Tuesday, October 30, 2018

Bahaya Zakar Patah Ketika Hubungan Intim


Ramai yang menganggap zakar patah adalah omongan kosong, tapi ia sebenarnya boleh terjadi! Sebab itu penting untuk lelaki tahu bagaimana zakar patah atau penis fracture boleh terjadi untuk mengelaknya.

Zakar Patah

Kali ini, kami bawakan sedikit info tentang bagaimana zakar patah boleh terjadi dan apa yang boleh suami isteri lakukan untuk mengelak kejadian yang tidak diingini ini.

Apa itu Zakar patah?

Secara teknikalnya, zakar tidak mempunyai sebarang tulang, jadi ia tidak boleh dipatahkan namun, kejadian penis facture berlaku kerana corpora cavernosa, sejenis tiub di dalam zakar mengisi darah apabila ia tegang.

Jika corpora cavernosa ini tiba-tiba pecah atau zakar membengkok pada sudut yang aneh, maka terjadilah zakar patah.

Semasa corpora cavernosa pecah, anda boleh mendengar bunyi seakan bunyi retak dan patah keluar.

Rasanya? Sangat menyakitkan! Ia juga boleh menyebabkan zakar lebam dan membengkak!

Menurut pakar urologi dari Pusat Perubatan Universiti Rush, Laurence Levine, biasanya tiada pendarahan yang akan keluar dari kulit jika zakar patah.

Namun sebenarnya, terdapat keretakan di bahagian dalam tisu di sekeliling silinder ereksi. Darah akan memenuhi silinder ereksi tersebut dan akan menyebabkan zakar bengkak.

Zakar yang patah akan kelihatan macam terung di mana ia bertukar warna menjadi warna ungu kerana bengkak.

Bagaimana zakar patah boleh terjadi?

Jawapannya, aktiviti hubungan intim antara punca utama mengapa zakar patah.

Bagaimana nak mengelak zakar patah?

Oleh sebab zakar patah sering terjadi kerana aktiviti hubungan seks, maka penting untuk pasangan suami isteri mengetahui posisi apakah yang berisiko untuk mendatangkan masalah.

Berikut antara posisi hubungan intim yang boleh mendatangkan risiko “zakar patah”.

1. Posisi isteri di atas

Menurut Dr. Levine, salah satu posisi yang paling biasa menyebabkan penis fracture adalah posisi wanita duduk di atas lelaki.

Ini kerana tujahan zakar boleh tersasar dan mungkin melanggar tulang pelvik atau punggung isteri.

Akibatnya, zakar boleh terbengkok secara tiba-tiba dan tisu dalam kulit terkoyak.

Jadi, jika kalian ingin cuba aksi ini, sila fokus pada aktiviti grinding, bukannya tentang teknik mendayung.

2. Reverse cowgirl

Zakar Patah

Sama seperti posisi isteri di atas, posisi reverse cowgirl juga mendatangkan risiko yang serupa. Posisi ini menyebabkan zakar berada di angle ke bawah, maka ia diberi lebih tekanan.

Oleh itu, anda suami isteri memang diminta untuk lebih fokus.

3. Posisi dari belakang

Posisi seks dari belakang atau doggy style boleh menyebabkan zakar patah kerana ia memberi terlampau banyak tekanan pada penis.

Jika posisi ini dilakukan dengan rakus, zakar berisiko untuk patah.

Jadi, lakukan ia dengan perlahan-lahan dan tanpa paksaan untuk mengelak kesakitan.

4. Sebarang aksi seks yang ganas

Akhir sekali, penting untuk anda tahu yang aksi seks ganas mampu mendatangkan kecederaan.

Cara untuk mengelaknya? Lakukan hubungan intim mengikut ritma anda sendiri.

Apa patut dibuat jika zakar anda patah?

Zakar patah mungkin kedengaran macam satu mimpi ngeri, tapi jangan risau. Walaupun ia menyakitkan, namun penis fracture masih boleh diselamat.

Berikut antara perkara anda patut buat jika anda mengalami mimpi ngeri ini.

1. Jangan tunggu!

Jika anda rasa penis anda mengalami kecederaan, segera berjumpa dengan doktor. Lagi lama anda tunggu, lagi parah kecederaan itu boleh terjadi!

2. Tanda-tanda zakar patah

Antara tanda yang paling jelas ialah kesakitan yang melampau dan bengkak. Anda juga boleh dengar bunyi “popping” atau “cracking” ketika ia terjadi. Cuba lihat air kencing anda. Adakah ia berdarah?

3. Pembedahan

Kejadian patah ini boleh dirawat dengan pembedahan oleh doktor pakar.

4. Akan sembuh

Seorang lelaki masih boleh bersenggama selepas pembedahan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: theasianparent

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon