Saturday, October 21, 2017

Punca Isteri Sakit Ketika Bersetubuh

Loading...

Saya berkahwin dua bulan lalu. Hubungan seks saya dan isteri adalah normal dan kadangkala kami melakukannya tiga hari berturut-turut.

Sakit Bersetubuh
Gambar hiasan.

Masalahnya, bahagian kanan vagina isteri saya mengalami bengkak dan kadangkala dia terasa sakit ketika melakukan seks, di mana kedudukan zakar saya menujah ke sebelah kanannya.

Saya risau dan memberhentikan aktiviti seks buat seketika. Saya harap doktor dapat menjelaskan apakah masalah ini supaya kami dapat mengatasinya.

KARIL, Shah Alam

JAWAPAN

Anggota kelamin lelaki dan perempuan sememangnya direka untuk persetubuhan dan sepatutnya ia jadi tidak menyakitkan.

Sakit ketika bersetubuh dikenali sebagai ‘dispareunia’. Isteri terasa sakit ketika anda lakukan tusukan menghala bahagian kanan faraj.

Sebelum ini dia tidak mengadu sakit, justeru, anda juga menyatakan kerap bersama, yang sememangnya menjadi kelaziman pasangan baru berkahwin.

Sepatutnya, hubungan seksual tidak menyakitkan kecuali jika ia ketika kali pertama dan sewaktu faraj kering.

Jika ia menyakitkan dan kesakitan dapat dikesan pada tempat tertentu, mungkin bahagian faraj itu radang terkena jangkitan.

Lebih-lebih lagi jika pasangan menyatakan dia mengalami pengeluaran cecair dan gatal.

Jadi, sebaik-baiknya ialah membawanya berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Kini banyak doktor wanita yang boleh lakukan pemeriksaan untuk memastikan masalah sebenar supaya rawatan sewajarnya dapat diberi.

Jika kesakitan itu hanya untuk beberapa hari, anda dan pasangan tidak perlu risau.

Jika faraj pasangan anda kurang lembap dan hubungan seks kesat, anda boleh gunakan jeli pelincir dan pertingkatkan ‘foreplay’ atau pemanasan terhadap pasangan agar hubungan seks berjalan lancar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: drismail

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon