Friday, December 01, 2017

Sambutan Hari AIDS Sedunia, World AIDS Day

Sambutan Hari AIDS Sedunia, World AIDS Day

Sambutan Hari AIDS Sedunia disambut pada 1 Disember setiap tahun untuk memupuk kesedaran mengenai wabak AIDS yang disebabkan oleh jangkitan HIV, yang mula diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1988.

Hari AIDS Sedunia

Konsep sambutan Hari AIDS Sedunia bermula pada tahun 1988 dalam Sidang Kemuncak Menteri-Menteri Kesihatan Sedunia untuk Program Pencegahan AIDS.

Semenjak tahun itu, Hari AIDS Sedunia disambut di seluruh dunia dengan membawa slogan dan tema yang berbeza hampir setiap tahun.

Sambutan Hari AIDS Sedunia juga adalah bagi memperingati mangsa-mangsa yang telah terkorban akibat HIV/AIDS.

AIDS telah meragut lebih 25 juta nyawa sejak tahun 1981 hingga 2007, sementara kira-kira 33.2 juta orang di seluruh dunia menghidapi HIV pada tahun 2007, menjadikan AIDS sebagai antara wabak penyakit yang paling dahsyat dalam catatan sejarah manusia.

Sungguhpun rawatan antiretroviral semakin mudah didapati di merata dunia, wabak AIDS tetap mengorbankan kira-kira 2 juta nyawa pada tahun 2007, yang mana 270,000 daripadanya adalah kanak-kanak.

Objektif sambutan

HIV disebarkan melalui hubungan terus melalui darah atau cecair badan yang mempunyai virus tersebut seperti darah, sperma, cecair vagina dan susu badan.

Oleh itu, jangkitan boleh berlaku melalui hubungan seks, pemindahan darah tercemar, cucukan jarum tercemar (sengaja atau tidak) atau dari ibu kepada anak semasa mengandung, kelahiran atau penyusuan badan.

Walaupun kini terdapat rawatan untuk HIV dan AIDS yang boleh memperlahankan perkembangan penyakit ini, vaksin atau ubat untuk menyembuhkan sepenuhnya penyakit ini masih belum dapat dihasilkan.

Pencegahan pula masih menjadi langkah pilihan utama untuk mengawal penyebaran HIV dan penularan AIDS.

Antara objektif utama sambutan Hari AIDS Sedunia adalah untuk memupuk kesedaran dalam masyarakat pelbagai peringkat mengenai keperluan memainkan peranan sebagai pemimpin di peringkat masing-masing dalam usaha untuk menangani pandemik AIDS.

Selain itu, ia juga bagi meningkatkan penglibatan dan sokongan pemimpin dan ketua masyarakat dalam aktiviti pencegahan dan kawalan HIV/AIDS di dalam dan luar negara.

Sambutan ini juga membantu mengingatkan para pemimpin terbabit mengenai janji-janji yang perlu ditunaikan dalam meningkatkan dan meneruskan usaha mengawal penularan HIV dan AIDS.

Bagaimanapun, sambutan Hari AIDS Sedunia setiap tahun tetap menekankan penglibatan orang ramai dan menggalakkan penyertaan anggota masyarakat supaya bersama-sama bertanggungjawab dalam usaha mencegah dan mengawal penyebaran penyakit HIV/AIDS.

Satu keperluan

Sambutan Hari AIDS Sedunia diadakan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan pemahaman, serta kemahiran masyarakat mencegah HIV/AIDS.

Kempen Hari AIDS Sedunia diiktiraf sebagai salah satu daripada peristiwa penting dalam memperingati segala usaha, pengorbanan dan sumbangan yang dicurah oleh sektor awam, pertubuhan-pertubuhan berkaitan dan orang perseorangan yang terlibat dalam usaha pencegahan dan pengawalan wabak AIDS.

Di negara kita, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) mengatur pelbagai aktiviti sempena Sambutan Hari AIDS Sedunia.

Ini dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti sambutan yang telah dirancang dan dilaksanakan di seluruh Malaysia.

Aktiviti sempena Sambutan Hari AIDS Sedunia

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sempena kempen sambutan Hari AIDS Sedunia tahun ini ialah:
  • Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Kebangsaan dan Negeri.
  • Seminar berkaitan Kepemimpinan di peringkat agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan individu dalam menangani HIV/AIDS.
  • Larian AIDS oleh Persatuan Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) dengan kerjasama Kelab PROSTAR Malaysia.
  • Aktiviti pendidikan kesihatan di kemudahan kesihatan dan hospital kerajaan.
  • Aktiviti pendidikan kesihatan melalui media massa.
  • Makluman melalui laman web dan edaran bahan-bahan bercetak kepada orang ramai.

Tema Sambutan Hari AIDS Sedunia

Tema sambutan Hari AIDS Sedunia adalah berbeza-beza yang diberikan WHO berkaitan dengan kumpulan sasaran dan hala tuju tertentu dalam usaha menentang penularan HIV dan AIDS bagi tahun tersebut.

Tema sambutan Hari AIDS Sedunia ini diharap dapat membantu menggalakkan usaha kepemimpinan serta melahirkan jaguh menentang AIDS di setiap sektor dan peringkat masyarakat di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

Tema
  • 1988: Communication
  • 1989: Youth
  • 1990: Women and AIDS
  • 1991: Sharing the Challenge
  • 1992: Community Commitment
  • 1993: Act
  • 1994: AIDS and the Family
  • 1995: Shared Rights, Shared Responsibilities
  • 1996: One World. One Hope
  • 1997: Children Living in a World with AIDS
  • 1998: Force for Change: World AIDS Campaign With Young People
  • 1999: Listen, Learn, Live: World AIDS Campaign with Children & Young People
  • 2000: AIDS: Men Make a Difference
  • 2001: I care. Do you?
  • 2002: Stigma and Discrimination
  • 2003: Stigma and Discrimination
  • 2004: Women, Girls, HIV and AIDS
  • 2005: Stop AIDS. Keep the Promise
  • 2006: Stop AIDS. Keep the Promise - Accountability
  • 2007: Stop AIDS. Keep the Promise - Leadership
  • 2008: Stop AIDS. Keep the Promise - Lead - Empower - Deliver
  • 2009-2010: Universal Access and Human Rights
  • 2011-2015: Getting to zero: zero new HIV infections. Zero discrimination. Zero AIDS related deaths
  • 2016: The life-cycle approach to HIV
  • 2017: Increasing Impact through Transparency, Accountability, and Partnerships

Selamat menyambut Hari AIDS Sedunia.

BACA INI JUGA: Daun Ajaib Rerama Hijau Penawar Kanser Dan Penyakit Kronik!

sumber: wikipedia | utusan

Thursday, November 30, 2017

Sambutan Hari Kesedaraan Mencederakan Diri, Self-injury Awareness Day

Sambutan Hari Kesedaraan Mencederakan Diri, Self-injury Awareness Day

Sambutan Hari Kesedaraan Mencederakan Diri, Self-injury Awareness Day disambut pada 30 November setiap tahun adalah kempen kesedaran global untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya mencederakan kecederaan diri.

Sambutan Hari Kesedaraan Mencederakan Diri

Hari Kesedaraan Mencederakan Diri (SIAD) (juga dikenali sebagai Hari Kesedaran Sendiri) disambut oleh sesetengah orang dengan memakai riben berwarna oren dengan tulisan "LOVE" di tangan mereka atau manik untuk menggalakkan kesedaran tentang bahaya mencederakan diri.

Matlamat sambutan ini adalah untuk menjawab stereotaip umum mengenai perlakuan individu yang mencederakan diri sendiri dan mendidik profesional perubatan tentang keadaan itu.

Kemurungan adalah punca seseorang mencerakan diri dengan mengelar lengan, walaupun terdapat banyak sebab lain.

Dianggarkan, sebanyak dua juta warga Amerika terlibat kejadian mencederakan diri setiap tahun, seperti menghiris dan memukul diri sendiri, juga dengan kaedah lain yang lebih berbahaya.

Dikatakan bahawa tingkah laku ini dapat membantu melegakan ketegangan, selain cara meluahkan emosi dan melepaskan rasa bosan akibat kemurungan.

Sambutan ini diwujudkan untuk menyebarkan kesedaran dan pemahaman tentang mencederakan diri sendiri, yang sering disalahtafsir dan disalah anggap.

Mereka yang membahayakan diri sendiri sering berasa bersendirian dan takut untuk mendapatkan bantuan kerana mereka takut dianggap sebagai "gila."

Selamat menyambut Hari Kesedaraan Mencederakan Diri.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, November 25, 2017

Sambutan Hari Penghapusan Keganasan Keatas Wanita Antarabangsa

Sambutan Hari Penghapusan Keganasan Keatas Wanita Antarabangsa

Sambutan Hari Penghapusan Keganasan Keatas Wanita Antarabangsa, International Day for the Elimination of Violence against Women disambut pada 25 November setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran tentang fakta bahawa wanita di seluruh dunia terdedah kepada rogol, keganasan rumahtangga dan lain-lain bentuk keganasan.

Hari Penghapusan Keganasan Wanita

Keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak, isu yang tiada batas sempadan negara, bangsa, agama mahupun warna kulit.

Hampir semua bangsa atau negara berdepan dengan kemelut ini yang umpama tiada titik noktah biarpun pelbagai usaha dilakukan bagi memartabatkan golongan tersebut.

Negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) juga tidak terlepas daripada belenggu ini, sehinggakan AS menjadikan tarikh 25 November sebagai sambutan Hari Penghapusan Keganasan Antarabangsa yang didedikasikan sebagai langkah menentang keganasan berteras jantina.

Sambutan itu sebagai mengesahkan komitmen AS untuk mencegah dan bertindak balas kepada keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak di peringkat global.

Keganasan berteras jantina ini merentasi garisan etnik, kaum, sosio-ekonomi, dan agama, serta tidak mengenal sempadan.

Di peringkat global, 35 peratus daripada wanita telah dirogol atau didera secara fizikal, Jika keganasan ini berlaku di rumah, 80 peratus daripadanya dilakukan oleh suami atau pasangan.

Sebahagian besar femisid iaitu pembunuhan sengaja ke atas wanita kerana jantina mereka, berlaku dalam kalangan wanita yang mempunyai hubungan rapat dan dilakukan oleh pasangan atau bekas pasangan mereka.

Keganasan oleh pasangan intim telah dikaitkan dengan pelbagai kesan kesihatan serta-merta dan jangka panjang, termasuk kecederaan fizikal, gangguan ginekologi, kehamilan yang tidak diingini, keguguran, penyakit kelamin, kemurungan, dan tingkah laku membunuh diri.

Kira-kiara 42 peratus daripada wanita yang telah mengalami keganasan pasangan intim melaporkan mereka dicederakan.

Analisis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati bahawa wanita yang telah didera secara fizikal atau seksual adalah 1.5 kali lebih berkemungkinan mendapat jangkitan penyakit kelamin berbanding wanita yang tidak mengalami keganasan pasangan.

Kajian juga menunjukkan bahawa risiko HIV dalam kalangan wanita yang mengalami keganasan mungkin sehingga tiga kali lebih tinggi daripada kalangan mereka yang tidak pernah mengalaminya.

Keganasan juga menjejaskan kesihatan fizikal dan mental secara serius bagi wanita dan kanak-kanak perempuan, termasuk kebanyakannya terhadap kesihatan reproduktif mereka.

Angka-angka ini patut merisaukan kita semua, sama ada ia berlaku di kawasan kejiranan kita sendiri, atau di negara asing. Keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan memudaratkan kita semua tidak kira lelaki atau perempuan.

Pada asasnya keganasan merupakan satu manifestasi terhadap status rendah yang diberikan kepada wanita dan kanak-kanak perempuan di seluruh dunia.

Mengakhiri keganasan memerlukan kita mengangkat status wanita dan kanak-kanak perempuan dan membebaskan mereka untuk mencapai potensi menjadi ejen perubahan dalam komuniti mereka.

Mencegah dan menghukum mereka yang melakukan keganasan terhadap wanita akan memberi faedah jangka masa panjang dan masyarakat dunia tidak boleh terus membiarkan keganasan ini berterusan.

Dengan membiarkan isu ini tanpa ditangani sewajarnya hanya akan membuatkan sesebuah negara itu kehilangan sumber pendapatan dan produktiviti, perniagaan kehilangan pekerja dan keluarga kehilangan pencari nafkah utama.

Masyarakat antarabangsa, kerajaan, organisasi pelbagai hala, syarikat sektor swasta, dan pejuang peringkat akar umbi perlu berganding bahu menangani dan mencegah keganasan ini daripada berlaku.
Kita perlu meningkatkan sokongan dan interaksi antara pembuat dasar dan mereka yang bekerja di lapangan. Kita juga perlu menguatkuasakan undang-undang untuk menghukum perbuatan jenayah ini.

Undang-undang ini perlu dikuatkuasakan kerana sikap sambil lewa seringkali membantu menggalakkan keganasan.

Selain itu, kita juga perlu menggalakkan kanak-kanak perempuan bersuara untuk diri mereka sendiri, dan mendidik kanak-kanak lelaki bersuara untuk adik perempuan dan kakak mereka.

Kita perlu menyokong penglibatan lelaki dewasa, kanak-kanak, dan golongan penting dalam masyarakat, seperti pemimpin agama, dalam menangani dan mencegah keganasan serta mengubah norma dan sikap terhadap jantina.

Pemerkasaan wanita sangat penting untuk membina masyarakat demokrasi yang stabil, bertanggungjawab memajukan keamanan dan keselamatan.
Apabila wanita dan kanak-kanak perempuan hidup bebas daripada keganasan dan mempunyai peluang yang sama dalam pendidikan, penjagaan kesihatan, pekerjaan dan penyertaan politik, mereka sebenarnya meningkatkan taraf keluarga mereka, komuniti dan negara.

Selamat menyambut Hari Penghapusan Keganasan Keatas Wanita Antarabangsa.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Tuesday, November 21, 2017

Sambutan Hari Televisyen Sedunia, World Television Day

Sambutan Hari Televisyen Sedunia, World Television Day

Sambutan Hari Televisyen Sedunia, World Television Day disambut pada 21 November setiap tahun bagi memperingati tarikh Forum Televisyen Sedunia yang pertama kali diadakan pada tahun 1996.

Hari Televisyen

Pada bulan Disember 1996, Perhimpunan Agung PBB mengisytiharkan bahawa 21 November sebagai Hari Televisyen Sedunia

Walau bagaimanapun, pengisytiharan ini telah dibantah dan 11 perwakilan membuat undian berkecuali, demi menunjukkan bantahan mereka.

Perwakilan dari Jerman berkata:

"Kita sudah ada tiga hari PBB untuk perkara yang serupa, Hari Kebebasan Akhbar Sedunia dan Hari Maklumat Perkembangan Dunia. Menambah lagi satu hari tidak berapa masuk akal.

Televisyen hanyalah satu kaedah maklumat dan medium maklumat yang tidak tercapai oleh sebilangan besar penduduk dunia.

Sebilangan besar itu dengan mudah boleh melihat Hari Televisyen Sedunia sebagai hari untuk orang kaya. Mereka tiada capaian televisyen.

Ada banyak lagi medium maklumat yang lebih penting dan di sini saya ingin mengkhususkan kepada radio.

Kami berpendapat bahawa adalah lebih penting kita meningkatkan peranan media-media ini berbanding televisyen."

Selamat menyambut Hari Televisyen Sedunia.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Friday, November 17, 2017

Sambutan Hari Pelajar Antarabangsa, International Students Day

Sambutan Hari Pelajar Antarabangsa, International Students Day

Sambutan Hari Pelajar Antarabangsa, International Students Day disambut pada 17 November setiap tahun bagi meraikan golongan pelajar, manakala beberapa universiti meraikannya pada tarikh berlainan bagi meraikan multiculturalism buat pelajar-pelajar mereka yang datang dari laur negara.

Sambutan Hari Pelajar Antarabangsa, International Students Day

Sejarah sambutan Hari Pelajar Antarabangsa ini adalah bagi memperingati kejadian pembunuhan oleh Nazi Jerman yang telah menyerbu universiti Prague, Czechoslovakia pada tahun 1939, selepas demonstrasi terhadap pembunuhan Jan Opletal dan pekerja Václav Sedláček serta menentang penjajahan Jerman di Czechoslovakia.

Pada ketika itu, Czechoslovakia tidak lagi wujud, kerana telah dipecahkan oleh Nazi Jerman ke Protektorat Bohemia dan Moravia dan Republik Slovak dengan kerajaan fasis boneka.

Pada akhir 1939 pihak berkuasa Nazi di Protektorat Bohemia dan Moravia menindas demonstrasi di Prague yang diadakan oleh pelajar Fakulti Perubatan Universiti Charles.

Demonstrasi itu diadakan pada 28 Oktober untuk memperingati ulang tahun kemerdekaan Republik Czechoslovakia (1918).

Dalam demonstrasi ini pelajar Jan Opletal ditembak dan mati akibat kecederaan pada 11 November.

Pada 15 November, mayatnya diusung untuk dibawa dari Prague ke rumahnya di Moravia. Perarakan pengebumiannya dihadiri beribu-ribu pelajar, yang mengubah acara ini menjadi demonstrasi anti-Nazi.

Walau bagaimanapun, ini menyebabkan langkah-langkah drastik diambil oleh Nazi. Semua institusi pengajian tinggi Czech telah ditutup, lebih daripada 1,200 pelajar ditangkap dan dihantar ke kem tahanan dan sembilan pelajar dan profesor telah dibunuh tanpa perbicaraan pada 17 November.

Disebabkan ini, 17 November dipilih sebagai Hari Pelajar Antarabangsa.

Ahli-ahli sejarah membuat spekulasi bahawa Nazi pada mulanya memberi kebenaran untuk proses pengebumian, namun bertukar menjadi ganas, menggunakannya sebagai alasan untuk menutup universiti dan menyingkirkan penentang anti-fasis.

Selamat menyambut Hari Pelajar Antarabangsa.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Sambutan Hari Kelahiran Pra-Matang Sedunia, World Prematurity Day

Sambutan Hari Kelahiran Pra-Matang Sedunia, World Prematurity Day

Sambutan Hari Kelahiran Pra-Matang Sedunia, World Prematurity Day disambut pada 17 November setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran tentang kelahiran pra-matang dan kebimbangan keluarga mereka di seluruh dunia.

Kelahiran Pra-Matang

Dianggarkan, kira-kira 15 juta bayi lahir pra-matang setiap tahun iaitu satu daripada 10 bayi yang dilahirkan di seluruh dunia.

Hari kesedaran antarabangsa yang pertama untuk kelahiran pramatang pada 17 November dicipta oleh organisasi Eropah pada tahun 2008. Ia telah diraikan sebagai Hari Kelahiran Pra-Matang Sedunia sejak tahun 2011.

Keluarga, profesional kesihatan, ahli politik, hospital, organisasi dan pihak berkepentingan lain yang terlibat dalam sambutan kelahiran pra-matang menyambut hari ini dengan kempen media, acara dan aktiviti lain yang dijalankan di peringkat tempatan, serantau, nasional atau antarabangsa untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai.

Selamat menyambut Hari Kelahiran Pra-Matang Sedunia.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, November 16, 2017

Sambutan Hari Falsafah Sedunia, World Philosophy Day

Sambutan Hari Falsafah Sedunia, World Philosophy Day

Sambutan Hari Falsafah Sedunia, World Philosophy Day disambut dan telah diisytiharkan oleh UNESCO untuk dirayakan pada Khamis ketiga setiap bulan November dan mula dirayakan pada 21 November 2002.

Hari Falsafah

Dengan merayakan Hari Falsafah Sedunia setiap tahun pada hari Khamis ketiga November, UNESCO menggariskan nilai falsafah yang berterusan untuk pemikiran pemikiran manusia, untuk setiap kebudayaan dan bagi setiap individu.

UNESCO sentiasa berkait rapat dengan falsafah, bukan falsafah spekulatif atau normatif, tetapi mempertanyakan kritikan yang membolehkannya memberi makna kepada kehidupan dan tindakan dalam konteks antarabangsa.

Dalam menubuhkan Hari Falsafah Sedunia pada tahun 2005, persidangan UNESCO menekankan pentingnya disiplin ini, terutamanya untuk golongan muda, yang menggariskan bahawa "falsafah adalah satu disiplin yang menggalakkan pemikiran kritikal dan bebas serta mampu bekerja ke arah pemahaman yang lebih baik tentang dunia dan mempromosikan toleransi dan keamanan.

Persidangan UNESCO yakin bahawa, "penginstitusian Hari Falsafah di UNESCO sebagai 'Hari Falsafah Sedunia' akan mendapat pengiktirafan dan memberikan dorongan kuat kepada falsafah khususnya penyebaran falsafah di seluruh dunia".

Selamat menyambut Hari Falsafah Sedunia.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Sambutan Hari Toleransi Antarabangsa, International Day for Tolerance

Sambutan Hari Toleransi Antarabangsa, International Day for Tolerance

Sambutan Hari Toleransi Antarabangsa, International Day for Tolerance disambut pada 16 November setiap tahun, ialah perayaan tahunan yang diisytiharkan oleh UNESCO pada tahun 1995 bagi membangkitkan kesedaran terhadap bahayanya sikap tidak bertoleransi kepada awam.

Sambutan Hari Toleransi Antarabangsa, International Day for Tolerance

Setiap tahun pelbagai persidangan dan perayaan dianjurkan sempena Hari Antarabangsa untuk Toleransi.

Antaranya, "Festival Kartun Toleransi Universal" di Drammen, Norway yang menganjurkan Festival Kartun Antarabangsa pada tahun 2013.

Selamat menyambut Hari Toleransi Antarabangsa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, November 14, 2017

Sambutan Hari Diabetes Sedunia, World Diabetes Day

Sambutan Hari Diabetes Sedunia, World Diabetes Day

Sambutan Hari Diabetes Sedunia, World Diabetes Day disambut pada 14 November setiap tahun sebagai suatu kempen kesedaran sejagat bagi penyakit kencing manis (diabetes mellitus).

Hari Diabetes

Hari Diabetes Sedunia mula diperkenalkan pada tahun 1991 oleh Persekutuan Diabetes Antarabangsa dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai tindak balas terhadap peningkatan membimbangkan diabetes di seluruh dunia.

Hari Diabetes Sedunia mengguna pakai tema baharu yang dipilih setiap tahun bagi menumpukan perhatian terhadap isu yang dihadapi penghidap diabetes sejagat.

Sementara kempen berjalan sepanjang tahun, hari ini sendiri memperingati hari lahir Frederick Banting, yang bersama-sama dengan Charles Best, mencetuskan idea yang membawa kepada penemuan insulin pada 1922.

Setiap tahun, Hari Diabetes Sedunia berpusat pada satu tema berkaitan kencing manis.

Topik yang disentuh termasuklah diabetes dan hak asasi manusia, diabetes dan gaya hidup, diabetes dan keobesan, diabetes pada kanak-kanak dan remaja perbincangan mengenai diabetes.

Selamat menyambut Hari Diabetes Sedunia.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Sunday, November 12, 2017

Sambutan Hari Penyakit Paru-Paru Berair Sedunia, World Pneumonia Day

Sambutan Hari Penyakit Paru-Paru Berair Sedunia, World Pneumonia Day

Sambutan Hari Penyakit Paru-Paru Berair Sedunia, World Pneumonia Day disambut pada 12 November setiap tahun dalam forum tahunan untuk seluruh dunia bersama-sama menuntut tindakan dalam memerangi penyakit paru-paru.

Paru-Paru Berair

Lebih dari 100 organisasi yang mewakili kepentingan kanak-kanak bergabung sebagai Gabungan Global terhadap Pneumonia Kanak-kanak untuk mengadakan Hari Pneumonia Dunia pertama pada 2 November 2009.

Pneumonia (paru-paru berair) adalah penyakit yang boleh dicegah dan dirawat yang menyerang 155 juta kanak-kanak di bawah 5 tahun dan membunuh 1.6 juta setiap tahun.

Ini menjadikan penyakit paru-paru sebagai pembunuh nombor 1 kanak-kanak di bawah usia 5 tahun, mengatasi AIDS, malaria dan campak sekalipun jika digabungkan.

Malangnya, kebanyakan orang tidak sedar jumlah kematian akibat jangkitan paru-paru kerana penyakit paru-paru kurang diberi keutamaan dalam agenda kesihatan global dan jarang menerima liputan media berita.

Hari Penyakit Paru-Paru Berair Sedunia membantu membawa krisis kesihatan ini kepada perhatian orang ramai dan menggalakkan pembuat dasar dan penganjur untuk memerangi penyakit berbahaya ini.

Selamat menyambut Hari Penyakit Paru-Paru Berair Sedunia.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, November 11, 2017

Sambutan Hari Veteran, Veterans Day

Sambutan Hari Veteran, Veterans Day

Sambutan Hari Veteran, Veterans Day disambut pada 11 November setiap tahun bagi menghormati veteran tentera yang berkhidmat dalam angkatan tentera Amerika Syarikat.

Hari Veteran

Sambutan hari ini juga bertepatan dengan cuti-cuti lain, termasuk Hari Gencatan Bersenjata dan Hari Peringatan, yang disambut di negara-negara lain yang menandakan berakhirnya Perang Dunia I, secara rasmi berakhir pada jam 11 pada hari ke-11 bulan ke-11 tahun 1918 dengan Jerman berkuatkuasa.

Amerika Syarikat sebelum ini menyambut Hari Gencatan Senjata sebelum ditukar menjadi sambutan Hari Veteran pada tahun 1954.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sambutan Hari Penghargaan Pasangan Tentera

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, November 08, 2017

Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS)

Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS)

Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) disambut pada 8 November setiap tahun sejak 1949, dengan tujuan untuk menghargai peranan Jururancang Bandar dalam pembangunan mampan dan mewujudkan persekitaran berkualiti.

Hari Perancangan Bandar Sedunia

Walaupun Hari Perancangan Bandar telah disambut sejak lama dahulu, di Malaysia, hanya pada tahun 1988, HPBS dijadikan acara tahunan PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa).

Hari Perancangan Bandar Sedunia 2017 (HPBS 2017) diadakan pada 10-11 November 2017 (Jumaat-Sabtu) di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Sambutan dirasmikan oleh YB Tan Sri Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tema sambutan HPBS 2017 pada kali ini adalah, “Merancang Bersama Komuniti (Planning With Communities)” selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) ataupun Sustainable Development Goals bertepatan dengan SDG Goal 11: Make cities inclusive, safe, resilient and sustainable.

Pemilihan tema ini selaras dengan sasaran menjelang tahun 2030 untuk menyediakan akses sejagat kepada ruang awam yang hijau, boleh diakses, inklusif dan selamat, khususnya untuk wanita, kanak–kanak, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Tema ini juga adalah merupakan salah satu inisiatif Agenda Perbandaran Baru (New Urban Agenda) melalui aktiviti placemaking dengan penglibatan masyarakat dalam mewujudkan perbandaran yang inklusif dan sejahtera.

Pelbagai aktiviti memenuhi sambutan HPBS 2017 seperti sukan rakyat, pameran, jualan usahawan kendera saji (food truck), program berbasikal (fun cycling), pertandingan mewarna, Community Talk dan pelbagai lagi acara tarikan untuk komuniti setempat.

Selamat menyambut Hari Perancangan Bandar Sedunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, November 04, 2017

Sambutan Hari Kanak-Kanak, Children's Day

Sambutan Hari Kanak-Kanak, Children's Day

Sambutan Hari Kanak-Kanak, Children's Day disambut pada bulan November setiap tahun bagi memberi penghormatan dan pengiktirafan bagi memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di seluruh dunia.

Hari Kanak-Kanak

Di Malaysia, sambutan Hari Kanak-Kanak mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur, sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.

Pada awalnya, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini bermula pada tahun 1960 sehinggalah tahun 1994.

Tugas ini kemudiannya diambil-alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) sejak tahun 1995.

Satu lagi sambutan iaitu Hari Kanak-kanak Antarabangsa juga diraikan di banyak negara pada 1 Jun setiap tahun.

Sambutan Hari Kanak-Kanak sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak dan acara sambutan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia dan seluruh dunia.

Selamat menyambut Hari Kanak-Kanak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sambutan Hari Kehilangan Kanak-Kanak Antarabangsa, International Missing Children's Day

sumber: cikgushamsudin

Tuesday, October 24, 2017

Sambutan Hari Tindakan Iklim Antarabangsa, International Day of Climate Action

Sambutan Hari Tindakan Iklim Antarabangsa, International Day of Climate Action

Sambutan Hari Tindakan Iklim Antarabangsa, International Day of Climate Action disambut pada 24 Oktober setiap tahun untuk menunjukkan kepada pemimpin dunia bahawa terdapat gerakan global untuk mencapai persetujuan mengenai perjanjian pelepasan karbon di rundingan Iklim PBB di Copenhagen.

Hari Tindakan Iklim

Hari Tindakan Sedunia adalah bantahan secara langsung dalam tuntutan terhadap inisiatif-inisiatif alam sekitar yang telah dipersetujui bersama pada tahun 2005 berkaitan dengan Kempen Iklim Global.

Sambutan ini juga bertujuan untuk menarik memfokus dunia terhadap kesan buruk yang dialami oleh manusia akibat pemanasan global.

Objektif utamanya ialah untuk menerajui tuntutan terhadap kerajaan diseluruh dunia untuk menghormati komitmen yang telah ditetapkan oleh Protokol Kyoto, dengan mengadakan demonstrasi secara aman di seluruh dunia.

Demonstrasi atau perhimpunan itu bertujuan dan bertepatan dengan Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), dimana pada setiap tahun para pemimpin dunia dari 189 negara, bertemu setiap tahun untuk membahas perubahan iklim.

Selamat menyambut Hari Tindakan Iklim Antarabangsa.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Sambutan Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, United Nations Day

Sambutan Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, United Nations Day

Sambutan Hari Bangsa-Bangsa Bersatu, United Nations Day disambut pada 24 Oktober setiap tahun dengan matlamat untuk mengingatkan kepada masyarakat dunia tentang penubuhan, matlamat dan pencapaian Organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

PBB

Hari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu adalah sebahagian daripada sambutan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berlangsung dari 20 hingga 26 Oktober.

Sejarah PBB

PBB ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua apabila (NF) Liga Bangsa dibubarkan.

PBB ditubuhkan pada 24 Okt 1945, apabila Republik China, Perancis, Kesatuan Soviet, Britain dan majoriti negara-negara lain telah menandatangani perjanjian itu.

Itulah sebabnya Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu disambut pada 24 Oktober setiap tahun.

Hari ini PBB mempunyai 195 negara anggota (Jun 2006) dan pada 28 Jun 2006, Montenegro menjadi sibuk sebagai ahli terbaru.

Matlamat Penubuhan PBB

Matlamat utama PBB adalah untuk bekerjasama dalam menjaga keamanan. Tujuan lain PBB adalah untuk mengelakkan kebuluran, penyakit, kekurangan air dan pembasmian kemiskinan di dunia.

PBB juga bertindak mengawasi hak asasi manusia yang mana pada tahun 1948 "Perisytiharan sejagat hak asasi manusia" telah dipersetujui bersama oleh semua negara anggota.

Struktur PBB

Organisasi PBB terdiri daripada beberapa agensi, dana, program dan pertubuhan-pertubuhan gabungan lain secara kolektif dikenali sebagai sistem PBB.

Kerja-kerja ini organisasi dipantau oleh enam organisasi utama:
  • Perhimpunan Agung
  • Keselamatan
  • Majlis Ekonomi dan Sosial
  • Majlis Peramanahan
  • Sekretariat
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Keselamatan

Majlis Keselamatan mempunyai kuasa yang sangat penting di PBB. Lima anggota tetap mempunyai hak kuasa veto ke atas semua keputusan-keputusan Majlis Keselamatan. Lima negara tersebut adalah China, Amerika Syarikat, Perancis, Britain dan Rusia.

Agensi-agensi PBB
  • Terdapat beberapa organisasi melaksanakan kerja PBB. Sesetengah daripada mereka adalah:
  • UNHCR, Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia
  • UNECE, Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Eropah
  • UNESCO, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan
  • UNFPA, Tabung Penduduk Bangsa-Bangsa Bersatu
  • UNHCR, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian
  • UNMIK, PBB Pentadbiran Interim Misi di Kosovo
  • , Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa UNICEF
  • WHO, Pertubuhan Kesihatan Sedunia
  • IAEA Agensi Tenaga Atom Antarabangsa
  • IMF, Tabung Kewangan Antarabangsa
  • IMO, Pertubuhan Maritim Antarabangsa
  • ITU, Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa

Di samping itu, beberapa agensi; untuk operasi menjaga keamanan di Majlis Keselamatan.

Pejabat PBB

Ibu pejabat PBB terletak di New York yang dibuka secara rasmi pada 9 Januari 1951. PBB juga mempunyai organisasi penting yang terletak di Geneva, The Hague, Vienna dan di beberapa tempat lain.

Kekuatan dan kelemahan PBB

Kelemahan
  • Kali terakhir bahawa peranan PBB dalam mencegah peperangan antara negara-negara telah berubah. Kini lebih banyak terjadi peperangan di banyak negara yang mesti dihalang dan ia adalah tugas yang sukar untuk PBB.

Kekuatan
  • Hampir di seluruh dunia adalah anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya ia boleh mencegah lebih banyak peperangan.
  • Operasi ketenteraan oleh PBB.

Operasi ketenteraan untuk mengelakkan perang saudara dibuat contohnya: Kosovo, Bosnia, Somalia, Kemboja dan Timor.

Ringkasan
  • PBB ditubuhkan selepas Perang Dunia II pada 24 Oktober pada tahun 1945.
  • Sweden menyertai PBB pada tahun 1946.
  • PBB pada masa ini mempunyai 192 negara anggota.
  • Matlamat utama PBB adalah untuk bekerja untuk keamanan. Maklumat lain PBB adalah untuk mengelakkan kebuluran, penyakit, kekurangan air dan pembasmian kemiskinan di dunia.
  • Organisasi PBB terdiri daripada beberapa agensi, dana, program dan pertubuhan-pertubuhan gabungannya lain secara kolektif dikenali sebagai sistem PBB.

Kesimpulan

Mewujudkan keamanan tidak mudah, hampir mustahil tetapi ia adalah penting untuk cuba melakukan sesuatu tentang masalah dan menjadi pengantara antara manusia daripada berbuat apa-apa pada semua.
Ramai orang mengadu bahawa usaha PBB tidak memberi sebarang hasil langsung, masih ada peperangan di dunia dan bahawa ramai orang mati kerana kebuluran, tetapi kita perlu bertanya kepada diri sendiri satu soalan, bagaimana dunia telah menjadi seperti hari ini jika Bangsa-Bangsa Bersatu tidak wujud?

Sunday, October 22, 2017

Sambutan Hari Kesedaran Kegagapan Antarabangsa

Sambutan Hari Kesedaran Kegagapan Antarabangsa

Sambutan Hari Kesedaran Kegagapan Antarabangsa, International Stuttering Awareness Day (ISAD) disambut pada 22 Oktober setiap tahun dan telah ditetapkan bermula pada tahun 1998.

Stuttering Awareness Day

Hari Kesedaran Kegagapan Antarabangsa ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang berjuta-juta orang, bahawa satu peratus daripada populasi dunia mempunyai gangguan pengucapan gagap, juga dikenali sebagai stammering.

Ketika sambutan hari ini, persidangan dalam talian turut dijalankan setiap tahun dari 1 hingga 22 Oktober, disasarkan kepada individu yang mempunyai masalah gagap bersama ahli patologi bahasa.

Malah, persidangan yang diadakan setiap tahun sejak tahun 1998, semuanya masih boleh didapati secara dalam talian.

Ia juga termasuk acara kesedaran awam, kempen media, aktiviti pendidikan dan sumber dalam talian.

Dalam satu artikel yang diterbitkan dalam majalah Care Community sempena sambutan Hari Kesedaran Gagap Antarabangsa, Irina Papencheva dari Persatuan Gagap Bulgaria dan Phil Madden dari Persatuan Penyedia Perkhidmatan Eropah untuk Orang Kurang Upaya, menuntut permulaan yang baru dalam sikap terhadap individu gagap, mengatakan bahawa "setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk menyedari, menjadi sensitif dalam perbualan dan memahami bahawa gagap bukan perkara lucu.

Selamat menyambut Hari Kesedaran Kegagapan Antarabangsa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM