Thursday, February 23, 2017

Rahsia Disebalik Warna Sebenar Matahari Yang Ramai Tak Tahu


Lama sebelum rahsia dalam sistem suria terungkap, hampir semua manusia percaya bahawa warna sebenar matahari adalah kuning.

matahari

Malah, ada juga yang beranggapan bahawa matahari berwarna merah oren. Antara ketiga-tiga warna tersebut, yang mana satukah warna sebenar matahari?

Menerusi pemerhatian dari bumi, ilmuwan juga percaya bahawa warna sebenar matahari adalah kuning, merah dan oren, sehinggalah teleskop dicipta.

Setelah rahsia alam semesta berjaya diungkap menggunakan teleskop, barulah saintis menyedari bahawa anggapan selama ini bahawa 3warna sebenar matahari itu sebenarnya salah.

Ternyata, matahari bukanlah berwarna kuning, oren ataupun kemerah-merahan seperti mana sangkaan kita selama ini.

Jadi, apa sebenarnya warna matahari?

Warna matahari yang sebenarnya adalah putih, hasil gabungan dari seluruh warna.

Daripada perspektif kita selama ini, warna matahari kelihatan sedikit kuning terutamanya selepas matahari terbit atau sebelum matahari terbenam.

Namun, apabila kita berada di angkasa lepas, warnamatahari yang sebenarnya adalah putih dan bukanlah kuning.

Spektrum Warna

Spektrum

Dengan menggunakan prisma, kita boleh melihat bagaimana warna cahaya matahari boleh dipecahkan kepada spektrum warna - merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Apabila semua warna itu dicampurkan bersama-sama, kita akan melihat warna putih.

Salah seorang saintis yang membuktikan perkara ini ialah Isaac Newton, seorang ahli fizik terkenal.

Melalui percubaannya, dia menyimpulkan bahawa apabila sinaran matahari memasuki ruang gelap melewati sebuah spektrum, akan ditemui warna pelangi yang disebut mejikuhibiniu.

Ini bermaksud bahawa di dalam cahaya matahari terdapat semua warna.

Namun, jika spektrum warna cahaya tersebut disebarkan semula melalui sebuah prisma, cahaya berkenaan akan kembali menjadi cahaya putih.

Jadi, kenapa kita melihat matahari memancarkan sinarannya dengan warna kuning, oren serta merah dan bukannya putih?

Gelombang Elektro Magnet

Elektro Magnet

Cahaya merupakan gelombang elektro magnet dan semua gelombang ini mempunyai panjang gelombang 400nm sehingga 700nm dan boleh dilihat menerusi pandangan mata.

Warna cahaya matahari terdiri daripada beberapa spektrum warna yang mana masing-masing memiliki panjang gelombang berbeza-beza.

Oleh kerana matahari membawa warna spektrum dan frekuensi berbeza, maka bukan semua cahaya diselerakkan dengan kadar yang sama.

Semakin besar frekuensi cahaya, semakin kuat cahaya itu dihamburkan.

Sebagai contoh, gelombang cahaya warna biru, indigo dan ungu mempunyai gelombang paling pendek.

Spektrum cahaya pada gelombang pendek didapati lebih mudah tersebar berbanding warna merah, oren dan kuning, yang berada pada panjang gelombang lebih tinggi.

Atmosfera yang menapis bumi akan mempengaruhi bagaimana setiap cahaya itu sampai kepada penglihatan kita.

Ini kerana cahaya matahari yang memasuki lapisan atmosfera akan melewati molekul, titisan air dan sedikit debu sehingga menyebabkan panjang gelombang cahaya berselerakan, dan proses ini dipanggil 'penghamburan'.

Matahari yang kelihatan berwarna merah jingga pada waktu matahari terbenam pula adalah disebabkan partikel kecil di atmosfera telah menyelerakkan gelombang merah yang panjang.

Ini kerana, ketika posisi matahari berada di ufuk, cahayanya terpaksa menempuh perjalanan yang panjang dalam lapisan atmosfera untuk membolehkan mata kita dapat menjangkaunya.

Jika partikel dan debu banyak di udara, ini akan menyaring panjang gelombang yang lebih besar sehingga langit dan matahari kelihatan berwarna merah.

Perkara yang sama juga kenapa warna matahari berubah menjadi kekuningan, lebih kuning atau kemerah-merahan ketika matahari terbit.

Kesan serupa turut menjelaskan kenapa langit kelihatan biru pada waktu siang berbanding warna lain dan matahari dicerap sebagai keputih-putihan.

Penampakan warna-warna ini juga sebenarnya menerangkan tentang suhu bintang.

Bintang cooler sebenarnya lebih merah. Bintang panas seperti Riger dengan suhu melebihi 9,726 darjah selsius adalah berwarna biru.

Manakala matahari yang mempunyai suhu lebih kurang 5,500 darjah selsius pula kelihatan seperti bola berwarna putih terutama apabila dilihat dari luar atmosfera.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Lapisan Plasma Angkasa

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon