung akan terdengar bunyi tembakan meriam tiga hari berturut-turut pada waktu Asar (kononnya bunyi meriam keramat).

Meriam Masjid Lubok Batu
Meriam yang dijumpai di Masjid Lubok Batu pada bulan Mac 1979.

Pada tahun 1943, ketika penjajahan Jepun, surau tersebut dinaiktaraf kepada masjid, yang dirasmikan oleh Tuan Syed Ahmad Bin Syed Abdullah Al-Habshee, Kadi Daerah Segamat.

Pegawai-pegawai pula telah bertukar dan digantikan oleh Tuan Haji Ibrahim Bin Kindang sebagai Imam manakala Tuan Haji Abdul Samad bin Haji Karim sebagai bilal.

Ketika perasmian itulah nama masjid itu diberi nama Masjid Makam Lubok Batu.

Pada bulan Mac 1977, YB Dato Haji Ahmad Bin Arshad didalam ucapannya sebagai Pengerusi Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan Gemereh, telah memohon dana bagi peruntukan membangunkan semula Masjid Makam Lubok Batu kerana penduduk Kampung Lubok Batu telah bertambah ramai dan masjid tersebut tidak dapat lagi menampung jemaah sedia ada.

Permohonan beliau telah dipersetujui oleh YAB Dato Haji Othman Bin Saat, Menteri Besar Johor pada ketika itu dalam ucapan balasnya pada hari perasmian Sambutan Jubli Emas sekolah tersebut.

Pada awal tahun 1980 masjid lama dirobohkan dan dibina bangunan masjid yang baharu.

Sekali lagi berita mengenai meriam keramat tersebut menggempar dan mengejutkan penduduk Kampung Lubok Batu setelah hampir 50 tahun berlalu mitos meriam lama dijumpai.

Setelah hampir keseluruhan masjid dirobohkan, ahli jemaah masjid menjumpai sebuah lagi meriam pada bulan Disember 1981.

Meriam tersebut dipercayai sebahagian daripada senjata Bendahara Tepok serta pengikut-pengikutnya ketika menentang Portugis.

Sejak puluhan tahun lagi penduduk Kampung Berata, Jalan Temenggong, Kampung Paya Dalam dan Taman Bendahara seringkali mendengar bunyi meriam berdentum sebelum turunnya hujan lebat dan banjir.

Hampir keseluruhan penduduk telah mendengar tembakan meriam keramat tersebut yang dahulu hanya dipercayai mitos semata-mata, kini menjadi bualan cerita benar rakyat daerah Segamat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

SBDJ Siri 126: Tubuh Di Awang-awangan

SBDJ Siri 126: Tubuh Di Awang-awangan

"Tak mengapa." Datuk tercegat di depan saya dengan wajah yang damai. Kemudian telapak tangan kirinya bercantum dengan telapak tangan kanan saya.

Toyol jadi-jadian

"Pegang kuat-kuat," katanya.

Saya patuhi arahan yang diluahkan oleh Datuk. Waktu saya kerahkan seluruh kekuatan untuk berpaut pada tangan kanannya, saya terasa sekujur tubuh seperti terangkat, memisahkan sepasang kaki dengan pasir dalam jarak setinggi kira-kira empat kaki. Seluruh tubuh terawang-awangan di udara.

"Aduuuuhhh!" itu yang keluar dari kelopak bibir saya.

Daging punggung terasa sakit dan pedih bila Datuk mendudukkan saya dengan keras dan kasar. Seluruh isi perut terasa bergegar.

Dari pangkal belikat hingga ke pangkat paha terasa keras seketika. Seluruh sendi terasa lemah. Lebih dari lima minit saya duduk termangu di dada pasir.

Bila saya rasa kekuatan tenaga sudah pulih kembali, cepat-cepat saya bangun. Berdiri merenung ke arah Khoja Lisut yang sudah berjaya mengeluarkan tangan kanannya.

"Tamar, ikut aku."

"Ke mana tuk?" soal saya lemah.

"Keluarkan Khoja dari pasir."

Saya segera mengekori langkah Datuk, berdiri di sebelah kiri Khoja Lisut dan Datuk berdiri di sebelah kanan Khoja Lisut.

Khoja Lisut segera menetap wajah saya dan Datuk silih berganti. Rasa cemas terpamer di wajahnya.

"Serentak kita tarik tangannya, Tamar."

Arahan Datuk itu saya balas dengan menganggukkan kepala.

Setelah Datuk kenyitkan mata saya terus menyambar tangan kanan Khoja Lisut. Datuk juga berbuat seperti apa yang saya lakukan.

"Heret ke sungai," arahan Datuk saya terima.

Khoja Lisut kami tarik atas pasir, suara jeritannya menguasai seluruh kawasan. Datuk tidak ambil kisah dengan jeritan itu. Khoja Lisut diheret hingga ke gigi sungai.

"Kita humbankan ke dalam lubuk."

Saya jegilkan biji mata ke arah Datuk dengan seribu persoalan. Sukar untuk saya mematuhi cakapnya.

Kalau dicampakkan ke lubuk, bererti Khoja Lisut akan jadi makanan buaya.

Apa Datuk sudah gila? Kulit dahi segera saya kerutkan.

"Ke lubuk tuk?"

"Ya."

"Buaya tuk."

"Itu urusan aku," sahut Datuk dengan wajah yang masam.

Dia segera menyuruh saya berubah tempat. Saya disuruh memegang sepasang kaki Khoja Lisut dan Datuk memegang sepasang tangan lelaki yang masih mengerang kesakitan.

"Kita hayun tiga kali, masuk hayun keempat kita lepaskan ke lubuk, kamu faham cakap aku Tamar!"

"Bagus, jangan banyak tanya lagi tau."

"Iya tuk."

"Hayun satu, hayun dua, hayun tiga, hayun empat lepaskan Tamar."

"Bedebummmmmm.."

Sekujur tubuh jatuh di permukaan lubuk. Gelombang dan alun air sungai berlarian ke tepian.

Khoja Lisut menjerit meminta tolong, terkapai-kapai mengimbangi tubuh supaya tidak tenggelam.

Di saat Khoja Lisut terkapai-kapai itu penghuni lubuk (buaya) menimbulkan diri di sisinya. Jeritan Khoja Lisut bertambah kuat.

Dengan sedaya upaya saya lihat Khoja Lisut berusaha menjauhkan dirinya dari buaya tersebut. Dia cuba berenang ke tepian.

"Kamu lihat dia sudah boleh menggerakkan ke dua kaki dan tangannya," bisik Datuk pada saya. Tidak dapat saya nafikan kebenaran dari kata-kata Datuk itu.

"Saya takut dia jadi habuan buaya tuk!"

"Tidak, nanti aku ikhtiar untuk menyelamatkannya," balas Datuk sambil matanya merenung ke arah buaya yang muka mempamerkan keganasannya untuk mengorbankan Khoja Lisut.

Si buaya mula membuka mulut, ekornya terus memukul permukaan sungai. Khoja Lisut kelihatan tenggelam timbul dalam riak dan alun air tersebut.

Dia kelihatan tercungap-cungap seperti berada dalam keadaan kelemasan. Buaya yang berada di permukaan air terus menyelam ke dasar lubuk.

"Buaya tu menyelam untuk menjulang Khoja," Datuk renung ke arah saya.

Dia nampak gusar sekali. Khoja Lisut tetap terkapai-kapai, saya melagakan gigi atas dengan bawah beberapa kali.

Saya harap Datuk dapat melakukan sesuatu supaya Khoja Lisut tidak jadi korban buaya.

"Hum.." Datuk mendengus.

"Tuk mahu menolongnya?"

Datuk membisu, tidak mahu menjawab pertanyaan saya. Dia terus duduk bersila atas pasir dengan kedua belah lengannya berada atas tempurung lutut.

Datuk menahan nafas, kedua belah kelopak bibirnya bergerak-gerak. Ternyata Datuk sedang membaca sesuatu untuk menyelamatkan Khoja Lisut. Saya gembira dengan tindakan itu.

"Huuuupppp.."

Kedua belah telapak tangan Datuk memukul pasir. Dia terus bangun, bergerak bagaikan robot menuju ke sungai. Berdiri di tengah arus sungai dengan kedua belah tangannya mencekak pinggang.

Datuk bongkokkan badan (kedua belah tangan masih di pinggang) hingga seluruh mukanya terkena air sungai yang mengalir.

GIGI

Dari gigi sungai saya perhatikan gerak geri Datuk itu. Tiga kali dia membongkok dan tiga kali juga air sungai membasahi wajahnya. Selesai saja perkara itu dilakukan, Datuk tetap berdiri di situ sambil mendepangkan kedua belah tangannya.

"Terkunci mulutmu dari membinasakan anak Adam, patuhilah engkau dengan hukuman aku," selesai saja Datuk bersuara dia segera menjentik permukaan air dengan jari telunjuk tiga kali berturut-turut.

Perlahan-lahan Datuk memusingkan badannya ke arah saya. Dia menggamit saya agar mendekatinya. Permintaannya saya penuhi.

"Kamu pergi dekat Khoja, tarik dia ke tepi."

"Tapi tuk?"

"Tak ada tapinya, buat sekarang."

Dengan rasa gementar saya segera mengharungi sungai mendekati Khoja Lisut yang terkapai-kapai, saya hulurkan tangan ke arahnya.

Tanpa diduga, buaya menimbulkan badannya di sebelah kanan saya. Sepasang kaki saya jadi lemah, tidak mampu berdiri dan mengharungi air sungai.

Saya batalkan niat untuk menolong Khoja Lisut. Saya berpatah balik ke tepi sungai.

"Tuk tolong saya, buaya tuk."

"Kalau kamu patah balik, aku cekik kamu sampai mampus, pergi tolong Khoja, pergi."

Saya tidak ada pilihan, kalau rapat ke tepi bencana menanti. Kalau tolong Khoja, saya pasti jadi umpan buaya.

Dari mati kena cekik, lebih baik mati di mulut buaya. Sebelum saya jadi habuannya, saya pasti menentangnya.

Kalau nasib baik, saya mampu menewaskannya. Saya mara ke tengah sungai semula.

"Ke mari, kamu sudah aku takluki. Mulut kamu terkatup rapat, kekuatan kamu jadi lemah. Kamu hanya mendengar cakap aku saja, sekarang kamu ke mari duduk dan jemurkan badan kamu di pasir," pada mulanya saya rasa cemas dan takut mendengar kata-kata Datuk itu.

Tetapi setelah mengetahui yang kata-kata itu ditujukan kepada buaya. Rasa takut dan cemas segera hilang dari bersarang di sanubari saya.

Buaya yang terapung di sebelah kanan saya segera menuju ke tepian. Merangkak atas pasir lalu berhenti depan Datuk.

"Kamu duduk dia di sini," tutur Datuk.

Buaya itu menggerakkan hujung ekornya perlahan-lahan, seolah-olah mengerti dengan apa yang Datuk ucapkan.

Datuk pun meletakkan kaki kirinya ke kepala buaya sebentar. Kemudian Datuk terjun ke sungai lalu menolong saya mengheret Khoja Lisut ke tepian.

Khoja Lisut terus di baring atas pasir. Datuk melurutkan kakinya dengan daun keladi sebanyak tiga kali.

Bila kerja itu selesai, Khoja Lisut dicampakkan ke lubuk buaya sebanyak tiga kali berturut.

Bila Khoja Lisut tidak bermaya, barulah Datuk memikulnya ke pondok pisang sesikat. Dibaringkan atas pucuk pisang. Khoja Lisut terkapar pengsan di situ.

"Sekarang kau ikut aku, bawa gayung upih,” Datuk bersuara tenang.

Saya segera mencapai gayung upih dan terus mengekori langkah Datuk menuju ke tempat buaya tersadai.

Sebaik saja sampai ke tempat itu, tanpa sepatah kata pun Datuk segera mengambil kayu di tangan saya.

"Nak buat apa tuk?"

"Aku nampak air liur buaya," segera saya beliakkan biji mata.

Datuk segera membuka mulut buaya luas-luas, kemudian dikatupnya kembali, rapat, air liurnya meleleh di kiri kanan, Datuk terus mengambilnya dengan menggunakan gayung dari upih.

"Tunggu, sekejap lagi kamu aku bebaskan," Datuk tatap mata buaya yang kelopaknya bergerak lemah.

Datuk ambil sejemput pasir yang berada di bawah perut buaya lalu digaulkan dengan air liur buaya.

"Mari balik ke dangau."

"Jum.." balas saya pendek.

Kami pun melangkah menuju ke pondok pisang sesikat. Tanpa membuang masa Datuk terus menggosok seluruh badan (termasuk bibir dan telinga) Khoja Lisut dengan air liur buaya.

"Ehhhhh..."

Suara Khoja Lisut mendatar. Dia membuka mata merenung muka saya dan Datuk.

"Berapa lama lagi saya begini?"

Datuk enggan menjawab pertanyaan itu. Dengan berbisik Datuk mengarahkan saya supaya mengambil bungkusan berbalut kain hitam. Cakapnya segera saya patuhi. Bungkusan itu saya serahkan pada Datuk lalu dibukanya. Tujuh biji putik manggis tergolek di depan mata saya.

"Kamu tumbuk sampai hancur."

Sebiji putik manggis Datuk serahkan pada saya. Tanpa membuang masa lagi, putik manggis itu saya tumbuk dengan batu sungai hingga hancur.

"Nah tuk."

Sebelum menerimanya, Datuk melihat terlebih dahulu putik manggis hancur yang saya taruhkan dalam piring kecil. Datuk senyum, dia puas hati dengan kerja saya itu.

"Sumbatkan ke dalam mulutnya."

Datuk keluarkan arahan. Saya segera mematuhinya. Rasa kelat dan pahit dari putik manggis itu membuat Khoja Lisut mengerutkan dahi. Dia hampir mahu muntah.

"Telan Khoja, jangan luahkan, kalau kamu muntah, kamu terpaksa duduk lama di sini," nada suara Datuk lembut.

"Berapa lama lagi saya di sini?" tanya Khoja Lisut.

"Kalau semuanya berjalan dengan baik, tiga hari saja. Apa yang kami buat pada kamu petang ini akan diulangi pada petang besok dan lusa."

"Huh, azabnya saya," keluh Khoja Lisut.

Datuk tersenyum dan menyuruh saya hancurkan sebiji putik rambutan yang kemudiannya dicampurkan dengan air pinang.

Semua bahan tersebut disapukan ke seluruh badan Khoja Lisut, cuma sedikit saja yang disuapkan ke mulutnya.

SELESAI

Bila tugas itu sudah selesai, saya diarahkan oleh Datuk mengorek lubang (di tempat mula-mula Khoja Lisut ditanam) di dada pasir untuk menanam badan Khoja Lisut.

Kerja itu dapat saya selesaikan dalam masa yang singkat sekali.

"Sudah siap Tamar?" tanya Datuk.

"Sudah tuk."

"Kalau begitu, datanglah ke sini tolong usung Khoja untuk dibawa ke lubang."

"Iya, saya datang tuk."

Saya bergegas menuju ke pondok pisang sesikat. Khoja Lisut segera kami usung dan campakkannya ke dalam lubang yang sudah digali.

Tugas menimbusnya terletak atas bahu saya. Khoja Lisut merelakan apa yang saya dan Datuk lakukan terhadapnya.

"Tinggalkan dia di situ, ikut aku ke sungai," ekor matanya menjeling ke arah saya.

"Jangan tinggalkan saya di sini," Khoja Lisut merayu.

"Kau tunggu saja di sini," sergah Datuk dan Khoja Lisut terus terdiam.

"Mari, Tamar."

Datuk segera menarik tangan saya mengajak ke sungai. Saya hanya mengikut saja. Tidak mampu saya mengemukakan apa-apa pertanyaan terhadap Datuk.

Kami sampai ke tepi sungai. Datuk segera berdiri di hujung muncung buaya. Tiga kali Datuk urut muncung buaya dan tiga kali Datuk tepuk pasir dengan telapak tangan kirinya.

Kedua belah tangan Datuk memeluk tubuh lalu menarik nafas dalam-dalam.

Matanya diarahkan ke lubuk tanpa berkedip dan mulutnya bergerak membaca sesuatu.

"Sekarang kau sudah aku bebaskan, kita tidak bersahabat lagi buat masa ini. Dalam tempoh kita tidak bersahabat tu, kau boleh memusnahkan kaum keluarga dan kawan-kawanku," sebaik saja Datuk selesai bercakap, dia terus melompat ke kanan.

Jarak kami (saya dan Datuk) dengan buaya kira-kira sepuluh kaki saja. Buaya itu mengangakan mulutnya luas-luas.

Bergerak ganas atas pasir dengan ekornya memukul ke kiri dan ke kanan. Pasir-pasir yang kering berterbangan.

Buaya benar-benar menunjukkan kemarahannya yang amat sangat. Mungkin kerana menyedari yang dirinya tidak dapat melakukan apa-apa terhadap saya dan Datuk, buaya itu terus merangkak ke sungai dan terus menyelam ke sarangnya (lubuk).

"Untuk petang ini dan selesai," Datuk terus menepuk bahu saya berkali-kali.

"Kita kena buat perkara yang sama dua petang lagi," sambung Datuk sambil menggosok-gosok pangkal dagunya.

"Kena buat lagi tuk?"

"Iya, tiga petang berturut-turut," Datuk mula mengatur langkah menuju ke pondok pisang sesikat. Saya mengekorinya.

Sambil berjalan itu, saya melihat ke dada langit. Awan petang berarak lembut, beburung mula terbang ke sarang dan di kaki langit mula timbul cahaya kemerah-merahan.

Sebentar lagi suasana petang akan berakhir. Senjakala akan datang menjelma saya kira ketika itu suasana sekitar tentu akan berubah. Boleh bertukar menjadi seram dan menakutkan.

"Malam ni, ada kerja yang lebih hebat dari apa yang kita buat pada petang ini," tutur Datuk sambil duduk di depan pondok.

Matanya merenung ke arah Khoja Lisut yang Cuma nampak kepala saja. Seekor ular tedung bergerak ke arah Khoja Lisut.

"Kamu jangan bergerak Khoja, kalau ular tu mendekati kamu, matikan diri kamu dan tahan nafas," Datuk memberikan arahan dan Khoja Lisut tidak memberikan apa-apa reaksi.

Matanya tertumpu ke arah ular yang menghala ke batang hidungnya. Dua tiga kali ular itu berpusing di situ, ada kalanya memanggungkan kepalanya.

Saya menarik nafas kelegaan, bila ular tedung itu beredar dari sisi kepala Khoja Lisut.

"Itu ujian untuknya," Datuk meluruskan kaki kirinya.

"Hebat ujiannya tuk."

"Begitulah, mengikut petuanya Khoja Lisut mesti ditanam dalam pasir tiga hari tiga malam berturut, dibuang ke lubuk buaya tiga petang berturut, tiga malam berturut mesti didekatkan dengan unggun api kemudian dimandikan di lubuk waktu tengah malam," penerangan yang tidak saya tagih dari Datuk itu sudah cukup menegakkan bulu roma saya.

"Kalau begitu biar saya balik dulu tuk."

"Kamu mesti bersama aku malam ni, malam esok atau lusa kalau nak tidur di rumah tak mengapa. Tetapi malam ni kamu mesti ada di sini," nada suara Datuk bersahaja.

DUDUK

Menjelang Maghrib, saya dan Datuk sudah pun menyiapkan tiga longgokan kayu mengelilingi kepala Khoja Lisut yang tubuhnya terbenam dalam pasir.

Sebelum itu, seluruh muka Khoja Lisut telah dilumurkan oleh Datuk dengan sejenis minyak yang Datuk buat dari ramuan buah jambu batu, daun kunyit, santan kelapa, buah gelugur dan ubi keledek.

Semua bahan-bahan itu diproses hingga menjadi seperti marjerin dan itulah yang disapukan ke muka Khoja Lisut bagi mengelak kulit muka dan lehernya dari terbakar. Minyak itu juga menghalau nyamuk dan serangga lain dari mendekati Khoja Lisut.

Sebaik saja masuk waktu Maghrib, Datuk menyuapkan tiga biji bertih ke mulut Khoja Lisut. Setelah itu barulah saya dan Datuk melakukan solat Maghrib.

Sementara menanti masuk waktu Isyak saya dan Datuk terus berzikir dan melakukan sembahyang sunat Awabin.

"Sekarang kamu bakar kayu yang kita longgokkan tadi," kata Datuk sebaik saja selesai sembahyang Isyak.

"Saya seorang saja tuk?"

"Habis, berapa orang pula, pergi buat. Aku nak berwirid dan nak tidur. Kamu tunggu di situ, bawa botol air, kalau Khoja nak minum kau berikan air padanya," pesan Datuk.

Dengan perasaan yang agak cemas, saya terus pergi ke longgokkan kayu pertama lalu membakarnya.

Kemudian beralih ke longgokkan kedua dan ketiga. Kawasan sekitar jadi terang-benderang.

Saya berdiri tidak jauh dari Khoja Lisut, lebih kurang sejam api itu menyala, saya terdengar suara jeritan Khoja Lisut.

Bahang api dari kiri kanannya membuat Khoja Lisut kepanasan. Kulit muka dan lehernya serta merta menjadi merah.

Saya sudah tidak mampu lagi berdiri di situ. Kepanasan membuat kulit muka saya terasa pedih. Badan berpeluh. Baju segera saya buka.

Kerana tidak tahan, saya lari ke pondok pisang sesikat. Jeritan Khoja Lisut yang nyaring bertukar menjadi serak dan akhirnya terus hilang.

"Kamu jangan datang ke sini, tunggu dekat Khoja, sekejap lagi aku datang ke tempat kamu," tutur Datuk sambil menutup Quran kecil yang dibacanya.

"Sekejap lagi tu, bila tuk?"

"Pukul empat pagi atau selepas aku sembahyang sunat Tahajud."

"Saya takut tuk."

"Kamu pergi sekarang," pekik Datuk sekuat hati.

Suaranya yang kuat dan nyaring membuat saya segera menuju ke tempat Khoja Lisut.

Saya duduk atas sebatang kayu. Kepala Khoja Lisut terlentuk atas pasir. Suara Datuk membaca Quran sayup-sayup kedengaran. Saya lihat ke langit, bintang bertaburan di mana-mana.

Angin yang bertiup mengerakkan dedaun dan dedahan dari pokok yang terdapat di sekitar kawasan tersebut.

Suara angin yang menyentuh dedaun amat menyeramkan bunyi dedahan kering yang jatuh ke bumi macam bunyi telapak kaki manusia memijak dedaun kering.

Dua tiga kali saya tersengguk-sengguk kerana mengantuk. Saya kira ketika itu sudah lebih dari pukul satu pagi.

Suara Datuk membaca Quran tidak kedengaran lagi. Saya berdiri lalu merenung ke pondok, saya lihat Datuk sudah baring. Mungkin dia sudah tidur.

Antara sedar dengan tidak saya terasa ada sesuatu yang bergerak di belakang saya. Kerana semua kayu sudah menjadi bara, saya kehilangan cahaya untuk memastikan apa yang ada di belakang.

Perlahan-lahan saya memusingkan badan untuk melihat dengan tepat apa yang berada di belakang saya.

Sebagai senjata, saya ambil sepotong dahan yang bahagian hujungnya sudah menjadi bara.

"Ya Allah, selamatkan aku dari bahaya ni," bisik batin saya bila terlihat seekor harimau duduk mencangkung ke arah saya.

Dengan lagak separuh berani dan takut saya halakan puntung kayu yang berbara ke arah harimau itu.

Si harimau terus mengaum dan beredar dari belakang saya. Bila saya membetulkan kedudukan saya pada keadaan asal, saya lihat seekor ular besar yang hitam panggungkan kepala ke arah saya.

Dan saya gunakan puntung kayu yang berbara untuk menghalau ular hitam itu. Saya berjaya, ular itu segera beredar.

Dalam keadaan yang serba tidak kena dan penuh keresahan dan ketakutan itu, saya renung ke pondok. Datuk baru saja selesai menyempurnakan sembahyang Tahajud.

Sekarang dia sedang menadah tangan ke langit, berdoa mohon restu dari Allah agar segala kerjanya dapat dilaksanakan dengan baik.

HODOH

Tiba-tiba gegendang telinga saya menangkap bunyi sesuatu dari sebelah kanan lalu dituruti dengan bunyi suara orang batuk.

Saya alihkan muka ke kanan, seorang lelaki dengan wajah yang amat hodoh terpacak di situ. Tingginya hampir sama dengan tinggi saya.

"Siapa kamu?"

Lelaki yang separuh wajahnya mengerutu macam kulit katak puru itu tersengih, mempamerkan giginya yang besar dan bentuknya macam gigi buaya.

Kedua belah keningnya menutup mata, sukar untuk melihat anak matanya. Hujung dagunya terkandas pada dada.

Daging pipinya menggelebeh hingga ke bahu sekali pandang macam telinga gajah.

"Siapa kamu?" untuk kedua kali saya bertanya.

Lelaki berwajah hodoh itu tidak menjawab dan dengan sekelip mata, tubuhnya menjadi tinggi melepasi pepohon besar yang ada di situ.

Pandangan saya dilindungi oleh tubuhnya yang berwarna putih macam awan.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 125/284

BACA: SBDJ Siri 125: Berbalut Kain Kuning
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com

Menanduk Bola Digugur Dari Latihan Asas Bola Sepak

Menanduk Bola Digugur Dari Latihan Asas Bola Sepak

Persatuan Bola Sepak di England, Scotland dan Ireland Utara telah memperkenalkan garis panduan terbaharu mengenai larangan menjalankan latihan tandukan bola untuk kanak-kanak dan remaja, bagi semua peringkat kumpulan umur iaitu antara bawah enam tahun dan bawah 18 tahun.

Ronaldo-tanduk-bola
Gambar hiasan.

Persatuan Bola Sepak Wales berkata, garis panduan untuk jurulatih bola sepak kanak-kanak dalam pembelajaran menanduk bola, kini disemak semula dan hasil kajian dijangka dapat disiapkan pada akhir tahun 2020.

Dalam program pembangunan bola sepak baharu, latihan asas menanduk bola untuk kanak-kanak sekolah rendah kini tidak lagi dibenarkan, manakala latihan tandukan secara berperingkat akan diperkenalkan kepada kumpulan umur bawah 12 hingga bawah 16.

Selain itu, akan ada peraturan mengenai saiz bola yang berbeza untuk latihan dan perlawanan bagi setiap kumpulan umur.

Peraturan baharu juga bermakna aksi tandukan bola hanya dapat dilihat dalam perlawanan membabitkan kumpulan umur 12 tahun tetapi pada tahap ini, jurulatih perlu menerapkan corak permainan yang tidak membabitkan hantaran jauh.

Bagi mereka yang berusia 16 dan 17 tahun pula, mereka hanya dibenar menyertai satu sesi latihan tandukan saja dalam seminggu.

Peraturan baharu itu diperkenalkan berikutan satu kajian impak besar yang diumumkan pada Oktober 2019 lalu diterajui Universiti Glasgow, yang mendedahkan kesan kesihatan jangka panjang terhadap bekas pemain bola sepak profesional.

Kajian itu mendapati, bekas pemain bola sepak adalah tiga kali ganda berkemungkinan untuk meninggal dunia akibat penyakit otak.

Meskipun tiada sebarang bukti yang mengaitkan secara langsung tandukan boleh menyebabkan penyakit berkaitan kegagalan fungsi otak, garis panduan menanduk bola yang sudah dikemas kini itu diterbitkan hasil rundingan dengan badan pentadbir bola sepak Eropah (UEFA) dan Persatuan Bola Sepak England (FA).

Ia bertujuan bagi mengenai kemungkinan sebarang risiko pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif FA England, Mark Bullingham, berkata garis panduan yang dikemas kini itu akan membantu jurulatih dan guru mengurangkan latihan tandukan berulang dan tidak diperlukan dalam kerangka pembangunan bola sepak belia.

Kajian menunjukkan aksi tandukan jarang dipamerkan dalam perlawanan bola sepak peringkat muda.

Jadi, garis panduan itu adalah satu perkembangan bertanggungjawab terhadap kanak-kanak di semua peringkat usia tanpa menjejaskan keseronokan bermain bola.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Penawar Anxiety Allah Kirimkan Dalam Surah Ad-Dhuha

Penawar Anxiety Allah Kirimkan Dalam Surah Ad-Dhuha

Realiti dihidapi pesakit anxiety disorder (AD) atau gangguan kebimbangan, sangat teruk sebenarnya. Rasa tak disayangi sesiapa. Benci suami. Sikit-sikit benci. Benci dengan diri sendiri. Benci dengan hidup. Rasa nak tinggalkan semua. Nak bawa diri sendiri. Rasa seperti hendak mati.

Penawar Anxiety
Gambar hiasan.

Rasa bimbang, takut atau fobia apabila menghadapi situasi cemas sememangnya dirasai sesiapa saja namun, jika perasaan ini diluahkan secara berlebihan dan berlanjutan dalam tempoh melebihi enam bulan ia bukanlah sesuatu yang normal. Anda mungkin mengalami gangguan kebimbangan atau keresahan (AD).

Aanxiety disorder adalah gangguan kebimbangan melampau yang berlaku secara kerap dan berpanjangan sehingga boleh mengganggu kehidupan dan bboleh dibahagikan kepada dua iaitu gangguan panik dan kecelaruan keresahan umum.

Walau bagaimanapun, Allah SWT sebenarnya telah memberikan penawar kepada penghidap Anxiety ini dalam surah Ad-Dhuha. Mari cuba renungkan teguran Allah ini dan semoga anda disembuhkan dari kesakitan ini.

SURAH AD-DHUHA

Ayat 1: Wad duhaa – Demi waktu dhuha (ketika matahari naik setinggi galah).

Sebab itu, perkara pertama yang perlu anda beritahu pada seseorang yang sedang mengalami tekanan emosi atau depresi adalah, 'Bangun! Lihatlah matahari. Hidup ini tak selamanya hancur dan kelam."

Di luar sana ada matahari yang memancarkan cahayanya yang sangat indah.

Ayat 2: Wal laili iza sajaa – Dan demi malam apabila telah sunyi.

Seorang yang alami depresi atau tekanan emosi adalah mereka ini akan berjaga malam. Mereka tidur di siang hari dan berjaga di malam hari.

Ayat 3: Ma wad da’aka rabbuka wa ma qalaa’ – Tuhanmu tidak meninggalkanmu (Muhammad) dan tidak (pula) membencimu.

Allah tidak membenci Muhammad, apatah lagi melupakannya. Samalah halnya dengan kamu, wahai jiwa-jiwa yang tertekan Allah tidak sesekali membencimu. Dan Allah tidak sesekali melupakanmu.

Ayat 4: Wa lal aakhiratukhairul laka minal-oola’ – Sesungguhnya kesudahan itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan.

Apa yang bakal mendatangimu adalah jauh lebih baik dengan apa yang sedang kamu alami sekarang.

Ayat 5: Wa la sawfa y’uteeka rabbuka fatarda’ – Dan sesungguhnya, Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu, sehingga engkau redha – berpuas hati.

Katakan ini pada mereka yang depresi, "Sedikit masa lagi wahai kaum Muslimin, Allah akan memberikan syurgaNya insya-Allah dan memberi bahagia buat kita."

"Sabarlah untuk sedikit masa lagi, Allah akan memberi kemenangan untuk semua kesukaran ini dan membuatkan kita merasa bahagia gembira.

"Inilah janji Allah dan sabarlah untuk sedikit masa lagi. Sabarlah sahabatku, kita semua akan masuk ke syurga, Insya-Allah."

Bukankah ini kata-kata yang cukup indah yang perlu kita tuturkan pada seseorang yang tertekan jiwanya. Yang merasa sakit dalam hatinya. Dan Allah memberi sebab untuk kita percayakan semua janjinya itu.

Ayat 6: Alam ya jidka yateema Fa aawaa’ – Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu.

Tanyakah dirimu, tidakkah pernah kamu berasa sakit-sakit? Tidakkah kamu pernah menjadi anak kecil, yang mana Allah melindungi dan menjagamu ketika usia itu?

Ayat 7: Wa wa jadaka daal lan fahada – Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kebingungan, lalu dia memberikan petunjuk.

Bukankah kita juga sentiasa dalam kebingungan sebelum kita menemui jalan keluar?

Saya tahu saya tidak solat. Saya tidak pernah kenal agama dan Allah melihat saya dalam kebingungan lalu membantu saya.

Samalah halnya dengan kamu. Tidakkah kamu dalam kebingungan dan Allah membantumu?

Ayat 8: Wa wa jadaka ‘aa-ilan fa aghnaa’ – Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.

Berapa ramai dari kalangan kita dalam peliharaan Tuhannya? Allah memelihara keluarga kita ketika saat sukar mereka.

Dan dalam ayat seterusnya, Allah berikan kamu dengan lebih banyak lagi sebab. Kepada Rasulullah SAW dan juga kita. Mengingatkan kita berulang-ulang kali. Kenapa kita harus meyakini setiap peringatan-Nya ini? Janjinya itu benar.

Jadi kepada anda yang alami tekanan. inilah cara terbaik untuk menasihati mereka. Beritahulah kisah-kisah terdahulu yang telah berlaku.

Dan berikan sebab untuk mereka meyakini yang janji Allah itu benar, sama seperti yang pernah Allah membenarinya pada masa terdahulu.

Kemudian Allah memberikan kamu penawar untuk merawat tekanan emosi itu. Apakah ubat yang Allah turunkan ini?

Ianya adalah mendidik hati agar mengingati kesukaran orang lain yang jauh lebih susah daripada kita.

Ayat 9: Fa am map yateema fall taqhar’ – Maka terhadap anak yatim, janganlah engkau berlaku sewenang-wenangnya.

Ayat 10: Wa am mas saa-ila fala tanhar’ – Dan orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdiknya.

Yang pertama adalah anak yatim, yang kedua adalah pengemis. Ingatlah bahawa anak-anak yatim ini mereka tiada siapa yang menjaga.

Sedangkan kamu mempunyai mak ayah untuk menjagamu. Kamu ada keluarga untuk menjagamu. Malah kamu punya satu tempat yang kamu panggil rumah.

Anak yatim tak punya siapa-siapa. Pengemis pula tak punya makanan, sebaliknya dia minta makanan daripada kamu. Mereka tidur dalam kelaparan setiap hari. Lihat kamu, Allah masih memberikan kamu makanan.

Berapa ramai dari kalangan kita yang pernah tidur dalam kelaparan? Subhanallah.

Jadi Allah beritahu kita bahawa penawar untuk merawat hati yang sakit itu adalah untuk melihat kembali kesusahan orang lain

Seandainya semua itu telah dilakukan tetapi perasaan kamu masih terasa jauh daripada Allah, bacalah firman Allah ini.

Ayat 11: Wa amma bi ne’mati rabbika fahad dith – Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur).

Allah kurnikan kita dengan kenikmatan yang tidak terhingga. Ucapkanlah, Alhamdulillah untuk mata ini, Alhamdulillah untuk tangan ini, Alhamdulillah untuk mulut ini, Alhamdulillah untuk hati ini.

Perhatikan ini, jika Allah tak sayang kenapa Allah masih menghidupkan kita? Jika allah tak sayang kita kenapa allah berikan kita rezeki setiap minit dalam kehidupan kita? Jika Allah tak cintakan kita kenapa kita masih ada di sini hari ini? Fikirlah sedalam-dalamnya.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: pp