Monday, November 06, 2017

Apa Sebenarnya Penyakit Mental, Jenis, Punca Dan Rawatannya

Loading...

Penyakit mental (mental disorder) ialah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh merubah proses pemikiran,perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan pada aktiviti harian.

Penyakit Mental

Penyakit mental boleh didiagnosis menggunakan DSM-5 (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition) berdasarkan kriteria -kriteria tertentu.

Adakah semua penyakit mental sama?

Jawapannya tidak. Ia terdiri dari 3 kumpulan utama iaitu:

1. Neurosis

Penyakit mental dan emosi yang melibatkan sebahagian personaliti dan kecelaruan persepsi realiti kurang daripada psikosis, tidak mengganggu perubahan bahasa,dan diikuti gangguan fizikal,psikologi,dan mental seperti symptom kegelisahan atau fobia.

Contoh gejala (simptom) adalah:
  • Kebimbangan. Seseorang itu akan berasa tertekan,tegang,berpeluh,berdebar-debar dan berasa takut tanpa diketahui puncanya.
  • Kemurungan. Perasaan sedih melampau melebihi tempoh 2 minggu.

2. Psikosis

Perubahan ketara pada pemikiran,perasaan tingkah laku dan kewarasan. Pesakit juga akan keliru dan dikatakan mendengar suara-suara ghaib yang dinamakan sebagai ‘halusinasi’.

Mereka juga mempunyai kepercayaan pelik yang dipanggil ‘delusi’ contohnya merasakan ada orang mahu menyerang pada mereka tiba-tiba. Mereka juga mungkin bercakap seorang diri tanpa sebab.

Contoh psikosis yang sering dialami:
  • Schizophrenia. Ciri utama ialah halusinasi,delusi,celaru pemikiran,pertuturan dan tingkah laku.
  • Schizophrenia paranoid. Salah satu jenis schizophrenia yg biasa di mana pesakit memiliki kepercayaan yang salah bahawa ada seseorang yang akan menyerang diri atau ahli keluarga. Mereka juga mengalami halusinasi auditori (mendengar suara ghaib).Schizophrenia paranoid adalah penyakit kronik,dalam jangka waktu yang lama boleh membawa komplikasi seperti bunuh diri dan perlakuan berbahaya pada orang lain.
  • Kecelaruan Manik Depresif. Pesakit mengalami perubahan emosi yang ketara antara terlalu gembira atau terlalu sedih.

3. Kecelaruan personaliti

Perubahan karakter yang mempengaruhi perhubungan dengan orang sekeliling.

Punca penyakit mental:
  • Faktor genetik/keturunan
  • Gangguan bahan kimia (neurotransmitter) dalam otak seperti penghasilan dopamine yang berlebihan dalam penyakit schizophenia.
  • Jangkitan virus
  • Sejarah hidup yang getir seperti terlalu banyak cabaran hidup
  • Keadaan sosio-ekonomi yang rendah

Bagaimanakah penyakit mental diubati?

Rawatan pesakit mental mengambil kira keseriusan gejala penyakit,kekerapan tekanan yang mengganggu aktiviti harian,risiko dan faedah setiap rawatan dan faktor lain.

Rawatan penyakit mental ini berdasarkan keperluan individu dan kolaborasi dengan pakar kesihatan.

Ubat psikotropik dapat merawat penyakit mental seperti anti-depresi yang memerlukan preskripsi doktor mengikut keperluan individu tersebut.

Contohnya fluoxetine (Prozac, Selfemra), duloxetine (Cymbalta), mirtazapine (Remeron), nortriptyline (Pamelor), phenelzine (Nardil) dan lain-lain.

Pendekatan psikotropik seperti kaunseling, psikoterapi, terapi kognitif, pendidikan psikologi, terapi pemulihan cara kerja dan pemulihan psikososial.

Gabungan terapi dan ubat-ubatan yang selalunya lebih berkesan di samping rawatan alternatif yang semakin meluas digunakan.

Kesimpulan

Orang ramai yang memiliki anggota keluarga yang mengalami masalah penyakit mental amatlah disarankan membawa pesakit untuk berjumpa dengan doktor di hospital atau klinik kesihatan bagi merawat masalah mereka dengan segera.

Keluarga perlu memainkan peranan dalam membantu pesakit mental untuk terus mendapat sokongan dan mengambil ubat secara berterusan.

Mereka yang ingin mengetahui status kesihatan mental mereka juga boleh mengambil ujian di sana.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Gila Meroyan, Bahaya Gangguan Mental Selepas Bersalin

sumber: rahsiafarmasi

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon