Sabtu, Disember 08, 2018

Makanan Tinggi Serat (Fiber) Untuk Kesihatan Usus


Makanan yang mengandungi serat (fiber) sebenarnya amat membantu di dalam sistem penghadaman dan juga paling kritikal sistem perkumuhan. Memakan banyak serat membantu individu setiap pagi di bilik air dan perlu diambil secara berkala dengan kuantiti mencukupi.

Makanan Tinggi Serat

Pengambilan kandungan serat yang rendah juga dikaitkan dengan kemungkinan serangan stroke, darah tinggi dan sakit jantung.

Daripada laporan Jabatan Kesihatan mendapati, kesedaran pengambilan bahan serat dalam makanan harian semakin berkurangan dan di US, dilaporkan rakyat mereka hanya mengambil kurang dari 3% daripada jumlah sebenar syor yang diberikan.

Persoalannya adalah, kenapa perlu mengambil serat?

Sebenarnya serat (Fiber) ini adalah bahan selulos yang tidak akan hadam didalam perut kita. Dalam bahasa biasa, bahan serat adalah seakan bahan yang kita makan dari pinggan dan akan berakhir didalam mangkuk tandas.

Ia boleh berada dalam dua bentuk iaitu Serat Larut (soluble fiber) dan Serat Tidak Larut (insoluble fiber).

Apa pun serat daripada tumbuhan lazimnya mempunyai kedua-dua komponen iaitu serat larut dan serat tidak larut.

Lazimnya, serat larut akan bertukar kepada bentuk Gel dalam perut dimana melalui proses penghadaman perlahan dan membantu mengurangkan rendah kolesterol dan glukos dalam darah.

Bagaimanapun, serat tidak larut berada dalam bentuk sama dari masa ia dimakan, didalam usus dan dibuang dari kolon. Ia memudahkan proses penghadaman bahan lain didalam usus dan tidak ada apa diserap darinya.

PENTINGNYA SERAT (FIBER)

Makanan yang kaya dengan serat semulajadi selalunya daripada beberapa jenis tumbuhan yang ditanam.

Individu yang kurang mengambil serat sering menghadapi masalah SEMBELIT, masalah sukar membuang air besar.

Ia mempunyai hubungkait terus dengan tiada atau kurang pengambilan bahan serat dalam makanan harian atau ada komplikasi lain.

Bagaimanapun, jika individu tersebut mengambil bahan makanan yang kaya dengan serat lazimnya mampu mengatasi masalah sembelit.

Dalam beberapa kajian oleh pakar permakanan di USA dan di beberapa pusat kajian mendapati, seseorang lelaki dewasa berumur kurang 40 tahun perlu mengambil sebanyak 38 grams bahan serat sementara bagi seorang perempuan memerlukan sebanyak 25 gram bahan serat.

Bagi lelaki dewasa berumur lebih 50 tahun pula memerlukan sebanyak 30 gram serat dan untuk wanita berumur lebih 50 tahun pula hanya sekitar 21 gram kerana orang dewasa sudah kurang mengambil makanan dan kapasiti untuk proses penghadaman juga berkurangan.

Sebagai penjelasan, orang muda boleh makan 15 keping roti diperkayakan dengan gandum (whole wheat-meal) untuk mencukupkan pengambilan serat sehari, selain kaedah paling mudah mengambil bahan serat.

Makanan yang kaya dengan bahan serat semulajadi banyak terdapat disekeliling kita.

MAKANAN TINGGI SERAT

Makanan di negara kita yang kaya dengan serat adalah buah-buahan tempatan seperti Avocado, Betik, Nenas, Mangga, Durian, Manggis, Jambu Batu dan Sayuran Berdaun Hijau, tomato, timun dan banyak lagi.

Sementara jenis makanan import yang kaya dengan serat adalah seperti Oatmeal, Berri, Roti dari Gandum, Kacang Putih, Kacang Hitam, Kacang Almond, Kacang Polong, Buah Apple, Buah Pear, Brokoli, Flokoli, Kacang Soya Hijau dan banyak lagi.

Sebagai contoh, Oatmeal mengandungi bahan seperti beta glucan yang merupakan jenis serat khusus yang memiliki kesan untuk menurunkan kolesterol dengan cekap dan juga meningkatkan fungsi sistem kekebalan tubuh.

Oatmeal didakwa merupakan campuran terbaik serat larut dan serat tidak larut.

Serat larut merupakan jenis serat yang boleh menurunkan kolesterol darah, manakala serat tidak larut pula membantu menjaga aktiviti pencernaan berjalan dengan lancar.

KHASIAT BUAH DAN SAYURAN TEMPATAN

Makan buah betik memang sangat memudahkan kita semasa buang air besar dan mengatasi masalah sembelit bagi kebanyakan individu.

Kehebatan buah betik adalah kerana ia mengandungi bahan Asid Amino yang mampu menghilang bahan yang tidak diingini dalam usus yang menyukarkan proses perkumuhan.

Makan jenis sayuran hijau (Green leaves vegetables) merupakan amalan yang sangat baik dalam pemakanan diet.

Telah diketahui sayuran berdaun hijau adalah sumber makanan yang kaya zat besi, beta-karoten dan serat.

Pakar pemakanan mendapati jenis sayuran hijau seperti bayam, lobak hijau, kangkong, sawi dan ulam-ulaman merupakan sumber serat terbaik. Satu cawan setiap kali sajian mengandung 4-5 gram bahan serat.

Kita di Malaysia amat beruntung kerana terlalu banyak bahan makanan yang kaya dengan serat (fiber) dari pelbagai jenis ulam-ulaman tempatan.

Selain daripada bahan ulaman ini kaya dengan khasiat permakanan, selalunya ia juga kaya dengan nilai perubatan tertentu.

Kalau anda juga sangat minat makan Petai (Parkia speciosa) sebagai contoh, ianya merupakan ulaman yang sangat berkhasiat yang kaya dengan serat dan juga membantu proses pembuangan air besar.

Sayur hijau yang dimasak, dicelur atau dimakan mentah sudah menjadi satu kebiasaan bagi kita untuk mendapatkan bahan serat. Selain itu kita juga mudah untuk mendapatkan bekalan jagung manis segar.

Jagung Manis (Zea mays) adalah makanan berasaskan tumbuhan yang mengandungi banyak bahan Antioksidan.

Kajian saintis mendapati kadar setengah cawan minum air biji jagung didapati mengandungi sebanyak 3 gram bahan serat.

Banyak jenis makanan disekeliling kita yang kaya dengan serat untuk dipilih dan dimakan untuk meningkatkan tahap kesihatan usus secara semulajadi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: animhosnan

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon