Selasa, Disember 26, 2017

Makanan Tinggi Anti-Oksidan Yang Murah Dan Mudah Diperolehi


Kadar oksidan yang tinggi di dalam tubuh kita akan menyebabkan penyakit-penyakit berbahaya seperti jantung, kanser, tekanan darah tinggi, mahupun kurangnya kekebalan antibodi tubuh.

Makanan Tinggi Anti-Oksidan

Berikut adalah senarai makanan tinggi anti-oksidan yang sangat sesuai diambil sepanjang masa untuk mencegah penyakit-penyakit berbahaya.

Kacang-kacangan

Kacang merah dan kacang pinto kering adalah kacang yang kaya antioksidan, protein dan serat.

Seringlah makan kacang-kacangan, boleh dimasukkan ke dalam sup atau hidangan utama untuk mendapat manfaat ini.

Buah-buahan

Berrie, termasuk blueberry, blackberry, strawberry, raspberry, cranberry dan kismis merah, sangat kaya aan antioksidan dan mineral.

Makan buah -buahan ini segenggam setiap hari untuk mendapat manfaat nutrisi penting ini.

Buah plum, anggur merah, jeruk, ceri, epal, kismis dan aprikot juga merupakan pilihan yang baik untuk mencegah kanser dan radikal bebas lainnya.

Sayuran

Brokoli adalah sayuran yang mengandung antioksidan paling kuat, termasuk kobis, kol, sawi hijau dan lobak.

Bukan hanya mengandungi vitamin antioksidan dan mineral, sayuran ini juga mengandung serat penting yang membantu mencegah kanser.

Sayuran berwarna merah, orange dan ungu juga mengandungi pelbagai zat antioksidan seperti betakaroten, licopen, flavonoid dll, khususnya tomato, paprika merah, bit, ubi jalar, terung dan wortel.

Sayuran hijau, terutama bayam juga termasuk dalam senarai sayuran tinggi antioksidan.

Rempah/Herba

Bawang putih dan bawang merah, kayu manis, kunyit, cabai, jahe dan oregano mengandung antioksidan tinggi.

Walaupun anda hanya memakannya dalam jumlah sedikit, umumnya masih memberikan banyak khasiat.

Teh, Anggur Merah Dan Coklat

Teh Hijau dan hitam akan memberikan manfaat antioksidan yang sama, kerana dibuat dari tanaman yang sama.

Mulakan hari anda dengan secangkir teh akan memberi zat antioksidan sepanjang hari.

Anggur merah juga mengandung banyak kandungan antioksidan dan akan memberikan perlindungan terhadap penyakit jantung koroner akibat radikal bebas.

Dark chocolate juga termasuk makanan yang mengandung antioksidan, namun hendaklah dikurangkan pengambilannya.

Biji-bijian

Biji-bijian seperti quinoa, gandum dan beras merah menyediakan cukup antioksidan, mineral, serat dan protein.

Pilihlah makanan seperti roti gandum, pasta dan nasi untuk melengkapkan gaya hidup sihat anda.

Kacang

Kacang Almond (Badam) dan kenari sangat bergizi, termasuk mineral, asam lemak baik dan antioksidan. Makanlah kacang ini sekitar 1 auns sehari, sebaiknya mentah atau kering.

Minyak

Minyak zaitun, minyak kenari, minyak gandum dan minyak nabati lainnya bukan hanya mengandungi antioksidan, tetapi juga membantu menyerap vitamin antioksidan yang larut minyak didalam makanan lain.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Buah-buahan Kunci Kesihatan Mencegah Penyakit Berbahaya

sumber: carakhasiatmanfaat

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon